Anda di halaman 1dari 1

BAGAIMANA LETUSAN GUNUNG BERAPI BERMULA?

Gunung berapi meletup apabila magma mula meletus ke permukaan bumi. Lazimnya,
magma berada sedalam 5 hingga 20 ribu meter di bawah tanah. Pada mulanya, batu yang
dipanaskan bertukar menjadi cecair . Selepas itu, cecair akan naik setinggi 10 hingga 20 ribu
meter dan membentuk takungan magma yang kemudiannya meletus ke permukaan bumi.

Semasa proses pengumpulan magma, wap air yang terbebas akan naik secara perlahan-
lahan dan terkumpul di bawah kawah. Apabila tekanan udara semakin bertambah, ia akan
dipancutkan bersama batu-batan, lumpur dan sebagainya. Saluran yang magma lalui ke
permukaan bumi dipanggil conduit. Dari saluran conduit ke bukaan di permukaan bumi
dipanggil kawah. Magma yang dilepaskan melalui kawah pula dipanggil lava.

Fenomena letupan gunung berapi ini boleh kita bayangkan seperti apa yang berlaku ketika
penutup minuman berkarbonat yang telah digoncang dibuka lalu airnya terpancut keluar.
Namun, apabila wap air dan magma di dalam takungan magma dipancut keluar, tekanan
semakin berkurangan dan aktiviti gunung berapi juga turut perlahan.

DEMONSTRASI LETUSAN GUNUNG BERAPI

BAHAN DIPERLUKAN:

-SODA BIKARBONAT

-CUKA (ASID ASETIK)

-SABUN PENCUCI

-PEWARNA MERAH

APA YANG BERLAKU?

Sodium bikarbonat adalah base dan cuka bertindak sebagai asid. Apabila keduanya bertindak balas
membentuk asid karbonik yang sangat tidak stabil, ia segera berpecah membentuk air dan karbon
dioksida lantas menghasilkan gas meluap seperti yang terhasil pada model gunung berapi ini.

Anda mungkin juga menyukai