Anda di halaman 1dari 5

Secara umumnya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi penghasilan bentuk

muka bumi di pinggir pantai iaitu melalui pengaruh faktor fizikal laut dan juga
faktor manusia. Pengaruh faktor fizikal laut merujuk kepada pengaruh alam
semulajadi yang berlaku hasil bantuan daripada tindakan angin, ombak, aras air
laut dan lain-lain. Manakala, pengaruh faktor manusia merujuk kepada hasil
daripada perubahan bentuk muka bumi pinggir pantai hasil tindakan manusia itu
sendiri yang akan mengubah bentuk muka bumi pinggir pantai yang sedia ada.
Dalam pada itu, perbandingan diantara kedua-dua pengaruh ini ialah faktor
fizikal laut mengambil tempoh masa yang lama untuk mengubah bentuk muka
bumi pinggir pantai dalam menghasilkan bentuk muka bumi pinggir pantai yang
baru, manakala hasil pengaruh faktor manusia akan mempercepatkan
perubahan bentuk muka bumi pinggir pantai akibat hakisan yang giat dijalankan.

Faktor Fizikal Laut


i)

Kecerunan Pantai

Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding
dengan pantai yang lebih bercerun landai. Keadaan ini disebabkan oleh ombak
pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai akan mengalami geseran dan
melemahkan tindakan ombak untuk melakukan hakisan. Keadaan ini berbeza
dengan pantai yang curam kerana tenaga ombaknya adalah lebih tinggi. Hal ini
disebabkan oleh, kedalaman air di pinggir pantai akan menyebabkan ombak
pecah pada kedudukan tinggi.

Gambar rajah 1 : Kecerunan Pantai

ii)

Pengaruh Struktur Geologi

Tindakan ombak terutamanya secara kikisan dan tindakan hidraul yang


menghakis di sepanjang garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan
menghasilkan bentuk muka bumi pinggir pantai seperti gua, geo, pintu gerbang,
batu tunggul dan tunggul sisa serta rupa muka garis tebing tinggi yang telah
terhakis secara tidak sekata. Profil tebing tinggi juga dipengaruhi oleh
kecondongan strata. Strata mendatar menghasilkan tebing tinggi yang menegak
manakala strata yang condong ke arah daratan menghasilkan cerun tebing tinggi
yang curam. Strata yang condong ke arah laut menghasilkan tebing tinggi yang
secara relatifnya adalah lebih landai. Batuan yang seragam dan keras, akan
melahirkan profil yang tegak, manakala, batuan yang rencam dan lembut pula
akan melahirkan profil yang lebih landau dan tidak sekata. Ini menyebabkan
kejadian runtuhan dan robohan batu adalah lebih aktif . Pada skala yang lebih
besar , hakisan terpilih terpilih terhadap batuan keras dan lembut menghasilkan
garis pinggir pantai yang bertanjung dan berteluk.

Gambar rajah 2 : Lapisan Batu Keras Dan Lembut Di Pinggir Pantai


iii)

Jenis Ombak

Umumnya, ombak dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu ombak
pembina dan ombak pembinasa. Jenis ombak yang terbentuk ini akan dapat
dikesan dengan merujuk kepada ombak pecah semasa damparan dan semasa
ombak mengundur. Ombak pembina mempunyai damparan yang lebih kuat
tetapi lurutan yang lemah kerana diperlahankan oleh geseran air laut dengan
kecerunan pantai yang melandai. Ombak pembina mempunyai jarak gelombang
yang panjang dan masa untuk menggulung pantai dengan kadar ulangan 6
hingga 8 kali seminit. Oleh yang demikian, ia cenderung untuk menggerakkan
bahan terutama batu lada ke atas pantai dan memendapkan beban muatan
tersebut yang kemudiannya membentuk permatang pasir. Sebaliknya, ombak
pembinasa yang merupakan satu siri ombak ribut, mempunyai turutan ombak
yang cepat dengan junaman hampir tegak apabila memecah dan dan
mempunyai daya lurutan yang lebih tinggi berbanding damparan. Oleh yang

demikian, ombak pembinasa akan meraut pantai dan akan membawa bahan ke
arah laut. Ombak pembinasa ini akn berulang sebanyak 12 hingga 15 kali dalam
seminit. Oleh itu, ia akn cenderung untuk melakukan proses hakisan pantai yang
lebih giat.

Gambar rajah 3 : a) Ombak Pembina

Gambar rajah 3 : b) Ombak Pembinasa

iv)

Kedudukan Pantai

Pantai selari yang berteluk dan berlagun mempunyai kadar hakisan yang tidak
sama rata di antara satu sama lain. Begitu juga dengan profil pinggir pantai
sama ada bercerun landai atau bercerun curam akan menentukan banyaknnya
tenaga hakisan ombak yang berlaku. Kawasan pinggir pantai yang terdedah
kepada pergerakkan ombak dan angin akan menyebabkan kadar hakisan lebih
giat berbanding dengan pinggir pantai yang terlindung. Kedudukan pulau-pulau
kecil di hadapan atau halangan daripada tanjung dan anak tanjung seperti beting
pasir di bawah air akan mengurangkan halaju pergerakkan ombak yang melanda
kawasan pinggir pantai. Kawasan pinggir pantai yang yang mempunyai jenis
batuan yang keras dan tahan hakisan dan luluhawa memerlukan masa yang
lebih panjang dan kuasa hakisan laut yang lebih kuat . Sebaliknya, kawasan

batuan yang jenis lembut dan kurang tahan akan mengalami proses hakisan
yang lebih pesat berbanding kawasan batuan keras. Begitu juga dengan bentuk
susunan batuan akan mempengaruhi kadar hakisan yang dialaminya. Misalnya
batuan yang mempunyai struktur rekahan dan retakan akan mengalami proses
pemecahan dan penguraian yang lebih cepat berbanding dengan jenis batuan
yang berstruktur padat serta padu.

Gambar rajah 4 : Kedudukan orientasi pantai yang terdedah oleh agen-agen


hakisan

Faktor Manusia
i)

Pembalakan dan penebangan hutan bakau

Aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai akar bakau yang berperanan
untuk mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan
ombak. Pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan
pinggir pantai berlaku dengan giat. Akar bakau juga berperanan memerangkap
sedimen yang di bawa oleh ombak yang memungkinkan berlakunya
pemendapan.
ii)

Pembinaan

Pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerjakerja pengorekan yang melonggarkan struktur tanah. Struktur tanah yang
longgar akan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. Aktiviti
pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti
bakau ditebang. Penebangan pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai
kepada serangan ombak dan seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan
giat. Dalam proses pembangunan destinasi pelancongan, pada fasa pembinaan
biasanya akan wujud masalah daripada segi hakisan tanih yang boleh
menyebabkan bukan hanya pencemaran kelodak, tetapi juga

pemendapan. Dalam konteks persekitaran fizikal, pemendapan adalah


merupakan suatu proses yang baik sekiranya berlaku di tempat yang diperlukan.
Tetapi, pemendapan bahan mendak seperti lumpur di pantai pelancongan dan
rekreasi semestinya tidak dikehendaki kerana menjejaskan keindahan pantai dan
mempengaruhi aktiviti pelancong.
iii)

Pendalaman kawasan pinggir pantai

Pendalaman pinggir pantai untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan


mengubah jenis ombak. Ombak pembinasa akan terhasil akibat pendalaman
kawasan pinggir pantai tersebut kesannya hakisan bertambah.

iv)

Perlombongan

Aktiviti perlombongan pasir laut merupakan aktiviti yang dilakukan untuk


meningkatkan kedalaman dasar laut serta meningkatkan kecuraman dasar laut .
Aktiviti mendalamkan kecerunan kedalaman akan menyebabkan terbentuknya
ombak besar yang boleh memusnahkan morfologi pinggir pantai

Anda mungkin juga menyukai