Anda di halaman 1dari 6

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada

kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang
kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak
memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut
sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa
manusia. Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat
terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di
Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng,
37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan
lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya
oleh kaum wanita.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal
selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh
mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada
wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama
kala berada di khalayak. Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah
ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka
kepada jenayah yang akan mereka hadapi. Menurut mereka peragut terpanggil
melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa
beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai
barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.

Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan


Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM), kejadian maut yang
berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya
mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian
seumpama itu. Jenayah ragut kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain
seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita. Sudah
sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan
mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di
tempat awam. Wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa
kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka
pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil
mudah dan berperasaan tidak apa.

Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah


keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta,
pastikan anda telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang. Pada
masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi
orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat
tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan
daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu. Sebagai contohnya, apabila
berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong
berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri
dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau
dipegang itu.

Wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira
masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-
hati supaya kejadian itu tidak akan berulang. Sehubungan itu, wanita harus
mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut
sekiranya mengalaminya Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak
membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang
diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak
diingini berlaku terhadap mereka. Wanita seharusnya tidak membawa dokumen
penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih
gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas. Begitu juga dengan
barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada
di tempat yang terjamin selamat.

Sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk


mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka. Ini boleh
dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan
majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil
bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-
rakan sejenis. Seperkara lagi, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan
keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di
dalam situasi seperti itu. Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk
akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk
menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati. Selanjutnya, undang-
undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya
mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan
berfikir banyak kali sebelum melakukannya.

Peragut adalah mereka yang yang suka mencuri. Mereka hanya inginkan barang
daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh
mendatangkan mudarat kepada mangsa. Seperkara yang perlu diingati oleh
wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan melawan untuk
keselamatan diri. Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-
baiknya lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan
berusaha mendapatkan apa yang mereka ingini. Jika terus melawan,
kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing kerana kekuatan
peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan motor yang dipandu. Dalam apa
juga keadaan, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati. Berpeganglah
kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena
Semakin zaman berlalu, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada
awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin
kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang
bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit. Di sini, saya
akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan memiliki telefon bimbit.

Saya akan membincangkan tiga kebaikan telefon bimbit. Antaranya :

Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk


menghubungi keluarga di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, pada
waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga.
Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar
mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan


menggunakan teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon
bimbit tersebut dan menyimpan data-data dengan mudah untuk
menyelesaikan sesuatu projek.

Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah


kebaikan yang ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kita membuat
panggilan video dengan rakan di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan
kita berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan
yang rindu terhadap diri kita.

Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan
yang perlu diingatkan.

Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal kos, penggunaan telefon bimbit
boleh mencapai
beribuan dolar atau ringgit. Contohnya, kos membuat panggilan video agak
mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu
lama bergantung di telefon.

Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon


yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai
keinginan remaja yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang
berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri
memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini
memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa
yang kita ada.

Penggunaan telefon bimbit berpanjangan mungkin dapat dikaitkan dengan


sejenis kanser, satu kajian penting akan mendedahkan bukti bahawa mereka
yang sering berbual panjang menggunakan telefon bimbit mempunyai risiko
tambahan mendapat ketumbuhan otak yang berpotensi membawa maut.

Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja,
tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak
dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara
masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah
penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada
masyarakat terutamanya golongan remaja ?

Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat
perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang
berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan
secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat
diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon
pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-
rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada
di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di
sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan
mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan
bertambah mesra.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari
internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para
pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah atau guru masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan
kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh melayari internet
dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat
dan mudah.

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk


merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu
dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat
turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga
mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini.
Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa
lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.

Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada


penggunanya, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku
penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet
telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang
kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan
berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa
kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula
penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan
pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi
pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih
berfaedah.

Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini
boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu
taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering
mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana
terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih
untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter,
Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah
untuk diri dan masa depan mereka.

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja


memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya,
tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang
dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak di
gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan
fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan
tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan
kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada
tanya selera.

Anda mungkin juga menyukai