Anda di halaman 1dari 3

Sistem Atmosfera dan Manusia

1) Peranan iklim dan cuaca sebagai sumber semula jadi untuk kegiatan ekonomi.

 Aktiviti pelancongan

- Iklim dan cuaca yang sejuk sesuai menjalankan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan salji
seperti aktiviti meluncur salji.
- Contohnya di sekitar pergunungan di Gstaad, Zermatt dan Titlis.
- Kawasan yang cuaca sejuk seperti di Genting Highland, Bukit Fraser dan tanah Tinggi
Cameron sesuai melakukan aktiviti pelancongan.
- Selain itu, pulau-pulau Malaysia seperti Pulau Redang, dan Pulau Sipadan telah menjadi
sebagai destinasi pelancongan kerana Malaysia merupakan iklim khatulistiwa. Tempat-
tempat ini sesuai kepada pelancong asing untuk melancong apabila Negara mereka
mengalami musim sejuk.
- Kawasan yang mempunyai kayu bakau yang boleh terdapat di hutan hujan tropika telah
menjadi tempat pelancongan kerana kayu bakau dapat menarik perhatian pelancong untuk
mengunjunginya.

 Aktiviti pertanian

- Iklim dan cuaca yang panas dan lembap amat sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian
secara besar-besaran.
- Contohnya, padi sawah, getah dan kelapa sawit sesuai ditanam di rantau Asia Tenggara
kerana min suhu tahunan yang tinggi kira-kira 27 celcius dan hujan melebihi 2600 mm
setahun.
- Kawasan yang beriklim sederhana sejuk membolehkan tananam seperti epal, pir, anggur
dan buah-buahan sitrus lain ditanam dengan baik.
- Pokok-pokok seperti tamar dan zaitun dapat hidap subur di kawasan yang cuaca amat
panas.

 Aktiviti Perikanan

- Iklim yang sederhana mampu mempengaruhi kegiatan perikanan kerana suhu air laut yang
sederhana menggalakan pertumbuhan dan pembiakan plankton yang menjadi sumber
makanan utama bagi ikan.
- Selain itu, suhu laut sederhana dapat mewujudkan habitat yang sesuai untuk pembiakan,
pemgumpulan dan perlindungan ikan.
- Misalnya, di kawasan terumbu karang yang boleh tumbuh, hidup dan membesar dengan
baik di kawasan air laut yang bersuhu sederhana.
- Suhu yang sederhana membolehkan hasil tangkapan ikan sentiasa segar dan tidak mudah
busuk berdingan dengan kawasan yang lebih panas.

 Aktiviti Pembalakan

- Kawasan yang iklim khatulistiwa membolehkan pokok kayu keras yang terdapat di hutan
hujan tropika ditumbuh dengan subur terutamanya di Malaysia.
- Contohnya, cengal, meranti,keruing,seraya dan balau.
- Pokok kayu keras ini amat berharga dan bernilai tinggi. Oleh itu, manusia daapt melakukan
aktiviti pembalakan secara besar-besaran di kawasan tersebut.

2) Kesan iklim terhadap kegiatan manusia

 Kesan Positif

 Iklim panas
- Tanaman-tanaman seperti padi sawah, getah dan kelapa sawit dapat ditanam dengan
subur dan baik di kawasan yang beriklim panas seperti Malaysia, Indonesia dan juga Filipina.
- Pantai mampu menjadi sebagai suatu destinasi pelancongan yang dapat menarik ramai
pelancong asing untuk mengunjunginya kerana kawasan tersebut adalah beriklim panas dan
amat sesuai pergi ke pantai bermain dan berenang di situ.
- Contohnya, Gold Coast, Pulau Pinang dan Pulau Bali.
- Pokok-pokok keras dapat ditumbuh dengan sihat dan subur di kawasan yang beriklim panas
telah membolehkan manusia melakukan aktiviti pembalakkan.
- Di kawasan yang sangat panas membolehkan tamar dan zaitun bertumbuh dengan sihat
seperti di Mesir dan Arab Saudi.
 Iklim sejuk
- Manusia dapat melakukan aktiviti meluncur salji di kawasan yang beriklim sejuk
terutamanya di sekitar pergunungan Gstaad, Zermatt dan juga Titlis.
- Kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting boleh
menjadi destinasi pelancongan kerana suhunya yang sejuk.
- Kawasan yang melitupi dengan salji dapat menjadi suatu destinasi pelancongan yang dapat
menarik ramai pelancong datang untuk memain salji dan melihat suasana yang begitu
cantik dan nyaman.
 Iklim sederhana
- Kawasan yang beriklim sederhana dapat menanam tanaman seperti epal, pir, anggur dan
strawberi dengan subur dan sihat seperti di Canada dan Amerika Syarikat.
- Kawasan beriklim sederhana seperti di Florida, Amerika Syarikat dan di sepanjang pantai
Mediterranean telah menyebabkan kegiatan pelancongan pantai menjadi popular kerana
air laut adalah suam sepanjang tahun dan musim panas yang cerah.
- Aktiviti perikanan dapat dijalankan secara besar-besaran di kawasan yang beriklim
sederhana kerana suhu di laut amat sesuai membolehkan ikan pembiakan dan bertumbuh
dengan sihat.

 Kesan Negatif

 Iklim Panas
- Tanaman seperti epal, pear dan strawberi tidak dapat bertumbuh di kawasan yang beriklim
panas seperti Thailand, Indonesia.
- Tanaman seperti padi sawah, getah dan kelapa sawit juga tidak boleh tanam di kawasan
yang terlalu panas kerana tanaman tidak dapat menerima air yang mencukupi.
- Kawasan yang amat panas seperti di Iraq, Mesir dan Arab Saudi kurang menarik hati
pelancong untuk melancong ke sana.
- Binatang yang hanya sesuai tinggal di kawasan sejuk seperti di kawasan Canada dan Iceland
tidak dapat hidup di kawasan yang panas seperti di Indonesia dan Mesir.
 Iklim Sejuk
- Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan panas dan lembab tidak sesuai untuk tumbuh di
kawasan yang beriklim sejuk dan diliputi dengan salji. Ini telah mengehadkan manusia
menanam tanaman lain.
- Aktiviti perikanan tidak dapat dilakukan secara besar-besaran di kawasan sejuk kerana suhu
air laut terlalu sejuk kerana habitat lautan tidak dapat melakukan pembiakan dengan cepat
dan banyak.
- Aktiviti pembalakan turut tidak boleh melakukan secara besar-besaran kerana pokok-pokok
tidak dapat bertumbuh dengan sihat dan subur.
- Aktiviti pelancongan pantai tidak sesuai dijalankan di kawasan yang sejuk dan juga bersalji
seperti di Iceland dan Canada.

Anda mungkin juga menyukai