0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
895 tayangan8 halaman

Kaedah Mengawal Hakisan

Kaedah pengendalian hakisan pantai meliputi penggunaan undang-undang, penanaman bakau, penambakan, benteng pemecah ombak, dan pendidikan masyarakat. Proses pengangkutan bahan di pantai termasuk hanyutan pesisir, golekan, ampaian, dan seretan dipengaruhi oleh faktor gelombang, arus, kemiringan pantai, halangan, dan orientasi pantai. Pemendapan bahan bergantung pada tenaga gelombang, arus pasang-

Diunggah oleh

satguna wathy
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
895 tayangan8 halaman

Kaedah Mengawal Hakisan

Kaedah pengendalian hakisan pantai meliputi penggunaan undang-undang, penanaman bakau, penambakan, benteng pemecah ombak, dan pendidikan masyarakat. Proses pengangkutan bahan di pantai termasuk hanyutan pesisir, golekan, ampaian, dan seretan dipengaruhi oleh faktor gelombang, arus, kemiringan pantai, halangan, dan orientasi pantai. Pemendapan bahan bergantung pada tenaga gelombang, arus pasang-

Diunggah oleh

satguna wathy
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

I. Kaedah Perundangan
- Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada- hukuman ke atas pelombong pasir
tanpa lessen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir
pantai dan sebagainya.
II. Kaedah bukan Perundangan
Penanaman Pokok Bakau
- Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
- Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada serangan ombak
terutama semasa damparan ombak. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap
bahan atau sediment.
- Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.
Penambakan
- pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak. - Penambakan akan
mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan kadar hakisan di
kawasan tersebut.
Benteng Pemecah Ombak
- benteng yang beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah. - bertujuan
memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
- Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan
kelajuan dan kebolehannya menghakis.
Tembok
- tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
- Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan
igneus ).
- Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.

Guni pasir - pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di pantai.


- Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.

Pendidikan
- melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran
geografi, Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam
Sekitar.
- dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.

Kempen
-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ),
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). - Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun
melalui media massa. - Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan
pinggir pantai.
CARA PENGANGKUTAN BAHAN MUATAN PINGGIR PANTAI

Hanyutan Pesisir pantai

 Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak secara selari
dengan pantai akibat daripada pembiasan ombak .
 bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya pindahkan secara
selari dengan garisan pinggir pantai.
 Damparan ombak membawa bahan-bahan muatan ke atas pantai dan basuhan balik
membawa kembali bahan-bahan tersebut ke gigi air.
 Ombak yang terbias kea rah kiri atau kanan sepanjang pantai membawa bahan-bahan
tersebut sebagai hanyutan pesisir pantai.
 Pergerakanya berlaku dalam bentuk Z.

Golekan

 melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .


 bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu
tongkol yang ditolak beransur-ansur oleh ombak kea rah pantai.
 Pergerakanya bergantung kepada tenaga ombak- apabila tenaga ombak tinggi akibat angin
kencang bahan muatan tersebut akan ditolak sedikit demi sedikit.

Ampaian

 bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai hampir dengan


permukaan.
 melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti pasir, kelodak
 bahan-bahan ini terampai-ampai dalam ombak berhampiran permukaan pantai

Seretan

 berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar dan bersegi seperti batu kelikir dimana diseret
oleh ombak sepanjang dasar pantai..
 Proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK


1. OMBAK
i. Tenaga Ombak
- Kekuatan tenaga ombak menentukan jumlah bahan muatan, saiz bahan muatan dan bera
bahan muatan yang boleh diangkut.
- Tenaga ombak yang kuat menyebabkan semakin banyak bahan muatan dan bahan muatan
yang besar diangkut.
ii. Jenis Ombak
- Ombak pembinasa akan menghasilkan lebih banyak hakisan. Maka lebih banyak bahan
muatan diangkut. Ombak ini juga mampu mengangkut bahan muatan yang bersaiz besar.

2. ARUS HANYUTAN PESISIR


- Arus ini mengangkut bahan-bahan muatan kea rah selari dengan garis pantai.
- Kekuatan ombak akan menentukan tenaga arus hanyutan pesisir. Jika ombak kuat, tenaga
arus hanyutan pesisir akan bertambah dan boleh diangkut lebih banyak bahan.

3. KECERUNAN PANTAI
- Cerun yang landai akan menyebabkan bahan muatan yang diangkut secara golekan dari
lautan ke gigi air dan secara seretan dari zon damparan ombak ke gigi air.
- Cerun pantai yang curam akan menyebabkan bahan muatan dibawa secara ampaian kerana
air yang dalam dan alunan ombak yang besar mencecah tebing cerun yang curam.

4. HALANGAN
- Antara halangan: bongkah batu, pembinaan benteng pemecah ombak, pulau, akar pokok
- Bongkah batuan akan memerangkap bahan muatan ombak semsa ia ditolak ke pantai atau
semasa basuhan balik.
- Pembinaan benteng pemecah ombak akan menyekat pengangkutan bahan muatan ombak ke
pantai. Benteng menyebabkan pergerakan ombak terhalang semasa menuju pantai dan
bahan muatan akan dimendapkan.
- Pulau akan memerangkap mendapan di ruang antara pulau dengan daratan sehingga
membentuk permatang yang dinamakan tombolo.

5. ORIENTASI PANTAI
- Kedudukan pantai menghadapi tiupan angin menyebabkan ketibaan ombak bersudut tepat
ke pantai. Oleh itu, bahan muatan dibawa secara lurus ke pantai
- Kedudukan pantai yang menyerong kepada arah tiupan angin menyebabkan ketibaan ombak
secara menyerong ke pantai. Oleh itu bahan muatan diangkut dalam bentuk Z.
6. JENIS DAN SAIZ BAHAN
- Bahan muatan yang besar dan berat seperti batu tungkul atau bongkah batu hanya boleh
diangkut oleh ombak yang kuat. Bahan ini akan digolek atau diseret beransur-ansur.
- Bahan muatan yang keceil dan ringan spt kelikir dan pasir akan diangkut secara ampaian
dalam alunan ombak.
- Bahan muatan yang halus dan mudah larut seperti kelodak akan dibawa secara ampaian dan
larutan.

7. PASANG SURUT
- Pasang surut mengangkut bahan-bahan muatan ombak dari zon takat air pasang ke laut atau
zon takat air surut.
- Apabila air pasangair laut melimpah hingga ke daratan pantai. Bahan-bahan dari pantai
diangkut ke laut semasa air surut.

PROSES PEMENDAPAN OMBAK


Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen
pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh
agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, angin, arus dan pasang surut lalu
membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan
pantai.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN

1. OMBAK

- Tenaga ombak yang lemah menyebabkan keupayaan untuk menghakis menjadi rendah
manakala pemendapan bahan-bahan yang diangkut dari laut di pantai berlaku. Tenaga
ombak boleh jadi perlahan disebabkan faktor tiupan angin yang perlahan, cerun pantai yang
landai, kedalaman air yang cetek.
- Ombak jenis pembina berupaya memendapkan bahan dengan banyak kerana basuhan
baliknya lemah dan perlahan.

2. ARUS
- Arus air pasang dan surut sangat mempengaruhi pemendapan.
Semasa air pasang, butiran pasir dan kelikir menjadi longgar kerana disusupi air. Arus
pasang surut akan menarik butiran pasir ke arah laut lalu memendapkanya di zon takat air
surut.
- Arus hanyutan pesisir yang selari dengan garis pantai menyababkan bahan dimendapkan
memanjang selari dengan pantai.

3. CERUN PANTAI
- kecerunan pantai menentukan kedalaman air.
- pantai yang landai airnya lebih cetek. Air yang cetek melemahkan tenaga ombak. Oleh itu
mendapan lebih banyak berlaku di pantai.
Penatai yang curam airnya lebih dalam. Air yang dalam mewujudkan tenaga ombak yang
tinggi. Oleh itu kurang berlaku pemendapan di pantai. Bahan muatan dibawa dan
dimendapkan di tengah laut.

4. ANGIN
- angin mempengaruhi tenaga ombak dan kekerapan ombak.
- angin yang perlahan menyebabkan pergerakan ombak menjadi perlahan. Oleh itu tenaga
ombak menjadi lemah lalu memendapkan bahan muatan. Ombak ini dinamakan sebagai
ombak pembina.
Angin yang kuat menyebabkan pergerakan ombak laju dan tenaga ombak kuat. Ombak akan
mendampar pantai dengan kuat dan semasa kemabali menarik bahan muatan ke tengah laut.
Ombak ini lebih banyak menghakis berbanding pemendapan. Ombak ini dikenali sebagai
ombak pembinasa.

5. TUMBUHAN
- pantai yang banyak tumbuhan seperti pokok bakau akan memerangkap lebih banyak
bahan muatan dan memendapkanya.
- pemendapan kurang di pantai yang tiada litupan tumbuhan.

6. ORIENTASI PANTAI
- Samada kedudukan pantai menghadap tiupan angina tau terlindung daripada tiupan angin.
- pantai yang terlindung daripada tiupan angin lazim yang kuat akan menerima pemendapan
yang banyak.
Misalnya pantai barat semenanjung Malaysia dilindungi oleh pulau sumatera. Dengan itu,
angin tidak kuat, maka tidak ombak yang besar. Oleh itu, di sini banyak pemendapan
berlaku berbanding pantai timur semenanju Malaysia. Pantai ini ombak kuat dan banyak
hakisan kerana tiada lindungan daripada angin yang kuat.

8. JENIS DAN SAIZ BAHAN MENDAK


- beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang dimendapkan dan digulingkan ke
depan berbanding batuan tanah liat yang mudah dihakiskan. o mendakan batuan kelikir
akan membentuk pantai yang lebih luas dan lebar.

9. AKTIVITI MANUSIA
A) PEMBINAAN BENTENG: pembinaan benteng pemecah ombak di hadapan pantai akan
menyebabkan pemendapan berlaku dengan banyak kerana tenaga ombak dilemahkan oleh
benteng .
B) PEMBINAAN JETI DAN PELABUHAN: meningkatkan pemendapan kerana tiang-tiang
jeti mengurangkan kelajuan pergerakan ombak dan memerangkap bahan muatan ombak.
C) PENEROKAAN HUTAN PAYA BAKAU : mengurangkan pemendapan kerana ketiadaan
pokok bakau sebagai pemecah ombak; ombak tiada halangan maka sampai ke pantai dengan
kuat.
D) PENANAMAN POKOK BAKAU: penanaman poko bakau oleh kerajaa dan NGO di
pinggir pantai meningkatkan pemendapan kerana pokok bakau berperanan sebagai pemecah
ombak dan memerangkap bahan muatan.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN OMBAK

1. ANAK TANJUNG
- Merupakan mendapan pasir dan kelodak di pantai yang menganjur ke laut.
- Terbentuk apabila terdapat perubahan pada garis pantai iaitu garis pantai melengkung di
kawasna yang berteluk atai di muara sungai.
- Perubahan garis pantai menyebabkan arus pesisir pantai kehilangan tenaga dan tidak
berupaya untuk membawa beban diangkutnya.
- Seterusnya bahan-bahan yang dibawa oleh arus pesisir pantai dimendapkan secara
menganjur ke laut di pintu teluk atau di tebing muara sungai.

2. PANTAI
- Merupakan zon yang terletak di antara zon takat air pasang dengan zon takat air surut yang
terdiri daripada bahan-bahan mendak seperti pasir dan kelikir.
- Ombak pembina memendapakan bahan-bahan yang dibawa seperti pasir semasa damparan.
- Dalam jangka masa yang lama, bahan-bahan yang dimendapkan di pinggir pantai
membentuk pantai.

3. BETING PASIR
- Merupakan timbunan pasir, batu kelikir dan batu lada yang ditimbunkan oleh ombak di
pinggi pantai.
- Terletak di antara zon ombak pecah dan dipisahkan dengan pantai oleh lagun.
- Terbentuk oleh tindakan ombak yang menghakis permukaan pantai dan semasa unduran
ombak, bahan-bahan mendak dibawa kea rah laut dan dilonggokkan berhampiran dengan
zon ombak pecah.
- Proses yang berulang iaitu ombak pecah dan menghakis pasir di bahagian hadapanya serta
memendapkannya di bahagian belakang ombak.
- Beting ini bersifat sementara dan musnah apabila ombak ribut,

4. TOMBOLO
- Merupakan beting pasir yang menyambungkan pulau dengan daratan pantai. Jika tiada pula
udi hadapan pantai maka pembentukan tombolo tidak akan berlaku.
- Pergerakan ombak menuju ke pantai akan memendapkan bahan muatan di sepanjang
kawasan antara pantai dengan pulau. Ini adalah kerana di bahagian belakang pulau ombak
kurang tenaga dan lemah.
- semasa basuhan balik sekali lagi bahan muatan ombak dari pantai dibawa dan dimendapkan
di kawasan tersebut.
- Proses yang berterusan akan menghasilkan tombolo yang tebal dan kukuh
- Selain itu tombolo juga berlaku apabila anak tanjung memanjang kea rah laut dan
bersambung dengan sebuah pulau di luar pantai.

5. LAGUN
- Merupakan kawasan air laut yang terkepung oleh mendapan di pinggir pantai. Bentuknya
kelihatan seperti tasik.
- Lagun terbentuk apabila mendapan pasir dan kelodak membentuk beting pasir atau tombolo
yang mengepung air di dalam telakan kecil.

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PANTAI TERHADAP AKTIVITI


MANUSIA

A. Teluk

pembinaan pelabuhan- terlindung daripada ombak yang besar. Oleh itu air tenang- sesuai
untuk membina pelabuhan dan jeti kerana memerlukan air yang tenang untuk memudahakn
aktviti pendaratan.

Ekopelancongan- kawasan teluk mempunyai pantai yang cantik akibat daripada


pemendapan pasir- menarik minat pelancong- cth: teluk batik, teluk cempedak, teluk
kemang

akuakultur – teluk terlindung daripada ombak yang besar- keadaan ini memudahkan aktiviti
penternakan ikan dalam sangkar- tempat pembiakan yang baik

perikanan- teluk terlindung daripada ombak yang besar-menjadi tempat pembiakan yang
baik- menyimbang sumber ikan yang banyak kepada nelayan

2. GUA, GERBANG LAUT

Pelancongan - gua dan gerbang laut merupakan bentuk muka bumi yang uni dan menarik-
menarik minat pelancong
3. GEO DAN GLOUP

Pelancongan - merupakan bentuk muka bumi yang uni dan menarik- menarik minat
pelancong

4. TANJUNG/TEBING TINGGI

Pembinaan rumah api – menunjukkan pintu masuk ke pelabhan, bentuk muka bumi tanjung
sangat strategic untuk mendirikan rumah api. Tempat yang tinggi itu memudahkan pelayar
kapal laut melihat petunjuk rumah api.

Contoh soalan

Huraikan pengaruh bentuk muka bumi pemendapan kepada aktiviti manusia. 12m

1. Aktiviti pelancongan
– pantai berpasir daripada pemendapan menarik pelancong untuk berkelah dan menjemur di
tepi pantai. Cth : Pantai Puteri, Melaka
2. Aktiviti perikanan
Lagun
3. Aktiviti perlombongan pasir
- Beting pasir- yang banyak akibat ppemendapan – pasir merupakan kombinasi dalam membuat
konkrt bagi bahan binaan bangunan- beting pasir membawa pulangan yang tinggi dalam
sektor perlombongan.
4. Aktiviti IKS’
- Pantai berpasir sesuai untuk aktiviti penjemuran ikan
5. Aktiviti pertanian
- Pantai yang tediri daripada pasir sesuai untuk menjalankan aktivti pertanian- mempunyai
tanah yang subur untuk tanam kelapa sawit
6. Aktiviti Pengangkutan
- Tombolo yang terhasil daripada pemendapan menghubungkan pulau dengan tanah besar

Anda mungkin juga menyukai