Anda di halaman 1dari 6

STPM 2019 (U) PEMBETULAN

ALAM SEKITAR FIZIKAL


1.a) Nyatakan fenomena berlaku(1m)

- Jerebu.

b) Jelaskan tiga faktor semula jadi yang menumbang fenomena tersebut,(6m)

i) Fenomena cuaca panas El-Nino. El-Nino yang melanda rantau Asia-Pasifik


menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera, Kalimantan Indonesia.
Keadaan cuaca yang panas berpanjangan memungkinkan hutan terbakar dengan
sendiri. Debu, habuk dan asap yang dikeluarkan menyebabkan berlakunya jerebu.

ii) Letusan Gunung Berapi. Letusan gunung berapi boleh menyumbangkan kepada
fenomena jerebu kerana ia turut mengeluarkan bahan-bahan pencemaran , gas serta
debu dalam kepekatan yang tinggi. Contohnya letupan gunung berapi Pinatubo di
Luzon Filipina pada 1991 menyebabkan hampir seminggu kepulauan Asia Tenggara
dilanda cuaca jerebu malah debu dan asapnya di kesan hingga ke Kampuchea.

iii) i. Faktor kebakaran hutan semula jadi.Kebakaran semula jadi berlaku ekoran cuaca panas yang
berpanjangan.Kebakaran akan menyebabkan bahan pencemar dibebaskan iaitu gas karbon dioksida
dan gas karbon monoksida.Sebagai contoh,kebakaran hutan semula jadi di Kalimantan.Bahan
pencemar yang terapung di udara menyebabkan udara tercemar dan berlaku jerebu.Oleh itu,faktor
kebakaran hutan semula jadi menyebabkan fenomena berlaku.

c) Jelaskan dua kesan negative fenomena tersebut kepada ekonomi sesebuah


Bandar,dan (4m)

i). Menjejaskan Sektor pertanian.Sektor pertanian mendapat kesan negatif kerana


jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan
tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan,
pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan.

ii)Menjejaskan aktiviti pelancongan.Para pelacong akan berasa panas dan tidak ingin
untk melakukan aktiviti luar pada masa itu.Hal ini kerana hari yang sangat panas
mengganggu mereka untuk bersiar-siar di kawasan tersebut dan menyebabkan badan
mereka terdihidrasi dalam badan.

ii. Menganggu aktiviti pengangkutan. Jerebu akan menyebablkan jarak penglihatan manusia terhad.
Ini menyebabkan penebangan ditangguh dan dibatalkan akibat jerebu yang berterusan. Kesannya,
pendapatan negara berkurang. Jadi, kesan fenomena jerebu ialah menganggu aktiviti pengangkutan.
d)Jelaskan dua langkah jangka pendek bagi mengurangkan kesan fenomena tersebut
terhadap manusia. (4m)

i) Menguatkuasakan undang-undang.Pihak berkuasa perlulah mengetatkan


undang-undang bagi sektor perkilangan.Setiap kilang perlu diwajibkan memasang alat
penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter
melepasi lapisan atmosfera bumi.Hal ini dapat mengawal pelepasan asap daripada
bebas ke atas atmosfera.
ii) Memakai pelitup muka

2 (a) Huraikan enam punca penipisan lapisan ozon. [12]

Penggunaan kapal terbang supersonic. Penggunaan kapal terbang supersonic


dalam bidang pertanian yang berskala besar telah membebaskan sebatian nitrogen
oksida daripada asap kapal terbang. Unsur nitrogen bertindak balas dengan gas ozon
kemudian mengurangkan gas tersebut di lapisan stratosfera bumi. Oleh itu,
penggunaan kapal terbang supersonic menyebabkan berlakunya penipisan lapisan
ozon.

Aktiviti pengangkutan. Bilangan kenderaan yang semalin bertambah mendorong


kepada penipisan lapisan ozon terutamanya di kawasan bandar. Kenderaan yang
menggunakan petrol dan diesel telah meningkatkan pembakaran bahan api fosil.
Kesannya, ini telah membebaskan karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara
dan menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di
lapisan stratosfera. Oleh itu, aktiviti pengangkutan menyebabkan penipisan lapisan
ozon.

ALAM SEKITAR MANUSIA

4.a) Nyatakan tiga teras dasar luar Malaysia. (3m)

i) Aman.Teras dasar luar Malaysia untuk mewujudkan suasana yang aman dan
harmoni anatara masyarakat.

ii) Bebas. Teras dasar luar Malaysia untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan
negara serta untuk menyumbang secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil
dan saksama melalui perhubungan diplomasi yang effektif.

iii) Berkecuali. Malaysia memberi kepentingan kepada perpaduan Ummah dan


semangat kerjasama di kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
b) Jelaskan tiga peranan dalam memakmurkan rantau Asia Tenggara. (6m)

i)Meluaskan pasaran.

ii) Pengaliran teknologi dan R&D.Kerjasama yang erat antara ngara berkenaan
melalui kemasukan teknologi moden dari Negara maju.Keadaan ini dapat
mempercepatkan dan meningkatkan pendapatan Negara.Contohnya, pemain
industri. Hal ini mengalakkan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka
melalui penerapan teknologi pintar.Rakan kongsi pelaksanaan strategik utama
untuk mencapai matlamat perniagaan anda dalam penerapan teknologi ini. Bakal
pelabur digalakkan agar memanfaatkan kemudahan, geran dan insentif serta
meningkatkan perniagaan.

iii) Perkongsian modal

iv) Perkongsian bahan mentah

c)Huraikan tiga langkah yang dilakukan dalam menangani masalah tumpahan minyak
antara sempadan. (6m)

i)Melalui kempen kesedaran.Pihak berkuasa boleh menganjurkan kempen


“JAGALAH HIDUPAN LAUT”.Ini menggalakan perikanan-perikanan sedar akan
hidupan marin betapa pentingnya kepada manusia.Hidupan marin sangat bernilai
kepada manusia dan ini membantu melindungi keseluruhan ekosistem marin untuk
terus hidup .Oleh itu, langkah yang dilakukan dalam menangani masalah tmphan
minyak antara sempadan melalui kempen.

ii)Melalui kawalan dan rondaan yang kerap.PIhak berkuasa haruslah melakukan


rondaan secara berkala seperti 3 hari seminggu untuk melawat persekitaran laut.Selain
itu,pihak berkuasa juga boleh menggunakan teknologi seperti drom untuk
mengawasi dari pandangan atas.Hal ini dapat menangkap pesalah dengan pantas dan
mereka tidak berani melakukannya.

iv) Melalui perjanjian antarabangsa


a) Berdasarkan jadual di atas, Lukis graf yang sesuai bagi menunjukkan jumlah
kedatangan pelancong dan sumbangan KDNK di negara X dari tahun 2005
hingga tahun 2010. (12m)

Skala:
1CM mewakili 10 (juta orang)
1cm mewakili 5 (RM bilion)

a) Bincangkan enam kesan pembangunan sektor pelancongan terhadap kualiti


alam sekitar. (13m)
Berlaku pencemaran air. Penyaliran sisa-sisa kumbahan dari hitel dan
resort ke laut menyebabkan air tercemar dengan bakteria E-coli yang akhirnya
memusnahkan hidupan akuatik seperti ikan. Selain itu, pencemaran air ini juga
menyebabkan kesihatan manusia terganggu. Oleh itu, kesan pelancongan
terhadap alam sekitar ialah pencemaran air.

Kepupusan habitat fauna. Aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan


tapak pelancong menyebabkan habitat fauna musnah. Hal ini menyebabkan
fauna terpaksa berpindah ke tempat lain bagi mendapatkan habitat baharu
yang lebih sesuai untuk mereka tinggal. Haiwan yang tidak dapat
menyesuaikan diri di tempat yag baharu akan mengalami kematian. Maka,
kemusnahan habitat fauna dipengaruhi oleh kegiatan pelancongan.

Kepupusan spesies flora dan fauna. Aktiviti penebangan yang


dilakukan untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan menyebabkan spesies
flora dan fauna pupus. Flora yang berharga seperti pokok meranti, merbau dan
sebagainya musnah manakala fauna seperti harimau, rusa dan sebagainya akan
mengalami kepupusan. Jadi, Maka, kepupusan spesies flora dan fauna
dipengaruhi oleh kegiatan pelancongan.

Berlaku pencemaran sampah sarap dan bau. Pelancong akan membawa


makanan bersama-sama mereka sewaktu berhibur di tepi pantai,kawasan air
terjun dan sebagainya. Ini telah menyebabkan pelancong akan cenderung
membuang sampah sarap di merata tempat dan akhirnya akan menyebabkan
sisa makanan tersebut membusuk.

Berlaku pencemaran budaya. Kehadian pelancong asing dari selatan


dunia khususnya dari negara Amerika Syarikat, Eropah, dan Afrika akan
berlaku penyerapan budaya yang kurang elok. Sebagai contoh, budaya Punk,
pergaulan bebad dan minum minuman keras. Jadi, kesan pelancongan
terhadap alam sekitar ialah pencemaran budaya.

Berlaku perubahan landskap. Aktiviti penebangan pokok untuk


kegunaan tapak pelancong menyebabkan tanah menjadi gondol. Selain itu,
berlaku perubahan dari kawasan hutan kepada kawasan pelancongan. Oleh itu,
kesan pelancongan terhadap ala sekitar ialah berlaku perubahan landskap.

Berlaku hakisan tanah. Kegiatan aktiviti pertanian di kawasan tanah


tinggi menggiatkan berlakunya hakisan tanah. Pembinaan kemudahan
infrasturktur seperti jalan raya dan kemudahan penginapan seperti pembinaan
hotel di tanah tinggi meyebabkan tanah menjadi gondol. Kemusnahan akar
pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar terutamanya pada waktu
hujan lebat yang menyebabkan tanah terhakis.

Berlaku tanah runtuh. Aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran


menyebabkan semua pokok-poko telah ditebang. Akar pokok yang berfungsi
sebagai pencengkam butiran tanah sudah musnah menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar dan kurang stabil. Hal ini telah menggalakan berlakunya
tanah runtuh akibat daripada kekurangan litupan tumbuhan. Jadi, kesan
pelancongan terhadap alam sekitar ialah berlaku tanah runtuh.

Anda mungkin juga menyukai