Anda di halaman 1dari 5

GELINCIRAN atau SESAR

Definisi: Gelinciran ialah retakan pada kerak bumi


apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi
atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada
secara mendatar atau menegak.

1) Daya tegangan dan mampatan akan bertindak terhadap lapisan batuan dan
menyebabkan lapisan batuan tersebut meretak/merekah sehingga lapisan
batuan seolah-olah berbentuk blok-blok yang disempadani oleh retakan-
retakan.

2) Tempat retakan/rekahan ini dinamakan garis gelinciran/sesar. Proses


tegangan dan mampatan yang berterusan membolehkan blok-blok
batuan(lapisan kerak bumi) mengalami anjakan di sepanjang garis gelinciran.

3) Anjakan blok batuan boleh berlaku ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke
kanan, atau secara mendatar.

4) Pembentukan sesar atau anjakan blok batuan ini juga berlaku secara
perlahan atau secara tiba-tiba dan berskala dari beberapa meter hingga
berpuluh-puluh kilometer sehingga terbentuk lurah gelinciran yang dalam.

5) Elemen penting untuk menentukan mekanisme sesaran ialah:

Kecondongan satah retakan atau


garis gelinciran.

Arah pergerakan atau anjakan satu-satu


blok batuan berbanding dengan blok
batuan lain.
6) Berdasarkan kecondongan satah retakan, terdapat pergerakan secara
menegak atau mendatar. Namun tidak semua satah retakan berada dalam
keadaan garis lurus. Kadang kala terdapat juga pergerakan sesar secara
berputar yang dikelaskan sebagai sesar lipatan.

7) JENIS PERGERAKAN ATAU ANJAKAN BLOK BATUAN.


JENIS JENIS SESAR TERBAHAGI KEPADA :
SESAR
RABAK

SESAR SESAR
BIASA SONGSANG
1)Sesar rabak
mendatar dan
menegak .

2) Sesar rabak
engsel

A) SESAR BIASA

Berlaku apabila wujud daya tegangan yang menarik kerak bumi


atau blok batuan dan daya yang menolak kerak/blok batuan dari
bawah.
Sesar jenis ini mempunyai satah retakan/garis gelinciran yang
berkeadaan curam atau hamper tegak.

Sesar biasa akan menghasilkan cerun sesar yang curam dan lurus.
Ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok
yang telah berlaku.

Adakalanya terdapat banyak garis gelinciran di satu tempat dan


tempat tersebut telah mengalami beberapa kali sesaran secara
bersiri dan jenis sesar yang terbentuk di sini ialah sesar bertangga.

Sekiranya terdapat dua atau lebih sesar biasa berkeadaan selari,


maka terdapat blok batuan yang mengalami kenaikan dan
kejatuhan secara berselang seli.

Blok batuan yang jatuh akan membentuk lurah yang dalam. Ia

dinamakan GRABEN manakala blok yang terangkat akan

membentuk gunung bongkah yang dinamakan HORST.


Terjadi apabila daya mampatan
B) JENIS SESAR SONGSANG
dan tegangan yang bertindak
terhadap blok batuan dari dua
arah yang bertentangan.

Tindakan ini menghasilkan garisan Oleh sebab itu, sesar songsang


sesar pada permukaan blok batuan biasanya disebut SESAR JULANG.
tersebut dan menyebabkan salah Lazimnya, satah retakan condong
satu daripada blok batuan tersebut kurang daripada 45
terangkat atau terjulang ke atas.

Sesetengah sesar julang


Sesar songsang banyak terdapat di kawasan
telah mengalami proses
pergunungan yang besar dan blok sesar
sesaran yang selari dan
yang terjulang biasanya telah mengalami
bersiri. Ini akan
pergerakan beberapa kilometer di atas blok
menghasilkan sesar julang
yang tidak terangkat .
berlapis.
c) JENIS SESAR RABAK Berlaku apabila daya mampatan dan tegangan
dikenakan terhadap lapisan kerak bumi/blok
batuan sehingga terjadi pergerakan secara
melintang pada blok-blok batuan dari kedua-dua
arah yang bertentangan.

Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan sebarang
kenaikan atau kejatuhan terhadap blok batuan.

Oleh sebab itu, di atas sesar rabak tidak wujud cerun dan tidak terdapat
gangguan di atas lapisan atas batuan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai