Anda di halaman 1dari 7

KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

(Mohd. Helmi Ahmad)


SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon
daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi
oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu.
Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa
keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat
keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian
Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan
Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.

TEMA
Kasih sayang keluarga  yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai
sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda
mereka.

PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng
membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.

ii. Keegoan seorang bapa


Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng
kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala
kesedihannya.

iii. Keberanian menyuarakan pendapat


Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara
sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Keinsafan seorang bapa


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng
setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 1
PLOT

i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.

ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim
Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim
Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi  meminta maaf kepada Lim
Meng.

iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih
ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim
Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka
membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan
untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii. Imbas Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika
melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii. Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina
kelak.

iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang
hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v. Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi
namun sampai bila?

ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 2
vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti
dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng

iii. Seorang yang berani


Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang
punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.

iv. Seorang yang sabar


Contoh : Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak
mahu menerima kehadiran Lim Meng.

v. Seorang yang mudah terasa / sensitif


Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar
kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.

LIM POOI
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Seorang berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya
cengkung.

ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 3
iv. Seorang yang suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap
sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.

v. Seorang yang ego


Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.

vi. Seorang peniaga yang tamak


Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula
yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.

vii. Seorang yang pemarah


Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang
Lim Foong yang mencuri wang di kedai.

viii. Seorang yang menginsafi kesalahannya


Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi
menyedari kesalahannya lalu insaf.

LIM MENG
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong
daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.

iii. Seorang yang suka mengalah


Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah
apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim
Meng ialah pembunuh Lim Foong.
ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 4
iv. Seorang yang pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku
kejam kepadanya.
Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.

Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.

LATAR
LATAR MASA
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi
bertengkar.

ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina


Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii. Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim
Meng.

LATAR TEMPAT
i. Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii. Stor di belakang kedai


Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga
yang tinggi ketika suatu masa lain.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang berdendam.
ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 5
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim
Foong.

2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.

3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.


Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak
perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan
Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai
setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v. Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii. Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.

ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 6
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng
tidak bersalah atas kematian Lim Foong.

ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada
lemas.

iii. Nilai kasih sayang.


Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas
atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN

i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul


periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang
menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.

ii. Kita mestilah bersikap jujur.


Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang
kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.

iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.


Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang
yang menagih hutang.

ZAKIZAMANI/BMPT3/SMAT2020 7

Anda mungkin juga menyukai