Anda di halaman 1dari 18

BIODATA PENGARANG Pendidikan Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salah seorang penulis novel Malaysia.

Beliau merupakan anak sulong dari tujuh beradik. Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegawai Jabatan Laut. Abdul Talib Mohd Hassan telah lahir pada tahun 1947 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan pada tahun 1958, sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan pada tahun 1960. Selepas itu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan beliau telah lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia,SPM pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor. Buku Penulisan Antara buku penulisan yang telah ditulis oleh Abdul Talib Mohd Hassan: 1. Jelaga, Cinta Semalam, Primadona. (1990) 2. Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega, Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani. (1991) 3. Di Rahang Sumpah. (1992) 4. Sutera dalam Lukisan, Saga Dua. (1993) 5. Jerebu. (1994) 6. Khailee. (1997) 7. Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena. (2001) 8. Diari Hati. (2005) Kejayaan Penulisan 1. Pemenang pertama Sayembara Novel GAPENA 1976 dengan novel Saga. 2. Hadiah kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian. 3. Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan. 4. Hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama televisen Anjang Aki

SINOPSIS Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telh dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dan dipermain oleh masyarakat kampong malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya sehingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampong pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.

TEMA Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitu pandangan

masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana Harun biasa memukulnya. Manakala sebahagian daripada ahli masyarakat yang lain hanya melihat kewujudan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal. Mereka diwakili oleh Mak Som, Sidang Saman serta isterinya Mak Lamah dan Sameah. Mereka melayan Bujei seadanya dengan memberikan makan dan minum. Mereka tidak cuba menyelami apa yang ada dalam hati dan fikiran Bujei. Mereka hanya menasihati dan mengajar seperti yang dilakukan oleh Sameah. Malah Sameah tidak mahu Bujei rapat dengannya terutama setelah dia bertunang. Demikian juga dengan Mak Som dan Sidang Saman. Mereka hanya memberikan nasihat kepada Bujei sekadar yang diperlukan. Malah mereka turut sangsi apabila Adila ingin memulihkan Bujei. Satu golongan masyarakat lagi amat memahami dan menyelami perasaan Bujei. Golongan ini diwakili oleh Adila. Sesuai dengan wataknya sebagai seorang yang berpelajaran, dia dapat berfikir dan menilai Bujei. Dia sedar bahawa Bujei tidak sebagaimana anggapan orang-orang kampung. Bujei adalah manusia biasa yang normal dan berhak hidup sebagai seorang yang normal. Oleh sebab itulah dia cuba mendekati dan menyelidik latar belakang Bujei. Adila dengan ikhlas mahu menolong Bujei memulihkan imej dan keyakinan dirinya. Dia mengadakan siri pertemuan dan bimbingan di rumah Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat keyakinan dan hidup sebagaimana ahli masyarakat yang lain.

PERSOALAN

1. Persoalan tanggungjawab membantu sesame manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz. 2. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila. 3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam perisitiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri. 4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei untuk membentuk semula keperibadiannya. 5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya. 6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila. 7. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Bujei/Hafiz Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola. Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan. Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul. Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Sameah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya. Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya. Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman. Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat. Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.

2. Adila Lulusan universiti luar negara iaitu di England. Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan. Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal telah berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung. Mempunyai pendirian yang tegas, kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah rosak sewaktu belajar di luar negara. Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke Kota.

3. Alias Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya. Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Sameah. Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengan Sahak. Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei. Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih. Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak dan akhirnya menjadi sasau/gila.

4. Sidang Saman Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung. Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka. Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.

5. Sameah Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei. Anak Sidang Saman. Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.

6. Harun Seorang duda. Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei. Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit. Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya. Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau. Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.

7. Wak Senen Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar. Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun. Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.

LATAR MASA

Latar masa dalam novel ini dinyatakan secara jelas oleh pengarang. Antaranya ialah pada waktu subuh. Pada waktu itu Bujei terjaga dari tidurnya. Dia segera mandi dan mengenakan pakaian. Dia akan sembahyang berjemaah atau terus ke simpang berhampiran jambatan. Di situ dia menunggu kalau-kalau ada sesiapa di antara penoreh getah yang mempelawanya melakukan apa sahaja kerja di kebun getah. Dia akan mendapat upah daripada kerja yang dilakukan. Waktu pagi pula, dia telah dikejutkan oleh Hisham, Kasim dan Husin. Bujei membawa beg sekolah mereka ke sekolah dengan sedikit upah daripada bekal yang mereka bawa ke sekolah. Selepas itu pula Bujei berlegar-legar di depan kedai Pak Sulong. Dia menanti-nanti kalau-kalau ada orang yang akan mempelawanya makan kerana dia kelaparan. Namu dia hampa dan menangis kerana tiada orang yang mempelawanya untuk makan bersama. Peristiwa penting yang berlaku pada waktu pagi ialah peristiwa Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli Bujei. Alias telah menjatuhkan radio Bujei dan menyebabkan radio itu rosak. Bujei amat marah lalu menumbuk dada Alias dan menyerangnya dengan sebilah parang. Dengan bantuan Sidang Saman yang datang selepas itu, Bujei mendapat ganti rugi yang dituntut daripada Alias.

Peristiwa pertemuan dan perkenalan antara Bujei dengan Adila secara rasmi telah berlaku pada waktu tengahari. Adila meminta Samsul mencari Bujei dan menyampaikan pesanannya supaya datang ke rumah Sidang Saman.

Beberapa peristiwa lain telah berlaku pada waktu petang. Antaranya ialah peristiwa Bujei dihalau oleh Alias dari rumah Sidang Saman. Alias datang untuk berkenalan dengan Adila. Alias juga telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit. Pada petang itu juga Bujei ditangkap oleh Harun di tepi sungai semasa Bujei terlelap. Harun meminta Bujei menurunkan cap jari ke atas surat penurunan kuasa terhadap tanah peninggalan arwah ibunya kepada Harun. Bujei merosakkan cap jari tersebut menyebabkan Harun terlalu marah. Peristiwa lain adalah Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk menemui Adila. Faizal mahu berbincang tentang masalah mereka. Namun Adila enggan dan Faizal pulang dengan hampa.

Pada waktu malam, Bujei pulang dalam keadaan lemah setelah terjaga daripada pengsan di tebing sungai akibat dibelasah oleh Harun. Akibat daripada kesakitan, Bujei terus terlantar di tempat tidurnya hingga pagi. Pada waktu malam berikutnya Sidang Saman telah mencari dan membawa Bujei ke rumahnya setelah Bujei tidak datang ke rumahnya. Keadaan Bujei yang lemah memeranjatkan keluarga Sidang Saman. Bujei mandi di rumah Sidang Saman dan menukar pakaian. Pada malam itu juga Bujei tidur di bangsal di rumah Sidang Saman. Pada waktu malam yang lain, Wak Senen datang ke rumah Bujei dan menjelaskan kepada Bujei tentang tanah peninggalan arwah ibu Bujei yang dijual oleh Harun kepadanya.

LATAR TEMPAT Gambaran latar tempat yang awal dalam novel ini ialah di sungai. Di situ Bujei selalu berada untuk melayan perasaannya. Melalui pemerian pengarang, di sungai itulah Bujei selalu dibuli oleh Alias. Alias akan mengarahkan Bujei melumurkan badannya dengan lumpur sungai. Selain daripada itu, satu lagi peristiwa di sungai tersebut ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun. Harun berjaya menangkap Bujei di tebing sungai itu ketika Bujei terlena. Harun memujuk Bujei agar menurunkan cap jari pada surat penurunan kuasa ke atas tanah peninggalan ibunya kepada Harun.

Selain itu, latar tempat seterusnya adalah rumah ibu Bujei, Fatimah. Bapa tiri Bujei iaitu Harun telah memaksa ibunya menyerahkan wang dan barang kema. Ibu Bujei enggan menyerahkan barang kemasnya menyebabkan Harun menerajang ibu Bujei hingga pengsan. Perbuatan itu membuatkan Bujei marah dan menerkam Harun. Namun Bujei dilibas oleh Harun. Harun menyepak pelita minyak tanah menyebabkan rumah mereka terbakar. Bujei amat sedih apabila Harun telah memberitahu orang kampung bahawa Bujei telah bermain pelita minyak tanah. Latar tempat seterusnya ialah rumah Bujei yang merupakan rumah peninggalan neneknya. Peristiwa penting yang berlaku di rumah itu ialah Bujei terlantar selama tiga hari akibat dibelasah oleh Harun. Bujei pulang pada waktu tengah malam setelah tersedar daripada pengsan. Peristiwa yang lebih penting ialah peristiwa Bujei melawan dan menyerang Alias dengan parang. Peristiwa itu berpunca daripada Alias yang mengambil radio Bujei dan menghempaskannya ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dada Alias, lalu dia mencapai parang dan menyerang Alias sambil meminta ganti rugi terhadap radionya yang rosak. Rumah Sidang Saman juga merupakan latar tempat. Di rumah Sidang Saman ini Bujei telah berkenalan dengan Adila setelah Adila tertarik dengan sejarah hidup Bujei. Di rumah itu juga Alias berkenalan dengan Adila setelah cemburu dengan layanan Adila kepada Bujei. Di rumah itu juga telah dikunjungi oleh bekas tunang Adila iatu Faizal. Faizal datang untuk bertemu dan berbincang dengan Adila tentang masa depan mereka. Kemuncak kepada konflik Adila, sepucuk surat layang daripada Alias telah diterima oleh Adila di rumah Sidang Saman. Fitnah dalam surat layang itu menyebabkan Adila terlalu sedih.

10

LATAR MASYARAKAT

Watak utama iaitu Bujei menggambarkan masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Pengarang juga menggambarkan masyarakat yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias, Sahak dan Sani. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias juga berlagak samseng di kampung. Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang berpelajaran. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Watak yang menggambarkan masyarakat yang prihatin. Mereka termasuklah Sidang Saman serta Mak Lamah yang sentiasa bertanya khabar dan memberi makan kepada Bujei. Mak Som juga membantu Bujei apabila Bujei dibuli oleh anaknya Alias. Dia memberikan satu ringgit dan sarapan kepada Bujei seperti yang dijanjikan oleh Alias selepas mencuci motorsikal. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab pula dapat dilihat melalui watak Harun. Dari awal pertemuannya dengan Fatimah lagi penduduk kampung telah tahu bahawa Harun tidak bertanggungjawab. Setelah berkahwin, semua wang simpanan Fatimah telah dikikis oleh Harun. Harun juga telah memfitnah Bujei yang menyebabkan kebakaran rumah mereka. Manakala tanah peninggalan Fatimah juga mahu dijualnya.

Masyarakat yang jujur dan baik hati adalah seperti Wak Senen. Dia sendiri telah mengakui dan menjelaskan kepada Bujei bahawa Harun telah menjual tanah peninggalan ibu Bujei kepadanya dengan harga yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun, Wak Senen berjanji akan menyerahkan kembali tanah itu pada bila-bila masa Bujei mahu. Dia juga selalu memberikan wang kepada Bujei.

11

GAYA BAHASA

1. Diksi Bahasa Inggeris = Good morning, No, im serious!, Please Faizal. The answer is no. Bahasa Arab = Dia sendawa lalu mengucapkan Alhamdulillah.

2. Peribahasa Air muka Harun makin berubah, hampir merah padam. ditelan mati emak, diluah mati bapak.

3. Simile Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. Jantungnya seperti nangka masak yang gugur. Bujei memandang Samsul bagaikan mengharapkan pengertian dan simpati. Bagai alur air yang tersekat, berjaya dibetulkan dan mengalirkan air jernih.

4. Personifikasi Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurunginya. Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.

5. Metafora Gerobok tua dan almari lama, peti, televisyen dan radio (yang tidak berfungsi lagi) terletak bersesuaian mengikut apa-apa yang pernah dilihatnya di dalam rumah-rumah orang kampung. 6. Hiperbola Demi cinta, ke lautan api kuturuti! Aku tak percaya. Tengoklah, macam kita ni, tak mainlah nak menoreh getah. Dahlah, usahlah kita risaukan Bujei tu lagi, bantah Sameah. Dah macam itu. Apa nak kita hiraukan. 8. Repetisi Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh,dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu, dia merasakan dirinya bodoh,dungu, dan tidak berakal. Aku bunuh dia nanti Aku bunuh dia! kata Bujei keras dan marah.Aku bunuh dia!.

7. Sinkope

9. Inversi Sekali lagi Mak Lamah merengus. (sepatutnya: Mak Lamah merengus sekali lagi.)

12

PLOT

Permulaan Cerita ini bermula dengan menerangkan sifat dan memperkenalkan watak utamanya iaitu Bujei. Pengarang ingin memberi gambaran rapi keadaan semasa Bujei berehat di tebing sungai sambil teringat kisah zaman kanak-kanaknya yang pahit antaranya ibunya selalu dipukul oleh bapa tirinya, Harun hingga peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibunya.

Perkembangan Digambarkan Alias yang sering memperbodohkan dan membuli Bujei. Bujei dianggap kurang siuman dan dungu oleh seluruh penduduk kampung. Adila sepupu Sameah dari Kuala Lumpur menaruh simpati terhadap nasib Bujei. Dia ingin membantu memulihkan Bujei.

Klimaks Bermula apabila Adila mengajak Bujei ke rumah Sidang Saman untuk mengkaji sifat Bujei yang dikatakan tidak normal dan kurang siuman oleh penduduk kampung. Harun, bapa tiri Bujei membelasah Bujei dengan teruk kerana merosakkan surat tanah pusaka milik arwah ibunya. Alias menabur kata-kata fitnah kepada Bujei bahawa Adila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata fitnah itu menjadi buah mulut orang kampung. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hampir sebulan kemudian,Adila pulang ke kampung. Peleraian Sahak dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang ketika bermula motosikal dengan Alias. Oleh kerana sifatnya yang angkuh dan mementingkan diri, Alias kehilangan rakanrakannya. Pelbagai muslihat dan usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila tetapi semuanya gagal. Dia juga gagal untuk memperalatkan Bujei. Alias semakin hilang arah sehingga menjadi kurang siuman. Penamat Adila mencurah isi hatinya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujei sebagai suaminya tetapi Sidang Saman memberitahu Adila bahawa Bujei masih belum bersedia. Adila gembira kerana Bujei sudah mampu berdikari dan berfikiran wajar seperti orang biasa. Adila tidak memberitahu Bujei isi hatinya. 13

TEKNIK PLOT

Dalam novel Sutera Dalam Lukisan, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Teknik ini mula digunakan oleh pengarang pada bab yang pertama apabila pengarang menceritakan peristiwa yang pernah dialami oleh Bujei. Bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Bujei dibawa oleh ibunya pulang ke kampung. Ibunya telah berkahwin dengan Harun. Ibu Bujei meninggal dalam kebakaran rumahnya disebabkan oleh Harun. Selain daripada itu, teknik ini juga digunakan oleh pengarang untuk menceritakan kisah lucu yang berlaku kepada Bujei. Alias dan orang kampung takut kepada Bujei kerana dia dikatakan membawa sebutir bom tangan sedangkan ia sebenarnya sebiji putik nanas. Ia diceritakan melalui imbas kembali Sameah yang yang menceritakan kisah itu kepada Adila. Selain darapada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Bujei dengan Samsul, pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan Bujei yang sebenar apabila Bujei meluahkan perasaan kepada Samsul dengan mengatakan bahawa dia tidak bodoh dan dia juga mempunyai perasaan seperti orang lain.

