Anda di halaman 1dari 4

Mak Limah menjunjung bungkusan kain untuk di bawa pulang.

Ayah sedang memikul seguni beras untuk dibawa pulang ke rumah.

Rahim berjalan di tepi pantai sambil menggalas sebuah pelampung.

Karim berdiri sambil mengelek surat khabar di perhentian bas.

Ibu memangku bayi dengan penuh kasih sayang.

Kakak keluar dari dapur menatang sedulang kopi dan kuih.

Ayah menjulang anaknya untuk menyeberangi anak sungai.

Sofia pulang ke rumah sambil menjinjit beg plastik.

Seorang petani mengandar dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.

Salim membantu menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu.

Ali menuntun basikal apabila memasuki kawasan sekolah.

Azman mengheret guni baja itu kerana dia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Abang ditugaskan untuk memetik buah jambu di dusun.


Pak Mat bekerja keras mengecop tandan kelapa sawit di kebunnya.

Pak Utih menakik batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu.

Encik Amir mengait buah kelapa menggunakan sebatang galah yang diikat dengan
sebilah sabit.

Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu dengan betul.

Safari merepang pokok hiasan itu dengan gergaji mesin.

Pemuda itu menebang pokok dengan berhati-hati.

Encik Ali menggunakan sebilah kapak untuk membelah kayu itu.

Pak Mat menarah kelliling pokok itu dengan menggunakan cangkul.

Tok Aki meraut buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.

Pagi- pagi lagi ayah sudah berada di kebunnya untuk menorah pokok getah

Ibu menyiang ikan yang baru dibeli oleh ayah.

Rohaya mengelar ikan itu sebelum dilumuri garam dan kunyit.

Rahim memancung kepala ular dengan menggunakan parang.


Maslina duduk di kerusi sambil mengupas buah mangga.

Suraya menghiris bawang besar sebagai bahan masakannya.

Kakak ditugaskan untuk merincih bawang untuk dibuat bahan tumisan

Ahmad melapah lembu yang telah disembelih itu di bawag pokok

Ibu menyiat daging yang telah direbus itu untuk dibuat serunding.

Doktor terpaksa membedah budak yang diserang Apendiks itu.

Nenek duduk di atas pengukur untuk mengukur kelapa.

Alia memarut ubi kayu dengan menggunakan penyagat.

Kakak sedang memasak makanan di dapur.

Kakak menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

Abang menjerang air yang diisi di dalam cerek itu.

Puan Aida mereneh ramuan ubat itu sebelum boleh diminum.


Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.

Kakak mengait buah rambutan dengan menggunakan sebatang galah.

Ayah menggores anak mancis untuk menyalakan lilin.

Mamak itu menggorang mi yang dipesan oleh pelanggan.

Puan Alia mengukus pulut untuk sarapan keluarganya.

Ramli membakar sampah yang baru disapunya sebentar tadi.

Ramli menjolok buah mangga dengan menggunakan sebatang galah.

Peniaga itu mencincang tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya.

Amir berjalan kaki menuju ke sekolah dengan membawa beg.

Anda mungkin juga menyukai