Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang

faedah-faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah


menggalakkan penyertaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang


dicetuskan oleh golongan remaja sehingga mereka dipandang serong
akibat perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum
agama. Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih
belum bekerja, mereka banyak mempunyai masa terluang.
Untuk mengatasi rasa bosan dan mengisi masa terluang, remaja
mengambil peluang untuk berkumpul bersama dengan rakan sebaya.
Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya menjadi lebih agresif dan
mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan
keseronokan tanpa memikirkan baik dan buruknya. Perkara buruk mudah
mendapat perhatian remaja tanpa disedari kerana perkara itu biasanya lain
daripada yang lain. Selain itu, melakukan perbuatan tersebut merupakan
kemegahan dan kepuasan.
Untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan remaja daripada
dipengaruhi anasir buruk, penyertaaan dalam persatuan merupakan jalan
yang baik. Dengan menyertai persatuan, remaja dapat melakukan pelbagai
aktiviti yang mendatangkan kebaikan. Ruang masa disalurkan dengan
aktiviti persatuan yang mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman
dan mendidik jati diri ke arah perkara yang positif.
Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan
remaja. Mereka boleh memilih untuk menyertai persatuan bergantung pada
minat dan kebolehan masing-masing. Terdapat persatuan yang beroperasi
pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan tunggal.
Bentuk persatuan pula termasuklah bersifat sukarelawan, keagamaan,
sukan, dan hobi. Semua persatuan adalah baik untuk disertai oleh remaja
memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan pada tujuan yang
murni.
Menyertai persatuan memberikan peluang untuk setiap ahli yang
mempunyai minat dan kebolehan yang sama mengembangkan bakat yang
dimiliki. Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi
membaiki dan meningkatkan kebolehan masing-masing. Amat penting bagi
ahli baharu untuk menimba pengalaman dengan ahli lama. Ada persatuan
melatih ahli tentang kepakaran tertentu termasuklah pertolongan cemas,
kawad, dan pengembaraan hutan, Aktiviti ini merupakan sebahagian
proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.
Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan
kemanusiaan yang lebih baik, bersatu padu, saling menghormati, tidak
mementingkan diri dan terbentuknya sifat-sifat murni lain. Pergaulan
sesama ahli persatuan akan mendewasakan remaja. Pemikiran mereka
lebih terbuka dan dapat menerima perubahan yang membawa kepada
kebaikan. Remaja sendiri dapat menyatakan pendapat dan memberikan
sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan. Keadaan sedemikian
menjadikan remaja lebih memahami kehidupan alam masyarakat yang
kompleks.
Persatuan juga memberikan pendedahan kepada remaja tentang
kepimpinan. Biasanya, remaja diberi tugas untuk menjadi ahli
jawatankuasa kepada persatuan yang disertai. Jawatan dalam persatuan
merupakan satu penghormatan kepada remaja. Pendedahan awal
pengalaman memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk mendidik
dan membentuk remaja menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja akan
menggantikan pemimpin yang lama. Mereka memerlukan pendedahan
awal agar dapat mengambil alih tugas berat itu dengan persediaan yang
cukup. Seorang pemimpin bukannya dilahirkan, tetapi terbentuk melalui
asuhan dan pengalaman yang berterusan.

Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat dan hanya


mereka yang terdidik melalui proses kepimpinan sahaja mampu
melakukannya. Sememangnya, sesiapa sahaja berpotensi untuk menjadi
pemimpin jika bersedia memikul tanggungjawab mencabar, sesuai dengan
pengalaman yang telah dilaluinya sebelum ini.

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat yang dimiliki.
[2 markah]
(ii) Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang keseronokan
remaja melakukan perkara yang buruk.Nyatakan dua sebab remaja
berbuat demikian. [3 markah]

(iii) Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas
beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan
golongan remaja tidak meminati aktiviti berpersatuan. [4 markah ]

Anda mungkin juga menyukai