Anda di halaman 1dari 15

Sajak: Kunci

Bahasa
18/6/2021 Jumaat
Sajak Maksud
Bahasa bermaruah Rangkap 1
Tidak berbilur bahasa di lidah Bahasa bermaruah tidak akan
diucapkan oleh lidah dengan bahasa
yang tidak sopan.
Bahasa berbuah Rangkap 2
Tidak kering bahasa diperah Bahasa berbuah ialah ucapan yang baik
boleh digunakan berkali-kali.

Bahasa bersejarah Rangkap 3


Tidak luput bahasa bertingkah Bahasa bersejarah adalah bahasa
dalam perbincangan dan perbahasan
secara berkesan.
Sajak Maksud

Bahasa berwasilah Rangkap 4


Tidak putus jambatan ukhuwah Bahasa berwasilah ialah bahasa
yang digunakan bagi mengeratkan
perhubungan dan persahabatan.
Bahasa berbudi sudah Rangkap 5
Tidak lokek pada ummah Bahasa berbudi sudah menjadi
lumrah masyarakat dan digunakan
dalam pelbagai urusan harian.
Bahasa begitu indah Rangkap 6
Tidak habis berbahasa bermadah Bahasa begitu indah dan tidak habis
walaupun digunakan pada setiap
hari.
Tema
Bahasa dan
kepentingannya dalam
kehidupan manusia.
Persoalan
1. Bahasa hendaklah digunakan dengan betul kerana bahasa menunjukkan
maruah diri seseorang.
2. Menerusi bahasa, seseorang itu dapat memperoleh keuntungan dan kebaikan.
3. Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa mampu mencetuskan perbahasan
sehingga menimbulkan konflik.
4. Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh silaturahim antara anggota
masyarakat.
5. Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya masyarakat.
Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. Panjang pendek barisnya tidak sama iaitu
2. Bentuk terikat. antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya,
3. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam Bahasa bermaruah (2 patah kata)
hingga sebelas suku kata. Tidak kering bahasa diperah (4 patah kata)
Contohnya,
Bahasa berbuah (6 suku kata)
Tidak habis berbahasa bermadah (11 suku kata)

4. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Rima akhirnya terikat
Contohnya , Rangkap 1 : ab
Rangkap 1 : dua baris Rangkap 2 : ab
Rangkap 2 : dua baris Rangkap 3 : ab
Rangkap 3 : dua baris Rangkap 4 : ab
Rangkap 4 : dua baris Rangkap 5 : ab
Rangkap 5 : dua baris Rangkap 6 : ab
Rangkap 6 : dua baris
Gaya Bahasa
a) Imejan
Jambatan ; bahasa berbuah
b) Penggunaan bahasa Arab
Ukhuwah ; ummah ; berwasilah
c) Penggunaan ungkapan dialek
Bilur (Kedah) ; lokek (Johor)
d) Repetisi
Bahasa (baris 1, rangkap 1,2,3,4,5 dan 6)
Tidak (baris 2, rangkap 1,2,3,4,5 dan 6)
Unsur Bunyi
Nada: Patriotik
Nilai
1.Berhati-hati
Penggunaan bahasa yang bermaruah penting agar tidak meninggalkan kesan negati pada
diri seseorang.
2.Kebijaksanaan
Kebijaksanaan mengeksploitasikan bahasa akan memberikan sesuatu kebaikan dan
keuntungan.
3.Perpaduan
Perpaduan amat penting dan dapat diperkukuh menerusi bahasa.
4.Berbudi bahasa
Bahasa yang sopan menggambarkan budi bahasa seseorang.
5.Menghargai
Penghargaan terhadap bahasa penting kerana kehidupan manusia tidak dapat lari
daripada bahasa sebagai alat komunikasi.
Pengajaran
1.Kita hendaklah berhati-hati dalam komunikasi bahasa supaya imej diri
tidak terjejas.
2.Kita perlu bijak menggunakan bahasa supaya penggunaan bahasa itu
membawa kebaikan.
3.Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana bahasa supaya
tidak mencetuskan konflik.
4.Masyarakat hendaklah menggunakan bahasa yang sopan supaya
masyarakat yang berbudi bahasa dapat diwujudkan.
5.Pengguna bahasa haruslah menghargai bahasa agar fungsi dan
peranannya digunakan dengan baik dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai