Anda di halaman 1dari 38

3.

3 KAITAN SISTEM ATMOSFERA


DENGAN MANUSIA

Hasil pembelajaran :
(a) (a) Menjelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti
manusia
(b) (b) Menghuraikan fenomena iklim (banjir, kemarau, siklon
tropika, tornado dan El Nino dan La Nina)
PENGARUH CUAC A DAN IKLIM TERHADAP
AKTIVITI MANUSIA

Bil Unsur cuaca dan Aktiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif


iklim
1 Bahangan matahari Perikanan Tinggi – aktiviti Rendah – plankton mati.
(tinggi/rendah) penangkapan ikan dapat Kesannya, sumber ikan
dijalankan. berkurang dan
• Mempergiatkan penangkapan ikan
pertumbuhan plankton terjejas.
Pertanian Tinggi – aktiviti penuaian, Tinggi – kekurangan
pengeringan dapat sumber air. Kesannya
dijalankan tumbuhan akan menjadi
layu dan mati
mengakibatkan hasil
berkurangan.
Pelancongan Sederhana – sesuai utk Tinggi – tidak sesuai
berjemur untuk berjemur
IKS Tinggi – proses Rendah – hasil IKS lambat
pengeringan dapat kering dan akian menjadi
dijalankan dengan baik rosak
Bil Unsur cuaca Akitiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif
dan iklim
2 Suhu ( tinggi / Pertanian Tinggi – sesuai untuk Tinggi – tumbuhan layu ,
rendah ) tanaman padi dan getah. tanah keras dan kering,
Sederhana – sesuai untuk hasil pertanian rosak.
penanaman buah – Rendah – aktiviti
buahan dan sayur – penanaman terhad
sayuran, teh kepada jenis tanaman
Penanaman, pembajakan, tertentu
penuaian, pengeringan
berjalan dengan lancar

Perikanan Sederhana – aktiviti Rendah – laut beku


penangkapan ikan berjalan menyebabkan aktivti ikan
dengan lancar. tidak dapt dijalakan .
Pertumbuhan zoo Tinggi – hasil tangkapan
plankton dapat berjalan cepat rosak.
dengan lancar.
Pelancongan Rendah – bermain ski, Tinggi – tidak sesuai utk
luncur ais. berjemur
Sederhana – aktiviti
berjemur
Bil Unsur cuaca Aktiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif
dan iklim
2 Suhu ( tinggi / IKS Tinggi – hasil pengeluaran Rendah – kelembapan
rendah ) kering dengan cepat udara tinggi melembapkan
proses pengeringan yang
menyebabkan hasil
keluaran rosak / berkulat
Pembalakan Tinggi – di kawsan tropika Tinggi melampau – pokok
lembap- penebangan layu dan menyebabkan
pokok dan penangkutan proses tumbesaran
kayu balak dapat dijalankan terganggu
dgn lancar
Rendah – di kawsan iklim
sederhana – penebangan
pokok balak berjalan
dengan lncar kerana getah
membeku dan proses
pengangkutan kayu balak
dilakukan semasa salji cair

3 Hujan ( banyak / Perindustrian Sumber bahan mentah - Sedikit – menangganggu


sikit ) sebagai bahan penyejuk pegeluaran produk industri
dan pencuci
Bil Unsur cuaca dan Aktiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif
iklim
3 Hujan ( banyak / Pertanian Sebagai sumber air utk Sedikit – tanaman akan
sedikit) pengairan mati dan layu
Banyak/banjir –
tumbuhan mati akibat
tenggelam
IKS Sedikit – produk IKS Banyak - pengeringan
dapat dikeringkan dengan produk IKS terganggu
baik
Perikanan Sederhana – aktiviti Banyak – aktiviti
penangkapan ikan dapat penangkapan ikan
dijalankan dengan baik terjejas kerana hujan
lebat
Pelancongan Sedikit – aktiviti seperti banyak – aktiviti
berjemur dptberjalan dgn berjemur tidak dapat
lancar dijalankan
Penternakan / Sebagai sumber habitat / Banyak / banjir – haiwan
akuakultur minuman kepada haiwan ternakan mati
ternakan
Bil Unsur cuaca dan Aktiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif
iklim
4 Angin ( perlahan / Pertanian Penting untuk proses Kuat/ribut –
kuat ) pendebungaan tumbuhan memusnahkan kawasan
Tekanan udara ( tinggi tertentu pertanian
/ rendah ) IKS Kuat – memperceepatkan Perlahan – proses
proses pengeringan pengeringan akan menjadi
lambat
Pelancongan Sederhana - Permainan Kuat / ribut – tidak sesuai
layang – layang / perahu untuk aktiviti rekreasi di
layar dapat berjalan pinggir pantai
dengan lancar
Perikanan Sederhana - Membantu Kuat – tidak sesuai untuk
proses pergerakan nelayan / penangkapan
perahu, sampan nelayan ikan pinggir pantai
pinggir pantai
Bil Unsur cuaca dan Aktiviti Pengaruh positif Pengaruh negatif
iklim
5 Litupan awan Pertanian Banyak – sesuai untuk Sedikit – suhu panas
(banyak / sedikit ) proses penanaman tumbuhan cepat layu
tumbuhan tertentu /
menyemai benih
IKS Sedikit - hasil pengeringan Banyak – hasil
cepat kering pengeluaran lambat
kering
Pelancongan Banyak – sesuai untuk Sedikit – panas
aktiviti berjemur melampau tidak sesuai
untuk aktiviti berjemur
6 Kelembapan udara IKS Rendah – proses Tinggi – proses
(tinggi /rendah) pengeringan berlaku pengeringan berlaku
dengan cepat dengan lambat. Akan
menyebabkan hasil IKS
rosak.
FENOMENA IKLIM

• Banjir
o Merujuk kepada limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya
tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai dan lautan.
o Banjir mendatangkan kesan terhadap manusia dan alam sekitar fizikal.
Antaranya termasuklah ;
a) Aktiviti pertanian
i. Banjir menyebabkan hasil pertanian ditenggelami air seperti kawasan
padi dan nanas.
ii. Contohnya, hasil tanaman padi ditenggalami air di Kedah pada Disember
2005.
b) Aktivti perikanan
i. Banjir menghalang aktiviti perikanan terutama di perikanan pinggir pantai.
ii. Musim tengkujuh yang melanda pantai timur semenanjung Malaysia semasa
tiupan Angin Monsun Timur Laut menyebabkan laut bergelora dan ombak
besar..
c) Aktiviti pengangkutan
i. Banjir menyebabkan system perhubungan dan pengangkutan terjejas. Jalan
raya dinaiki airdan berlaku kejadian tanah runtuh.
d) Aktiviti luar rumah an social.
i. Aktiviti harian penduduk akan terganggu akibat banjir. Banjir menyebabkan
sekolah terpaksa ditutup dan perkhidmatan lain tidak dapat berfungsi.
e) Aktiviti pelancongan
i. Semasa kejadian banjir, kedatangan pelaancong asing merosot.
f) Aktiviti perindustrian
i. Aktiviti menjemur keropok, kerepek dan ikan tidak dapat dijalankan
• Contoh rajah banjir di kawasan perindustrian
• Kemarau
o Kemarau merujuk kepada keadaan kering dan panas tanpa hujan bagi
tempoh masa dan panjang.
o Kemarau juga bermaksud jumlah sejatpeluhan melebihi jumlah kepanasan
untuk suatu jangka masa panjang atau lama bagi sesuatu kawasan.
o Kemarau terbahagi kepada empat jenis iaitu kemarau kekal, bermusim,
kontingen dan kemarau tidak ketara.
o Kemarau memberi kesan kepada :
a) Aktiviti pertanian
i. Musim kemarau yang melanda menyebabkan tanaman seperti padi musnah.
Contohnya, kemarau berpanjangan di Cirebon Indonesia pada Jun 2006
meyebabkan 30333 hektar sawah padi musnah.
b) Aktiviti perindustrian
i. Kekurangan air di dalam empangan menyebabkan kilang elektronik
menganggu operasinya.
c) Aktiviti penternakan
i. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan kapasiti isipadu air dalam
ekosistem semakin berkurangan.
ii. Sumber air amat diperlukan untuk haiwan ternakan di padang ragut.
iii. Sumber air hujan juga perlu untuk menggalakkan pertumbuhan rumput di
padang ragut seperti di Daratan Kedah dan Dataran Perlis.
d) Aktiviti akuakultur
i. Kemarau berlarutan menyebabkan ekosistem akuatik terjejas seperti kolam
dan tasik. Ini akan menganggu aktiviti akuakultur di system akuatik
tersebut.
ii. Aktiviti akuakultur seperti menternak ikan patin dan tilapia terjejas teruk
kerana kekurangan sumber air. Contohnya, penternakan udang harimau di
kolam ternak Kerpan, Kedah.
e) Aktiviti pengangkutan
i. Sistem perhubungan dan pengangkutan akan terjejas..
ii. Kekurangan air di sungai menyebabkan sungai menjadi cetek dan sukar untuk
dimudiki. Contohnya, kesan kemarau berpanjangan di Sngai Pahang seperti Kampung
Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut gagal dihubungi oleh pengangkutan air.
f) Aktiviti pelancongan
i. Kemarau yang melanda turut menjejaskan kedatangan pelancong ke sesebuah
negara. Contohnya, Malaysia.
ii. Cuaca panas yang melampau menyebabkan pelancong berasa tidak selesa.
iii. Kemarau juga menganggu kepada system pengangkutan air yang menjadi tarikan
pelancong misalnya, ke Taman Negara, Pahang.
Contoh rajah kemarau di kawasan sawah padi
SIKLON TROPIKA (TAUFAN DAN HURIKAN)

• Taufan ditakrifkan sebagai enijin haba atau satu system tekanan rendah yang
selalunya terbentuk di kawasan tropika.
• Taufan merupakan ribut yang sangat ganas, membawa hujan lebat dan memiliki
kuasa pemusnah.
• Terdapat lima kategori taufan iaitu :
1. Kategori pertama, kelajuan angin antara 120 – 152 km/j
2. Kategori kedua, 154 – 178 km/j
3. Kategori ketiga, 179 – 251209 km/j
4. Kategori keempat, 210 – 250 km/j
5. Kategori kelima, melebihi 250 km/j
• Kawasan utama yang menjadi tumpuan pembentukan dan perkembangan
tropika terletak antara garisan lintang 5 hingga 20 utara dan selatan.
CIRI – CIRI SIKLON TROPIKA

a) Mata siklon
• Mata siklon terbentuk di tengah – tengah siklon dan menjadi pusat utama system
siklon.
• Mata siklon mempunyai tekanan udara yang rendah dan menjadi tumpuan angin
kenvang di sekelilingnya.
b) Zon vortex
• Zon vortex merupakan jaluran awan paling tebal yang terbentuk di sekeliling siklon.
• Di bahagian ini berlaku tiupan angin kencang dan berpusar berserta rebut petir.
c) Jalur hujan.
• Jalur hujan merujuk kepada barisan awan hujan yang tersusun mengelilingi mata siklon.
• Jalur hujan menghasilkan hujan yang lebat dan berkemungkinan membentukkan puting
beliung.
KERATAN RENTAS SIKLON TROPIKA
PROSES PEMBENTUKAN SIKLON TROPIKA

• Suhu permukaan laut/ air laut meningkat melebihi 26 C menyebabkan berlaku


proses perolakan.
• Pemanasan menyebabkan wap – wap air tersejat dan naik ke atas membentuk
awan yang tebal.
• Di bahagian bawah awan terbentuk tekanan udara yang rendah akibat
peningkatan suhu permukaan laut.
• Kesannya, angin dari luar yang bertekanan tinggi menyerbu masuk dan mula
berpusar.
• Daya putaran memusat mula bertindak memutarkan awan.
• Semakin kuat putaran ini akan mewujudkan mata siklon di tengah – tengah
pusaran awan tersebut. Di sekeliling mata siklon terbentuk zon vortex.
• Daya putaran memusat menjadi lebih kuat menarik gumpalan awan yang lebih
tebal bergerak bersama – sama yang boleh menghasilkan hujan lebat dan rebut
petir.
PROSES KEJADIAN SIKLON TROPIKA
K E SAN T E R H ADAP MANUSI A

1. Kehilangan nyawa manusia


• Kekuatan dan kelajuan taufan menyebabkan banyak nyawa manusia di kawasan
tragedy terkorban. Contoh taufan yang mengorbankan banyak nyawa ialah Taufan Bilis
yang berlaku di China pada 18 Julai 2006 yang mengorbankan 178 nyawa dan yang
masih hilang sebanyak 138 orang.
• Taufan yg paling banyak menyebabkan nyawa terkorban ialaha taufan kategori kedua
yang berlaku di Bangladesh pada 13 November 1970 yg mengorbankan kira – kira
200000 hingga 500000.
2. Kemusanahan harta benda
• Kejadian taufan yg turut membawa hujan lebat telah menenggelamkan petempatan dan
harta benda manusia.
• Taufan Andrew (1992) yang melanda Florida dan Pantai Teluk, Amerika Syarikat
membawa kemusnahan sebanyak RM 92.5 billion, tidak termasuk taufan Katrina yang
masih belum dianggarkan jumlah kerugiannya.
3. Menjejaskan kemudahan infrastruktur
• Taufan turut memusnahkan jalan raya, landasan kereta api dan juga bekalan elektrik.
• Contohnya,beberapa landasan kereta api utama di China dilaporkan rosak sehingga
menyebabkan ribuan penumpang terkandas akibat Taufan Bilis pada Julai 2006.
4. Menyebabkan kejadian tanah runtuh
• Di kawasan bercerun, Taufan Bilis telah menyabkan tanah runtuh di daerah Fujian,
China.
• Kejadian yang sama terjadi di Gangwan, Korea Selatan yang menyebabkan kerugian
besar kepada penduduk.
TORNADO
 Tornado atau ribut puting beliung merupakan pusaran udara yang terbentuk
saluran atau gelombang dan bergerak dengan pantas.
 Proses pembentukannya bergantung kepada kelembapan atau wap air dalam
udara yang membekalkan tenaga untuknya.
 Pertembungan jisim udara yang sejuk yang lebih kering membentuk tornado
dengan pusaran menjulang di bahagian tengahnya menjadi jalan keluar kepada
udara panas naik ke atas.
 Kawasan utama tornado ialah Amerika Syarikat seperti di Iowa dan Alabama.
 Kemusnahan atau kesan yang dibawa tornado hampir sama dengan fenomena
taufan atau hurikan, iaitu kemusnahan harta benda seperti rumah, bangunan,
kenderaan.
• Contoh rajah tornado
FENOMENA EL - NINO DAN LA - NINA

• Konsep El Nino dan La Nina


1. El Nino dan La Nina merujuk kepada gangguan atmosfera dan lautan yang
berlaku secara bermusim, iaitu bagi tempoh tiga hingga lima tahun sekali.
2. Fenomena ini berlaku di selatan Lautan Pasifik yang membawa bencana alam
di seluruh dunia.
3. Gangguan atmosfera kesan El Nino merujuk kepada kemarau berpanjangan
dan La Nina merujuk kejadian banjir besar.
4. Bagi ahli sains, El Nino merujuk kepada edaran air laut yang panas ke
kawasan pantai barat Amerika Selatan, terutamnaya di Pantai Ecuador dan
Peru .
5. El Nino juga dikenal sebagai Ayunan Selatan yang mengganggu pola angn biasa
sehingga berlakunya pemisahan arus panas dan arus sejuk oleh zon perubahan
suhu secara beransur – ansur yang dikenal sebagai termoklin.
6. Kesan ganggaun atmosfera ini menyebabkan berlaku peningkatan suhu Lautan
Pasifik dan gangguan kepada pola tiupan angina lazim.
7. Angin timuran yang sepatutnya membawa hujan telah menjadi kering dan
berudara kering.
8. La Nina berlaku pergerakan angin dari lautan yang berkelembapan tingi ke
arah daratan yang berkelembapan rendah yang membawa hujan lebat di
kawasaan tekanan udara rendah.
MEKANISME PEMBENTUKAN EL - NINO

 Sebelum El Nino
• Dalam keadaan normal (sebelum El Nino), arus lautan sejuk Antartic
Humbolt Current dari Antartika mengalir dari arah timur ke barat Lautan
Pasifik.
• Aliran ini menyebabkan angin timuran bertiup dari arah timur ke barat
merentasi Lautan Pasifik.
• Angin ini mengangkut kelembapan udara (awan) di Lautan Pasifik sebeelum
dilepaskan sebagai hujan di bahagian barat Pasifik ( Indonesia, Malaysia,
kawsan Kepulauan Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea )
• Pada tempoh ini (Oktober – Januari ), di Malaysia berlaku musim tengkujuh
yang menurunkan hujan lebat akibat daripada angin monsoon timur laut.
 Semasa El Nino
• Semasa El Nino, arus lautan sejuk Antarctic Humbolt Current berubah arah,
iaitu dari arah barat ke timur Pasifik.
• Perubahan ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian timur Lautan
Pasifik menjadi panas.
• Suhu permukaan laut yang panas meghasilkan proses pembuakan. Keadaan ini
seterusnya menghasilkan tekanan udara yang rendah.
• Tekanan udara yang rendah melemah, menghenti atau mengubah arah tipuan
angina timuran yang sebelum itu bergerak dari arah timur ke barat Pasifik.
Angin tersebut kini bergerak dari arah barat ke timur Pasifik.
• Oleh sebab itu, hujan yang dibawa oleh angina timuran turun di tengah lautan
atau berubah barah ke timur Pasifik dan bukan di kawsan sepatutnya, iaitu di
barat pasifik ( Asia Tenggara).
KEJADIAN EL NINO
KESAN – KESAN AKIBAT FENOMENA EL
NINO

 Kesan terhadap alam sekitar fizikal


 Kemarau
• Merujuk kepada keadaan kekurangan air yang berlaku di sesebuah tempat.
Kemarau juga menunjukkan keadan imbangan air negative, iaitu kadar
sejatan melebihi kerpasan( hujan) yang turun.
• Menyebabkan udara menjadi kering, kekurangan air di dalam tanih dan
system akuifer serta proses transpirasi tumbuhan berkurang.
• Seterusnya menyebabkan peratus kelembapan udara berkurang dan
kebarangkalian berlaku hujan juga rendah.
• Hal ini seterusnya mengurangkan simpanan air di kawasan di tadahan air
dan mengurangkan bekalan air kepada sungai, tasik, dan empangan.
 Jerebu
• El Nino menyebabkan kebakaran hutan secara semulajadi sehingga
membebaskan partikel terampai seperti debu, habuk asap dan lain – lain
yang mengakibatkan jerebu.
• Dalam keadaan udara kering, bahan terampai tersebut akan berlegar dalam
ruang udara serta sukar untuk hilang.
• Sebagai contoh, tiupan angina Sumatera telah memindahkan jerebu yang
berlaku Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yng lain. Fenomena
ini disebut jerebu rentas sempadan.
 Ekosistem terjejas
• Peningkatan suhu arus lautan mengakibatkn gangguan terhadap pembiakan
plankton yang seterusnya menjejaskan rantaian makanan hidupan laut.
• Peningkatan in juga mengakibtakan kemusanhan habitat terumbu karang.
• Cuaca panas akibat El Nino menyebabkan kemarau berpanjangan yg
mengeringkan air sungai dan tasik.
• Keadaan ini seterusnya memusnahkan hidupan akuatik di dalam sungai dan
tasik tersebut.
• Kebakaran hutan akibat cuaca panas juga boleh merosakkan habitat dan
rantaian makanan ekosistem hutran khususnya hutan hujan tropika.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
 Produktiviti pertanian terjejas.
• Kemarau akibat El Nino menjejaskan hasil tanaman makanan khususnya
padi swah terjejas teruk.
• Hal ini demikian kerana cuaca panas menyebabkan system pengairann
tidak berfungsi, sungai dan empangan kekeringan air.
• Cuaca panas dan kering juga mengganggu proses pendebungaan sehingga
menyebabkan tuaian tanaman merosot.
 Menjejaskan bekalan air penduduk
• El Nino menyebabkan taburan hujan yang amat sedikit diterima di kawasan
tadahn air.
• Pengurangan input hujan di kawsan tadahan mempengaruhi kapasiti storan
air bawah tanah (akuifer)
• Akuifer yang kekurangan air tidak dapat membekalkan air pada empangan.
• Kekurangan air di empangan menyebabkan bekalan air untuk kegunaan
domestic, perindustrian dan sebagainya terjejas.
 Menjejaskan kesihatan penduduk.
• Keadaan cuaca panas yang berpanjangan mengakibatkan kesihatan
penduduk terjejas. Keadaan tersebut boleh menyebabkan demam panas
dan strok haba.
• Selain itu, wabak penyakit seperti dengi dan selsema burung juga cepat
merebak dalam keadaan cuaca kering.
• Cuaca panas juga menyebabkan manusia dihidrasi dengan cepat
menyebabkan seseorang itu cepat lesu dan mudah letih.
MEKANISME PEMBENTUKAN LA NINA

 La Nina di Timur Pasifik ( Amerika Selatan)


• Arus lautan sejuk Antarctic Humbolt Current berubah arah, iaitu bergerak
dari barat ke timur Pasifik.
• Perubahan ini menyebabkan suhu permukaan laut bahagian timur Lautan
Pasifik menjadi sejuk.
• Suhu permukaan kaut yang sejuk menghasilkan tekanan udara yang tinggi.
• Tekanan udara yang tinggi mengubah arah angin timuran yang sepatutnya dari
timur ke barat Pasifik. Tiupan angina ini berubah arah, iaitu dari barat ke
timur Pasifik.
• Angin yang bertiup dari arah laut membawa wap air yang banyak sebelum
dilepaskan sebagai hujan lebat di bahagian timur Pasifik ( Amerika Selatan)
 La Nina di Barat Pasifik ( Asia Tenggara )
• Penurunan suhu arus Lautan Pasifik dengan mendadak selepas kejadian El
Nino di bahagian timur Pasifik meningkatkan tekanan udara.
• Peningkatan ini menyebabkan angin timuran bertiup dengan kencang dari
arah timur ke barat merentasi Lautan Pasifik.
• Angin ini mengangkut kelembapan udara ( awan ) yang terbentuk di Lautan
Pasifik dan dilepaskan sebagai hujan lebat di bahagian barat Pasifik (Indonesia,
Malaysia dan kawasan Kepulauan Asia Tenggara yang lain)
PROSES KEJADIAN LA NINA
KESAN AKIBAT FENOMENA LA NINA

Kesan terhadap alam sekitar fizikal


 Banjir
• La Nina menghasilkan hujan lebat yang mengakibatkan kawsan rendah di
pesisir pantai banjir.
• Hal ini kerana angina membawa angin lembap yang terbentuk di laut dan
dilepaskan sebagai hujan lebat di pesisir pantai.
• Sekiranya, daya tamping saliran seperti sungai, longkang, paya dan parit
tidak mampu untuk menampung curahan hujan tersebut, maka banjir akan
berlaku.
 Kemusnahan ekosistem hutan paya
• Kemusnahan ekosistem hutan paya (paya nipah, gelam, dan bakau) berlaku
sekiranya kawasan tersebut ditenggelami air dalam tempoh yang lama.
• Habitat dan rantaian makanan dalam hutan paya tersebut juga musnah.
 Hakisan dan tanah runtuh
• Hujan lebat menyebabkan tanih di kawasan cerun mengalami susupan dan
tepu dengan air.
• Jika keadaan ini berterusan, daya kejelekitan tanah menjadi lemah dan
tanah menjadi tidak stabil. Kesannya, cerun tersebut mengalami runtuhan.
 Ribut / taufan
• Tiupan angin yang kencang dari laut boleh menghasilkan rebut taufan
sekiranya angin tersebut bergerak secara berpusar melebihi 120 km
sejam.
• Ribut / taufan boleh mengakibatkan infrastruktur fizikal di kawasan pinggir
pantai musnah.
Kesan terhadap alam sekitar manusia
• Memusnahkan kawasan pertanian terutama tanaman sawah padi akibat
ditelenggami air.
• Merugikan industry akuakultur khususnya ternakan ikan air tawar apabila
kolam ternakan ditelenggami air.
• Merosakkan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, system bekalan
elektrik serta sisem telekomunikasi.
• Membataskan perhubungan antara kawasan akibat system pengangkutan
terputus khususnya jaringan jalan raya.
• Menjejaskan aktiviti ekonomi pertanian seperti menoreh getah dan
memungut hasil.
• Menjejaskan aktiviti perikanan pinggir pantai dan pelancongan pantai.
• Menjejaskan kesihatan penduduk akibat penularan wabak penyakit bawaan
penyakit bawaan air seperti taun, kolera dan cirit birit.
• Merosakkan harta benda seperti rumah kediaman dan kenderaan seta
mengancam nyawa manusia akibat banjir dan taufan.

Anda mungkin juga menyukai