Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Melayu lisan : Faktor-faktor kes ragut

Kejadian ragut yang sering menjadikan satu jenayah yang amat mengejutkan
buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu
yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan
pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk
menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu,
apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap


masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek
keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka
membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini
menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil
langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di
lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran
mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah
menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang
sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan
syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan
permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang
dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah
menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum
anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak
mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah
mereka secara mudah.

Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa


mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di
kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika
kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah
berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup
telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika
waktu malam.

Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama


terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan
semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama
menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan
jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan
jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama
mereka.

Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah


jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak
kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika
kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan
mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat
dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu
pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Anda mungkin juga menyukai