Anda di halaman 1dari 8

KUPASAN BAB DEMI BAB 1

Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic
College, Perth, Australia. Julia terperanjat dengan keputusan itu namun dia tetap akur
dengan keputusan tersebut. Ibu bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan
menaiki pesawat Boeing 777. Ayah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan
ayah bertambah kerana ayah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima
jam, Julia teringat akan adik-adiknya serta kawan-kawannya. Julia terlanggar Jun,
seorang pemuda Cina semasa hendak ke bilik air.
BAB 2
Di Perth, Julia dan ibunya menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan Mak Cik
Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa
Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannya yang
dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia. Warga tua
di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara. Julia
teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Julia bergelora kerana
terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepada gadis yang
pendiam, bersopan-santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di kedai buku
Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.
BAB 3
Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaitu Rashid,
Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah Islamic College. Julia
berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akan Jun dan
kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapat menenggelamkan
kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.
BAB 4
Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di dalam kelas.
Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan mesra dan
sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam. Julia
terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia, dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya.
Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah
maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati ibunya yang menerima
perkahwinan ayahnya dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.
BAB 5
Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Keadaan jerebu semakin
serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang berasaskan pelancongan tentu
menghadapi masalah. Ibu akan pulang dan menasihati Julia supaya mengikuti
perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih
perniagaan BMPRO Holding. Melalui ayahnya, Julia mendapat tahu bahawa
perniagaan ayahnya semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan
ayahnya kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Julia mendapat hadiah
daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.
BAB 6
Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic college. Julia sangat aktif di dalam
kelas. Pada waktu itulah,Julia menerima berita kemalangan ayah dan ibunya yang
berlaku di Karak. Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan ibunya selamat. Jun
muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya,
Julia menerima takdir kematian ayah dan ibunya dengan linangan air mata.
BAB 7
Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, sama
kesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut.
Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia.
Julia teringat akan pesanan ayah dan ibunya ketika membuat keputusan hendak
menghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh ayah dan ibunya supaya bersedia
menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka. Jun menelefon Julia
lalu menawarkan pertolongan kepadanya. Julia teringat akan ugutan Rashid supaya
Julia terus berkawan kepadanya.
BAB 8
Pada hari kesembilan belas kematian ayah dan ibunya, Julia sudah dapat membina
kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gaya samsengnya
menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya
kerana hendak mengambil alih perniagaan ayahnya. Julia membaca e-mel yang
dihantar oleh Jun dan Saffiya. Ummi Sarah, isteri muda ayahnya datang ke rumah
untuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanya
menjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik-adiknya.

BAB 9
Julia hadir buat kali pertama di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. sebagai pengerusi
syarikat. Julia berasa berdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Julia
disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding.
Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Julia
diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa
yang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga, Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orang
wartawan Utusan yang ingin menemuramahnya
BAB 10
Julia teringat akan temuramah dengan wartawan semalam. Berita yang keluar pada
hari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan
terhadap Holding. Jun menghubungi BMPRO Julia dan mengucapkan tahniah tentang
berita yang keluar dalam akhbar hari ini. Syed Mustaffa menuntut supaya Butik BMPRO
Sdn. Bhd. diserahkan kepadanya. Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkan
masalah itu kepada peguam syarikat. Sebenarnya, BMPRO Holding menghadapi
masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa mengadakan mesyuarat Lembaga
Pengarah.
BAB 11
Julia teringat akan lawatan ke Katanning untuk menziarahi keluarga Sadia. Lawatan itu
memberikan kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidup yang belum pasti pada
masa hadapan. Melalui e-mel, Julia mendapat tahu bahawa Sadia mendapat adik
kembar. Brother Haroun menasihati Julia supaya bertawakal dan Rashid pula
memohon maaf atas kekasarannya dahulu. Julia menghubungi Ummi Sarah kerana
tidak dapat melawat Butik BMPRO. Julia menyerahkan pengurusan butik tersebut
sepenuhnya kepada Ummi Sarah.
BAB 12
Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot
perniagaannya. Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi.
Julia teringat akan nasihat Jun supaya banyak membaca dan mengurus syarikat
dengan menggunakan ilmu. Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel &
Tours milik kelarga Jun, diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Julia akan menghadiri kursus µhomestay¶ di
Seri Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.
BAB 13
Cabaran yang terpaksa diharungi oleh Julia semakin hebat. Encik Hashim, Pengurus
besar BMPRO Holding meletakkan jawatan. Hati Julia risau tetapi dengan membaca
buku Membujur Lalu«Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan yang
dihadiahkan oleh Jun, Julia mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi situasi yang
rumit. Encik Baharom marah kepada Julia kerana melantik Datuk Jailani bagi
membantu memulihkan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Sebenarnya, masalah BMPRO
Transport Sdn. Bhd. Disebabkan Encik Baharom sendiri yang tidak cekap dan
menyeleweng dan Julia telah membuktikan wujudnya penyelewengan itu semasa
menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Encik Baharom insaf dan Julia
memaafkannya.
BAB 14
Julia dan Jun akan melaksanakan program µhomestay¶ di daerah Kubang Pasu, iaitu
kawasan parlimen Perdana Menteri. Program ini menggunakan keindahan alam semula
jadi, kemajuan, dan kemudahan yang sedia ada untuk menarik pelancong. Perdana
Menteri sendiri akan melancarkan program µhomestay¶ di Felda Guar Napai. Unit
Perancangan Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu. Penduduk-penduduk kampong
juga akan mengambil bahagian sebagai keluarga angkat pelancong. Julia senang hati
terhadap Jun yang berada di sisinya.
BAB 15
Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar
dadah. Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid, Mona dan Han yang
senantiasa mengganggu perasaannya. Julia amat tertarik akan watak Jun yang tampan
dan senantiasa berterus terang. Sayangnya, perbezaan agama membataskan
hubungan mereka. Julia ke pejabat Encik Ibrahim di kementerian Kebudayaan,
Kesenian, dan Pelancongan Malaysia. Pegawai kementerian tersebut mencadangkan
supaya mereka menyediakan sepasang pengantin dan mengadakan kenduri-kendara
mengikut adat orang Melayu untuk menarik pelancong.
BAB 16
Pagi itu, Julia bersembahyang subuh berjemaah dengan Adi. Julia berharap agar Adi
akan mengambil alih perniagaan apabila dewasa kelak. Mereka mendengar kuliah
Subuh yang disampaikan oleh nenek. Pagi itu juga, mereka akan menziarahi kubur
ayah dan ibu mereka. Julia teringat akan pertemuannya semalam dengan keluarga Jun
di Restoran Fui Gui, Hotel Istana. Semasa berada di tanah perkuburan, Jun dating
menemui Julia dengan memakai baju Melayu. Jun berterus terang kepada Julia bahawa
dia telah lama memeluk agama Islam. Julia amat gembira.
BAB 17
Lima puluh orang pelancong dari Jepun, Korea Selatan, dan Australia mengambil
bahagian. Pelancong akan menyambut ketibaan Perdana Menteri, menyertai sukaneka,
dan menyaksikan majlis perkahwinan yang bersejarah. Jun dan Julia sudah dinikahkan
dua hari yang lalu. Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri kerana
berada di atas pelamin bersama dengan suaminya, Jun
TEMA
y
Novel Julia karya Abu Hassan Morad
memaparkan tema kegigihan kaumwanita apabila menghadapi
cabaran dalam pengurusan perniagaan.
y
Julia gadis remaja yang berusia dua puluh satu tahun, telah mengambil alih
perniagaan ayahnya yang sedang mengalami kemerosotan
Kemerosotan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan anak syarikatnya
berpunca daripada masalah kegawatan ekonomi dan jerebu yang melanda
negara. Di samping itu, faktor kematian Tan Sri Yahaya, penyelewengan, dan
kurangnya kecekapan telah memburukkan keadaan.
y
Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan
ayahnya melalui pembacaan buku, membina keyakinan diri, menghadiri kursus
µhomestay¶, menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat, dan
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.
y
Juliabekerj as am a dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, iaitu Cinta Sejati
Travel & Tours untuk menarik pelancong yang lebih banyak ke Malaysia.Julia
bijak bertindak dengan mempelbagaikan kaedah perniagaan, mengenal pasti
masalah syarikat, melaksanakan wawasan syarikat,, dan setiap kakitangan pula
berhak memberikan pandangan serta mengetahui perkembangan syarikat.
y
Berkat kegigihannya, keberaniannya menghadapi cabaran,
kesanggupannya mengetepikan segala masalah peribadi, sertas o k o n g a n
yang padu daripada Jun, Julia Berjaya mengadakan program µhomestay¶ di
daerah Kubang Pasu. Kejayaan tersebut menandakan bahawa masalah
kegawatan dalam perniagaan yang berasaskan pelancongan sudah berakhir
kerana program tersebut Berjaya menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan yang berkait rapat denga tema berkenaan, iaitu:-
y
Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan yang bebas.
o
Rashid, Julia, Muna, Han, Wei, dan Jef bergaul bebas. Mereka melepak,
meronda, dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah
Rashid senantiasa mengajak Julia yang telah insaf supaya berfoya-foya
dengannya. Rashid tidak mahu perhubungan antara lelaki dengan wanita
dibatasi oleh agama. Akhirnya, Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki
mengedar dadah.
y
Pendidikan agama dapat mengubahwatak remaja dan
membentuk peribadi yang mulia.
o
Julia mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth,
Australia. Di sini, Julia bergaul dengan pelajar-pelajar perempuan yang
memakai tudung, bersopan, dan berakhlak mulia. Julia insaf akan
perbuatannya yang terdahulu.
o
Melalui pendidikan agama, Julia dapat memahami erti kehidupan
sebenarnya. Julia memahami betapa besarnya erti persaudaraan dalam
Islam. Julia dihormati oleh kawan-kawan dan mereka menyambut
kedatangan Julia dengan mesra.
o
Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama. Julia Berjaya
membentuk ketahanan diri dan dapat menolak perbuatan maksiat. Dalam
bidang perniagaan, Julia tidak mementingkan keuntungan semata-mata
tetapi juga mentitikberatkan keadilan social. Julia sanggup memendamkan
cintanya terhadap Jun kerana perbezaan agama. Tetapi, apabila Julia
mengetahui Jun telah lama memeluk Islam, Julia amat gembira kerana
tiada lagi benteng agama yang memisahkan mereka.
Keindahan bandar Perth danwarganya yang berhati mulia
o
Julia tertarik oleh keindahan King¶s Park, ketenangan sungai Swan, pembangunan Bandar yang
teratur, rumah, dan berjenis-jenis pokok bunga yang cantik.
o
Warga kota di Perth senantiasa menghormati orang asing yang dating ke
tempat mereka. Seorang perempuan tua memberikan hormat kepada
Julia semasa melintas di hadapan Julia.
Warga tua di Madison Garden, Perth dibantu oleh aktivis sukarela. Jikalau
ada warga tua yang uzur, ada aktivis yang membantu mereka di bawah
agensi kebajikan. Warga tua diberi elaun khas juga. Sumbangan yang
mulia ini menyebabkan warga tua kelihatan kemas dan terjaga.
Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan

kemerosotan dalam industri pelancongan.


o
Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mengakibatkan nilai ringgit jatuh
merudum. Sepatutnya, banyak pelancong luar negara dating ke Malaysia
kerana nilai mata wang asing di Malaysia tinggi. Tetapi, masalah jerebu yang
mengancam negara menyebabkan pelancong kurang datang ke Malaysia.
Liputan yang dibuat oleh pihak akhbar seolah-olah menyatakan bahawa
jerebu menjadi suatu malapetaka yang besar tambah memburukkan keadaan
lagi.
o
Perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yang berasaskan pelancongan
menerima tamparan yang hebat. BMPRO Travel & Tours dan BMPRO
Transport Sdn. Bhd. Menghadapi masalah operasi kerana kekurangan wang
tunai. Pengurusan yang tidak cekap dalam menghadapi situasi semasa
menyebabkan perniagaan bertambah merosot.
o
Sesuatu usaha mesti dilakukan untuk menggalakkan kedatangan pelancong
ke dalam Negara. Bantahan dihantar kepada pihak berkuasa supaya isu
jerebu tidak dibesar-besarkan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menerajui usaha tersebut dengan mengadakan kursus dan
menggalakkan agensi-agensi pelancongan mengadakan program µhomestay¶.
Program ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong dengan
menggunakan keindahan alam semula jadi serta kemudahan dan kemajuan
yang sedia ada di tempat-tempat yang tertentu .
Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan

memajukan perniagaan.
o
Datuk Bakar selalu mendapat khidmat nasihat daripada Tan Sri
Yahaya sekiranya ada apa-apa masalah. Tan Sri Yahaya semasa
hayatnya senantiasa memberikan tunjuk ajar, dorongan, dan menjadi
rakan perniagaan yan baik dengan Datuk Bakar.Kerjasama
diamalkan juga dalam Dewan Perniagaan Melayu untuk memajukan
perniagaan orang Melayu.
Jun senantiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Melalui Jun, Julia
mendapat sebuah buku bertajuk Membujur Lalu«Suatu Pengalaman
Orang Melayu dalam Pengurusan. Buku ini dapat memberikan
panduan kepada Julia untuk mengurus perniagaan. Kerjasama yang
paling berkesan ialah antara BMPRO Travel & Tours dengan Cinta
Sejati Travel & Tours hingga dapat melaksanakan program
µhomestay¶ .
o
Julia mendapat kerjasama daripada wartawan akhbar Utusan dengan
menyiarkan berita yang positif tentang diri Julia. Berita ini dapat
mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan rakan niaga terhadap
BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia juga mendapat kerjasama daripada
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah, dan Persatuan Peneroka Felda
Guar Napai. Kerjasama ini dan juga semangat kerjasama dalam
kalangan staf akan dapat memajukan perniagaan.
Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan
bangsa.
o
Julia dan Jun tidak pernah berbincang tentang cinta. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda Cina
semasa hendak pergi ke bilik air di dalam pesawatBoeing untuk Julia yang dikirim melalui Mak Cik
Nadia.777. Itulah pertemuan pertama mereka. Sekali lagi, Julia terserempak dengan Jun di kedai
buku Collin Booksellers. Jun tidak lupa mengirimkan hadiah .
Bagi Julia, peribadi Jun amat mengagumkan. Ditambah pula dengan
sifat berterus terang dan kemunculan Jun pada saat-saat Julia
memerlukan seorang rakan menyebabkan Jun mendapat tempat di
hati Julia. Cuma batas agama sahaja yang memisahkan mereka.
Hubungan Julia dengan Jun semakin erat. Jun senantiasa memberikan nasihat dan
dorongan kepada Julia dalam menyelesaikan masalah BMPRO Holding. Jun telah
memeranjatkan Julia dengan memberitahunya bahawa dia telah lama memeluk agama
Islam. Jun dan Julia dinikahkan dan mereka bersanding pada hari pelancaran program
µhomestay¶ di Felda Guar Napa
WATAK DAN PERWATAKAN
JULIA anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yang menetap

di Kuala Lumpur.
y
Semasa remaja, Julia hamper terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul
bebas dengan rakan jalanan seperti Rashid, Muna, dan Han.
y
Semasa remaja juga, dia bersifath i p o k ri t. Di rumah, dia seorang yang
penyayang terhadap adik-adiknya tetapi di luar rumah adalah remaja yang liar.
y
Insafdan bertaubat apabila mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic
College. Sejak itu, dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadikan
agama sebagai panduan hidupnya.
y
Seorang yangta b a h dancekal. Buktinya, dia kuat semangat menghadapi
pelbagai masalah selepas kematian ayah dan ibunya.
y
Berpendirian tegas. Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan rayuan Rashid.
Julia menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan Encik Baharom tanpa mengubah
pendiriannya sebagai seorang pengerusi syarikat.
y

Wanita yangb e ra n i. Buktinya, dalam usia yang muda dan tidak mempunyai
pengalaman, Julia berani bertengkar dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom
yang berpengalaman dalam pengurusan syarikat.
y
Bertindak secarabi j aks ana dalam menyelesaikan masalah syarikat. Buktinya,
dia mengenal pasti masalah dalam BMPRO Transport dengan menaiki bas dari
Kuala Lumpur ke Banting. Dengan cara itu, dia mengetahui bahawa
kemerosotan dalam BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan d an
pengurusan yang tidak cekap.
y
Mempunyai sifat belas kasihan danpem aaf. Buktinya, dia tidak menghukum
Encik Baharom yang merancang hendak menjual BMPRO Transport, sebaliknya
memaafkan kesalahan da memberikan peluang yang terakhir kepada Encik
Baharom.
Gigih berusahadan tidak mudah berputus asa. Buktinya, dia berusaha
memulihkan dan memajukan BMPRO Sdn. Bhd. Dia bersedia mengikuti kursus
µhomestay¶ untuk memajukan syarikatnya.
y
Kreatif. Buktinya, dia mempelbagaikan kegiatan syarikatnya seperti BMPRO
Catering yang cuba mendapatkan kontrak dengan syarikat penerbangan MAS
Mempunyai prinsip dalam perniagaan. Buktinya, Julia tidak mementingkan
keuntungan semata-mata tetapi mementingkan keadilan sosial.
y
Mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran program homestay¶ di
Felda Guar Napai
JUN

y
Pemuda berketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islam setelah
kematian kakaknya yang bernama Julia.
y
Menemui Julia dalam penerbangan ke Perth, Australia. Julia terlanggar Jun semasa ke bilik
air.

y
Pemuda yang tampan dan perlang.

Mempunyai hati yang mulia,ikhlas, dan berterus terang dalam percakapannya

Pandai mengambil hati Julia dan senantiasa muncul atau menghubung Julia pada saat-saat Julia
menghadapi masalah Bersopan santun dan meng

Anda mungkin juga menyukai