Anda di halaman 1dari 2

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah

menangani jenayah ragut di Malaysia. Panjang


huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan

Memasang kamera litar Langkah-langkah


tertutup di tempat menangani jenayah ragut Memberi maklumat
berisiko di Malaysia kepada umum

Mengadakan kempen Menjatuhkan hukuman yang


memerangi jenayah lebih berat kepada peragut
ragut

Marcapada, pidana ragut semakin membimbangkan kerana acap kali berakhir dengan


kematian. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek
dalam diri peragut. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-
langkah drastik perlu diimplementasikan bagi membejat pertambahan kes tersebut. 

       Inisiatif yang boleh dilakukan adalah dengan memberi maklumat kepada umum


terutamanya kaum hawa agar mereka bersedia dan berwaspada. Kehausan wang merupakan
punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah ini. Ironinya, wanita dewasa ini
sering memperaga barang kemas sebagai simbol kemewahan tetapi mereka kurang arif
bahawa obsesi itu berkemungkinan memakan diri mereka. Oleh itu, keprihatinan masyarakat
amat penting agar masalah ragut dapat dikurangkan.

       Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma dengan


memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk tubuh, sampai
bilakah orang ramai akan terus alpa dengan persepsi bahawa hukuman jenayah ragut adalah
ringan? Maka, apabila hukuman tersebut wujud dengan izhar, secara tidak langsung hal
tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba meragut. 

          Di samping itu, pihak yang dominan seperti kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan


juga perlu menggerakkan kewujudan kempen-kempen memerangi pidana ragut. Perkara ini
berikutan, masyarakat lokal masih mengerling enteng tentang impak negatif jenayah ragut
terhadap mangsanya. Penjanaan kempan-kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi merupakan mangkin yang efektif demi mengurangkan jumlah kes ragut di
peringkat tempatan secara holistik.

      Konklusinya, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatik agar imej


negara tidak tercalar di mata dunia. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan hanya
akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata peribahasa
Melayu, "sudah terhantuk baru terngadah". 

(246 patah perkataan)

KOSA KATA :

1.    Marcapada = kini
2.    Pidana = perbuatan jenayah
3.    Drastik = segera
4.    Diimplementasikan = dilaksanakan
5.    Membejat = mengurang / mengekang / menghalang
6.    Inisiatif = daya usaha
7.    Kehausan wang = mata duitan / terlalu mengejar wang
8.    Ironinya = secara bertentangan
9.    Obsesi = ketaksuban
10. Anjakan paradigma = perubahan lebih baik
11. Alpa = lupa / leka
12. Persepsi = tanggapan
13. Izhar = nyata / jelas
14. Dominan = kuat pengaruh
15. Lokal = setempat
16. Mengerling enteng = tidak ambil berat
17. Impak = kesan
18. Mangkin yang efektif  = usaha yang berkesan
19. Holistik = keseluruhan
20. Pragmatik = bersifat praktikal

Anda mungkin juga menyukai