Anda di halaman 1dari 9

Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau

tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. There are still many individuals in our society who like to bring a lot of money intheir wallet or handbag and is the target of snatchers. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Similarly, the attitudes that are failing to take safety precautions when returning from the office alone, walking in a dark alley, or easy to believe in strangerssnatching make us easy targets. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula. Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. In fact, snatch thefts were also exacerbated by the global economic situation is undergoing a severe economic downturn. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah. Therefore, snatch thefts increased as many workers do not have a job and then turned the snatchers to solve their problems easily. Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Next problem is more serious because the failure of the authorities to take effectivepreventive measures.

Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. The lack of closed-circuit cameras in high-risk areas is causing the problemcontinues to worsen. If the government install more cameras like this is certainly the criminals think twice before acting. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam. Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. This crisis was caused due to lack of religious education, especially for our younger generation. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka. KESIMPULANNYA Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

CONTOH KES Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita. Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak. Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi. Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam. Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita. ``Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam,'' katanya. Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa. Keselamatan

``Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkahlangkah keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan se-suatu apabila diserang,'' ujarnya. Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu. ``Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu,'' nasihatnya. Jelas Profesor Mahmood, wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang. Ditanya sama ada wanita sendiri yang menjadi pendorong kepada peragut, Mahmood berkata semuanya bergantung kepada penampilan individu itu sendiri dan sejauh mana mereka membuat persiapan untuk menghadapi risiko sedemikian apabila berada di luar rumah. Sehubungan itu, mempertahankan mengalaminya. beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya

``Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka,'' tambahnya. Mahmood turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas. ``Seelok-eloknya jangan membawa dokumen penting yang tidak diperlukan setiap hari di dalam beg tangan memadai dengan keperluan untuk hari itu. Begitu juga dengan barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang terjamin selamat,'' tambahnya. Menurut Mahmood, sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka.

``Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis,'' cadangnya. Seperkara lagi kata Mahmood, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi seperti itu. ``Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati. ``Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas Mahmood. Seminar Ditanya sama ada perlu atau tidak diperbanyakkan seminar dan bengkel mencegah jenayah di kalangan wanita, Mahmood menjelaskan, apa yang ada sekarang sudah memadai, hanya perlu ditambah nilainya sahaja. ``Apa yang dimaksudkan dengan nilai adalah bengkel yang berunsurkan penampilan diri dan tata rias diisi juga dengan ceramah daripada pihak keselamatan (polis) atau mereka yang berkaitan perkara terbabit asalkan ia memberi manfaat,'' katanya. Mengenai sikap peragut, Mahmood berkata, biasanya peragut adalah mereka yang yang suka mencuri. ``Mereka hanya inginkan barang daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa,'' jelas Mahmood. Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan melawan untuk keselamatan diri. ``Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan apa yang mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing kerana kekuatan peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan motor yang dipandu,'' ujar Mahmood. Dalam apa juga keadaan, kata Mahmood, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati.

Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.

Gejala ragut semakin menular dan amat buruk kesannya kepada semua. Antara langkah membanteras gejala ragut ini adalah:Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang tegas dan berkesan dalam menangani gejala ini, seperti;menambahkan anggota polis di kawasan-kawasan panas meningkatkan rondaan dan risikan mewujudkan pusat pemeriksaan bergerak, balai polis bergerak dll menjalinkan kerjasama antara jabatan Semua pihak mestilah memainkan peranan yang berkesan dalam membanteras gejala ini. Anggota masyarakat mestilah lebih berhati-hati supaya tidak memberikan ruang kepada peragut bertindak. Kempen kesedaran tentang bahaya gejala ragut perlu dilaksanakan secara agresif dan sepanjang masa. Langkah pelaksanaan dan penguatkuasaan undangundang perlu ditingkatkan. Menggubal undang-undang yang lebih berat terhadap peragut agar menjadi teladan dan amaran kepada peragut lain. Anggota masyarakat perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi tindakan peragut dengan cara mempelajari ilmu pertahanan diri.

Masyarakat diberikan ingatan agar tidak membawa wang tunai yang banyak sebaliknya penggunaan kad debit dan kad kredit digalakkan. Orang ramai perlu diberikan pendidikan agama yang sempurna kerana pendidikan agamalah yang boleh menjadi benteng awal berlakunya kes ragut. Pihak kerajaan dan NGO wajar meningkatkan usaha membanteras kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kerana perkara ini ada kaitan rapat dengan peningkatan kes ragut. Pihak kerajaan juga perlu memikirkan langkah bagi mengatasi masalah pengangguran terutamanya di bandar-bandar. Institusi rumah tangga juga perlu diperkukuh supaya dapat melahirkan generasi baru yang sempurna akhlaknya. Peranan media dan ketua-ketua agama dalam menyebarkan dakwah dan kempen pencegahan perlu dilipatgandakan.

Jenayah yang melibatkan kes ragut kini dikategorikan sebagai jenayah rompak dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan. Polis juga sudah mengambil beberapa langkah dengan memudahkan mangsa ragut membuat laporan di semua balai polis, pondok polis dan polis peronda dengan tujuan untuk mengatasi masalah kesukaran membuat aduan mengenai kejadian berkenaan. Namun, yang membimbangkan kita ialah peragut kini sanggup melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Contoh yang terbaru, kes yang membabitkan pelajar di Wangsa Maju barubaru ini bukan lagi dianggap kes ragut tetapi kes bunuh.

Kejadian yang bermula dengan rompakan harta benda sudah bertukar menjadi kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Apakah dalam kemelut sebegini, kita selaku anggota masyarakat hanya mampu melihat perkara ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan? Walaupun kita tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani kes yang semakin menjadi-jadi ini. Masyarakat boleh membuat aduan di balai polis yang terdekat atau menghubungi polis dengan segera jika mereka melihat ada kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak. Kebanyakan kes ragut ini berlaku di kawasan bandar-bandar besar dan juga di kawasan yang lengang. Peragut juga biasanya melakukan aktiviti mereka itu apabila menyedari bahawa mangsa mereka bersendirian. Sebenarnya kes ragut berpunca daripada sikap individu yang ingin mendapat wang dengan jalan yang mudah. Selain itu juga mereka hendak mendapatkan wang dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu mereka terpaksa meragut beg tangan atau barang-barang kemas yang dipakai oleh kaum wanita. Kebiasaannya juga peragut tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk menyara hidup mereka. Selain itu mereka juga malas untuk melakukan kerja yang halal kerana pendapatannya tidak lumayan. Perkara ini menyebabkan mereka akan meragut beg tangan mangsa yang lemah. Antara cara untuk menangani kes ini daripada menjadi lebih serius adalah dengan mengadakan kawalan dan rondaan yang lebih ketat. Kawalan tersebut patut dilakukan oleh anggota polis dalam usaha untuk mencekup peragut yang bermaharajalela. Selain itu anggota polis yang berpakaian biasa perlu ditempatkan di tempat awam agar mudah bagi mereka untuk menangkap peragut yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagi kita, adalah lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum jenayah itu berlaku. Kita bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa tanggungjawab untuk membanteras jenayah termasuk curi dan ragut tidak seharusnya diserahkan kepada polis semata-mata. Polis tidak mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini sepenuhnya memandangkan wujudnya jurang atau nisbah yang begitu besar antara jumlah anggota polis dengan bilangan penduduk. Justeru, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan pecah kereta dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa. Tanpa kerjasama daripada semua pihak dalam masyarakat sudah tentu usaha untuk menangani kes ragut menjadi semakin sukar. Oleh hal yang demikian, marilah kita menjadikan angka kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai satu kejutan untuk kita memerangi jenayah ini bersama-sama. Semoga masalah ini akan dapat ditangani dengan berkesan dalam usaha menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat negara ini. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rakyat Kena Bantu Polis Perangi Kes Jenayah Ragut, Berita Harian, 7 Ogos 2006)

Anda mungkin juga menyukai