Anda di halaman 1dari 2

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, telefon bimbit

digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat. Hal ini kerana, pada zaman dahulu, telefon
bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain
bentuknya yang besar dah sukar dibawa. telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga
korporat dan ahli perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh
pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Melalui telefon pintar, pelajar boleh menghubungi ibu bapa,
rakan-rakan dan pensyarah di samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai
maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan. Namun, selepas kita memasuki alaf baru,
pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang
jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Oleh yand
demikian, semua penduduk dunia tidak kiralah goongan kaya atau miskin akan mempunyai
sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Ini adalah untuk memudahkan urusan seharian,
persoalannya apakah kesan penggunaan alat tersebut kepada masyarakat kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah
kepada setiap orang. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit membolehkan kita
menghubungi rakan atau saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan dengan mudah. Kita
dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-
lebih lagi, dengan teknologi 4G, teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain
mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara dan juga sahabat handai. Tanpa telefon
bimbit, kita terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya,
atau lebih parah dengan menaiki sampan untuk berjumpa walhal dengan mereka yang berada jauh,
walhal dengan telefon pintar kitab oleh sahaja menggunakan “video call” Oleh hal yang demikian,
penggunaan telefon bimbit oleh masyarakat hari ini dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara
ahli keluarga bagai isi dengan kuku walaupun tinggal berjauhan. Tegaslah bahawa telefon bimbit
merupakan medium yang berkesan sebagai alat perhubungan antara pelajar dengan ahli
keluarganya juga dengan rakan sebaya.

Telefon pintar juga dapat mempercepatkan seseorang untuk meminta tolong apabila mereka alam
keadaan bahaya, baru baru ini, banyak kes dimana individu terutamanya remaja tiba-tiba hilang dan
ahli keluarga atau rakan-rakan dengan serta merta viralkan maklumat dan gambar mangsa melalui
Whatsapp atau Facebook untuk meminta bantuan orang ramai. Hal in dapat memudahkan misi
pencarian mangsa yang hilang.

Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya.
Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya.
Penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pembaziran. Hal ini
dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah
baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan
lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang
mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar
bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti
sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Oleh itu, masyarakat harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan
pembaziran

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat mendatangkan banyak


kesan baik jika digunakan dengan berhemah. Masyarakat seyogianya perlu memanfaatkan kebaikan
dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan. Sebagaimana kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang,
justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua
pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi
masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang
berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Anda mungkin juga menyukai