Anda di halaman 1dari 56

ovel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Azfa Hanani yang berusia 17 tahun .

Setelah kematian ibu bapanya akibat kecelakaan di jalan


raya , dia dibesarkan oleh bapa saudaranya , iaitu Pak Long Madi dan Mak Long Diah . Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya berlaku ketika
Azfa Hanani masih bayi . Bapa saudara yang menjaganya merupakan seorang yang miskin dan tinggal di kampung . Azfa Hanani merupaka seorang pelajar yang
bijak di Sekolah Menengah Sri Dian .
Pada suatu hari , Azfa Hanani dipanggil oleh pengetua kerana ada sepasang suami isteri , iaitu Tengku Mazran dan Kak Finaz ingin mengambilnya sebagai adik
angkat . Mereka ingin mengambilnya sebagai adik angkat kerana wajahnya seiras dengan adik mereka , Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat
kemalangan . Datin Maziah tidak dapat menerima dan tidak mempercayai kematian anak kesayangannya itu .
Azfa Hanani dikehendaki menyamar sebagai Tegku Murni bagi mengubati kebingungan orang kaya itu , Azfa Hanani menghadapi konflik , sama ada meneruskan
kehidupan bersama-sama bapa saudaranya yang serba serbi kekurangan di Kampung Merpati atau menerima tawaran lumayan daripada orang kaya itu . Akhirnya
, Azfa Hanani menerima tawaran itu .
Ketika berada di rumah Datin Maziah , pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh Azfa Hanani . Antara cabaran tersebut ialah sikap Abang Muzaffar dan
bapanya , Datuk Tengku Makmur yang kadang-kadang tidak dapat menerimanya dalam keluarga itu walaupun mereka mengetahui tujuan sebenarnya .
Azfa Hanani mendaftar diri si Sekolah Menengah Taman Sari . Di sekolah tersebut , dia merupakan seorang pelajar yang baik dan terlibat dalam aktiviti
kokurikulum seperti Forum Remaja . Dia juga banyak membantu pelajar-pelajar tingkatan lima menjayakan Hari Sumbangsih . Dia juga berkawan rapat dengan
Ketua Murid Tingkatan Lima yang bernama Ekran . Abang Muzaffar tidak bersetuju Azfa Hanani berbaik - baik dengan Ekran .
Dalam pertengkaran mereka pada suatu seketika , Azfa Hanani dengan tidak sengaja menyebut bahawa dia bukanlah Tengku Muni . Kata -kata tersebut didengar
oleh Datin Maziah menyebabkan dia sangat marah dan menghalau Azfa Hanani dari rumah itu . Azfa Hanani pulang ke kampung untuk tinggal bersama-sama bapa
saudaranya semula .
Pada suatu hari , Datin Maziah dan keluargannya datang dan memohon maaf atas kekasaran yang dilakukan . Mereka juga menjelaskan bahawa kematian ayah
dan ibu Azfa Hanani dalam kemalangan disebabkan perlanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Dtuk Tengku Makmur . Azfa Hanani pernah disusui oleh Datin
Maziah yang ketika itu sedang menyusukan Tengku Murni . Hal ini bermakna Azfa Hanani merupakan anak susuan Datin Maziah , tetapi terputus hubungan setelah
Azfa Hanani dijaga oleh bapa saudaranya .
Datin Maziah dan keluarganya ingin membawa balik Azfa Hanani ke rumahnya . Dia tidak perlu lagi menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia diterima
sebagai ahli keluarga yang sebenar . Azfa Hanani pulang ke rumah orang kaya itu dan dilayan dengan penuh kasih sayang .


PLOT

Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.
Permulaan cerita /Eksposisi.
Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal
pasti dan akan ditangkap.
Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.
Perkembangan.
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa
Hanani dan Tengku Murni.
Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani
membaca surah Yasin.
Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.
Klimaks/Puncak Cerita
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan
Ekran.
Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.
Peleraian Cerita
Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di
Jakarta.
Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga
mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.
Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.
Kumpulan budak glamor dibubarkan.







