Anda di halaman 1dari 34

7 Julai 2021/ Rabu

CERPEN KUIH
BAKUL LIMAU
MANDARIN
SINOPSIS
◦ Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang
ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim
Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan
hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim Meng itu ditentang oleh
Lim Pooi. Oleh hal demikian, berlaku pertengkaran antara Sim
Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah
menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong yang lemas
dalam sungai.
◦ Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca
daripada Lim Foong sendiri yang melarikan diri daripada orang yang
mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Malah Sim Pau juga
menjelaskan bahawa Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi
Lim Pooi, Lim Foong mati kerana lemas setelah berusaha menyelamatkan
Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Meng telah
menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal dan
ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong
kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga
menyebabkan perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan bahawa kedai
Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim
Foong yang berhutang kerana judi.
◦ Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal
akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia
jatuh sakit.
◦ Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau.
Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah
belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya
memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan
memeluk papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia.
Mereka bersama-sama menyediakan sambutan Tahun Baharu Cina yang
akan tiba.
Tema

Nilai kekeluargaan
PERSOALAN
a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.

b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.

c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.

d) Keinsafan bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang tidak bersalah.

e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.

f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga berkumpul.


PLOT
Permulaan:

Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada
Tahun Baharu Cina. Sim Pau berasa amat gembira kerana
kerinduannya mula terungkai.
Perkembangan:

Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak


membenarkan Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim
Meng terlalu mendalam. Sejak Lim Meng lahir, perniagaannya
rugi, berlaku kecurian, dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi,
Lim Meng jugalah yang menyebabkan Lim Foong meninggal
dunia.
Konflik:

Sim Pau yang sopan santun terhadap suaminya


terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau
menjelaskan sifat sebenar anaknya, Lim Foong serta
punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar.
Klimaks:

Lim Pooi terdiam mendengar segala penjelasan daripada


isterinya, Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia
menanti kepulangan Lim Meng dan berusaha mencari Lim
Meng. Dalam masa menunggu Lim Meng itu, Lim Pooi jatuh
sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh
mengubatinya.
Peleraian:

Lim Meng pulang ke rumahnya dan dia berpelukan dengan ibunya,


Sim Pau. Lim Pooi datang dan berada di belakangnya. Lim Meng
ingin pergi tetapi bapanya telah memanggil Lim Meng dan
memohon kemaafan. Lim Meng meluru ke arah bapanya dan
berpelukan. Akhirnya, mereka bersama-sama mencari kuih bakul
dan limau mandarin untuk sambutan Tahun Baharu Cina.
TEKNIK PLOT
a) Dialog

b) Pemerian

c) Imbas Kembali

d) Kejutan

e) Saspens

f) Monolog
GAYA BAHASA

1.Diksi

 Bahasa cina .Contohnya , tak ada onglah

 Bahasa puitis. Contohnya , Cahaya bulan samar di


langit
2. Hiperbola

Air matanya mula membanjiri pipinya.

Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air


mata yang melimpah-ruah.
3. Metafora
Lim Pooi masih berada dalam kandang
kemarahan.
Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang
disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau
4. Peribahasa
berhati kering; menegakkan benang yang basah.
5. Personifikasi
Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau
yang sedang bercakap dengannya.
Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu
menyerbu hatinya.
6. Simile

Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang


disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.

7. Sinkope

Tak ; nak
LATAR
Latar Tempat
Di sungai Tempat Lim Foong terjun daripada orang yang mengejarnya lalu
lemas.
Di jendela nako Tempat Lim Pooi memandang keluar sewaktu bertengkar dengan
isterinya , Sim Pau.

Di stor Tempat Lim Pooi menyorokkan barang-barang dan dijual semula


dengan harga yang mahal.

Di dapur Tempat Sim Pau menyiapkan sup.


Di bahagian hadapan rumah Tempat yang dituju oleh Sim Pau untuk melihat orang yang datang.
Latar Masa
Waktu petang Waktu Lim Meng pulang dari sekolah
dan dia telah terjumpa Lim Pooi lemas.

Ambang Tahun Lim Meng pulang setelah sekian lama


Baharu Cina meninggalkan rumahnya.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang mempunyai Lim Pooi bersikap ego sehingga tidak dapat melihat kesalahan Lim
keegoan yang tinggi Foong.
Masyarakat yang berani Sim Pau berani menentang suaminya yang garang semata-mata mahu
membela anaknya , Lim Meng.