Dalam novel ini juga pengarang menggunakan teknik monolog. Watak bercakap dengan dirinya sendiri yang biasanya mengeluarkan suara yang perlahan. Contohnya semasa Bujei hendak keluar bekerja pada awal pagi itu, dia mandi dan bersiap dengan sepatutnya. Dia memberitahu dirinya bahawa dia harus bergaya kerana dia hendak pergi kerja. Contoh lain pula adalah ketika Bujei seorang diri dan kesakitan akibat dibelasah oleh Harun, dia telah menyebut nama Tuhan dan memohon pertolongan daripada Allah.

14

Selain

daripada

teknik

imbas

kembali,

pengarang

juga

menggunakan teknik

suspens pada beberapa tempat dalam novel ini. Ia dapat diperhatikan dalam peristiwa Bujei yang dipukul oleh Harun hingga pengsan. Harun meninggalkan Bujei seorang diri. Pembaca berasa suspens terhadap apa yang akan berlaku kepada Bujei. Tambahan pula waktu ketika itu adalah waktu petang. Suspens pembaca terjawab apabila Bujei sedar setelah hari malam dan pulang ke rumah. Di rumahnya, Bujei telah terlantar hingga malam keesokan harinya. Tidak seorang pun yang tahu bahawa dia sedang sakit di rumah tersebut tanpa makan dan minum. Sekali lagi pembaca berasa suspens terhadap nasib Bujei seorang diri apatah lagi apabila Bujei membayangkan kedatangan maut kepadanya. Novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan latar tempat iaitu sungai yang menjadi tempat Bujei melayan perasaan. Pengarang seterusnya menggambarkan perwatakan dan tindak-tanduk Bujei. Pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang pemikiran Bujei daripada aksinya di sungai. Demikian juga apabila Bujei pulang ke rumah. Dia menonton televisyen tanpa gambar dan suara.

15

NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Bujei sangat menyayangi ibunya Fatimah sehinggakan dia mengalami tekanan perasaan setelah ibunya meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka. Perasaan kasih sayang juga timbul dalam diri Adila terhadap Bujei setelah Bujei pulih dan dapat berdikari. Ekoran daripada itu Adila berhasrat untuk memilih Bujei sebagai suaminya. Pada diri sebahagian daripada watak sampingan dalam novel ini terdapat nilai prihatin. Contohnya, Sidang Saman yang prihatin terhadap Bujei. Dia selalu bertanya Bujei sama ada sudah makan atau belum. Sidang Saman mencari dan membawa Bujei ke rumah mereka ketika Bujei sakit akibat dibelasah oleh Harun. Contoh lain pula, Adila juga prihatin terhadap Bujei sehingga dia sanggup menolong Bujei memulihkan kepercayaan pada diri dan berdikari.

Selain itu, terdapat juga nilai kejujuran. Nilai ini ditunjukkan oleh Adila sewaktu dia membantu Bujei untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri dengan niat yang ikhlas. Atas keikhlasan dan kejujuran itulah membuatkan Adila mendidik Bujei tanpa rasa jemu walaupun Bujei diajar bermula dari tahap yang rendah seperti belajar mengenal huruf dan mengeja. Terdapat juga beberapa watak lain yang menunjukkan nilai baik hati dalam novel ini. Mak Som iaitu ibu Alias baik hati terhadap Bujei. Dia tidak menyebelahi Alias dalam konflik dengan Bujei. Sebaliknya dia menolong Bujei dengan memberikan Bujei makan dan wang satu ringgit apabila Alias enggan memberikan wang tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Demikian juga dengan Sidang Saman dan Mak Lamah yang selalu bertanya khabar dan memberikan Bujei makan di rumahnya.

Di samping itu, terdapat juga nilai berani yang ditonjolkan dalam novel ini. Peristiwa yang jelas menggambarkan nilai ini ialah peristiwa yang berlaku di rumah Bujei apabila Alias datang untuk membuli. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai menyebabkan radio itu rosak. Bujei marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Malah Bujei memaksa Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio tersebut. Sejak peristiwa itu Alias sudah tidak berani untuk membuli Bujei.

16

PENGAJARAN

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang dapat diteladani dalam novel ini ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Contohnya, ibu Bujei iaitu Fatimah tersalah pilih Harun sebagai suaminya menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meninggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.

Kita haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani mempertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu. Seseorang pemimpin masyarakat perlulah melaksanakan tugas dengan baik dan adil. Ciri-ciri pemimpin ini dalam diperhatikan melalui watak Sidang Saman. Dia seorang yang bertanggungjawab terhadap penduduk kampung. Dalam konflik Bujei dengan Alias, Sidang Saman bertindak adil dengan mengarahkan Alias mendapatkan wang ganti rugi atas kerosakan radio Bujei setelah mengetahui perkara sebenar. Kita hendaklah jujur dalam memberikan pertolongan kepada seseorang yang memerlukannya. Sejak dari awal lagi Adila berasa kasihan dan simpati kepada Bujei. Selepas mengetahui sejarah hidup Bujei, dia berhasrat untuk menolong Bujei memulihkan kepercayaan dan keyakinan pada diri. Dalam hal ini Adila tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Dia mahu menolong Bujei atas rasa keperimanusiaan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Dalam mengharungi hidup ini, kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. Walaupun Bujei agak tertekan dengan kematian ibunya tetapi dia tetap tabah meneruskan hidupnya. Malah kematian neneknya tidak memberikan kesan lagi kepadanya. Dia tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya serta mendapatkan makan dan minum sendirian dengan cara menolong penoreh getah dan mendapatkan upah.

17

Kita janganlah sesekali memungkiri janji. Pengajaran ini ditunjukkan oleh Bujei yang menuntut upah daripada Alias setelah selesai mencuci motosikal. Bujei dijanjikan satu ringgit oleh Alias untuk mencuci motosikalnya yang kotor. Bujei tetap menuntut upah itu walaupun dia dihalau oleh Alias. Malah dia hampir ditampar oleh Alias.

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain apabila mereka meminta maaf. Perbuatan ini dituntut oleh agama. Ia digambarkan melalui watak Bujei yang memaafkan Alias setalah Alias meminta maaf daripadanya. Walaupun Alias tidak jujur dalam perbuatannya memohon maaf, tetapi Bujei tidak pernah berfikiran dan berprasangka buruk. Dia menerima sahaja permohonan maaf daripada Alias. Selain daripada itu, kita juga janganlah mudah percaya kepada kata-kata orang atau khabar angin yang diterima. Perbuatan ini akan membawa kepada salah faham dan menambahkan lagi konflik. Dalam hal ini Bujei telah mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila berpenyakit AIDS. Akibat daripada itu Bujei tidak menemui Adila lagi sedangkan hatinya rasa tidak tenteram. Kita janganlah menyangka orang yang bodoh itu lemah. Peristiwa ini berlaku sewaktu Bujei menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Merasakan Bujei masih takut kepadanya, Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Namun sangkaan Alias salah apabila Bujei marah setelah Alias menjatuhkan radionya. Bujei menumbuk dan menyerang Alias dengan parang sambil meminta ganti rugi atas kerosakan radio tersebut.

Kita janganlah menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mencapai apa sahaja tujuan hidup. Dalam usaha untuk bersaing dengan Bujei, Alias menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mendapatkan Adila. Sejak dari awal lagi Alias telah menabur fitnah kepada Adila dengan mengatakan Bujei menghidap penyakit kulit. Setelah gagal, Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Alias memberitahu Bujei bahawa Adila menghidap AIDS. Namun usaha itu juga gagal. Usaha seterusnya ialah dengan menggunakan ilmu pengasih sehingga dia sendiri menjadi tidak siuman.

18

Anda mungkin juga menyukai