Anda di halaman 1dari 1

Bab 18 Keliru

Dua minggu berlalu. Jiwa dan perasaan Bujei menjadi tidak tenteram kerana memikirkan hal
Adila. Sementara itu, Alias masih terus memberitahu Bujei tentang penyakit Adila semakin teruk
dan dia tidak akan datang ke kampong itu lagi. Bujei semakin gelisah dengan kata-kata Alias.
Alias turut melarang Bujei pergi ke rumah Sidang Saman kerana keluarga Sidang Saman sudah
tentu dijangkiti penyakit seperti Adila.
Seminggu kemudian, Samsul menyusul dan memberitahukan kepulangan Adila serta
memberitahu Bujei bahawa Adila menyuruh Bujei ke rumah Sidang Saman. Sebelum pulang,
Samsul sempat mengajak Bujei ke hospital. Keadaan ini menambahkan kepercayaan Bujei lagi
bahawa Adila kini sedang sakit teruk. Namun begitu, apabila sampai di rumah Sidang Saman,
Bujei berasa lega kerana bukan Adila yang masuk hospital seperti yang disangkanya. Orang yang
sebenarnya berada di hospital ialah Sahak. Sahak telah kehilangan banyak darah dan tulang
rusuknya patah kerana terjunam ke dalam sungai ketika berlumba dengan Lias akibat mengelak
daripada lembu dan terkena tiang pagar jambatan.

Bab 19 Aku Cinta Adila


Alias menjadi semakin marah apabila melihat Bujei kembali bersama Adila. Dia semakin
berdendam dengan Bujei. Dia mahu Bujei mempercayai dan mengikut caranya. Namun begitu,
Bujei bukanlah seperti Bujei yang dulu.
Alias sering menghantar surat yang cucunya ditolak turut mendendami Adila dan keluarga
Sidang Saman. Alias semakin kehilangan kawan-kawan. Khidmat dukun yang digunakan untuk
mendapatkan Adila tidak berjaya. Makan minum dan tidur baringnya sudah terganggu. Dia sudah
tidak dapat membezakan siang dan malam. Orang kampong sudah melihat perubahan Bujei kea
rah yang unggul manakala Alias pula menunkukkan perubahan ke arah yang bertentangan.

Bab 20 Mereka Tidak Ragu-ragu Lagi


Sidang Saman dan Mak Lamah berasa kaget setelah mendengar kata-kata Adila. Mereka
menasihati Adila supaya mencari pasangan hidup yang setaraf dengannya. Namun begitu, Adila
sudah nekad bahawa keputusan yang diberitahu kepada Sidang Saman dna Mak Lamah tidak akan
ditarik balik. Sidang Saman dan Mak Lamah akhirnya menghormati keputusan Adila dan berharap
agar Bujei akan menjadi seorang lelaki yang sempurna. Keputusan mereka bertiga menjadi rahsia
dan tiada sesiapa yang tahu termasuk Bujei sendiri.
Keesokannya, seperti biasa Bujei kembali bersama dengan Adila. Adila memberitahu kepada
Bujei bahawa tugas mereka sudah seslesai. Adila menyatakan bahawa Bujei sudah bersedia untuk
berdikari dan dia ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana dia sudah menerima panggilan untuk
bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah institute swasta.
Adila turut menyatakan hasratnya supaya Bujei belajar agama deng Sidang Saman dan Bujei
juga mengakui bahawa dia juga berniat begitu. Adila juga mempelawa Bujei ke Kuala Lumpur
kerana ayahnya juga bertanya tentang Bujei.
Ketika mereka sedang berbual bual mereka terlihat Alias di luar pagar halaman rumah Sidang
Saman. Mereka berasa terharu melihat keadaan Alias yang tidak terurus. Ketika pandangan
mereka bertaut Adila meminta Bujei untuk mengantarnya ke pecan pada keesokan hari. Mak
Lamah yang mengintai mereka tidak lagi ragu-ragu dan dia mengharapkan suatu keunggulan yang
akan muncul suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai