Anda di halaman 1dari 3

Lengkapkan Sinopsis Cerpen Kuih Bakul limau Mandarin :

Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya sempena sambutan
Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan hati
ibunya, iaitu __________________. Hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal demikian,
berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah
menyebabkan anak kesayangannya, iaitu __________________________ yang lemas dalam sungai.

Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca daripada Lim Foong sendiri yang
_______________________ daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah
judi. Malah Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim
Pooi, Lim Foong mati kerana lemas setelah berusaha menyelamatkan ______________________.
Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan Lim Pooi
itu telah disangkal dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong
kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup.
Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi _______________________oleh orang yang ingin
membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana _____________. Penerangan Sim
Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia
berasa amat bersalah sehingga dia ______________________.

Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan
dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi
setelah papanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk
papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan
sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba.

Tema
Nilai _________________________________.

Persoalan

(a) _________________________________ seorang ayah kepada anak secara melulu.

(b) Perasaan _______________________ seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.

(c) Ibu yang___________________________ menentang suami yang berpendirian salah.

(d) ____________________________ bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang tidak
bersalah.

(e) ______________________________ seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.

(f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga _______________________.


Lim Pooi
(a) Bapa kepada dua orang anak.

(b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.

(c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng.

(d) Bersikap terburu-buru.

(e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.

(f) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf akhirnya.

(g) Seorang yang ego.

Sim Pau
(a) Isteri kepada Lim Pooi.

(b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.

(c) Seorang yang lemah lembut.

(d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.

(e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.

Lim Meng
(a) Anak yang baik.

(b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.

(c) Bersikap pemaaf

(d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan merindui papanya, Lim Pooi.

Lim Foong
(a) Mencuri duit perniagaan papanya.

(b) Seorang kaki judi.


(c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.

Anda mungkin juga menyukai