Masyarakat peniaga Lim Pooi membuka kedai untuk menyara keluarganya.

Masyarakat yang berperangai Lim Foong suka berjudi dan mencuri.


buruk
Masyarakat yang bersifat pemaaf Lim Meng memaafkan papanya yang selama ini membencinya akibat
salah anggap.

Masyarakat majmuk Sudin berbangsa Melayu dan Lim Meng berbangsa cina.
WATAK DAN PERWATAKAN
Lim Pooi  Bapa kepada 2 orang anak
 Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut
 Amat menyayangi anaknya Lim Foong berbanding Lim Meng
 Bersikap terburu-buru
 Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti
orang gila
 Seorang yang ego
 Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf
kepada Lim Meng.
Sim Pau  Isteri kepada Lim Pooi
 Saksama dalam menyayangi 2 anaknya
 Seorang yang lemah lembut
 Seorang yang garang dan berani menentang
suaminya
 Amat merindui anaknya yang dihalau dari
rumah oleh suaminya
Lim Meng  Anak perempuan yang baik
 Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong
yang lemas
 Bersikap pemaaf
 Lim Meng amat merindui ibu dan papanya

Lim Foong  Mencuri duit perniagaan papanya


 Seorang kaki judi
 Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam
sungai
NILAI
1. Keberanian

 Sim Pau berani menerangkan peristiwa yang sebenar berkaitan diri Lim Foong.

2. Keinsafan

 Lim Pooi berasa insaf akan kesilapannya membuang Lim Meng dari keluarganya.

3. Kasih sayang

 Sim Pau begitu sayang akan anaknya , Lim Meng sehingga sanggup menentang
suaminya.
4. Kemaafan

Lim Meng telah memaafkan bapanya yang telah bertahun-tahun


memarahinya walaupun dia tidak bersalah.

5. Kejujuran

Sim Pau jujur memberitahu suaminya tentang diri Lim Foong


yang berkelakuan buruk walaupun suaminya amat menyayangi
anaknya itu.
PENGAJARAN
1. Kita harus berani menentang kesalahan supaya dapat bersikap adil dan saksama.

2. Kita harus menyesali kesalahan yang kita lakukan agar kita tidak terus berbuat salah.

3. Kita hendaklah berkasih sayang supaya kehidupan ini harmoni.

4. Kita perlu memiliki sikap bermaaf-maafan supaya wujud masyarakat penyayang.

5. Kita mesti berkata dengan jujur supaya kebenaran dapat ditegakkan dalam kehidupan.

6. Janganlah kita bersikap ego supaya kita tidak melakukan tindakan yang melampau dan
tidak rasional.
1.Apakah maksud peribahasa hutang darah perlu dibayar
dengan darah?
A.Segala janji yang telah dilafazkan mesti ditepati.
B.Sesuatu yang sudah ditentukan tidak boleh diubah lagi
C.Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik
D.Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan
kesalahannya
2. Apakah alasan yang diberikan oleh Lim Pooi
ketika dia tidak mengizinkan Lim Meng pulang?
A.Lim Meng bukan anaknya
B.Lim Pooi benci anak Lim Meng
C.Lim Meng telah dihalau dari rumah
D.Lim Meng sudah lama tidak pulang
3. Yang berikut ialah sebab-sebab Lim Pooi
menyalahkan Lim Meng, kecuali
A.Kedai Lim Pooi terbakar
B.Perniagaan Lim Pooi rugi
C.Lim Meng penyebab kematian Lim Foong
D.Lim Meng seorang anak yang derhaka.
4. Pilih rangkai kata yang mengandungi gaya bahasa
metafora

A.Ibarat racun
B.Hutang darah
C.Keras membantah
D.Kandang kemarahan
Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang
boleh ditertawakan.
5.Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas?

A.Air mukanya menunjukkan bahawa kata-katanya bukanlah sesuatu yang melucukan


hati.
B.Air mukanya menggambarkan bahawa dia sangat marah dan tidak boleh diperlekeh.
C.Air mukanya memperlihatkan bahawa sikap leluconnya yang tidak dapat
dipertikaikan.

D.Air mukanya menunjukkan bahawa dia tidak rela ditertawakan oleh sesiapa sahaja.
◦ Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku
bahawa Lim Meng itu anaknya? (3m)
◦ Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen Kuih Bakul Limau
Mandarin. (3m)
◦ Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? (4m)
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai