Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A (30 markah)

Jawab semua soalan

1. Yang manakah yang termasuk dalam kajian morfologi?

I. Mengklasifikasikan kata mengikut golongan tertentu.


II. Mengkaji penyusunan morfem dalam penerbitan kata
III. Menentukan kedudukan kata dalam sesuatu binaan ayat
IV. Memastikan ketepatan susunan kata dalam binaan yang lebih tinggi dalam
hieraki tatabahasa

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2.  Terdiri daripada tiga morfem


 Kata dasarnya ialah kata terbitan

Yang manakah perkataan yang menepati pernyataan di atas?

I. Keberadaan
II. Kepemilikan
III. Kesaksamaan
IV. Kebertanggungjawaban

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Yang manakah pasangan kata yang betul bagi kata akar dan kata dasar?

Kata akar Kata dasar


A Peria, suai Jejaka, setia
B Muda, masing Sayur, kesan
C Lantar, sayu Nyala, tepi
D Rana, tawa Jejak, deria
4.
I. Kata
majmuk
Kata dasar
II. Kata
terbitan

Padanan yang manakah yang betul bagi perkataan yang kata dasarnya masing-masing
seperti I dan II?

Kata dasar
I II
A Penaiktarafan Penyelenggaraan
B Kejuruacaraan Keusahawanan
C Kesiapsiagaan Pengetepian
D Penyahkaratan Kemelaratan

5. Padanan yang manakah yang betul antara proses pembenntukan kata dengan contoh
perkataannya?

Proses pembentukan kata


Pengakroniman Pengimbuhan Pemajmukan
A Jenama Rerambut Setiausaha
B Kekuda Selerak Debunga
C Hartanah Berdikari Warganegara
D Jentolak Kelemumur Jawatankuasa

6. Perkataan yang manakah yang tidak menerima imbuhan sisipan?

A. Kemelut
B. Gelojoh
C. Cerucuk
D. Sinambung

7. Yang manakah tidak benar tentang kata tunggal?

A. Kata tunggal tidak mengalami penggandaan.


B. Kata tunggal tidak mengalami pengimbuhan.
C. Kata tunggal tidak boleh membentuk kata terbitan.
D. Kata tunggal merupakan kata yang tidak menerima imbuhan
8. Yang manakah perkataan yang pola suku katanya KVK+KV+KVK?

I Kelambu III Tempayan


II Selumbar IV Mahkamah

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

9. Pasangan yang manakah yang kedua-duanya merupakan kata kerja terbitan?


Dekati Seniwati
A
Mainkan Duniawi B
Hadirin Turuti C
Buatkan Berkati D

10. Padanan yang manakah yang betul bagi contoh kata ganda dan kata terbitan?

Kata ganda Kata terbitan


A Kekadang Kemilau
B Beberapa Bebenang
C Lelemak Sesendal
D Sesayu Leluhur

11. Yang manakah merupakan kata majmuk?


I. Air suam
II. Lebuh raya
III. Tengah hari
IV. Pinggan mangkuk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12.
Jenis kata
majmuk

Rangkai
X Y
kata bebas
Yang manakah contoh kata majmuk yang menepati jenis X dan Y dalam rajah di atas?
X Y
A Berat hati Ringan tulang
B Cari gali Titik buta
C Deria rasa Buah tangan
D Hitam legam Meja tulis

13. Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk kiasan?

I. Keluarga Pak Mat terpaksa ikat perut sejak Perintah Kawalan Pergerakan
dilaksanakan.
II. Rosman hanya makan tidur sahaja setelah tamat pengajian di Universiti Malaya
pada tahun lepas.
III. Kita mesti menghormati warga emas kerana mereka banyak pengalaman untuk
dikongsikan.
IV. Ibu ayam itu berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam suatu serbuan yang
diadakan semalam.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

14. Yang manakah padanan yang betul antara bentuk kata dengan contoh perkataanya.

Bentuk kata
Kata terbitan Kata majmuk
A Musibah Jurutera
B Kerikil Perdana Menteri
C Usahawan Pasar tani
D Muhajirin Pesuruhjaya

15. Yang manakah ayat yang mengandungi kata ganda berentak bebas?

I. Cerita yang karut-marut itu tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat


umum.
II. Desas-desus yang mengatakan bahawa anak jutawan itu diculik adalah
tidak benar.
III. Pelajar-pelajar nakal itu lari lintang-pukang setelah menyedari kehadiran
guru disiplin.
IV. Tidak semua anak-pinak Pak Hassan dapat menghadirkan diri dalam
perjumpaan keluarga itu.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

16. Yang manakah bukan kata ganda penuh?

A. Kunang-kunang
B. Kampung-kampung
C. Makanan-makanan
D. Main-main

17. Yang berikut benar mengenai kata nama, kecuali

A. Boleh dijadikan perintah


B. Dapat disertai kata majmuk
C. Dapat disertai oleh kata bilangan
D. Boleh hadir di depan kata adjektif

18. Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama?

I. Keruping, jejentik, kebersihan


II. Pengintip, gementar, penemuan
III. Telunjuk, tandatangan, tambahan
IV. Kebaratan, nyaman, antarabangsa

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

P Gadis itu amat sopan.


Q Sopan sifat terpuji.

19. Yang manakah padanan yang betul bagi golongan kata, kata berhuruf condong dalam
konteks ayat P dan Q.
P Q
A Kata adjektif Kata nama
B Kata nama Kata adjektif
C Kata adjektif Kata adjektif
D Kata nama Kata nama

20. Pasangan kata yang manakah kata dasar kedua-duanya ialah kata terbitan.

A. Gemilang, kemuncak
B. Mempercayai, bercelaru
C. Berdikari, menaiktaraf
D. Kecemerlangan, berselerak

21. Ayat yang manakah mengandungi akronim?

A. Dia menggunakan tetikus tanpa wayar.


B. Bunga jejarum itu bewarna jingga.
C. Debunga pokok kelabu itu bewarna kelabu.
D. Mereka sampai di sini sebelum dinihari.

I. Tumbuh-tumbuhan
Contoh kata II. Berangan-angan

III. Kebaratan

22. Padanan yang manakah yang betul bagi golongan kata bagi kata-kata di atas?

Kata nama Kata kerja Kata adjektif


A I II III
B III I II
C I III II
D II III I

23. Yang manakah akronim yang terbentuk melalui cantuman huruf dan suku kata
perkataan?

I. BERNAMA
II. PERHILITAN
III. PERKESO
IV. PROTON

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

24. Ayat yang manakah yang tidak mengandungi perkataan yang mengalami proses
pembentukan kata?

A. Jeriji besi itu terkunci dari dalam.


B. Pelipis anak perempuan saya cedera teruk.
C. Syarikat itu menganjurkan program jelajah Asia.
D. Pepohon ru di Pantai Cahaya Bulan tumbuh dengan rimbun.

25. Yang manakah padanan yang betul antara jenis penggandaan berentak dengan contoh
katanya?

Jenis penggandaan berentak


Pengulangan vokal Pengulangan konsonan
A Kucar-kacir Serbah-serbih
B Lekak-lekuk Cerai-berai
C Karut-marut Lintang-pukang
D Selok-belok Bolak-balik

26. Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata adjektif?

A. Mamai, ibarat, lengang


B. Bijak, sederhana, longgar
C. Rakan, motivasi, banjaran
D. Harmoni, kapas, pendendam

27. Yang manakah ayat yang menggunakan penggunaan kata sendi nama dengan tepat?

A. Dia masih termenung sejak dari pagi tadi.


B. Mereka masih berbincang mengenai hal itu.
C. Hebahan itu telah sampai pada masyarakat setempat.
D. Oleh kerana ketiadaan wang, dia tidak melanjutkan pelajaran.

28. Ayat yang manakah yang mengandungi kata adjektif bersisipan?

A. Telapak tangan ayah berdarah kerana terkena paku.


B. Kelopak bunga yang terdapat pada bunga kebangsaan kita menggambarkan lima
prinsip rukun negara.
C. Amri berjanji untuk bertemu dengan saya di gelanggang badminton.
D. Fikirannya serabut sejak dia kehilangan punca pendapatan.

29. Yang manakah ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul?

A. Permainan konda kondi ialah permainan tradisional yang semakin ditelan zaman.
B. Adalah diberitahu bahawa pejabat ini akan ditutup esok bersempena dengan Hari
Raya Aidilfitri.
C. Kegagalan Zaiton dalam peperiksaan itu adalah disebabkan oleh sikap malasnya.
D. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu adalah
masalah kekurangan sumber tenaga manusia.

30. Ayat yang berikut mengandungi kata bantu aspek, kecuali

A. Khalid mula melukis gambar itu semalam.


B. Encik Halim pernah berkhidmat di daerah ini.
C. Razak patut membantu kedua-dua orang tuanya.
D. Kerja baik pulih longkang itu sedang dijalankan sekarang.

Anda mungkin juga menyukai