Anda di halaman 1dari 9

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1


(drama)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.
M.A (Bahasa Melayu) UPM

ULI SAPA LET IT


Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

SURAT UNTUK INA Amiruddin Ali Sinopsis Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar dan Jais telah mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya ingin berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali mereka bertiga. Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya. Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti di dalam surat tersebut. Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu Halil dan Zalina. Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali agar tidak mengulanginya lagi Tema Kewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet Persoalan i. ii. iii. iv. Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan

Binaan Plot i. Permulaan Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina. Perkembangan Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina.

ii.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

iii.

Klimaks Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan. Peleraian Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

iv.

Watak dan Perwatakan Zali Badar Jais Rakan Zali dan Badar Pandai mempengaruhi Zali Rakan baik kepada Badar dan Jais Ingin berkenalan dengan Zalina Berani mengakui kesilapannya Rakan Zali dan Jais Pandai mempengaruhi Zali

Zalina Seorang pengawas sekolah Seorang yang tegas, bijak dan cantik Baik hati kerana memaafkan Zali Cikgu Halil Seorang guru yang tegas dan baik hati Bijak menyelesaikan masalah Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : pada waktu pagi di dalam kelas, di bawah pohon berhampiran dengan kawasan lapang masyarakat pelajar yang nakal, masyarakat pelajar yang berani masyarakat guru

Gaya Bahasa i. ii. iii. Simile: Metafora: Peribahasa: Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas
3

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

Nilai i. ii. iii. Bijak Berani Baik hati - Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku - Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil - Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

ARAH KE MANA Johan Jaafar Sinopsis Babak I: Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima ketentuan Tuhan dengan reda. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada Rohani Babak II: Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah dan menagih dadah. Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji Pakir. Rohani melawan kata-kata ayahnya. Oleh sebab terlalu marah Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari meninggalkan rumah. Babak III: Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa agar roh Rohani dicucuri rahmat

Tema Ibu bapa yang kesal akan kesilapan mendidik anak mereka Persoalan i. ii. iii. iv. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak Keruntuhan akhlak adalah akibat pengaruh negatif Reda dengan ketentuan Tuhan Anak yang menyalahgunakan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa

Watak dan Perwatakan Haji Pakir Bapa kepada Rohani Seorang bapa yang tegas Seorang bapa yang penyayang Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

Hajah Derisah Ibu kepada Rohani Isteri kepada Haji Pakir Terlalu memanjakan Rohani Lebih tenang dan dapat mengawal emosi Rohani Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : pada waktu malam, pagi Aidilfitri di tanah perkuburan Islam dan di ruang tamu rumah Haji Pakir masyarakat yang terlalu memanjakan anak, masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa, masyarakat yang terjebak dengan najis dadah Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa Bercampur dengan budak-budak liar Terjerumus dalam najis dadah

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. vi. Nilai i. ii. iii. Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang bercampur dengan budak-budak liar Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya Simile Inversi Peribahasa Hiperbola Metafora Repetisi lepas bebas macam burung merpati, bercakap macam teka-teki bukan baru setahun dua umurnya lidah tak bertulang, bagai menatang minyak yang penuh, kacang hantu Aku patah-patahkan tulang kau!, Pelajaran kau setinggi langit berendam air mata Kalau awak guna otak awak tu, dan mata awak tu, awak tak akan sebodoh ini!

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah tegas dalam memberi pendidikan kepada anak-anak Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

MENDUNG HITAM BERALIH JUA Aripin Said Sinopsis Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah untuk diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit. Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan, dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga semakin hari semakin bertambah. Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh percaya dengan menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang. Akibatnya mereka terus hidup dihimpit kemiskinan. Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang tersebut kerana tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami. Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran namun enggan menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi sedikit. Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah rancangan tersebut. Tema Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Amalan berhutang akan membawa padah Usaha untuk keluar daripada kesempitan hidup Berani mengubah nasib demi keluarga Tolong-menolong merupakan amalan mulia Sikap bertolak-ansur dapat menyelesaikan masalah yang timbul

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

Watak dan Perwatakan Pak Jusuh Suami Mak Limah Bekerja sebagai nelayan Seorang yang buta huruf Banyak berhutang Mak Limah Isteri kepada Pak Jusuh Mengambil berat urusan keluarga Jamilah Anak Pak Jusuh dan Mak Limah Seorang gadis yang aktif Mutusami Seorang peniaga di kampung tersebut Menuntut hutang daripada Pak Jusuh Boleh bertolak ansur Pak Seman Telah menyertai tanah rancangan Kehidupannya lebih baik dan senang Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : waktu petang menjelang senja ruang tamu rumah Pak Jusuh masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, masyarakat buta huruf, masyarakat yang bertolak ansur, masyarakat yang berani berubah

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Sinkope Simile Loghat India Repetisi Ayat pendek tak, nak, mak hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni Awak hutang saya punya kedai sudah banyak, saya pun mahu guna itu wang Buku di sana, kain di sini, baju di situ Kita juga, Balik!, Awak faham

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

Nilai i. ii. iii. Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi kebaikan hidup sekeluarga Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain untuk mengelakkan pergaduhan

Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama

Anda mungkin juga menyukai