Anda di halaman 1dari 6

PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

PROSES PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Konsep pemendapan pinggir pantai

Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan
pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan
seperti ombak, angin, arus dan pasang surut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Ombak
o pemendapan pinggir pantai berlaku dengan pesat sekiranya kehadiran ombak pembina yang
mengangkut sedimen dari laut ke pinggir pantai dan memendapkan bahan semasa damparan
ombak.

Arus
o Kehadiran arus pesisir pantai yang mengangkut sedimen selari dengan pinggir pantai
menyebabkan pemendapan pesat berlaku di muara laut membentuk anak tanjung

Kecerunan
o pantai yang bercerun landai akan membolehkan sedimen di angkut dari laut ke pinggir pantai
dengan giat semasa damparan ombak kerana kehadiran ombak pembina.

Angin
o tiupan angin yang perlahan/angin bayu membolehkan terbentuknya ombak pembina menyebabkan
pemendapan berlaku dengan giat.

Pasang surut
o Ombak pembina terbentuk semasa air laut surut yang menyebabkan bahan – bahan dimendapkan
di pinggir pantai.

Tumbuhan
o tumbuhan (pokok bakau) boleh menyebabkan halangan semasa pengangkutan ombak
menyebabkan bahan di mendapkan di kawasan akar pokok bakau dengan giat.

Orientasi pantai
o Pantai yang terlindung sama ada oleh pulau, beting pasir, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar pemendapan yang giat berbanding pantai yang terdedah.

Jenis bahan
o beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang diangkut secara golekan dan dimendapkan
berbanding batuan tanah liat.
Saiz bahan
o Saiz bahan yang kecil dan sederhana besar seperti batu kelikir akan membentuk pantai yang
lebih luas dan lebar.

Bahan muatan
o Bahan muatan yang diangkut dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan proses
pemendapan giat berlaku di pinggir pantai

Halangan
o pulau, benting pasir, tombolo, tanjung dan anak tanjung merupakan halangan kepada
pengangkutan ombak menyebabkan proses pemendapan giat.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Pantai

Pantai merujuk kepada pemendapan bahan seperti pasir, kelodak, tanah liat, kerangan dan
sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang hasil
tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Anak tanjung
- merujuk kepada permatang yang rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir
kelikir dan lumpur di kawasan pinggir pantai terutamanya di muara dan teluk
- satu hujungnya bercantum dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut.
- dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai.
- proses pembentukannya berlaku disebabkan peranan arus hanyutan pesisir pantai yang
memendapkan pasir, kelikir dan lumpur di kawasan teluk dan muara laut.
- pembentukannya secara berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.
Beting Pasir
 Beting Pasir terbentuk akibat penimbunan pasir dan kelikir yang membentuk permatang
yang selari dengan pantai.
 Terhasil akibat tindakan ombak pemusnah yang mengangkut sedimen dari pantai di
mendapkan di perairan hadapan pantai.

Tombolo
 Beting pasir yang menghubungkan antara pulau dengan daratan
 Terbentuk apabila damparan ombak secara menyerong akan terhalang oleh pulau yang
terletak di bahagian hadapan pantai
 Pengangkutan bahan akan dimendapkan di bahagian belakang pulau membentuk beting
pasir
 Dalam jangka masa yang lama beting pasir yang terbentuk di belakang pulau akan
bersambung dengan daratan membentuk tombolo

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI


KEPADA AKTIVITI MANUSIA

Kepentingan Pantai terhadap aktiviti manusia

1. Pantai
Longgokkan pasir
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh ombak pembina telah menyebabkan terhasilnya
longgokan pasir yang banyak membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di kawasan
ini.

Pemandangan yang menarik


BMB pantai yang terbentang luas dengan pemandangan di kawasan kaki langit yang menarik
terutama ketika matahari terbit dan terbenam menarik kedatangan pelancong ke kawasan ini.

Kecerunan pantai yang landai dan luas


Keadaan pantai yang bercerun landai dan luas memudahkan aktiviti PKS iaitu menjemur hasil-
hasil perikanan seperti ikan kering, udang dan sotong.

Membolehkan aktiviti rekreasi bersama keluarga iaitu bermain bola sepak pantai dan bola
tampar pantai

Tanah rata
Keadaan pantai yang terletak di kawasan tanah yang rata membolehkan kawasan ini dibina jalan
raya kerana kos pembinaan yang rendah.

Tiupan angin
Tiupan angin bayu laut yang kuat membolehkan aktiviti pertandingan layang-layang di jalankan
dengan giat sepanjang tahun.
Perairan pantai
Perairan yang terdapat di hadapan pantai membolehkan aktiviti perikanan pinggir pantai
dijalankan di kawasan ini kerana terdapat sumber ikan yang banyak.

Kepentingan Beting Pasir terhadap aktiviti manusia

2. Beting pasir
Longgokkan pasir
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh ombak pemusnah semasa unduran ombak telah
menyebabkan terhasilnya longgokan pasir yang banyak di bahagian hadapan pantai yang
membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di kawasan ini.

Pemandangan yang menarik


BMB beting pasir yang unik di kelilingi oleh air sangat sesuai untuk menikmati keindahan
matahari terbit dan terbenam yang menarik kedatangan pelancong ke kawasan ini untuk tujuan
pelancongan.

Dikelilingi oleh air laut


Kedudukan beting pasir yang yang dikelilingi oleh air laut membolehkan aktiviti perikanan
seperti memancing dan mengutip spesies kerang-kerangan dapat dijalankan di kawasan ini
kerana terdapat pelbagai sumber hidupan marin yang banyak.

Kepentingan Anak Tanjung terhadap aktiviti manusia

3. Anak tanjung
Longgokkan pasir
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh arus hanyutan pesisir pantai telah menyebabkan
terhasilnya longgokan pasir yang banyak di muara laut dan kawasan berteluk yang
membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di kawasan ini.

Dikelilingi oleh air laut


Kedudukan anak tanjung yang menganjur ke laut membolehkan aktiviti perikanan seperti
memancing dan mengutip spesies kerang-kerangan dapat dijalankan di kawasan ini kerana
terdapat pelbagai sumber hidupan marin yang banyak.

Pemandangan yang menarik


Kedudukan anak tanjung yang menganjur ke laut yang unik dan di kelilingi oleh air sangat sesuai
untuk menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam yang menarik kedatangan pelancong
ke kawasan ini untuk tujuan pelancongan.
Kepentingan Tombolo terhadap aktiviti manusia

4. Tombolo
Pemandangan yang menarik
BMB tombolo yang unik menghubungkan daratan dengan pulau sangat sesuai untuk kegiatan
pelancongan bagi tujuann menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam serta menikmati
keindahan alam semulajadi.

Longgokan pasir
Longgokan pasir yang banyak di kawasan ini membolehkan aktiviti perlombongan pasir
dijalankan bagi tujuan pembinaan.

Tanah yang bersambung antara daratan dan pulau


Keadaan beting pasir yang bersambung antara daratan dan pulau membolehkan aktiviti
pengangkutan iaitu pembinaan jalan raya dijalankan di kawasan ini untuk tujuan pelancongan.

Kepentingan BMB pemendapan ombak terhadap aktiviti manusia

1. Pantai
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh ombak pembina telah menyebabkan terhasilnya
longgokan pasir yang banyak membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di
kawasan ini.

2. Beting pasir
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh ombak pemusnah semasa unduran ombak telah
menyebabkan terhasilnya longgokan pasir yang banyak di bahagian hadapan pantai yang
membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di kawasan ini.

3. Anak tanjung
Pemendapan sedimen seperti pasir oleh arus hanyutan pesisir pantai telah menyebabkan
terhasilnya longgokan pasir yang banyak di muara laut dan kawasan berteluk yang
membolehkan aktiviti perlombongan pasir dijalankan di kawasan ini.

4. Tombolo
Longgokan pasir yang banyak di kawasan ini membolehkan aktiviti perlombongan
pasir dijalankan bagi tujuan pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai