Anda di halaman 1dari 8

Novel Tingkatan 4

PAPA….(AKHIRNYA KAU TEWAS


JUA!)
SINOPSIS

BAB 1

Julia di dapur bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama
kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah.
Papa mencadangkan mama ……… untuk makan malam.

BAB 2

Julia terlalu sibuk dengan kerja sekolah di rumah. Mama dan papa tiada di
rumah. Mak Cik Noraini mempelawanya makan bubur jagung. Julia teringat
kemesraan papa yang melayan mama apabila tangan mama terkena pisau.
Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa.
Dikatakan papa pernah gagal dalam cinta ketika belajar di university.
Dikatakan juga papa pernah jatuh hati dengn seorang doctor yang
berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Perbualan mereka terputus apabila
mama dan papa pulang. Kemudian, papa memberitahu yang mama
sebenarnya mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang
komplikasi yang dihadapi mama ketika melahirkan Julia.

BAB 3

Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan mama. Ketika Julia
dilahirkan, menurut Mak Cik Noraini Julia menghidap demam kuning dan
alah kepada susu tepung bayi, manakala mama pula tidak sedarkan diri.
Mama menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana keinginan suaminya
yang menginginkan seorang anak lagi. Apabila papa pulang, Julia mengajak
papa bermain tenis. Selepas bermain tenis, papa memperkenalkan

1 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


pelajarnya di kolej, Aisyah kepada Julia yang datang melihat mereka
bermain.

BAB 4

Ketika mahu pulang dari sekolah, mama menunggu Julia kerana Julia
meminjamkan nota Geografi kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang
kereta mama kerana mahu ke bengkel kereta. Cikgu Suzie juga menegur
sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung.
Mama menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Cikgu Suzie dengan
mengatakan Cikgu Suzie tidak mengerti disebabkan belum berkahwin.

BAB 5

Sudah 5 bulan mama mengandung. Papa mensihati mama agar mematuhi


pesanan doctor terutama dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus
menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Ketika Julia berusia
……… tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana
kelaparan. Seorang doktor perempuan mengambil susu mama yang dalam
keadaan pengsan untuk diberikan kepada Julia.

BAB 6

Papa menceritakan dia selalu balik bersama pelajarnya Aisyah yang sering
dating untuk bertanyakan hal pelajaran. Julia secara bergurau
mencadangkan papa agar memikat gadis itu tetapi papa tidak berminat
kerana kasih sayangnya terhadap mama.

BAB 7

Julia melangkah ke tingkatan 5. Papa membeli dua buah katil kerana mama
dikatakan akan melahirkan anak kembar. Mak Cik Noraini mengingatkan
papa akan pesanan orang tua-tua agar jangan membuat persiapan terlalu
awal, takut kempunan. Jam 4 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran
mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) di Cheras. Papa ke hospital itu bukan kerana soal

2 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


berjimat, tetapi kerana kepakaran para doktornya jika mama menghadapi
kesulitan ketika bersalin kelak. Mama meminta maaf daripada papa
sebelum masuk ke wad bersalin.

BAB 8

Mama selamat melahirkan 2 orang anak kembar tetapi bayi yang melekat
dari kepala hingga bahagian punggung itu telah meninggal dunia manakala
mama banyak kehilangan darah dan kini dalam keadaan koma. Bayi itu
diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa
mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan.

BAB 9

Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput


Julia pulang dari sekolah. Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil
kesempatan untuk bercakap dengan Julia. Masing-masing bertukar cerita.
Rasylan mengajak untuk berjumpa Julia selepas sesi persekolahan
berakhir, tetapi Julia menolak kerana mahu bertemu mama di hospital.

BAB 10

Julia ke hospital melawati mama. Mama masih lagi dalam keadaan koma.
Apabila tiba di rumah, Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mam
dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada mama pada awal
perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama.
Mak Cik Noraini menceritakan bahawa dia adalah sepupu kepada papa. Dia
pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang hari raya kira-
kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari
Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua
anaknya meninggal. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersam-
samanya, jauh dari Johor agar dapat melupakan tragedy buruk itu. Di
sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu

3 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya
dalam pelajarn. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan
mamanya.

BAB 11

Mama masih koma. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi
papa masih sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya
menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang akan dihadapi.

BAB 12

Ketika menanti papa untuk turun makan malam bersama-sama, Julia


mendapat panggilan telefon daripada Aisyah. Aisyah mengajaknya
bermain tenis petang esok. Keesokan harinya pula, sekembalinya Julia dari
sekolah, setelah selesai menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa
membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma,
apabila mama di rumah mudah untuk dijaga. Kemudian, Julia bermain tenis
dengan Aisyah. Selepas bermain, Julia dibawa ke rumah Aisyah.
Berdasarkan deretan rumah, tahulah Julia bahawa Aisyah daripada
keluarga berada. Apabila ulang, papa memarhi Julia kerana pulang agak
lewat. Julia kemudian melihat papa bercakap-cakap dengan mama, seolah-
olah mama sudah sedar daripada koma.

BAB 13

Sudah 8 bulan mama dalam keadaan koma.pada suatu hari, Rasylan datang
ke rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersam ibu bapa
angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah
mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia
berusia 2 tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggat
kereta ayah dan emaknya sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga
kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa.

4 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 14

Julia pulang ketika hari menjelang malam setelah membeli buku bersama-
sam Rasylan. Papa melarang Julia terus berhubungan dengan Rasylan
kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak
berpanjangan, Julia bersetuju merenggangkan hubungannya dengan
Rasylan.

BAB 15

Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh


keputusan yang cemerlang. Ketika Julia mahu meraikan kejayaan di
Starbucks Coffee, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah. Ketika di
rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran
ke Kolej Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang
ekonomi agar suatu hari kelak boleh menjadi pakar ekonomi yang disegani.

BAB 16

Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa
menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti
Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-
sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di
Starbucks Coffee.

BAB 17

Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia
kerana Julia sudah menjadi anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa
menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-
Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran
A&W, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual.
Hatinya berasa begitu hancur dan pecah berderai.

5 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 18

Julia terdengar perbualan papa denga Mak Cik Noraini tentang hasrat papa
mahu berkahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia
terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa telah curang
terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu
keras dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia.
Awal pagi esoknya, Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi.

BAB 19

Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan


menerima reality bahawa papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan
menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu
kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu
sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah RAsylan dia tetap ayah
Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada
awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah menerima pujukan
Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke
Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu
berkahwin lagi supaya ada orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam
keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa, akhirnya Julia bersetuju
dengan rancangan papa itu.

BAB 20

Menurut Rasylan, Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsu lalu
membuat perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila dia tamat
belajar, ditinggalkan perempuan Indonesia yang sedang mengandung itu.
Apabila dia dilahirkan, dia yang masih bayi ditinggalkan di tepi longkang
besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia
diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Bagi Rasylan, Datuk Mustakim
6 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)
merupakan ayahnya, bukan Encik Muaz al-Khalibi. Pada suatu petang, Julia
menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah.
Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga
mama.

BAB 21

Julia dalam keadaan lemah. Fikirannya meracau. Dalam mimpinya, dia


bertemu dengan Jeffri iaitu papanya tetapi dalam wajah yang berbeza. Jeffri
meminta Julia menerima kenyataan yang papa sudah berkahwin lagi.
Apabila dia terjaga, dia sudah berada di hospital. Julia tidak sedarkan diri
apabila doctor memberikan suntikan pelali kepadanya.

BAB 22

Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar
bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Papa
dan ibu tirinya datang untuk menjemput Julia pulang. Apabila cuti berakhir,
Julia meneruskan pengajiannya. Peperiksaan akhir Julia hadapi dan jika dia
berjaya dia akan masuk ke kampus induk. Setelah peperiksaan berakhir,
Julia melalui percutian selama 6 minggu. Pada satu malam, Aisyah masuk
ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah kerana masuk ke bilik mama tanpa
berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu
madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Perang mulut
berlaku tetapi akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan apabila
masing-masing saling memahami.

BAB 23

Julia memasuki semester ke-3. Julia mengambil kesempatan ke ruma


bersama Rasylan dengan menaiki bas. Rasylan menjelaskan bahawa dia
tidak akan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai ayahnya. Kemunculan
lelaki itu juga tidak pernah Rasylan ceritakan kepada bapa angkatnya.
Seterusnya Julia dan Rasyalan memperteguh janji untuk kekal setia
bersama.
7 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)
BAB 24

Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata
dan mulutnya terbuka. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya
terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah.
Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak
muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat.
Tangannya dalam genggaman papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap
rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan tisu. Tiba-tiba dada
mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama
mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah.
Mama begitu payah mahu menyebut namun akhirnya dia berjaya
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama
seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan
menghadapi situasi tersebut.

TEMA
Pengorbanan seorang suami menghadapi isteri yang koma

8 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)

Anda mungkin juga menyukai