Anda di halaman 1dari 10

Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!

)
Pengarang : Deana Yusof
Biodata Pengarang:
Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan
pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan
awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya,
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam,
Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi
penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah
novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada
kuantiti.

SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akankemesraan papa
dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumahmereka menyediakan minuman
petang. Ju berasa kagum tetapijengkel melihat kehangatan hubungan tersebut
meskipun merekasudah lama mendirikan rumahtangga.
mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan
papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu
Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang
kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini
bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang
bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah
mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun,
kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa,
beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada
Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin
menimang cahaya mata kedua.
Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentangrisiko yang bakal
dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana
tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan
cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang
mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka
mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan
mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini
menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan
keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk
menjaga Ju.
Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka
Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan
Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala
saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu
menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya
itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala
hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak
panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula
koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan
Ahmad dan Muhammad.
Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-
nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat
Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga
dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di
rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil
membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang
pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju
mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.
Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya.
Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut
memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status
keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan
memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan
pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam
Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan
pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat
dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka
menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka
berbual-bual di kedai makanan segera.
Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan inginmemperisterikannya. Hasrat
hatinya disuarakan kepada mak cik
Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik
antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa
yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan
papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut
dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan
Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian
sepanjang mama koma.
Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan
mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke
rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang
berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya
tentang masa depan anak mereka.
Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya
menamatkan kursus di UIA.
Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka
mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya
tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan
bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu
papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu
menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah
mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil
melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal
dunia selepas lebih tiga tahun koma.

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya


mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali
kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa
yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi
sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga
membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan
cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama
koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan
Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa
mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang
hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing


buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demimemenuhi kehendak
suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengancara menjaga isterinya yang koma
selama lebih tiga tahun
2.K esetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia
menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah
semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga
enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai
bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat
selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.
3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri
tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak
kembarnya turut meninggalkannya.
4.K epr ihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan
melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar
tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.
Latar Tempat
Sekolah Menengah Seri Gading

>>>tempat Intan Maliana mengajar

>>>tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall

>>>tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung

>>>tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras

>>>tempat mama dibedah

>>>tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia


Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
>>>tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas
berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM
Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
>>>tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya
dengan Aisyah.

Latar Masa
ZAMAN MODEN
>>>zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-
kelengkapan di hospital dan sebagainya
>>> (sekitar 2000-an)
TEMPOH MASA
>>>>>bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia
menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)
14 TAHUN DAHULU
>>>sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu
melahirkan Julia
Latar Masyarakat
Masyarakat Moden
>>>sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan
canggih di hospital

Masyarakat Pendidik

>>>Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi

>>>Mama merupakan guru Matematik


Masyarakat anak angkat
>>>Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim
Masyarakat Berpoligami
>>>Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

Gaya Bahasa
Penggunaan Bahasa Inggeris
"Have you think it over?" (m/s 38)
"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan
muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina


Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof
"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya
ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Simile
Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal
istana. (m/s 44)
Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit,
akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)
Nilai Pengajaran
Tabah
Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang
dilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma

Kasih Sayang
Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka
saling menyayangi dan mengambil berat.

Gigih
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dalam SPM.

Saling Membantu
Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.
Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di
Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli
keluarganya.

Berdikari
Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.
Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA
Watak Perwatakan
INTAN JULIA
Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah
seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima.
Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya,
keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam
daripada
ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik
kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa
mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya
setiap
kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya.
Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan
Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN


GIGIH
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya,
diaBerjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang
untukmenyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN
TABAH
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh
koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin
berkahwin
lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia
sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak
mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia
membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI / papa
Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang
ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan
berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh
koma.Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia
dengan Aisyah
PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak
berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa
mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang
koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan
dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS
PENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik.
Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia
daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya
untuk
berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba
memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam
hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan
sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar
menurut
arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya
berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA / mama


Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak
ini
lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan
sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi
ketika
melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di
Sekolah
Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa
melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama
sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli
keluarganya.
TEGAS PENDIRIAN
PENDIRIAN TEGAS
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan
kandungannya.
Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini,
dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha
membertunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama
dikatakansentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak
muridnya.

PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup
mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa
Tema
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas
jua! karya Deanna Yusof.

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi


asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih
sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan
dankesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih
sayangantara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan
keikhlasan dankejujuran.
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri
(Papa)dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia.
Papa begitumengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran
bahawa seorang suamiharus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
terhadap isteri dan anak,Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-
sungguh dan baik sekali.
Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama
sanggupmengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi.
Sewaktumelahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak
cukup bulanmenghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi
ketika melahirkananak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama
koma manakalakembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu
kandungan. Peristiwa inimeninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa
tidak lupa tanggungjawabnyasebagai ketua keluarga.
Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa
tetapmerasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim
antarapapa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya
mengambilAisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran
Aisyah yangmampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama
tidak pernahpudar.
Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa
diadimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama
kalinyakerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling
dikasihinya.

Anda mungkin juga menyukai