Anda di halaman 1dari 8

Cerpen: Kuih Bakul Limau Manderin

Sinopsis
Sim Pau berasa sangat gembira apabila menerima
panggilan telefon daripada Lim Meng yang memberitahu bahawa
dia akan pulang pada sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba.
Walau bagaimanapun, kegembiraannya diragut oleh bentakan
suaminya, Lim Pooi. Lim Pooi yang masih berdendam dengan Lim
Meng yan dianggapnya sebagai penyebab kematian anak lelakinya,
Lim Foong tidak mahu Lim Meng pulang ke rumah. Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara dan menjelaskan hal yang
sebenarnya. Sim Pau menegaskan bahawa segala-galanya yang
berlaku termaksuklah kematian Lim Foong berpunca daripada diri
Lim Pooi sendiri. Penjelasan Sim Pau menyebabkan Lim Pooi mula
menyedari kesalahannya dan berharap untuk berjumpa dengan Lim
Meng. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, Lim Meng pulang dan
disambut dengan perasaan gembira dan terharu oleh ibu bapanya.
Lim Meng telah memaafkan bapanya dan ikatan kekeluargaan yang
putus selama ini telah terjalin semula.
Tema dan persoalan

Tema Contoh
Kepentingan hubungan keluarga Lim Pooi yang menyedari kesalahannya selama ini telah
meminta maaf kepada Sim Pau dan Lim Meng

Persoalan Contoh

Kasih saying seorang ibu yang Sim Pau sangat menyayangi Lim Meng. Dia tidak mahu
tidak berbelah bahagi suaminya terus menyalahkan Lim Meng atas kesalahan yang
tidak dilakukan.
Keberanian dalam menyuarakan Sim Pau berani menyuarakan isi hatinya yang terbuka agar
pendapat demi kebaikan bersama Lim Pooi menyedari kesalahan dia selama ini.
Kepediahan hidup akibat kematian Lim Pooi berduga dan meratapi kematian anak
orang yang disayangi kesayangannya, Lim Foong.
Keinsafan seorang bapa atas Lim Pooi menyedari kesalahannya terhadap Lim Meng lalu
kesilapannya meminta maaf kepadanya
Teknik Plot
Teknik Plot Contoh

Imbas kembali Sim Pau mengimbas Kembali saat Lim Pooi merotan Lim Meng sehingga birat-birat
tubuhnya
Imbas muka Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang pada sambutan Tahun
Baru Cina nanti
Meonolong “Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marah kan kau lagi.”

Menolong dalaman Tak mungkin Lim Foong berjudi. Tak mungkin. Batinnya menjerit.
Watak dan Perwatakan
Watak utama:
Sim Pau:
-Berani: Sim Pau berani menyuarakan isi hatinya yang terpendam selama ini demi menyedarkan suammi akan
hakikat yang sebenar
-Penyayang: Sim Pau sangat menyayangi Lim Meng. Dia tidak mahu suaminya terus menyalahkan Lim Meng atas
kesalahan yang tidak dilakukannya.
Prihatin:Sim Pau prihatin terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Amanah: Sim Pau tidak setuju dengan perubahan suaminya yang menyorok kemudian menjual gula dengan harga
yang tinggi.
Watak Sampingan
Lim Pooi:
Ego: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Pendendam: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang dianggap sebagai penbunuh anak kesayangannya, Lim
Foong.
Mementingkan diri sendiri: Lim Pooi hanya memikirkan hatinya yang luka setelah kematian Lim Foong tanpa mahu
mengambil tahu hati Sim Pau dan Lim Meng yang juga berasa kehilangan.
Garang: Lim Pooi merotan Lim Meng yang dikatakan menuduh Lim Foong mencuri wang di kedai sehingga birat-
birat tubuhnya.
Binaan Plot
1) Permulaan/Eksposisi:
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi melarang Lim Meng pulang ke rumah.
2) Perkembangan:
Lim Pooi mengatakan bahawa Lim Meng pembawa nasib malang kepada keluarganya. Tindakan Lim Pooi itu
dibantah oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar dengan keeogoan suaminya itu.
3)Perumitan/Konflik:
Pertengkaran antara mereka berlaku dan Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi
akhirnya menyendari kesalahannya lalu memohon maaf kepada isterinya itu tetapi Sim Pau menyuruh Lim Pooi
meminta maaf kepada Lim Meng.
4) Puncak/Klimaks:
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan perasaan terharu dan gembira. Lim Meng masih
ragu-ragu apabila meligat kelibat bapanya.
5) Penurunan:
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang kelihatan ingin meninggalkan mereka. Lim Meng akhirnya
memaafkan lalu memeluk bapanya dengan diiringi air mata.
6) Peleraian/Resolusi
Sim Pau mengajak Lim Meng membuat kuih bakul bersama-sama, semetara Lim Pooi menawarkan diri pergi ke
bandar untuk membeli limau mandarin dan kacang goreng sebagai hidangan kepada para tetamu mereka pada
sambutan Tahun Baru Cina keesokan harinya.
Latar
Latar Tempat Contoh
Ruang tamu Sim Pau memberitahu Lim Pooi kejadian sebenar yang telah meninpa Lim Foong.
Dalam bilik Sim Pau memujuk Lim Pooi untuk makan
Depan pintu Sim Pau menyambut kepulangan Lim Meng dengan gembira

Latar Masa Contoh


Sebelum Tahun Baru Cina Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar kerana Lim Pooi tidak mahu Lim Meng pulang
ke rumahnya
Sehari sebelum Tahun Baru Lim Meng pulang ke rumah untuk bertemu dengan mamanya bagi menyambut
Cina Tahun Baru Cina.
Latar Masyarakat Contoh

Masyarakat yang ego dan Lim Pooi hanya memikirkan hatinya yang luka setelah kematian Lim Foong tanpa
mementingkan diri sendiri mahu mengambil tahu hati Sim Pau dan Lim Meng yang juga berasa kehilangan.
Masyarakat yang berani Sim Pau berani menyuarakan isi hatinya yang terpendam selama ini demi
menyuarakan pendapat demi menyedarkan suaminya akan hakikat.
kebaikan bersama
Masyarakat yang penyayang Sim Pau sangat menyayangi Lim Meng. Dia tidak mahu suaminya terus
menyalahkan Lim Meng atas kesalahan yang tidak dilakukannya
Masyarakat yang menginsafi Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang selama ini bersangka buruk terhadap Lim
kesalahan
Gaya diri
Bahasa Meng.
Gaya Bahasa Bukti
Gaya Bahasa Bukti
Hiperbola … Dia sudah kerjakan Lim
Sinkope “Aku pun tak tahu tapi dia cakap
Meng itu hingga lumat
nak balik Tahun Baru Cina”
Metafora Landang bunga-bunga gembira; Simile Kata-katanya itu ibarat racun
kadang kemarahan yang disembur pada ladang
Personifikasi Bola matanya mundar-mandir bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam
Nilai dan Pengajaran

Nilai Murni Pengajaran Contoh

Rasional Kita hendaklah berfikiran rasional apabila Sim Pau meminta Lim Pooi berfikir
berdepan dengan sesuatu kejadian. secara rasional atas semua yang
berlaku dalam keluarganya.

Baik Hati Kita hendaklah baik hati dengan memaafkan Lim Meng baik hati dengan
kesalahan orang yang telah insaf memaafkan bapanya walaupun pernah
berlaku kejam kepada dirinya selama
ini.
Ketabahan Kita mestilah tabah menjalani dugaan Sim Pau tabah menghadapi kematian
kehidupan Lim Foong dan masalah keluarganya
yang lain.

Anda mungkin juga menyukai