Anda di halaman 1dari 4

Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja.

1 (a) Berdasarkan data dalam jadual di bawah, lukis carta pai dengan menggunakan skala jejari 5 cm. [8 markah] Jadual 1: Jenis Kegiatan Perikanan Malaysia 2004 Jenis perikanan Peratus Pinggir laut 40 Laut dalam 10 Air tawar 20 akuakultur 30

(b) Huraikan kepentingan laut dan lautan kepada manusia. [ 5 markah] 1. Hasil ikan/ makanan/ sumber protien 2. Mineral-petroleum / gas asli 3. Pelancongan 4. Bahan perubatan tradisional 5. Sumber air melalui proses penyahgaraman 6. Pekerjaan-nelayan/ pengangkutan/ pelancongan (c) Bagaimanakah kegiatan manusia boleh menjejaskan laut? [ 4 markah] 1. Perikanan sumber ikan pupus 2. Perikanan tumpahan minyak 3. Perikanan pukat tunda merosakkan batu karang 4. Pelancongan tumpahan minyak ; sampah 5. Pembinaan aliran kumbahan domestik 6. Industri aliran sisa toksid / kimia (d) Huraikan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran laut. [3 markah] 1. Rawat air kumbahan 2. Kuatkuasa undang-undang 3. Agensi membersih pantai 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena jerebu? [5 markah] Maksud jerebu- keadaan di mana partikel-partikel terampai seperti debu,habuk, dan jelaga terapung-apung dalam udara kerin. Partikel terampai ini boleh menghalang jarak penglihatan. (b) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena jerebu. [5 markah] 1. Wujudnya keadaan udara kering yang berpunca dari cuaca panas misalnya ketika kejadian El-nino di Asia Tenggara pada tahun 1997. Udara kering (% kelembapan udara yang rendah) membolehkan partikel-partikle terampai dalam udara. 2. Kebakaran hutan atau aktiviti pertanian pindah yang membakar hutan. Ini akan membebaskan debu, asap dan habuk ke dalam udara. 3. Aktiviti pembakaran terbuka misalnya di kawasan pelupusan sampah atau di tapak pertanian yang juga membebaskan debu, habbuk dan asap dalam udara. 4. Aktiviti perindustriaan khususnya industri kuari dan pecah batu yang banyak membebaskan debu dab habuk dalam udara. 5. Faktor letusan gunung berapi yang memuntahkan debu ke udara seperti letusan Gunung Pinatubo. (c) Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan fenomena jerebu. [10 markah] 1. Usaha membenihkan awan bagi menurunkan hujan tiruan - membersihkan udara dari partikel-partikel terampai. 2. Mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada aktiviti pembakaran teruka tanpa mengira tempat/ kawasan seperti hukuman penjara. 3. Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian khususnya dalam bandar, sebaliknya lebih banyak menggunakan pengangkutan awam seperti komuter dan lrt di samping menggalakkan berkongsi kereta. 4. Menggalakkan sektor industri menggunakan tenaga alternatif yang bersih dan mesra alam misalnya tenaga hidroeletrik dan tenaga solar. 5. Menjalankan kerjasana yang erat antara negara serantau misalnya sesama negara asean dalam konteks mengawal kebakaran hutan dan memantau kegiatan pertanian pindah. 6. Menubuhkan pasukan bomba hutan bagi mencegah kebakaran hutan daripada merebak dengan cepat. 7. Kempen kesedaran kepada petani supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka di tapak pertanian.

3 (a) Berdasarkan data dalam jadual di bawah, lukis graf histrogram hujan dengan skala 1 cm mewakili 10 mm hujan. [8 markah] Jadual 1: Jumlah Hujan Bulanan Bandar Z Tahun 2006 Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Hujan 50 55 65 75 80 80 85 90 70 60 65 55 (mm)

(b) Terangkan proses pembentukan hujan. Proses pembentukan hujan: 1. Sejatan / sejatpeluhan 2. Wap air naik ke udara / udara panas naik ke udara 3. Proses pemeluwapan di zon tekat embun membentuk titisan air. 4. Titisan air membentuk awan 5. Titisan air bercantum menjadi berat dan jatuh sebagai hujan. (c) Bagaimanakah data hujan diperoleh dengan menggunakan tolok hujan? Data hujan diperoleh dengan menggunakan tolok hujan: 1. Letak tolok hujan di tempat lapang 2. Tanam separuh tolok hujan ke dalam tanak elak tumbang 3. Sukat air hujan setiap pagi / hari untuk hujan harian 4. Rekod dalam jadual rekod hujan untuk sebulan 5. Jumlahkan hujan setiap hari selama 30/31 hari untuk dapat hujan bulanan. (d) Terangkan empat kesan kejadian banjir kepada manusia dan alam sekitar. Kesan kejadian banjir kepada manusia dan alam sekitar: 1. Kehilangan nyawa 2. Kerosakan harta benda 3. Tanaman musnah 4. Haiwan / ternakan mati 5. Sebaran penyakit 6. Jejas jalan perhubungan 7. Kemudahan asas rosak- jalan raya, bekalan air, eletrik terganggu 4

[4 markah]

[4 markah]

[4 markah]

(a) Huraikan kepentingan hutan terhadap alam sekitar. [10 markah] Kepentingan hutan terhadap persekitaran global: 1. Menyeimbangkan sistem ekologi dunia seperti keseimbangan karbon dengan oksigen dalam atmosfera. 2. Mengawal kenaikan suhu dunia / pemanasan global mengurangkan kesan rumah hijau apabila lebihan karbon dalam atmosfera boleh dikurangkan. 3. Menyeimbangkan kitar hidrologi global hutan sebagai simpanan air dunia dan pembekal wap air kepada awan. 4. Hutan sebagai penahan hakisan sama ada oleh ombak, angin, larian air permukaan dan lain-lain. (b) Jelaskan sumbangan sumber-sumber perhutanan kepada sesebuah negara. [ 10 markah] Sumbangan sumber-sumber perhutanan terhadap pembangunan ekonomi negara-negara Asia tenggara.: 1. Pendapatan eksport negara dari hasil kayu balak. 2. Menjana sektor pelancongan ekopelancongan 3. Membantu sektor industri hiliran membekalkan bahan mentah 4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk atasi masalah pengangguran 5. Menjadi tempat kajian khususnya sumber perubatan - herba.

Anda mungkin juga menyukai