Anda di halaman 1dari 4

Faktor perkembangan ekonomi yang pesat di asia pada dekat 1990 an

“ The East Asian Miracle”

Kebanyakkan negara- negara Asia Timur dan Asia tenggara seperti Jepun, Taiwan, Korea Selatan,
Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia dan indonesia adalah sebahagian daripada pembangunan
“East Asian Miracle”. Fokus kami hari ini kepada keajaiban di Asia Tenggara. Berikut adalah bukti
pertumbuhan ekonomi yang pesat di Asia tenggara berbanding Afrika dan Amerika latin melalui
pendapatan perkapita dari tahun 1965 hingga 1995.

Pertumbuhan pendapatan perkapita dari tahun 1965-1995.

Negara peratusan
Singapura 7.2
Indonesia 4.7
Malaysia 4.8
Thailand 4.8
Sub-Saharan Africa 0.2
Amerika latin 1.9
 

Kita boleh melihat bahawa pertumbuhan di singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah
tinggi dalam tempoh masa yang lama, melebihi yang dicapai oleh negara-negara membangun yang
lain. Jika dilihat dari tempoh 1980 hingga 1995, kadar pertumbuhan adalah lebih tinggi iaitu purata
pertumbuhan keempat-empat negara itu antara 7-8% setahun.

Pada tahun 1993, Bank Dunia telah menerbitkan buku berjudul “The East Asia Miracle”. Buku ini
menerangkan pertumbuhan asia timur yang disebabkan oleh pemilihan dasar yang cermat oleh
kerajaan. 

 
Faktor-faktor yang ditekankan dan dipuji oleh Bank Dunia termasuk:  

Dasar Ekonomi

 Makroekonomi yang stabil

—mengawal inflasi dan defisit, mengekalkan kestabilan kadar bunga, menggalakkan


perniagaan yang mesra alam dan mengikut undang-undang alam sekitar.

 Sistem kewangan yang efektif dan selamat.

— penting bagi memberi kemudahan untuk penyimpanan wang di bank dan mengelakkan
penyimpanan wang secara tradisional. Hal ini kerana tabungan yang dilakukan akan
disalurkan kepada pengusaha sebagai modal kewangan. Peningkatan tabungan domestik
akan meningkatkan pelaburan.

 Limit price distortions—in contrast to import substitution industrialization (ISI) which often
led to severe price distortions in an attempt to protect domestic, infant industries and which
led resources to be used in not the most productive ways, the East Asian countries limited
price distortions by competing on the world market.

 Menerima teknologi luar

—sentiasa menerima pelaburan asing supaya negara boleh mengikuti perkembangan


tekonologi. Singapura adalah antara negara yang sentiasa terbuka untuk menerima teknologi
luar. Singapura berkembang dari era 70 an dengan pengeluaran barangan pengguna seperti
kasut dan pakaian kepada era 80 an dengan pengeluaran barangan elekronik dan merupakan
pengeluar cakera keras untuk komputer yang terbesar didunia pada ketika itu. Pada era 90
an singapura berkembang kepada sektor perkhidmatan seperti to perkhidmatan kewangan.
Ini menunjukkan singapura sentiasa mengikut perkembangan arus teknologi untuk
meningkatkan daya saing.

 Pembangunan sektor pertanian.

—kebanyakkan negara kurang memfokuskan kepada sektor pertanian kerana sumbangannya


kepada ekonomi adalah kecil jika dibandingkan dengan sektor pembuatan. Oleh itu negara
mengabaikan Revolusi Hijau iaitu untuk meningkatkan pengeluaran pertanian. Di Thailand
dan Indonesia, masih ramai yang masih tinggal di kawasan pendalaman dan tidak
kesemuanya boleh berhijrah ke kawasan bandar. Oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan
untuk menjadikan sektor pertanian lebih produktif untuk menyediakan kestabilan taraf
hidup untuk populasi yang kekal di kawasan pendalaman.

 Galakan eksport

—ini adalah pada amnya dikaitkan dengan “East Asian Miracle”. Pembangunan barangan
untuk pasaran eksport. Sebagai contoh, Singapura yang bermula dengan teknologi yang
rendah dan mengambil kesempatan keatas buruh yang murah. Kemudiannya apabila buruh
menjadi semakin mahal dan berpendidikan, ia melangkah mengukuhkan kedudukan dengan
mengeksport barangan elektronik dan peralatan komputer. Bagi negara seperti Singapura
yang memiliki populasi yang kecil iaitu 3-4 juta penduduk,maka ia tidak boleh hanya
memfokuskan kepada pasaran domestik untuk menggalakkan pembangunan. Oleh itu,
Singapura menggunakan pasaran asing yang besar untuk mendapatkan wang bagi membiayai
pembangunan negara melalui galakan eksport. Bagi Indonesia yang memiliki populasi
sebanyak 220 juta penduduk, galakan eksport adalah tidak begitu penting. Malaysia yang
mempunyai pasaran domestik untuk 20 juta penduduk mengikuti di belakang singapura.
Apabila Singapura tidak lagi mengeluarkan cakera keras, maka pengeluaran berpindah ke
Malaysia.  

Dasar sokongan yang lain:

 Modal manusia yang tinggi.

—antara kaedah untuk mendapatkan modal manusia yang tinggi melalui pelaburan dalam
pendidikan terutama memfokuskan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Hal ini
penting bagi meningkatkan pertumbuhan kemahiran buruh. Melalui pendidikan, maka akan
menghasilkan buruh yang mahir dan ini penting kerana peluang pekerjaan bagi buruh mahir
di negara membangun adalah tinggi.

 Perkhidmatan Awam yang berkualiti tinggi.

Perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi menggalakkan pembangunan


ekonomi berikutan pertadbiran kerajaan yang lebih sistematik dan teratur.

 Pertukaran maklumat

—pertukaran maklumat antara kerajaan, perniagaan dan para pekerja bagi menggalakkkan
pembangunan yang bermuafakat. Sebagai contoh, Kementerian Tenaga Kerja ditubuhkan
untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan para majikan dan pekerja.

 Kadar tabungan yang tinggi.

—kadar tabungan yang tinggi penting untuk pembangunan kerana ia akan meningkatkan
tingkat pelaburan. Tingkat pelaburan yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan output.
Lebihan pendapatan yang ditabungkan akan disalurkan kepada pengusaha untuk dijadikan
modal kewangan. Pengumpulan modal penting untuk mencapai kemajuan dalam teknik
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti. 

 
Penjelasan- penjelasan lain untuk “ the East Asian miracle”:

 Geografi

—Hubungan dan kedudukan geografi yang hampir mendorong untuk mengikut kejayaan
yang dicapai Jepun. Contohnya Korea meminjam teknologi Jepun untuk membina Syarikat
besar dan menentukan struktur industri. Fokus utama malaysia untuk membangunkan
industri berat dan kini kepada membina hubungan perdagangan antara kerajaan.

—Kedudukan ekonomi yang hampir mendorong pengaliran modal. Contohnya syarikat


berintensifkan buruh memindahkan kilang untuk mendapatkan tingkat upah buruh yang
murah. Contohnya pelaburan dari Jepun, Hong Kong, Korea, Singapura dan Taiwan ke
Indonesia, Malaysia , Thailand. Barang seperti kasut, televisyen, automobil dan pakaian yang
dahulunya dikeluarkan di Korea dan Taiwan dan kemudian di asia tenggara, mengambil
peluang untuk memulakan atau mewujudkan kedudukan pasaran yang menguntungkan.

Anda mungkin juga menyukai