Anda di halaman 1dari 3

Kuih Bakul Limau Mandarin

(Mohd. Helmi Ahmad)


SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu
tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap
anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas
segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung
lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara
menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi
menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng
disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.

TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah
keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagaannya.

ii. Keegoan seorang bapa


Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Keberanian menyuarakan pendapat


Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar
yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Keinsafan seorang bapa


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah
mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran

Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam

Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
iii. Suka mengalah

Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.

Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas

GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.

ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”

vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

PENGAJARAN

i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim Foong.

ii. Kita mestilah bersikap jujur.


Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di
kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.

iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.


Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang
menagih hutang.
LATIHAN

Anda mungkin juga menyukai