Anda di halaman 1dari 7

 Proses pengangkutan sungai bergantung pada

keadaan bahan muatan dan faktor keupayaan


sungai.
 Faktor bahan muatan sungai meliputi jenis
bahan muatan,saiz dan kuantiti.
 Faktor keupayaan sungai berkait dengan tenaga
sungai,kecerunan alur,kekerasan alur sungai
dan bentuk alur sungai.
a) Bahan Muatan sungai

Jenis bahan muatan Saiz Kuantiti


-Jenis bahan muatan -Saiz berkait dengan berat -Kuantiti mempengaruhi
mempengaruhi keupayaan bahan . kelajuan muatan.
dan cara pengangkutan
sungai. Cth:Bahan muatan banyak
Cth:Bahan besar tetapi ringan dan berat menyebabkan
cth:Bahan muatan ,boleh diangkut secara ampaian pengangkutan menjadi
berat(Batu) dibawa secara atau apungan.Manakala bahan perlahan.Manakala bahan
seretan atau tolakan kecil tetapi berat boleh sedikit menyebabkan
beransur-ansur diangkut secara lompatan dan pergerakan bahan lebih laju
disepanjang dasar bahan yang besar(bongkah) dan akan dibawa lebih jauh
sungai.Manakala muatan diangkut secara seretan. ke hilir sungai
ringan(tanih) dibawa
secara apungan atau
ampaian.
b)Tenaga Sungai
- Berubah mengikut masa.
- Tenaga sungai mempengaruhi proses
pengangkutan bahan muatan.
- Semasa hari hujan dan musim hujan tenaga
sungai akan bertambah kerana bertambahan
isipadu sungai.
- Musim kemarau isipadu sungai akan susut dan
menyebabkan tenaga sungai berkurang.
c)Kecerunan alur sungai
- Kecerunan alur sungai mempengaruhi kelajuan
sungai.
- Cerun curam meningkatkan tenaga sungai untuk
mengangkut bahan.
- Cerun yang melandai di peringkat dewasa dan tua
mengurangkan tenaga sungai untuk mengangkut
bahan muatan.
d)Kekasaran dasar dan tebing alur sungai
- Kekasaran dasar dan tebing alur sungai
mempengaruhi geseran pegerakan air sungai.
- Tebing dan dasar yang tidak rata dan mempunyai
tonjolan bongkah-bongkah batuan akan
memperlahankan pergerakan bahan muatan.
- Tebing yang mempunyai banyak cengkaman akar
pokok akan memerangkap bahan-bahan muatan.
e)Bentuk alur sungai
- Bentuk alur sungai mempengaruhi kuantiti bahan
muatan yang diangkut dan jarak beban yang dibawa.
- Arus sungai yang lurus membolehkan banyak bahan
diangkut dengan jarak yang lebih jauh.
- Alur sungai yang berliku-liku menjadikan arus sungai
perlahan dan kehilangan daya untuk mengangkut
bahan.
- Likuan sungai memerangkap bahan muatan dan
mengurangkan kuantiti bahan yang diangkut.

Anda mungkin juga menyukai