WATAK DAN PERWATAKAN
Azfa Hanani / Aku
a. Azfa Hanani ialah watak utama novel ini.
b. Berumur 17 tahun.
c. Secara fizikalnya Azfa Hanani gadis yang cantik, wajahnya lembut.
d. Azfa Hanani kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih bayi.
e. Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek
Bahasa Inggeris.
f. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.
g. Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah.
h. Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala
Lumpur.
i. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.
j. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang dipinjamnya itu kepada Cikgu Zamin.
k. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah
ayah dan ibunya.
l. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari.
m. Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu.
n. Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
o. Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.
Tengku Murni / Murni
a. Anak perempuan Datuk T. Makmur dan Datin Maziah.
b. Wajahnya seiras dengan Azfa Hanani.
c. Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya.
d. Gemar berpakaian rugged. Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album Tengku Murni.
e. Anak yang manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.
f. Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.
g. Tidak mudah mengalah. Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-
abangnya.
h. Tidak memandang rendah pada orang lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendahkan orang lain.
Datin Maziah
a. Isteri Datuk Tengku Makmur.
b. Ibu kepada Tengku Murshadad (anak sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhirnya Tengku Murni.
c. Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda.
d. Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
e. Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh
ibunya itu.
Tengku Mazran / Abang Mazran
a. Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
b. Isterinya bernama Syafinaz.
c. Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari
penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni.
d. Penyayang. Buktinya, atas dasar kasih kepada ibu, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.
e. Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.
f. Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.
g. Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan
bangsawan.
Syafinaz/Kak Finaz
a. Isteri Tengku Mazran.
b. Kakak ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin
Maziah.
c. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit.
d. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.
Ekran
a. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat.
b. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di SM Taman Sari.
c. Ingin menjadi akauntan. Buktinya, perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di sekolah.
d. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.
e. Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada.
f. Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka.
Datuk Tengku Makmur
a. Suami Datin Maziah.
b. Mempunyai dua orang isteri.
c. Angkuh. Dia menilai pertolongan yang diberikan oleh AH berdasarkan pertimbangan wang ringgit
semata-mata.
e. Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka
untuk memelihara AH. WATAK DAN PERWATAKAN
Azfa Hanani / Aku
a. Azfa Hanani ialah watak utama novel ini.
b. Berumur 17 tahun.
c. Secara fizikalnya Azfa Hanani gadis yang cantik, wajahnya lembut.
d. Azfa Hanani kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih bayi.
e. Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek
Bahasa Inggeris.
f. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.
g. Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah.
h. Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala
Lumpur.
i. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.
j. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang dipinjamnya itu kepada Cikgu Zamin.
k. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah
ayah dan ibunya.
l. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari.
m. Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu.
n. Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
o. Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.
Tengku Murni / Murni
a. Anak perempuan Datuk T. Makmur dan Datin Maziah.
b. Wajahnya seiras dengan Azfa Hanani.
c. Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya.
d. Gemar berpakaian rugged. Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album Tengku Murni.
e. Anak yang manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.
f. Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.
g. Tidak mudah mengalah. Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-
abangnya.
h. Tidak memandang rendah pada orang lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendahkan orang lain.
Datin Maziah
a. Isteri Datuk Tengku Makmur.
b. Ibu kepada Tengku Murshadad (anak sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhirnya Tengku Murni.
c. Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda.
d. Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
e. Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh
ibunya itu.
Tengku Mazran / Abang Mazran
a. Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
b. Isterinya bernama Syafinaz.
c. Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari
penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni.
d. Penyayang. Buktinya, atas dasar kasih kepada ibu, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.
e. Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.
f. Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.
g. Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan
bangsawan.
Syafinaz/Kak Finaz
a. Isteri Tengku Mazran.
b. Kakak ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin
Maziah.
c. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit.
d. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.
Ekran
a. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat.
b. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di SM Taman Sari.
c. Ingin menjadi akauntan. Buktinya, perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di sekolah.
d. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.
e. Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada.
f. Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka.
Datuk Tengku Makmur
a. Suami Datin Maziah.
b. Mempunyai dua orang isteri.
c. Angkuh. Dia menilai pertolongan yang diberikan oleh AH berdasarkan pertimbangan wang ringgit
semata-mata.
e. Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk
menunaikan janji mereka untuk memelihara AH.








BIODATA


A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal,
Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah
Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946),
Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil
Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan
sumbangan Samad Said dalam memperkaya
dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu
telah mendapat penghargaan pemerintah
apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa
pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai
Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad,
apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri
sebagai salah seorang anggota panel
Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama
beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia
Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak
pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah
apabila beliau dipilih sebagai penerima
Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis
penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan
drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira
Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said
turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa
Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan
Shamsir.

PROFIL RINGKAS
Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said.
Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa
Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir:
Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam,
Durian Tunggal, Melaka. Pendidikan: Sekolah
Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46),
Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution
sehngga Senior Cambridge, 1956). Kerjaya:
Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu,
Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita
Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976),
SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara
(19850, Sasterawan Nusantara (1999). Karya:
Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri,
Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau,
Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai
T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih
Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah
Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan. g
Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka,

Keluarga[sunting | sunting sumber]
Isterinya, penyair Salmi Manja rajin
menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering
mendengar cerita rakyat seperti cerita Batu Belah batu
Bertangkup.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah
Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria
Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau
mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip
Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat
Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau
juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver
Twist, Wuthering Height dan Almayers Folly.
Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang
seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta
karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore.
Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda
ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang
menarik.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura
selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran
Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam diKuala
Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan
akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman
Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah,
Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah.
Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita
Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa
A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi
penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New
Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian
sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua
Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad
Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam
Kumpulan Akhbar The New Straits Times.
Penulisan[sunting | sunting sumber]
A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti
Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan
Shamsir.
Puisinya yang pertama diberinya judul Untuk Angkatan
50 yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad
menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak
dengan slogan, Seni untuk Masyarakat .Beliau berjaya
menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang
mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang
lebih cenderung menekankan nilai dalam
kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu,
dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan
politik atau ideologi yang menentang penjajah.
Novel pertamaberjudul Gerhana ditukar judul
kepada Salina .Profesor A. Teeuw dan sesetengah
sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf
antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah
penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958
anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina
menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di
Kampung Kambing,Singapura selepas Perang Dunia
Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan,
keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema
saebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan
Melayu.Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh
dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta
Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.
Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan
masyarakat Singapura yang menderita akibat perang.
Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup
melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah
tentera Jepun (1942-1946).
Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan
sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan
(1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih
Semalu (1984).
Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa
menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang
dalam Dari Salina ke Langit Petang.Buku
bercorak autobiografi ini merupakan rakaman
pengalaman Samad , pahit maung dan peristiwa
berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
1979,panel Anugerah Sastera
1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write
Awards)
Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira
Bukit telah ditayangkan.
1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada
Negara Brunei Darulsalam.
1997 gelaran `Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri
Melaka.
Karya[sunting | sunting sumber]
1. Salina, : DBP 1961, 495 hlm.
2. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka:
Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
3. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan,
1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
4. Di Hadapan Pulau, : Pustaka Sistem Pendidikan,
1978, 129 hlm.
5. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980,
220 hlm.
6. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
7. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
8. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
9. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.
Novel Remaja Kanak-kanak[sunting | sunting
sumber]
1. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru,
1968, 79 hlm.
2. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka
Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
3. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional,
1969, 101 hlm.
4. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu
Baru, 1974, 94 hlm.
5. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka
Nasional, 1969, 85 hlm.
6. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143
hlm.
7. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru,
1980, 67 hlm.
8. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
9. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.
Cerpen[sunting | sunting sumber]
1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183
hlm.
2. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), :
Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
3. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964,
76 hlm.
4. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, : Pustaka
Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
5. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad,
1966, 112 hlm.
6. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd.,
1982, 153 hlm.
7. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing
Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
8. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
9. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama),
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,
405 hlm.
10. Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954
1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP , 1993,495
hlm.
Puisi[sunting | sunting sumber]
1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183
hlm.
2. Puisi Baru Melayu 1942 1960 (antologi
bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.
3. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), :
Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
4. Sajak-sajak Melayu Baru 1946 1961/Modern Malay
Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan
keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
5. Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24
hlm.
6. Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa,
1975, 39 hlm.;
7. Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975,
57 hlm.
8. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi
bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
9. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), : DBP ,
1981, 294 hlm.
10. Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman
dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu
Pucuk Paku).
11. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala
Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
12. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-
Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
13. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling
Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
14. Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA,
1986, 141 hlm.
15. Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
16. An Anthology of Contemporary Malaysian
Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413 hlm.
17. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry
(1975 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
18. Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi
bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.
19. Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.
20. Suara Rasa/Voice from Within (antologi
bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.
Drama[sunting | sunting sumber]
1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia
Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka
Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
3. Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
4. Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
5. Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.
Esei/Kritikan[sunting | sunting sumber]
1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden
(bersama Usman Awang):Penerbitan Federal
Berhad, 1963
2. Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal
Berhad, 1966, 136 hlm.
3. Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal
Berhad, 1962, 152 hlm.
4. Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.,
1981, 279 hlm.
5. Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP ,
1994, 479 hlm.
Autobiografi[sunting | sunting sumber]
1. Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.
Umum[sunting | sunting sumber]
1. Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal
Berhad, 1965, 68 hlm.
2. Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
3. Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.
4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah
Sadon), : DBP , 1995, 510 hlm.
Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]
29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
1979 - panel Anugerah Sastera
1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write
Awards)
1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau
bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada
Negara Brunei Darulsalam.
1997 - gelaran `Datuk oleh [[Yang di-Pertua Negeri
Melaka.
Gerakan Mansuh PPSMI[sunting | sunting sumber]
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain
telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang
menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri
tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari
2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000
penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar
memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk
diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan
untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas
pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan
pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam
bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil
di Bukit Selambau, Bukit Gantangdan Batang
Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada
24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung
nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan
UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-
agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan
bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa
Melayu bukan milik mereka, bukan milikUMNO.
[1]
Dalam
kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak
berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran
Kajang.
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih
Bahasa" ke seluruh negara.





Sudirman Haji Arshad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato` Sudirman Haji Arshad

Latar belakang
Nama
lahir
Sudirman bin Arshad
Kelahiran 25 Mei 1954
No. 48, Jalan
Ibrahim, Temerloh,Pahang, Malaysia
Kematian 22 Februari 1992 (umur 37)
No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky
Garden, Bangsar, Kuala
Lumpur,Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, peguam, pelakon,penulis, ahli
perniagaan
Instrumen Vokal
Tahun
aktif
1976-1992
Label Warnada Record
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kegiatan
berkait
Zaleha Hamid, Sharifah
Aini,Noorkumalasari, Anita Sarawak
Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22
Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang
terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya
sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai
"Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain
itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran
"Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari
Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di
samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau
seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat"
dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai
kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur,
penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku
memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan
pelakon.

Isi kandungan
[sorokkan]
1 Riwayat Hidup
2 Perkahwinan
3 Tema Lagu
o 3.1 Anak Muda dan Anak Desa
o 3.2 Berunsur Nasihat
o 3.3 Semangat Patriotik
4 Kerjaya Sebagai Seorang Artis
o 4.1 Menyertai World ABU Song Contest Singapore 1985
o 4.2 Bergelar Duta Nyanyian
o 4.3 Konsert di Jalan Chow Kit
o 4.4 Penghibur Nombor 1 Asia
o 4.5 Persembahan
5 Kematian
6 Pencapaian Sudirman
7 Penulis dan Pelukis Kartun
o 7.1 Sejarah Awal Sudirman
o 7.2 Dari Dalam... Sudirman
o 7.3 Taming Si Budak Pintar
8 Usahawan
9 Senarai Lagu
10 Namamu Tetap Dikenang
o 10.1 Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir
o 10.2 Trek Selebriti: Sudirman Dalam Memori
o 10.3 Penyiaran Slot Sepanjang Jalan Kenangan...
Penghibur Legenda
o 10.4 Konsert Suara Hati Sudirman
o 10.5 Bergelar Dato'
o 10.6 Biografi Sudirman Arshad di Saluran History
o 10.7 Konsert Sudirman... Abadi Di Hati
11 Diskografi
12 Filemografi
13 Pautan Luar
14 Rujukan
Riwayat Hidup[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48,
Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan
anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji
Arshad bin Haji Hassan. Bapanya mendapat ilham untuk
menamakan beliau sebagai "Sudirman" dengan mengikut
sempena nama seorang pahlawan dari
Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi
seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa
sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya
pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga
mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka
kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan
sering mengambil upah dari ibunya.
Selain itu, ibunya juga seorang wanita yang aktif dalam
arena politik sebagai Ketua Kaum
Ibu UMNO (perhubungan Negeri Pahang) dan Wakil
Rakyat Pertama (1955) mewakili
kawasan Triang(bahagian Temerloh), telah meninggal
dunia pada tahun 1959 pada usia muda iaitu 32 tahun
(ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap
penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas
Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli
politik UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran di Temerloh, Pahang. Selepas kematian
isterinya, bapanya pernah berkahwin dengan Mariam binti
Mohamad yang berasal dari Kampung Dala, Lancang.
Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu
Baharom dan Maslina. Bapanya meninggal dunia pada
tahun 1978 dan sempat untuk melihat kejayaan anaknya
yang kian meningkat.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain
iaitu Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan
Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana
sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan
bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam
persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan,
senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.


Sudirman bersama rakan sekelasnya
Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah
Abu Bakar di Mentakab, Pahang (1963-1968), Sekolah
Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang (1969-
1971) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 3
dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan,
Pahang (1972-1975) sehingga beliau menamatkan
Tingkatan 6.
[1]
Sebelum memasuki Tingkatan 6, beliau
menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi
Mara (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi
Mara), Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak
tawaran itu.


Sudirman semasa membuat persembahan di Bintang RTM 1976
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran dalam
Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni,
beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di
antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.
Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-
undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga.
Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan
diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984.
Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman
kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila
dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM
peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay
Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau
mendendangkan lagu "Seruling Bamboo" dan "Big
Spender In The Cabaret". Pada peringkat awal saringan,
beliau memberi jawapan spontan seperti "seluar pinjam..."
apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai
seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para
penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau
mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari
Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas
sekali bahawa suaranya memang unik.
Perkahwinan[sunting | sunting sumber]


Gambar perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya,
pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman
bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan
hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah "Kay"
Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas.
Para peminat menyambut berita itu dengan gembira.
Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama
tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25
Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman di antara
mereka. Pasangan ini tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata
bahawa suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu
menjelang perpisahan antara mereka. "Apabila cerai
dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat
dibendung," kata Noor yang menyaksikan sendiri
perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam
kolum "Masih Kuingat Lagi", beliau menulis, dua perkara
yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu
pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya
yang gagal.
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir
penceraian menerusi lagunya "Terasing" dan "Merisik
Khabar", malah beliau turut mencipta lagu "Setiamu Tiada
Lagi" dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman
menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk
menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.
[2]

Tema Lagu[sunting | sunting sumber]
Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang
berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu
dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan
seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup
orang Malaysia.
Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang,
jururawat dan gadis desa seperti lagu "Pesan Abang",
"Jamilah (Untuk Jururawat)", "Sepetang di Pinggir Bukit",
"Orang Kampung" dan banyak lagi. Ada lagu sentimental
berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu
berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan
mencintai tuhan.

Anak Muda dan Anak Desa[sunting | sunting sumber]
Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung
halaman apabila menyanyikan lagu "Hidup Sederhana
(Basikal Tua)" dan "Anak Gembala" dengan tempo yang
rancak dan girang.
Lagu seperti "Apa Khabar Orang Kampung" mengajak
peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu
"Balik Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para
perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada
setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah
pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Ketika bermula era "siswazah menganggur", beliau
terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu "Aku
Penganggur". Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi
isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai
kepada sasaran.
Lagu "Aku dan Duniaku" menceritakan Sudirman dengan
dunia pilihannya, manakala lagu seperti "Baru Dapat
Kerja", "Orang Muda" dan "Pulang Dari Kilang" adalah
paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda,
terutama yang baru bekerja.
Berunsur Nasihat[sunting | sunting sumber]
Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar,
menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan
yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa
asal usul atau jati diri.
Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham J. M.
Aziz iaitu "Penyu Menangis" yang sebenarnya mengenai
rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan
pencemaran alam sekitar.
Lagu "Pesta Dunia" mencela manusia-manusia di negara
kaya yang membazirkan makanan dan
memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin.
Pada tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu
terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song
Festival.
Manakala lagu-lagu seperti "8 Ke 4 (Punch Card)" dan
"Chow Kit Road! Chow Kit Road!" bukan saja
menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga
mempunyai mesej.
Semangat Patriotik[sunting | sunting sumber]


Sudirman sememangnya berjiwa patriotik
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album
dalam bentuk piring hitam yang bertajuk Abadi bahawa
EMI dan penerbitnya ketika itu, S. Atantidak yakin untuk
menerbitkan album patriotik kerana bimbang masyarakat
tidak dapat menerimanya. Tetapi demi kecintaannya
kepada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya
biarlah ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya.
Dalam album Abadi, terkandung lagu "Warisan", "8 Ke 4
(Punch Card)", "Kehadiranku", "31 Ogos" dan
"Tegakkan Bendera Kita". Album itu tidak mendapat
sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain.
Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman
itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering
berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut
hari kemerdekaan.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan
bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman
menerusi lagu "Radio Malaysia", "Bapak" (ditujukan
kepada Bapa Kemerdekaan, Y. T. M. Tunku Abdul
Rahman), "Kul it!" (mengenai perpaduan kaum) serta
"One Thousand Million Smiles".
Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus
kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul "Mama".
Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila
saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya
cipta lagu untuknya. Kata Mama, P. Ramlee enggan cipta
lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak
perlu cipta lagu lagi, kata Sudirman pada April 1983.
Beliau meninggalkan lagu "Salam Terakhir" dan "Dari
Jauh Ku Pohon Maaf" yang memberi makna besar
kepada peminatnya.

Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir
dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini
masih berdenyut, selagi peminat masih meminati

Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia
hiburan.

Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu
lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat
terus mengingati buat selama-lamanya.

Kerjaya Sebagai Seorang Artis[sunting | sunting
sumber]
Menyertai World ABU Song Contest
Singapore 1985[sunting | sunting sumber]


Sudirman semasa menyanyikan lagu Pesta Dunia
Beliau pernah menyertai World ABU Song Contest yang
diadakan di Singapura pada tahun 1985. Beliau mewakili
Malaysia dan hanya berjaya mendapat tempat ke-5
daripada 14 peserta yang bertanding. Para peserta terdiri
daripada 14 buah negara di seluruh dunia
termasuk Amerika
Syarikat,Indonesia, Korea, Australia, Sweden, Fiji dan
beberapa negara yang lain. Beliau juga diiringi oleh
komposer, Manan Ngah. Beliau membawakan lagu
Pesta Dunia, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah
manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan.
Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea
Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu Salam
Terakhir apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya
dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup
lama.
[3]


Bergelar Duta Nyanyian[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1986, Pelancongan Malaysia telah
melantiknya sebagai "Duta Nyanyian Pelancongan
Malaysia". Semasa Persidangan Pelancongan Asia
Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, beliau
mempopularkan lagu "Cintai Malaysia, Kenali Malaysia"
(To Know Malaysia Is To Love Malaysia) ciptaan Carol
Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu
tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat
terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan
"honored pioneer card member" dengan Hong Leong
Bank.

Konsert di Jalan Chow Kit[sunting | sunting sumber]


Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan
persembahan Sudirman pada tahun 1986
Pada 15 April 1986,
[4]
Sudirman menempa nama di
dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan
konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala
Lumpur. Beliau telah berjaya memikat serta memukau
hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu
membanjiri jalan itu. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau
ialah Chow Kit Road! Chow Kit Road! dan diakhiri
dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk
golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk
orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau.
Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai
tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak
mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan
untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu
kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

Penghibur Nombor 1 Asia[sunting | sunting sumber]


Sidang media oleh Sudirman
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai
"Penghibur Nombor 1 Asia" pada "Asian Popular Music
Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama
dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung
di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan
penyanyi yang pertama dari Malaysia yang pernah
memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah
mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia
termasuk Hong Kong(Leslie Cheung), Filipina (Kuh
Ledesma), Singapura (Anita
Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea
Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut,
beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris "One
Thousand Million Smiles" dan "Send In The Clown"
dengan menggayakan aksi lucu ala-alaCharlie
Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan
beliau mengalahkan wakil-wakil dari negara lain yang
lebih hebat popularitinya.
Lagu "One Thousand Million Smiles" dirakamkan dalam
bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman
lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman
album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles.
Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Persembahan[sunting | sunting sumber]
Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai
daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah
dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang
kelihatan pada zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi
pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu
persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara
penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala
Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau
mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur
Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman
memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana
persembahannya begitu menyayat hati sewaktu
mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan
pemetik api simbolik beliau.
Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang
boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa
Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu
sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan
masyarakat.


Sudirman & The Girls
Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band
pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan
penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah
dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar
vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence
Fong.
Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia
bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea
dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau
memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja
penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat
unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana
nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh
terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-
rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan
istimewa.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak
dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer
terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S.
Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim
Masdor dan M. Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah
Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya.
Habsah Hasan turut menulis skrip untuk Sudirman
semasa membuat persembahan rancangan RTM dan
majlis makan malam.
Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi, Pemuzik
dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan dilantik
menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal.
Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan
pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan
haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga
mengambil kesempatan.
Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari
kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin,
Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussain, Fauziah Samad,
Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar
Alias, Mama Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan
kalangan artis (Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Anita
Sarawak, Yusni Jaafar, Sarimah, Zaiton Sameon,Ramli
MS).
Kematian[sunting | sunting sumber]
Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala
Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan
setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit,
keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan
lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke
mana-mana kecuali ke rumah kakaknya
di Butterworthselama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria,
penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas.
Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan
yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia
terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan
kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah
Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia
sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412),
hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun,
Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di
rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang
beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden,
Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap
penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah
Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan
disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45
petang - berdekatan dengan pusara orang tuanya (selang
beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi
jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu
kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.
Pencapaian Sudirman[sunting | sunting sumber]
Sepanjang hayatnya dan selepas pemergiannya, beliau
telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni
serta pingat kebesaran.
Tahu
n
Anugerah Kategori Nota Hasil
1976
Juara Binta
ng
RTM 1976
Solo

Menang
1977
Penghibur
Terbaik
RTM 1977
Tiada
Beliau
memenangi
kategori ini
menerusi
rancangan
Lukisan Irama
iaitu terbitan
Menang
oleh Doreen
Chia
1978
Anugerah
Seri
Angkasa
Penghibur
TV Terbaik

Menang
1982
Festival
Filem
Malaysia
Ke-3
Pelakon
Lelaki
Terbaik

Dicalonk
an
1985
Anugerah
Seri
Angkasa
Penghibur
TV Terbaik

Menang
Duta
Nyanyian
Pelanconga
n Malaysia
1985
Tiada

Menang
1987
Anugerah
Juara Lagu
1987
Persembah
an Terbaik
Beliau
memenangi
kategori ini
Menang
Anugerah
Bintang
Cemerlang
1987
Penyanyi
Lelaki
Cemerlang
Terbaik
melalui lagu
Merisik
Khabar
Menang
1989
Anugerah
Bintang
Popular
1989
Penyanyi
Lelaki
Popular

Menang
Asia's
Number
One
Performer
1989
Tiada

Menang
The
Guinness
Stout Effort
Award
Tiada

Menang
1988
Pingat Ahli
Mangku
Negara

1992
Pingat Ahli
Mahkota
Pahang
Beliau
dianugerahkan
pingat ini oleh
Sultan Pahang

Darjah
Johan
Mangku
Negara

Anugerah ini
disampaikan
kepada beliau
bersempena
ulangtahun Hari
Keputeraan
Yang di-
Pertuan
Agong Sultan
Azlan
Shah pada 6
Jun 1992

1993
Penghibur
No. 1
Malaysia
Tiada
Anugerah ini
diberikan oleh
akhbar New
Straits Times
Menang
Anugerah
Industri
Anugerah
Khas

Menang
Muzik
2009
Darjah
Indera
Mahkota
Pahang

Beliau
mendapat
gelaran Dato' o
leh Sultan
Pahang
selepas
kematiannya
pada tahun
1992.
Kakaknya,
Datin Rodziah
Arshad
mewakili beliau
untuk
menerima
pingat ini.


Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang
disumbangkan.

Penulis dan Pelukis Kartun[sunting | sunting sumber]
Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi
kolumnis ruangan Teringat-ingat dalam majalah hiburan
URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi
residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap
hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah
terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona,
Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea
itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah
beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi
kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan,
antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat
hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Tun Abdul Ghafar bin Baba di dalam sebuah
akhbar tabloid.


Sejarah Awal Sudirman
Sejarah Awal Sudirman[sunting | sunting sumber]
Sudirman telah menceritakan kisah-kisah awal hidupnya
melalui buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang
diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991.
"Berbagai-bagai keterangan mengenai saya telah
disiarkan di lipatan majalah dan muka akhbar. Ada yang
benar, dan ada yang tidak. Adatlah, apabila orang kedua
bercerita, kadang-kadang ada yang terkurang dan ada
juga yang terlebih kata. Tetapi buku ini cerita saya dan
dari mata pena saya sendiri. Ceritanya tentu akan
merantaikan diri saya. Tetapi tidak apa, kerana cerita ini
cerita benar tentang diri saya. Buku ini merangkumi hidup
saya dari saat kelahiran saya hingga Mei 1972..." LAT,
pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber
inspirasi beliau.


Dari Dalam... Sudirman
Dari Dalam... Sudirman[sunting | sunting sumber]
Cerita-cerita ini pertama kali disiarkan melalui
ruangan Cetusan Rasa kelolaan Allahyarham Sudirman
Haji Arshad yang terbit seminggu sekali melalui akhbar
BACARIA terbitan Karangkraf dari 5 Mei 1983 hingga 7
Ogos 1984. Edisi khas ini dibuat pada bulan Disember
1986 kerana Allahyarham ingin berkongsi luahan dan
cerita untuk renungan bersama peminat yang
menyayangi beliau.

Taming Si Budak Pintar[sunting | sunting sumber]
Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-
Malaysian Association of Book Publishers Awards,
anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya
iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang
memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan
kanak-kanak pintar. Anak saudaranya, Johana Era
Zainuddin menerima anugerah tersebut bagi pihak beliau
dari Datuk Peter Tinggom.

Usahawan[sunting | sunting sumber]


Sudirman bersama minuman tin SUDI


Tiga perisa minuman tin SUDI iaitu Kola, Oren & Lemonade
Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang
Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta,
yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama
Sudi. Kejayaannya dalam memasarkan Sudi telah
mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah
Pengusaha Muda. Minuman Sudi yang terkenal telah
mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam
masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah
bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong
mengiklankan minuman Sudi).
[5]

Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert
di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma
anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan
terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka
terhadap minuman jenama Sudi.
Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi
Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan
menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan
penampilan bintang popular dan merchadising keluaran
dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.
Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan Sudi Rasa
- iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa,
buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada
juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos
cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang
dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran
pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri
Hartamas.
Tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya
Sudirman Productions dengan hanya seorang pekerja.
Tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album
berjudul Sahabat untuk anak saudara kesayangannya
Atai (Razman Azrai Zainudin) di bawah Sudirman
Productions. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie
Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam
aksinya ketika konsert. Walaubagaimana pun pada Mac
1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi
pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak
dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik
Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya
sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan
jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri
semua kegiatan hiburannya.
Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya -
Sudirman Productions dan SUDI Sdn. Bhd. telah ditutup
pada September 1991.

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]
Senarai lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad

Namamu Tetap Dikenang[sunting | sunting sumber]
Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam
hati peminatnya. Beliau masih bergelar Penghibur
Nombor 1 Asia yang sukar dicari ganti.
Setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Raya
Aidilfitri, kita akan teringatkannya. Menjelang Hari Raya
Aidilfitri, rakyat Malaysia turut sama menyanyi apabila
mendengar lagu nyanyian Sudirman, Balik Kampung,
Selamat Hari Raya dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf
berkumandang di radio dan TV. Tatkala sambutan Hari
Kemerdekaan, lagu patriotik seperti 31 Ogos dan
Warisan masih dimainkan.
Seperti ibunya, Sudirman diabadikan di Muzium Tokoh
Pahang, di Kuantan sebagai mengenang jasanya dalam
bidang seni kepada bangsa dan negara. Tempat ini
mempamerkan barang-barang berharga seperti trofi
Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.
[6]

Pada tahun 1992, sebuah buku biografi yang bertajuk
Detik Terakhir Sudirman telah ditulis oleh En. Ghafar
Nin dan Cik Amira Muhamad. Buku ini juga mempunyai
keistimewaan yang tersendiri daripada Sudirman untuk
dijadikan kenangan khusus buat peminatnya.
Pada 23 Mei 2002, EMI Malaysia, Arkib Negara dan
Istana Budaya telah bekerjasama dalam menjayakan
Majlis Pengkisahan dan Pameran Sudirman di Auditorium
Memorial Tunku Abdul Rahman selama sebulan sempena
10 tahun pemergian Sudirman. Objektif pameran dan
pengkisahan buat julung kalinya itu juga adalah untuk
mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan
Allahyarham Sudirman melalui penceritaan dari keluarga,
sahabat serta koleksi barangan peribadi beliau.
Jasa Sudirman turut dikenang menerusi majlis Anugerah
Kecapi 2006 anjuran Papita yang menganugerahkannya
secara rasmi dengan gelaran Penghibur Nasional.
Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza
Untukmu Sudir[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Konsert Salam Terakhir Siti
Nurhaliza Untukmu Sudir


Poster yang dikeluarkan oleh Istana Budaya
Pada tahun 2002, Siti Nurhaliza yang juga anak jati
Kuala Lipis, Pahang telah mengadakan konsert
Untukmu Sudir sebagai mengenang jasa buat
Sudirman sebagai Seniman Rakyat. Konsert ini juga
bertempat di Istana Budaya dan dihoskan oleh Jaafar
Onn, Habsah Hassan dan Yusni Jaafar. Beliau telah
menyanyikan lagu-lagu Sudirman yang cukup sinonim
apabila didengari seperti Dir, Chow Kit Road! Chow
Kit Road!, Big Spender In The Cabaret, Balik
Kampung dan Salam Terakhir.
Selain itu, pihak produksi juga ada menyiarkan
beberapa klip video mengenai Sudirman, antaranya
adalah temuramah daripada orang yang terdekat, kaum
keluarga, penggubah lagu, komposer dan rakan-rakan.
Antara yang hadir untuk menyaksikan konsert ini
adalah kaum keluarga Allahyarham Sudirman sendiri.
Menariknya, anak saudara Sudirman iaitu Atai telah
memberikan kerjasama untuk menjayakan konsert ini
dengan mendendangkan beberapa rangkap lagu oleh
Sudirman.
Pada suatu ketika, Siti muncul di pentas dengan
rangkaian baju yang sinonim dengan Sudirman, iaitu
baju yang bercorakkan Jalur Gemilang. Baju ini dibuat
semula dan direka oleh pereka fesyen kegemaran
Sudirman iaitu Din Wahab. Siti juga turut menjemput
para penonton untuk bersama dengan beliau di atas
pentas bagi lagu yang bertajuk Hujan. Prop di atas
pentas juga telah dibuat dengan begitu lancar dan
tersusun. Pada akhir konsert, penonton telah
menyaksikan tayangan klip video oleh Sudirman yang
akhirnya menyebabkan Siti dan penonton yang lain
terharu serta menitiskan air mata. Konsert yang
berjalan selama dua hari ini telah mendapat kritikan
balas yang positif serta berjaya mendapat anugerah
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu
Merisik Khabar.
Trek Selebriti: Sudirman Dalam
Memori[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2006, Astro Ria menerusi Trek Selebriti
telah menyiarkan satu episod khas bagi memperingati
sejarah hidup dan pembabitan Sudirman dalam bidang
seni serta turut menampilkan secara eksklusif
persembahan terakhir beliau yang belum pernah
disiarkan di mana-mana stesen televisyen.
Penyiaran Slot Sepanjang Jalan
Kenangan... Penghibur
Legenda[sunting | sunting sumber]
Sepanjang Mac 2007, Radio Televisyen Malaysia
(RTM) telah menyiarkan semula program-program
nyanyian yang pernah dihoskan oleh Allahyarham
Sudirman bagi mengimbau kembali perjuangan seni
beliau. Ia bertujuan sebagai pembuka tirai kepada
Konsert Suara Hati Sudirman yang telah diadakan
pada 1hb April 2007.
Puspawarna 1984 (7 Mac 2007) - konsep "Sudirman
dari sebuah bilik"
Mekar Sejambak Sudirman dan Atai 1985 (14 Mac
2007) - konsep muzikal mengenai sebuah kelab
malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.
Istimewa Bersama Sudirman 1987 (21 Mac 2007) -
Sudirman turut mendendangkan rangkaian lagu-lagu
yang berbahasa Cina, Tamil, juga menyanyi sambil
melukis bendera Malaysia.
Istimewa Bersama Sudirman 1988 (28 Mac 2007) -
konsert bulanan secara langsung yang dikendalikan
oleh penyanyi popular dan berbakat sahaja.
Konsert Suara Hati Sudirman[sunting | sunting
sumber]
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan Malaysia melalui Radio Televisyen
Malaysia (RTM) telah mengadakan Konsert Suara Hati
Sudirman sebagai penghargaan kepada Sudirman.
Konsert ini adalah bersempena dengan ulang tahun
RTM yang ke-61 serta sambutan kemerdekaan yang
ke-50. Konsert ini juga diterbitkan oleh Ain Sabrina
serta membariskan pelbagai artis 18 artis popular
tempatan pada masa kini. Pihak pengajur telah
memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tempat
untuk mengadakan konsert tersebut pada 1 April 2007,
jam 8.30 malam. Selain itu, pentas untuk persembahan
juga turut dihiasi dengan mood pencahayaan ketika
era Sudirman. Selain itu, konsert ini juga tidak
menggunakan hos tetapi dengan suara latar yang
berpandukan skrip yang ringkas dan padat hasil tulisan
Habsah Hassan.
Lagu pembukaan bagi konsert ini adalah Dir,
nyanyian oleh Mawi dengan iringan Orkestra RTM.
Antara arits lain yang turut menjayakan konsert ini
ialah Ramli Sarip, Siti Nurhaliza, Misha Omar,Ning
Baizura, Jaclyn Victor, Farawahida, Liza Hanim, Izwan
Pilus, Nita, Dayang Nurfaizah, Faizal AF dan Bob
Antara lagu popular yang turut dinyanyikan ialah
Salam Terakhir dan Tanggal 31, nyanyian Siti
Nurhaliza. Di samping itu, Ramli Sarip telah
menyanyikan lagu Milik Siapakah Gadis Ini.
Seterusnya, Misha Omar telah mendendangkan lagu
Terasing dan Liza Hanim dengan lagu yang bertajuk
Hujan. Lagu Apa Khabar Orang Kampung, Hidup
Sederhana (Basikal Tua), Aku Penghiburmu, Joget
Kenangan Manis, Chow Kit Road! Chow Kit Road!,
Kul It!, Jauh Di Sudut Hati, One Thousand Million
Smiles, Merisik Khabar dan Di Dalam Sepi Itu turut
dinyanyikan oleh artis yang hadir.
[7]

Bergelar Dato'[sunting | sunting sumber]
Pada 18 Jun 2009, beliau secara rasminya bergelar
Dato' Sudirman Haji Arshad setelah pemergiannya
selama 17 tahun. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad
menerima pengiktirafan itu sebagai mewakili beliau
daripada Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana
Abu Bakar, Pekan, Pahang.
[8]

Biografi Sudirman Arshad di Saluran
History[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2011, Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS) bersama AETN All Asia Networks
telah menerbitkan dokumentari di saluran History yang
bertajuk Sudirman Arshad. Dokumentari yang
berbentuk biografi ini telah disiarkan pada 20 Februari
2011 (Ahad), jam 10.00 malam. Selain itu, dokumentari
ini juga menyiarkan beberapa klip gambar serta video
yang menceritakan pengalaman pahit dan getir
sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Di
samping itu, penonton akan menyaksikan sesi
temuramah bersama beberapa teman rapat beliau
serta memahami dengan lebih mendalam mengenai
kisah beliau.
[9]

Konsert Sudirman... Abadi Di
Hati[sunting | sunting sumber]
Pada 24 Februari 2012, Radio Televisyen Malaysia
(RTM) telah sekali lagi mengadakan konsert bagi
memperingati beliau dengan iringan 40 pemuzik
daripada Orkestra RTM. Konsert ini juga
mengetengahkan lagu-lagu Sudirman yang jarang
didengar oleh umum iaitu Hilang Berganti, Hujan,
Kehadiranku dan Jali Jali. Konsert ini juga
menyenaraikan penyanyi seperti Adibah Noor, Jaclyn
Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah,
Tomok, Black, Aril dan Rey (Bintang RTM).
[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Diskografi Sudirman Haji Arshad


Lukisan mural Sudirman
Teriring Doa (1976)
Aku Penghiburmu (1978)
Perasaan (1979)
Anak Muda (1980)
Lagu Anak Desa (1980)
Lagu Dari Kota (1981)
Twinkle Twinkle Little Star (1981)
Abadi (1982)
Lagu Cinta (1982)
Images (1983)
Orang Baru (1984)
Lagu Dari Sebuah Bilik (1984)
Orang Kampung (1986)
Kul it! (1986)
Asia's No. 1 Performer (1989)

Filemografi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Kami (filem)
Sudirman pernah dicalonkan dalam kategori
Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia
Ke-3 pada tahun 1982, tetapi tidak berjaya
memenangi pertandingan tersebut.
Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang
pengeluar filem. Menjelang penghujung usianya,
Sudirman memberitahu bahawa beliau telah
menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita
untuk menjadi pengeluar dan pengarahnya.
Malangnya, hasratnya itu tidak kesampaian.

Anda mungkin juga menyukai