Anda di halaman 1dari 13

PINGGIR PANTAI

PINGGIR PANTAI

Konsep Pinggir Pantai


Merupakan kawasan terdiri pantai, pantai hadapan (perairan pantai) dan pantai belakang yang
dapat disampai oleh ombak.

Pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak, tanah liat,
kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air
pasang.

Konsep Pantai Seimbang


Pantai seimbang merujuk kepada proses hakisan adalah sama dengan proses pemendapan.

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hakisan Pantai
Konsep hakisan pinggir pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan
di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, arus, pasang
surut dan angin.

Agen-agen hakisan pinggir pantai

Ombak
- Alunan air yang wujud akibat tindakan geseran angin dengan permukaan laut.
- terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak pembina dan ombak pembinasa/pemusnah

Ombak pembina
- Ombak yang rendah
- Jarak antara gelombang adalah panjang
- Mempunyai damparan ombak yang kuat
- Unduran ombak yang lemah
- Kekerapan damparan ombak antara 8 – 10 kali seminit
- Mempengaruhi proses pemendapan yang membentuk cerun pantai yang landai

Ombak Pembina/pemusnah
- Ombak yang tinggi
- Jarak antara gelombang adalah pendek
- Damparan ombak yang lemah
- Unduran ombak yang kuat
- Kekerapan damparan 12 – 14 kali seminit
- Mempengaruhi proses hakisan yang membentuk cerun pantai yang curam

Arus atau hanyutan pesisir pantai


- Terhasil daripada damparan ombak dan unduran ombak

Pasang surut
- terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut
- Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di
kawasan pinggir pantai.

Angin
- Mempengaruhi hakisan layangan angin di pinggir pantai
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hidraul
- berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri
- ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan
atau retakan batuan tersebut.
- semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara
yang terdapat dalam rekahan tersebut.
- semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi
dilepaskan.
- berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut
bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.

Geselan/lelasan
- disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
- bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir
pantai.
- semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan
- proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di
pinggir pantai.
- berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur

Lagaan
- Bahan-bahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.
- Melibatkan perubahan saiz bahan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal (semulajadi)

Faktor Jenis ombak


- Hakisan pinggir pantai berlaku dengan giat sekiranya damparan ombak di pinggir pantai adalah
jenis ombak pemusnah atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami

Faktor Kedudukan/orientasi Pantai


- Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng
akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

- pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
- pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.
- tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.
Faktor Arus
- arus bergerak selari dengan pantai iaitu arus hanyutan pesisir pantai
- bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan
pantai.
- berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Faktor Bahan Mendak


- bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai
agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan lagaan atau lelasan. Kesannya
batuan pinggir pantai akan terhakis.

Faktor Batuan
- pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut daripada kumpulan enapan seperti batu kapur
dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan
ataupun lagaan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras (daripada kumpulan igneus) seperti batu granit
biasanya lebih keras dan susah terhakis.

Faktor kecerunan
- pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat kerana kewujudan
ombak pemusnah
- bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.

Faktor Tumbuhan
- tumbuhan (pokok bakau) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui
peranan akarnya.
- sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secara terus pinggir pantai dan kesannya
pantai terhakis.

FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

1. Pembalakan/penebangan hutan bakau


o aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai
o akar bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan
ombak.
o pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan pinggir pantai berlaku
dengan giat.
 akar bakau juga berperanan memerangkap sedimen yang di bawa oleh ombak - memungkinkan
berlakunya pemendapan.
2. Perlombongan pasir
o menyebabkan pinggir pantai hilang titik keseimbangan.
 pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku secara besar-besaran kerana secara semulajadinya
kecerunan pantai akan menjadi lebih curam apabila berlaku pengambilan pasir.
 Kesannya hakisan pinggir pantai giat berlaku kerana wujud ombak pemusnah

3. Pembinaan
o pembinaan resort, hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan
yang melonggarkan struktur tanah.
o tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
o aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti bakau
ditebang.
o penebangan pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan
seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.

4. Aktiviti mendalamkan muara laut


o Aktiviti mendalamkan muara laut akan menyebabkan kedalaman air laut akan meningkat
o Pertambahan kedalaman laut akan mewujudkan kehadiran ombak pemusnah
o Hakisan akan pesat berlaku di pinggir pantai

BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Cenuram atau tebing tinggi

o terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan


o tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di kaki pinggir pantai melalui tindakan
hidraul, larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar
batuan tersebut.
o hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya
batuan di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.

Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak

o tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan
berlakunya runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
o berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
o pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang
rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan
ombak.

Tanjung dan Teluk

o kedua-duanya terbentuk secara bersebelahan


o tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
o teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung ke arah daratan.
o proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dan keras yang tersusun
secara berselang-seli.
o tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti
dolomit, batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat
dan mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.
o bahagian batuan yang keras seperti granit dan gabro lebih tahan hakisan ombak akan
membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung.

Batu bonjol
o Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang berpasir
o apabila ombak menjalankan hakisan cara lelasan di kawasan pantai menyebabkan batuan
keras yang terdapat di dalam tanah akan timbul di permukaan
o batuan yang tertimbul di permukaan pasir pantai di kenali sebagai batu bonjol

Gua

o Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi
yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
o Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang
dikenali sebagai gua.

Lohong Ombak (gloup)

o Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.


o Satu lohong (saluran) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
o Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.
Gerbang laut
o Terbentuk apabila terdapat dua buah gua yang kedudukannya bertentangan
o Hakisan cara hidraul dan lelasan secara berterusan pada ke dua-dua dinding gua akan
menyebabkan belakang dinding gua tembus yang menghasilkan gerbang laut

Batu tunggul
o Hakisan berterusan akibat pasang surut air laut akan menyebabkan bumbung gerbang laut
runtuh membentuk batu tunggul

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

Kaedah Perundangan

Penguatkuasaan Undang-undang
Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada - hukuman denda atau penjara kepada
pelombong pasir tanpa lesen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di
kawasan pinggir pantai dan sebagainya.

Pemantauan
Pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perhutanan perlu melakukan pemantauan secara berkala di
kawasan pinggir pantai bagi memantau aktiviti manusia seperti penebangan pokok bakau dan
pengambilan pasir secara haram.

Mewartakan Hutan Bakau


Pihak kerajaan telah mewartakan hutan paya bakau sebagai hutan simpan supaya aktiviti
penerokaan di kawasan hutan paya bakau dapat di kawal.
Kaedah bukan Perundangan

Penanaman Pokok Bakau

Penanaman pokok bakau/Jaluran pelindung


- Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
- Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada damparan ombak yang
kuat. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau sediment.
- Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.

Penambakan Pinggir Pantai


- pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak.
- Penambakan akan mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan
kadar hakisan di kawasan tersebut.

Benteng Pemecah Ombak

Benteng pemecah ombak


- benteng yang dibina beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah.
- tembok batu dibina selari dengan pantai bagi melindungi pantai dari dihakis ombak
- bertujuan memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis
pemusnah.
- Ombak jenis pemusnah apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan kelajuan
dan kebolehannya menghakis.
Tembok
- tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
- Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan (daripada kumpulan
igneus).
- Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan pada pantai

Gabion
- Longokan batu yang dimasukkan ke dalam sangkar dawai dan di letakkan di sepanjang pantai.
- Bertujuan untuk melindungi permukaan pantai daripada tindakan ombak semasa unduran ombak
balik ke laut

Groin
- Binaan sama ada konkrit / kayu yang bersudut tepat dengan pantai bagi menghalang aktiviti
hakisan dan pengangkutan bahan-bahan pantai ke kawasan lain oleh arus hanyutan pesisir pantai

Guni pasir
- pasir-pasir dimasukan ke dalam guni dan disusun di pantai.
- Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.

Longgokan Batu
- Timbunan batu yang dilonggokan di sepanjang pantai bagi menghalang hakisan akibat tindakan
ombak
- Timbunan batu menyebabkan ombak tidak dapat mengangkut bahan semasa proses unduran
ombak balik ke laut

Pemupukan Pantai
- Kawasan pantai yang bercerun curam akan ditimbus dengan pasir yang diambil dari kawasan
lain membentuk cerun pantai yang lebih landai
- Hakisan dapat dikurangkan kerana wujud ombak pembina

Pendidikan
- melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran
geografi, Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam
Sekitar.
- Generasi muda dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan
pinggir pantai.

Kempen
- kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun melalui media massa.
- Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
- slogan kempen ‘Hargailah Pantai Kita’/ hargailah hutan paya bakau
Kepentingan Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak

Teluk
1. Aktivti pelancongan/rekreasi
 BMB yang menarik
 Keadaan berteluk terlindung dari tiupan angin kencang membentuk ombak Pembina
 Membentuk laut yang tenang sesuai untuk aktiviti mandi laut

2. Aktiviti penternakan akuakultur


 Keadaan muka bumi berteluk, terlindung dari tiupan angin kencang
 Menghasilkan ombak yang rendah, laut tenang
 Sesuai pembinaan sangkar ikan untuk penternakan ikan akuakultur
 Sangkar tidak musnah

3. Aktiviti pembinaan Pelabuhan


 Keadaan muka bumi yang berteluk, terlindung dari tiupan angin kencang
 Menghasilkan ombak yang rendah, laut tenang
 Pembinaan jeti pendaratan ikan
 Jeti kukuh, tahan lama

Tanjung
Pelancongan/rekreasi
 BMB yang menarik
 Keadaan berteluk terlindung dari tiupan angin kencang membentuk ombak
Pembina
 Membentuk laut yang tenang sesuai untuk aktiviti mandi laut

Perikanan
 Keadaan tanjung yang menganjur ke laut
 sesuai untuk pembinaan rumah api
 untuk menjadi panduan kapal yang melalui perairan Malaysia
 untuk panduan nelayan menuju ke jeti pendaratan ikan

Gua, gerbang laut, geo dan gloup


Aktiviti pelancongan/rekreasi
 BMB yang menarik dan unik
 Menarik minat pelancong untuk mengunjungi kawasan ini

Batu Bonjol
Aktiviti pelancongan
 BMB yang menarik dan unik
 Menarik minat pelancong untuk mengunjungi kawasan ini untuk berkelah dan mandi laut

Tebing tinggi
Kawasan rekreasi dan pelancongan
 BMB yang menarik dan unik
 Tebing yang tinggi juga sesuai untuk aktiviti mendaki tebing tinggi

Perikanan
 Tebing tinggi di kawasan pinggir laut
 sesuai untuk pembinaan rumah api
 untuk menjadi panduan kapal yang melalui perairan Malaysia
 untuk panduan nelayan menuju ke jeti pendaratan ikan

PROSES PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI

Definisi
Proses pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai
seperti ombak, arus dan pasang surut.

Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai

Hanyutan Pesisir Pantai

Konsep Hanyutan Pesisir Pantai


o Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak selari dengan pantai
secara ‘zig-zag’ akibat daripada pembiasan ombak .
o bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya pindahkan secara selari
dengan garisan pinggir pantai.
o semasa hanyutan pesisir pantai bahan mendapan akan dibawa dari laut ke pantai semasa
damparan ombak akan membolehkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai secara
menegak.
o bahan mendapan akan dibawa dari pantai ke laut secara menyerong semasa unduran ombak balik
ke laut.

Golekan
o melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .
o bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.

Ampaian
o bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai hampir dengan permukaan.
o melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Seretan
o berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
o proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN DI


PINGGIR PANTAI

Tenaga ombak
o Tenaga ombak yang kuat ketika kehadiran ombak pemusnah dan ombak tsunami mampu
mengangkut bahan dari pantai ke laut dengan cepat
o Tenaga ombak yang perlahan ketika kehadiran ombak pembina akan membolehkan bahan
diangkut dari laut ke pantai

Jenis Ombak
o ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai. Ombak pemusnah pula menghakis pantai
dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.

Arus
o arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan bahan-bahan secara selari dengan garisan
pantai.

Pasang surut
o semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai
o semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.

Kecerunan pantai
o pantai yang bercerun curam lebih mudah berlaku pengangkutan bahan dari pantai ke laut
o pantai yang bercerun landai pengangkutan bahan berlaku dari laut ke pantai

Halangan
o merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau, tanjung dan benteng pemecahan
ombak.
o bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada halangan-
halangan tersebut.

Orientasi pantai
o bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan
seperti tanjung.

Saiz bahan, jenis dan bentuk bahan


o bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu dan kelodak diangkut secara ampaian.
o bahan yang berat seperti batu tongkol diangkut secara golekan atau seretan.
o bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di bahagian dasar secara golekan.

Anda mungkin juga menyukai