Anda di halaman 1dari 1

SET 6

BAHAGIAN A (Memindahkan Maklumat)


1. Kelihatan beberapa orang murid perempuan menjalankan latihan bola jaring untuk
pertandingan peringkat daerah.
2. Latihan bola sepak dijalankan oleh murid lelaki bagi melayakkan mereka untuk
memasuki pertandingan peringkat daerah.
3. Cikgu Malik memerhatikan murid-muridnya menjalankan latihan olahraga pada
waktu Pendidikan Jasmani.
4. Murid-murid membuat latihan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
kejayaan yang cemerlang.
5. Aktiviti sukan dapat menyihatkan tubuh badan kita.

BAHAGIAN B (Menulis Ulasan)

Pokok kelapa merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada
manusia. Misalnya, batang kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi parit, longkang
atau anak sungai. Selain itu, daun kelapa muda pula boleh dijadikan sarung ketupat,
manakala lidinya pula dapat dijadikan penyapu. Seterusnya, air kelapa muda sangat enak
dijadikan minuman sejuk serta baik untuk kesihatan kita. Dalam pada itu, isi kelapa yang
sudah matang boleh diproses untuk dijadikan minyak masak, sabun mandi dan barangan
kosmetik. Kesimpulannya, hampir keseluruhannya daripada pokok kelapa bermanfaat untuk
pelbagai kegunaan.

BAHAGIAN C

Anda mungkin juga menyukai