Anda di halaman 1dari 18

KUIH BAKUL LIMAU

MANDARIN
Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke
rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu
menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Namun begitu,
hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal yang demikian, berlaku
pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap bahawa Lim
Menglah yang menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong lemas dalam
sungai.
Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong berpunca
daripada Lim
Foong sendiri. Lim Foong cuba melarikan diri daripada orang yang
mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Sim Pau juga menjelaskan
bahawa Lim Foong sebenarnya berperangai buruk seperti suka berjudi. Bagi Lim
Pooi, Lim Foong mati lemas kerana berusaha untuk menyelamatkan Lim Meng. Lim
Pooi juga mengatakan bahawa Lim Menglah yang menyebabkan kedainya lingkup.
Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi
tiada tuah dan mengalami kerugian adalah disebabkan oleh sikap buruk Lim Pooi
yang tidak berhati perut. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh
orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi.
Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesali sikapnya
terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.
Akhirnya, Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan
dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi
datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah
papanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus memeluk
papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-
sama membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal
tiba.
Nilai kekeluargaan. Dalam cerpen ini, Lim Pooi amat menyayangi anaknya,
Lim Foong. Apabila anaknya, Lim Meng memberitahunya akan sikap buruk
Lim Foong yang kaki judi dan suka mencuri, Lim Pooi tidak
mempercayainya. Sebaliknya, Lim Pooi memarahi,merotan dan membenci
Lim Meng. Lim Pooi menganggap bahawa Lim Menglah yang menyebabkan
perniagaanya rugi, wangnya dicuri, kedainya terbakar dan mengakibatkan
Lim Foong meninggal dunia. Isteri Lim Pooi, Sim Pau yang amat merindui
Lim Meng setelah Lim Meng keluar dari rumah telah memberanikan diri
menentang keegoan Lim Pooi. Sim Pau menceritakan sikap sebenar Lim
Foong dan punca perniagaan Lim Pooi rugi. Lim Pooi mulai sedar akan
kesilapannya terhadap Lim Meng.
Akhirnya, Lim Meng pulang dan suasana keluarga itu kembali bahagia.
a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.
c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
d) Keinsafan seorang bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya
yang
tidak bersalah.
e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota
keluarga berkumpul.
LIM POOI:
a) Bapa kepada dua orang anak.
b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.
c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng.
d) Bersikap terburu-buru.
e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.
f) Seorang yang ego.
g) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf kepada Lim
Meng.

SIM PAU:
h) Isteri kepada Lim Pooi.
i) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.
j) Seorang yang lemah lembut.
k) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.
l) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.
LIM MENG:
a) Anak perempuan yang baik.
b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
c) Bersikap pemaaf.
d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan papanya, Lim Pooi.

LIM FOONG:
e) Mencuri duit perniagaan papanya.
f) Seorang kaki judi.
g) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.
BINAAN PLOT:
a) Permulaan-Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada Tahun
Baharu Cina. Sim Pau berasa amat gembira kerana kerinduannya mula terungkai.
b) Perkembangan-Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan
Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. Sejak
Lim Meng lahir, perniagaanya rugi, berlaku kecurian dan kedainya terbakar. Bagi
Lim Pooi, Lim Menglah yang menyebabkan Lim Foong meninggal dunia.
c) Konflik-Sim Pau yang bersikap lemah lembut terhadap suaminya terpaksa
berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya \,
Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar.
d) Klimaks-Lim Pooi terdiam sebaik sahaja mendengar segala penjelasan daripada
Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulanagan Lim
Meng dan berusaha mencari Lim Meng. Semasa menunggu Lim Meng itu, Lim
Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh
mengubatinya.
e) Peleraian- Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan dengan
ibunya, Sim Pau. Lim Pooi berdiri di belakang Lim Meng. Lim Meng ingin pergi
tetapi papanya telah memanggil Lim Meng dan memohon kemaafan. Lim Meng
meluru ke arah papanya dan berpelukan. Sim Pau dan Lim Meng akan memasak kuih
bulan bersama-sama, sementara Lim Pooi ke bandar untuk mencari limau bagi
menyambut Tahun Baharu Cina.
a) Dialog. Contohnya,
• “Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras
membantah.
• “Kalau dia ada sekarang ini tentu dah besar. Boleh tolong aku jaga kedai.”
• “Lim Meng.”
“Mama.” Mereka berpelukan.

b) Pemerian. Contohnya,
• Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim
Pooi.
• Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim
Pau boleh bertukar segarang itu. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh
ke lantai.
• Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal
kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu
masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
Latar Tempat
a) Di sungai, iaitu tempat Lim Foong terjun daripada orang yang mengejarnya lalu
lemas.
b) Di jendela nako, iaitu tempat Lim Pooi memandang keluar sewaktu bertengkar
dengan isterinya, Sim Pau.
c) Di stor, iaitu tempat Lim Pooi menyorokkan barang-barang dan dijual semula
dengan harga yang mahal.
d) Di dapur, iaitu tempat Sim Pau menyiapkan sup.
e) Di bahagian hadapan rumah, iaitu tempat yang dituju oleh Sim Pau untuk melihat
orang yang datang.

Latar Masa
f) Waku petang, iaitu waktu Lim Meng pulang dari sekolah dan dia telah terjumpa
Lim Foong lemas.
g) Ambang Tahun Baharu Cina, iaitu Lim Meng pulang setelah sekian lama
meninggalkan rumahnya.
Latar Masyarakat
a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi. Contohnya, Lim Pooi bersikap
ego sehingga tidak dapat melihat kesalahan Lim Foong.
b) Masyarakat yang berani. Contohnya, Sim Pau berani menetang suaminya yang
garang semata-mata mahu membela anaknya, Lim Meng.
c) Masyarakat peniaga. Contohnya, Lim Pooi membuka kedai runcit untuk menyara
keluarganya.
d) Masyarakat yang berperangai buruk. Contohnya, Lim Foong suka berjudi dan
mencuri.
e) Masyarakat yang bersikap pemaaf. Contohnya, Lim Meng memaafkan papanya
yang selama ini membencinya akibat salah anggap.
f) Masyarakat majmuk. Contohnya, Sudin berbangsa Melayu dan Lim Meng
berbangsa cina.
Diiksi
a) Bahasa Jawa. Contohnya, Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-
katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan.
b) Bahasa Cina. Contohnya, Tak ada onglah.

Hiperbola
Contohnya,
• Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai
setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
• Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
• Air matanya mula membanjiri pipinya.
Metafora
Contohnya,
• Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
• Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.

Monolog
Contohnya,
• Tak mungkin Lim Foong berjudi. Tak mugkin. Batinnya menjerit.

Peribahasa
Contohnya,
• Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
• Lim Pooi memang berhati kering.
• Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan.
• Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari
rumah itu.
• Dia telah banyak memberi muka kepada Lim Meng.
• Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup.
• “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur.

Personifikasi
Contohnya,
• Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang
bercakap dengannya.
• Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya.

Simile
Contohnya,
• Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.
• Kaurotan budak itu bagai nak gila.

Sinkope
Contohnya,
• Aku tak nak Lim Meng jadi mangsa seterusnya.
• Aku dah tak sanggup lagi kehilangan anak.
a) Keberanian. Contohnya, Sim Pau berani menerangkan peristiwa yang sebenar
berkaitan dengan sikap Lim Foong.
b) Keinsafan. Contohnya, Lim Pooi insaf akan kesilapannya membuang Lim Meng
daripada keluarganya.
c) Kasih sayang. Contohnya, Sim Pau begitu sayang akan anaknya, Lim Meng
sehingga dia sanggup menentang suaminya, Lim Pooi.
d) Kemaafan. Contohnya, Lim Meng telah memaafkan bapanya yang telah bertahun-
tahun memarahinya walaupun dirinya tidak bersalah.
e) Kejujuran. Contohnya, Sim Pau jujur memberitahu suaminya tentang diri Lim
Foong yang berkelakuan buruk walaupun suaminya amat menyayangi anaknya itu.
a) Kita harus berani menentang kesalahan supaya dapat bersikap adil dan saksama.
b) Kita harus menyesali kesalahan yang kita lakukan agar kita tidak terus berbuat
salah.
c) Kita hendaklah berkasih sayang supaya kehidupan ini harmoni.
d) Kita perlu memiliki sikap bermaaf-maafan supaya wujud masyarakat
penyayang.
e) Kita mesti berkata dengan jujur supaya kebenaran dapat ditegakkan dalam
kehidupan.
f) Kita tidak sepatutnya bersikap ego supaya kita tidak melakukan tindakan yang
melampau dan tidak rasional.
Keistimewaan:
Menceritakan tentang kisah bapa yang pilih kasih dengan anaknya pada
masa kini dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil.

Kekurangan:
Tidak menceritakan dengan jelas kemana Lim Meng pergi selepas
dihalau oleh bapanya.

Cadangan Penambahbaikan:
Menambah sedikit informasi tentang Lim Meng dan juga Lim Foong
supaya pembaca dapat mengetahui lebih lagi.

Anda mungkin juga menyukai