Anda di halaman 1dari 35

Bukan Duniaku tingkatan 1.

SINOPSIS

Novel Bukan Duniaku memaparkan kisah seoang


remaja yang terkilan dengan tindakan ibu bapanya,lalu
melarikan diri, merajuk dan terjebak dalam perangkap
seorang pengedar dadah. Remaja yang bernama Halim
telah dipaksa bekerja sebagai budak pencuci kereta di
bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Abang Joe akan
memungut hasil kutipan mencuci kereta daripada
Halim. Abang Joe merupakan ketua samseng yang
memeras tenaga remaja- remaja yang tidak berumah
ataupun yang sengaja lari dari rumah dan memaksa
mereka melakukan kerja- kerja haram.

Halim teringat kembali bagaimana dia lari dari rumah


kerana peristiwa ayah dan ibunya tidak mengingati hari
lahirnya. Walaupun dia bekerja untuk Abang Joe,
hatinya memberontak tidak suka akan apa yang telah
berlaku dan apa yang dilakukannya. Dia benar- benar
menyesal dan mahu memohon ampun dan maaf
daripada ayah dan ibunya jika berpeluang berbuat
demikian.

Halim bertemu dengan Saleh iaitu seorang lagi remaja


yang senasib dengannya yang menjadi mangsa kepada
pujuk rayu Abang Joe. Saleh berasal daripada keluarga
yang susah dan dia datang ke kota untuk mencari kerja

bagi memohon izin kedua dua ibu bapanya untuk


mencari rezeki di Kuala Lumpur. Namun dia tidak
bernasib baik apabila bertemu dengan Abang Joe.

Halim seterusnya telah berkenalan dengan Faris, salah


seorang pelanggan yang sering menghantar keretanya
untuk dicuci oleh Halim. Halim bimbang hubungan
persahabatannya dengan Abang Faris diketahui oleh
Abang Joe. Jika Abang Joe tahu sudah pasti Halim akan
dibelasah dengan teruk. Keakraban Halim dengan Faris
menimbulkan perasaan tidak senang di hati Abang Joe
kerana takut kegiatannya terbongkar.

Akibatnya, Halim telah dipukul dengan teruk oleh


Abang Joe. Saleh yang tidakbersalah dan cuba
membantu Halim turut dibelasah dan di sebuah gudang
menyimpan dadah.Pada keesokan harinya, Halim
bekerja seperti biasa namun suatu kejadian aneh
berlaku iaitu tidak ada sebuah kereta pun yang masuk
mahu dicuci. Hanya kelihatan beberapa buah motosikal
memasuki kawasannya bekerja. Tiba tiba kekecohan
berlaku apabila beberapa orang konco Abang Joe
kelamkabut dikejar oleh beberapa orang lelaki. Ketika
itu muncul Abang Fariz menyelesaikan kekusutan
fikiran Halim. Abang Fariz memberitahu bahawa dia
sebenarnya ialah anggota polis bahagian narkotik dan
jenayah yang menyamar dan sudah lama mengintip
kegiatan Abang Joe dan rakan rakannya. Fariz
meminta agar Halim menjadi saksi bagi membongkar
segala kegiatan Abang Joe. Halim membawa Abang

Fariz ke sebuah pondok di mana dadah milik Abang Joe


di simpan .Joe dan konco-konconya ditangkap dan
dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan
mereka. Halim, Saleh dan beberapa remaja lain
selamat dan dapat bertemu dengan ibu masingmasing. Halim kembali ke sisi keluarga dan berjanji
tidak akan mengikutkata hati lagi. Halim mengirim
sepucuk surat kepada Saleh untuk mengatakan bahawa
ayahnya bersetuju untuk membiayai persekolahan
Saleh yang tertunda.

TEMA;-

Novel Bukan Duniaku telah membawa suatu tema yang


amat menarik untuk dibincangkan. Penyesalan yang
tidak terhingga oleh seorang anak remaja kerana
tersinggung akan tindakan ibu bapanya menyebabkan
dia membawa diri lalu terjebak dalam kumpulan
penjenayah adalah tema yang mendominasi novel
Bukan Duniaku. Halim merupakan remaja yang kurang
mendapat perhatian ibu bapanya telah merajuk lalu
meningalkan rumah. Dalam perjalanannya di Kuala
Lumpur, dia telah diperdaya oleh Johari, ketua sindiket
dadah yang hampir sahaja membawa kemusnahan
hidup Halim. Kemunculan Abang Fariz, seorang pegawai
polis yang menyamar sebagai kerani dan sering datang
mencuci kereta telah menyelamatkan Halim.

PERSOALAN

Pelbagai persoalan yang dibawa oleh Aida Shahira


menerusi novel yang digarap olehnya dengan kemas
dan memberi kesan kepada pembaca. Antara persoalan
itu ialah:-

1.

KERAJINAN

Kerajinan menjadi latar belakang cerita ini. Halim,


seorang remaja yang rajin bekerja, malahan dia
pernahmendapat pujian daripada Abang Joe.
Pekerjaannya sebagai pencuci kereta dilakukannya
dengan bersungguh-sungguh sehingga kereta yang
dicucinya berkilat dan pemiliknya berpuas hati.

2.

MENGINSAFI KESILAPAN DIRI

Walau sejauh mana kita melakukan kesilapan, jika kita


sedar, kita hendaklah segera kembali ke pangkal jalan.

Persoalan ini dikutip semasa Halim menyesali apa yang


telah dilakukannya sehingga dia menjadi budak
suruhan Abang Joe. Jika dia berpeluang kembali ke
rumah , dia akan memeluk erat kaki ayahnya dan
mencium dahi ibunya meminta maaf. Dia benar benar
insaf akan tindakannya yang melulu meninggalkan
rumah dan melarikan diri daripada kedua ibu bapanya.

3.
KEMISKINAN BOLEH MENJADI
PENGHALANG CITA-CITA
Sesetengah pihak menjadikan kemiskinan sebagai batu
loncatan untuk mencapai kejayaan dan mengejar citacitanya. Namun bagi Saleh, kemiskinan keluarganya
seolah olah menjadi penghalang bagi dia meneruskan
persekolahan dan mengejar cita - citanya .Akibat
kemiskinan keluarganya, dia mengambil keputusan
untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di Kuala
Lumpur.

4.
PERANAN IBU BAPA DALAM MENASIHATI
ANAK- ANAK
Ibu bapa menjadi fokus utama dalam kesejahteraan
sesebuah keluarga. Ibu bapa Saleh mungkin melakukan
kesilapan membenarkan Saleh pergi bekerja di Kuala
Lumpur. Jika mereka bijak menangani masalah Saleh
dapat meneruskan pelajaran kerana ada banyak cara
untuk belajar jika kita bersungguh-sungguh.

5.
KEPERIHATINAN IBU BAPA TERHADAP
PERKEMBANGAN
ANAK-ANAK SANGAT PENTING
Walaupun hanya sambutan sederhana, hari jadi anak
perlu diraikan. Tidak perlu besar-besaran, cukup
sebagai menunjukkan ibu bapa menyayangi
anaknya.Halim mengambil keputusan setelah beberapa
kali ibu bapanya sering kali membuatkan Halim makan
hati. Dia cuba mencari jalan keluar, menyelesaikan
masalahnya sendiri tetapi tersilap langkah.

6.
TERLALU
YANG BARU

PERCAYA PADA SESEORANG

DIKENALI
Persoalan ini sering berlaku dalam kalangan remaja,
malahan baru berkenalan beberapa hari sahaja telah
boleh diajak menaiki kereta dan berjalan ke sana sini.
Persoalan ini turut dikongsi oleh Saleh dan Halim
semasa mereka baru menjejakkan kaki ke Kuala
Lumpur. Mereka seharusnya berhati-hati di tempat
orang. Apatah lagi di bandar orang. Apatah lagi di
bandar besar yang banyak orang lain.

7.

SEMANGAT SETIAKAWAN YANG TINGGI

Semasa Halim didesak untuk pergi ke sebuah gudang


gudang simpanan dadah, Saleh nekad mahu ikut serta.
Walaupun dia tahu risiko yang bakal dihadapinya jika
ikut serta bersama sama Halim, namun sebagai
seorang sahabat sejati Saleh sanggup menerima akibat
perbuatan mengiringi Halim itu. Tubuh badan Saleh
lebam-lebam akibat dipukul oleh konco- konco Abang
Joe. Dia sanggup dipukul demi menyebabkan keduadua remaja itu jatuh terkulai layu sehingga pengsan.
Itulah bukit semangat setiakawan yang tinggi dalam
novel.

8.
TANGGUNGJAWAB MENJAGA
KEAMANAN NEGARA
Sebuah rakyat yang bertanggungjawab, persoalan ini
dapat dikesan menerusi watak Abang Fariz. Beliau
ialah seorang pegawai polis yang sanggup menggadai
nyawa dengan menyamar sebagai orang awam. Jika
penyamaran beliau terbongkar, tidak mustahil
nyawanya akan melayang di tangan penjenayah yang
kejam itu. Namun disebabkan perasaan
tanggungjawabnya yang tinggiterhadap keamanan
kubu penjenayah tersebut dengan bijaksana. Akhirnya,
dia berja menewaskan kegiatan haram Abang Joe.

9.

MENUNAIKAN JANJI

Semasa Halim dan Saleh di dalam tahanan Abang Joe,


Halim pernah bertanya, jika keaadan sudah kembali
aman, adakah Saleh ingin menyambung semula
persekolahan yang tergendala.Saleh menyatakan
persetujuan. Setelah mengharungi pelbagai dugaan,
Halim dan Saleh telah berjaya diselamatkan dan
berjumpa ibu bapa masing- masing. Halim telah
menulis surat kepada Saleh menyatakan kesedihan
ayahnya membantu belanja persekolahan Saleh yang
tertunda . Halim masih ingat janjinya kepada Saleh
ketika mereka sedang dalam kesusahan suatu ketika
dahulu. Halim telah menunaikan janjinya.

PLOT
Plot ialah susunan peristiwa yang digarap oleh
penulis berpandukan sebab dan akibat atau sebab
munasabah. Kehadiran sesuatu peristiwa yang
demikian meyebabkan sesebuah novel atau cerita
mempunyai perkembangan plot sama ada secara
berturutan. Plot juga boleh dikenal pasti dengan
peristiwa yang dijalin dengan konflik demi konflik dan
berakhir dengan peleraian. Semua peristiwa yang
berlaku berkait rapat dengan pergerakan fizik, mental
dan perwatakan.
Dalam novel Bukan Duniaku, plot yang diguna pakai
oleh pengarangnya kelihatan amat menarik. plotnya

tidak mengikut kronologi. peristiwa yang berlaku


kemudian dipaparkan pada bahagian awal. Kelainan ini
menyebabkan cerita yang ingin disampaikan
mengandungi elemen yang dapat menarik perhatian
pembaca untuk terus menikmati dunia pembacaan.
Berikut adalah struktur plot Novel Bukan Duniaku.

TEKNIK PLOT
Pelbagai cara pengarang menyampaikan ideanya
menerusi penulisan yang bersandar kepada plot dan
teknik plot. Teknik plot ialah cara pengarang
menyampaikan atau mempersembahkan ceritanya
sama ada dalam bentuk penceritaan atau dikenali
sebagai pamerian , dialog, monolog dan pelbagai
teknik lagi

WATAK DAN PERWATAKAN


1) WATAK
a) Watak ditakrifkan sebagai pelakon pelakon atau
pelaku-pelaku yang menghidupkan jalan cerita.
b) Watak biasan
c) ya terdiri daripada manusia, malahan ada juga
objek, binatang dan tumbuhan yang dijadikan watak
seperti manusia.

d) Watak berkembang hasil daripada tindakan,


pergerakan , dialog dan konflik yang dicipta oleh
pengarang.
e) Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu
karya yang menggerakkan cerita dengan cara
berinteraksi sesama watak dan alam.
f) dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung
atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi
, tutur keta atau watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang
berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama,
watak statik , protagis dan antagonis

PERWATAKAN
HALIM
a) Seorang yang rajin.
b) Seorang yang amat menjaga perhubungan dengan
kawan baik.
c) Seorang remaja yang berusia 15 tahun.
d) Seorang yang menunaikan janji.

e) Seorang yang kurang kasih sayang daripada ibu


dan bapa.
f) Seorang yang mudah terpedaya dengan pujukan.
g) Seorang pekerja yang cergas.
h) Seorang yang cepat insaf akan kesalahan yang
dibuat.

ABANG JOE
a) Seorang ketua kumpulan samseng.
b) Seorang pengedar dadah yang licik.
c) Seorang yang suka mengugut remaja yang bekerja
dibawahnya.
d) Seorang yang berbadan gembal dan suka
menjerkah.
e) Seorang bijak menperdayakan remaja.
f) Seorang yang kejam, ganas dan tiada belas kasihan
ketika memukul kanak- kanak.
WATAK SAMPINGAN
SALEH
a) Seorang yang berusia 15 tahun sama dengan
Halim.
b) Seorang anak yang baik dan sanggup
berkorbanuntuk kerluarga.

c) Seorang yang bertuah mendapat peluang


menyambung persekolahan.
d) Seorang yang suka membantu dan menasihati
Halim.
e) Seorang pekerja yang baik dan sanggup membela
sahabat.
f) Seorang yang perihatin akan masaalah sahabatnya.

ABANG FARIZ
a) Seorang anggota polis berpangkat pegawai.
b) Seorang yang bijak menyamar sebagai orang awam.
c) Seorang yang bertanggungjawab dan
bertimbangrasa.
d) Seorang yang berani dan cekap dalam menjalankan
tugas.
e) Seorang yang peramah dan mesra dengan kanakkanak.

LATAR
Dalam setiap penulisan Novel, aspek latar menjadi
topik yang penting. Latar ialah gambaran tentang
tempat, masa, ruang , keadaan kehidupan, alatan dan
suasana yang dikarang oleh penulis novel.

LATAR MASA
Latar masa menunjukkan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam lingkungan zaman, sejarah atau sesuatu
musim, atau tempoh sesuatu peristiwa yang berlaku .
Termasuk juga dalam hal ini adalah watuk seperti
waktu pagi, tengah hari, hari ini, semalam dan tahun
lepas.

LATAR TEMPAT
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dipanggil latar
tempat. Tempat yang dimaksudkan adalah seperti
kampung, sungai, pedalaman, hutan, pejabat dan
sebagainya. Latar tempat pun boleh memberi
gambaran tentang perwatakkan seseorang misalnya
halaman rumah yang bersih.

LATAR

MASYARAKAT

Merujuk kepada keadaan sesuatu masyarakat meliputi


budaya, kepercayaan yang dianuti, bangsa, status dan
kehidupan sosial, jantina, pekerjaan dan cara hidup
sesuatu masyarakat. Citra masyarakat juga dikenali
sebagai latar masyarakat. Latar ini menunjukkan
gambaran tentang masyarakat dalam cerita.
GAYA BAHASA

1) Gaya bahasa menurut Kamus Dewan ialah


pengetahuan tentang penggunaan kata- kata dan
penyusunan ayat.
2) Diksi (pemilihan kata) ialah penggunaan perkataan
yang tepat,kata yang puitis, bahasa istana dan
sebagainya . Peribahasadan penggunaan dialek
termasuk dalam ciri- ciri diksi oleh seseorang
pengarang.
3) Penggunaan ayat ialah pelbagai jenis dan ragam
ayat yang digunakan, ayat pendek dan ringkas,
panjang dan kompleks dan laras bahasa Melayu klasik.

NILAI MURNI
Nilai murni merupakan amalan positif dalam diri
individu atau masyarakat yang dapat dikesan menerusi
penghasilan sesebuah karya sastera. Nilai murni dalam
karya sastera bukan sahaja mencerminkan cara hidup
dan pedoman kepada yang menghayati. Terdapat
beberapa nilai murni yang disenaraikandalam sukatan
pelajaran yang boleh dikaitkan dengan hasil karya
sastera iaitu seperti kasih sayang, baik hati dan lain
sebagainya.

NILAI MURNI DALAM NOVEL BUKAN DUNIAKU


ANTARANYA IALAH:

a) Kasih sayang
b) Baik hati
c) Hemah tinggi
d) Berani
e) Kerajinan
f) Berdikari

PENGAJARAN

Pengajaran juga disebut sebagai mesej. Pengajaran


merupakan amanat yang ingin disampaikan atau apa
yang diperoleh pembaca setelah menghayati sesebuah
karya novel. Pengajaran juga bertujuan memberi
pendidikan secara tersurat dan tersirat kepada
pembaca. Pengarang mengharapkan agar wujud suatu
perubahan tingkah laku atau sikap yang membina
untuk diikuti dan menjauhi sesuatu yang negatif hasil
bacaan mereka.

ANTARA PENGAJARAN DARIPADA NOVEL BUKAN


DUNIAKU IALAH:

1) Kita hendaklah sentiasa menhormati dan


menghargai kedua ibu bapa kita walau bagaimana
sekalipun perangai mereka.
2) Kita hendaklah berhati- hati apabila berkenalan
dengan orang yang baru kita kenal.
3) Ibu bapa hendaklah prihatin akan perkembangan
anak-anak mereka.
4) Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan atau
belajar sesuatu perkara dengan bersungguh- sungguh.
5) Kita hendaklah sanggup berkorban demi
kesejahteraan keluarga.
6) kita hendaklah menyemai rasa ikhlas dalam
persahabatan.
7) kita hendaklah mencontohi kebijaksanaan orang
yang berjaya dalam bidang pekrjaan dan sikap
profesionalisme mereka.
8) Kita hendaklah berusaha manuanaikan janji yang
telah kita lafazkan walaupun kecil pada pandangan kita
tetapi amat besar maknanya kepada orang lain.

LESTARI BUKIT MENGHIJAU


Sinopsis
Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk
kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan
belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak
Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang
dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba
menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia
tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra.
Zahiran sebagai pelajar Tingkatan (this is copy paste)3 di kampung tersebut
berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari.
Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK
Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakanrakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk
menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai
persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan
hadiah wang tunai RM10,000.
Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh
penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan

kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang


kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan.
Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu
keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani
pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.
Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil
sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika
Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia,
manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah
meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha
mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies calophyllum
leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini
banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam
pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.
Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia
mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Tema
Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar
sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang
sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok
bintangor kesayangannya terbakar.
1.

2.
3.
4.
5.

Persoalan
Persoalan cinta akan alam sekitar.
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas
empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok
bintangor.
Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid
dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah.
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan
projek sekolah lestari.
Persoalan mempercayai kepercayaan karut.
Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya,
Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden.
Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak
pokok bintangor spesies calophyllum lanigerum.
6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis
dan
radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan
darah,
mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.
Plot

Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.


Permulaan
Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan
pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli
bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung
menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal
di kaki Bukit Bintangor.
Perkembangan
Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan
berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran
Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya
ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga.
Secara tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya
mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah
seperti yang dianggap oleh orang kampung.
Puncak
Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut.
Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua
menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan
daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan
sekitar kampung dijalankan.
Peleraian
Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut
akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Tabung Pak
Hamid untuk tujuan rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar belakang
kehidupan Pak Tua. Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan
tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Teknik Plot
1. Dialog
Contoh: Kenapa dengan jip pak cik? Zahiran mengulangi.
Tayarnya pancit! ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang.
2. Imbas kembali
Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit
Bintangor.
PakTua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran.
3. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap
tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor.
4. Kejutan
Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut
apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah
bertugas di Chicago, Amerika.
5. Pemerian
Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung. Kampung Alor
Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit duka
perjuangan seorang tua.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama

Zahiran
Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).
Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.
Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit).
Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
Seorang yang mencintai alam sekitar dia sedar manusia mempunyai hubungan
yang rapat dengan alam sekitar.
Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).
Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.
Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari
burung.
Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari namanama saintifik pokok daripada Pak Tua.
Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi
Melaka di Londang.
Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.
Watak Sampingan
Pak Tua
Berusia dalam lingkungan 60-an.
Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.
Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu.
Seorang saintis (Profesor Osman Yunus).
Pernah bertugas di Chichago, Amerika Syarikat.
Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor).
Amat cinta akan alam sekitar.
Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara mengetahui tentang
punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok
untuk tujuan perubatan.
Menguasai nama saintifik pokok-pokok.
Banyak idea bernas - beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi
membantu mengubati penyakitnya).
Seorang yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan.
Cikgu Idham
Pengetua baharu di SMK Alor Rambai.
Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian.
Berusia dalam lingkungan 45 tahun.
Kreatif dan banyak idea.
Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.
Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah
lestari.
Berfikiran terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong
membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.

Latar
Latar Masa
Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya
pertandingan Sekolah Lestari).
Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa :
i) Pagi Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua
dengan lebih rapat.
ii) Petang Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan
dia
melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
iii) Malam Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang
tentang
cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi
membantu mengubati
penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat
Kampung Alor Rambai
Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai.
Bukit Bintangor
Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai
Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.
Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
Kedai Runcit Pak Long Hamad
Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli
barang-barang keperluan dapur.
Rumah Hamzah
Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang
demam.
Hadapan rumah Zahiran
Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di
hadapan rumahnya.
Sungai Jeneri
Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah.
Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat
dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar
seluruh negara.
Masyarakat pendidik yang berwawasan.
Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian
pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.

Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan
bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan
kepada mereka.
Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.
Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani
membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.

Gaya Bahasa

Diksi
Penggunaan kata yang mudah difahami.
Penggunaan istilah-istilah saintifik.
Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus.
Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah.
Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito.
Penggunaan dialek.
Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur
(keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel
tapak tangan).

Penggunaan Ayat
Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus.
Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan
pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung,
sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak.
Bahasa Perbandingan
Simile.
Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam
Datuk Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak
ye!
Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41)
Penggunaan imej alam
Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan
nyamuk.

Sinkope
Contoh: tak, ni, nak, dah, dan, tu.
Personifikasi
Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang
menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak
datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu
menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi.

Ungkapan Menarik
Simpulan Bahasa: tersenyum simpul
di

Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang
sebalik batu

Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya
matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian
angin yang menderu segar.

MERENANG GELORA TINGKATAN 3


Sinopsis
Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah berhadapan dengan
cabaran Shahrul,Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit dengan persaingan Nadira dan
Siew Mei yang berebut untukmenambat hatinya.Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri
segera "mengumpul" musuh hingga satu hari dia disiramdengan air tandas ketika berada
dalam kamar kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anakbuah (anak saudara
Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang bersekongkol
denganShahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan kegiatan menjual telefon bimbit
yang dicuri olehMeng Kong di kedai ayahnya sendiri.Siew Mei, adik kepada Ah Meng,
pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta pertolongan Badri. Nadirakemudian sedar
tentang perangai buruk Shahrul apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh
polisbersendirian. Namun, Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira
sudah mula beralihkepada Badri.Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan
Meng Kong, lalu dihadapkan kepada gurudisiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru
kaunseling. Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama olehbapanya, manakala Kumar
insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrul membara, apatah lagi diamudah

ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging.Perhatian Siew Mei
terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima Shahrul. Jamil pula dihantarke
rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri
menghadapifitnah memiliki telefon bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya
Taufik (si mulut murai)dan Siew Mei memberi sokongan.Dipendekkan cerita, Badri akhirnya
bergelar doktor perubatan lulusan Ireland, manakala Siew Meidoktor gigi. Pembaca mungkin
sedikit terkilan justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapidia sebenarnya
telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik yang
berjayadengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik yang kini memiliki
resort sendiri...

SINOPSIS MENGIKUT BAB-NOVEL


MERENANG GELORA
Bab 1 Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai
seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas
dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil
merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang
nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan
murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya
untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.

Bab 2 Api Yang Mula Membara


Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari
segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu
dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di
dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu
Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal
kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke
perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat
dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke
rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana.
Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

Bab 3 Main Api


Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air
berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap
dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana
turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang
menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada muridmurid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak
memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak
melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri
dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan
disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia
mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya
itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 Duri Dalam Daging

Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita
dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap
oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam
kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei
setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong,
iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon
di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira
dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan
aktiviti tidak bermoral.

Bab 6 Kemuncak Dunia


Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk
keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana
selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah
kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut
Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan
rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan
Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka
telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat
melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya,
Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis
menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu
oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira
dimarahi kakaknya.

Bab 7 Secantik Sinar


Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui
masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap
menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira
dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah
diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan
situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di
perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira
menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah
dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada
Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.

Bab 8 Mengharung Badai


Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit
di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat
laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri
bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap
Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri
masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di
bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana
Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya

kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya
menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.

Bab 9 Rahsia Hampir Terbongkar


Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan
mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang
berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu.
Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak
kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 Semarak Api


Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun
mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah
itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang
berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana
menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan
bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan
mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan
Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada
Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak
membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir
memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat
oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan
Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai
balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu
Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar
hutangnya lupus.

Bab 11 Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor
tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpurapura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak
dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV
tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil
empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa
dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong
lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah
menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta
maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga,
Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan
setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik
memerhatikan Meng Kong.

Bab 12 Suasana Baharu


Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi
atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega
kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula
belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia
menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah
kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng
Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar

untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih
mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak.
Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran
tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas
kesalahan tersebut.

Bab 13 Jiwa Remaja


Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri
diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati
kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya.
Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa
cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira
mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke
rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri
menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu
keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di
rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada
ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang
memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng
Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut
dikasari oleh Sahrul.

Bab 14 Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang
memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap
bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan
tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi
terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya
untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 Kehilangan Yang Misteri


Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat
melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri
dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian
Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah
dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 Tersayat Pedih


Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta
mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula
merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan
yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam
terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak
mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut
motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong
menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri
menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar
menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din

tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak
bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 Mangsa Fitnah


Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar.
Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum
ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira
yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih
banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah
membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon
tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik
menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana
Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif
tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah.
Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya
kecuali Siew Mei dan Taufik.

Bab 18 Pentas Sandiwara


Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati
Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg
Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan
Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh
Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua
pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang
ditabur kepadanya.

Bab 19 Cerita Baharu


Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka
bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat
dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik
dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya
walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul
kepadanya.

Bab 20 Hati Yang Terluka


Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa
cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama
Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri
agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira
terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di
rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh
Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap
Nadira.

Bab 21 Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira.
Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki
Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya
tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran

Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri,
Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya
menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama
berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan
mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya
mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat
keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri
telah memohon kemasukan ke universiti.

Bab 22 Senja Belum Berlabuh


Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah
masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan
lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan
bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan
pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah
dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di
Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam
jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa
cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan
Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan
diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan
rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap
berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.
Manakala perwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri
peribadi (dalaman) seseorang itu.

Watak Utama
Badri

Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.


Seorang pengawas sekolah
Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus
menggalas
tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi
Badri
sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak
membantunya
dalam pelajaran.

Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar
yang
berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon
bimbit
semasa di sekolah.
Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk
kumpulan
belajar.
Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya
mengenai
hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan
Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada


Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana
selama ini dia
tinggal di rumah banglo.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri
sematamata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di
kompleks
beli-belah.
Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut
arahannya untuk
menjual telefon bimbit secara ansuran.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira
menunggang
motosikal.
Mementingkan diri sendiri Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika
polis cuba
menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya Shahrul menyuruh Kumar untuk
memasukkan
sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
Pendendam Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan
dendamnya
terhadap Badri.
Nadira

Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul


Shah, Kedah
yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai
kes
telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan
dengan Shahrul,
Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak
terpengaruh
dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain
yang
menegur tentang penampilannya.
Tidak menghormati orang lain meninggikan suara ketika kakaknya menegur
tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
Suka membazirkan masa sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan
melepak di
kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng Kong

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.


Rakan kepada Shahrul dan Kumar
Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual
kepada pelajar di
sekolahnya.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di
kedai ayahnya
untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan
jahatnya
melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak
akan
melakukan kesalahan itu lagi.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah
sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar

Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon
bimbit dan
kad prabayar kepada pelajar sekolah.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.

Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas
oleh
Cikgu Jailani.
Mata duitan atau materialistik Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan
Meng Kong
terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk
memperoleh wang
lebih.
Mudah dipergunakan oleh orang lain Kumar cuba memfitnah Meng Kong
supaya Meng
Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan Tidak mahu lagi dipergunakan oleh
Shahrul. Sedar
bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling mula akrab
dengan
Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang
dijalankan oleh
Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai
masalah
dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.


Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin.
Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah
secara
bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan
kes telefon
bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah
Kumar
memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu
Jailani
tidak menggantung persekolahannya.

Pengajaran
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai
seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya
menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga
keselamatan diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan
kerana mempunyai ilmu persilatan.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah
agar tidak menganiaya orang lain.
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di
dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri
tidak bersalah.
Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk
mengatasi sesuatu masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah
disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit
oleh Shahrul dan Meng Kong.
Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.
Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang
bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng
Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.
Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama
sekolah.
Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak
terus-menerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat
dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk
menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut
disiplin anaknya.

Nilai
Nilai kasih sayang

Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup
menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya
dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
Nilai ketabahan
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan
yang dihadapi olehnya.
Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang
kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak
nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.
Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap
meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun
mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan
masa depan Nadira.
Nilai cinta akan seni warisan bangsa
Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak
Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan
seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam
poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial
rakan-rakan di sekolahnya.
Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada
kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari
masing-masing.

TEMA
Novel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui
watak utama,Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan
tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman
persekolahannya.
PERSOALANi. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anakanak yang terlibat dalam gejala sosial.a. Contoh: Shahrul yang kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin
sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
ii. Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anak
Contoh: Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong ditempatakan di
asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan.
iii. Hasad dengki dalam persahabatan.

Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam


beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama
iv. Tanggungjawab terhadap tugas .
Contoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat
dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil.
v. Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah.
Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan
rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di
sekolahnya.
vi. Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya
memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga
menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.
viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap oleh
polis.
ix. Berdiri untuk mendapatkan pengalaman.
Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri sementara
menungu keputusan SPM.
x. Perpaduan kaum.
Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan
agama dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai