Anda di halaman 1dari 19

SINOPSIS

Takut
Azfa Hanani telah mencuri pinjam beberapa buah buku perpustakaan. Kerika di dalam
makmal, kawannya bercakap tentang pencuri yang akan ditangkap tidak lama lagi. Azfa
Hanani berasa takut akan digantung atau dibuang sekolah. Namun dia berbuat demikian
kerana tekanan hidup. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan bapa saudara yang serba
kekurangan. Azfa Hanani bertambah takut apabila dia dipanggil ke bilik pengetua oleh
pengawas sekolah.
Siapa Mereka?
Di bilik pengetua terdapat Syarifah Rozan yang telah dikenalnya. Dia diperkenalkan dengan
Tengku Mazran dan Syafinaz. Mereka mengakui wajah Azfa Hanani memang seiras dengan
Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Mereka mahu Azfa Hanani mengikut mereka
untuk menenteramkan perasaan Datin Maziah yang tidak dapat menerima kematian anak
kesayangannya. Azfa Hanani setuju sekiranya mendapat keizinan daripada Pak Longnya.
Kerana Terdesak
Azfa Hanani mendapat keizinan daripada pak long dan mak longnya. Tengku Mazran datang
ke rumah Azfa Hanani untuk menjemputnya. Tangku Mazran berjanji sekiranya Azfa Hanani
setuju dengan permintaan mereka, mereka akan menanggung kos perubatan anak pak
longnya. Azfa Hanani juga mengenangkan dia akan ditangkap dan dibuang sekolah oleh
pihak Sekolah Menengah Seri Dian, dia juga menerima tawaran tersebut. Selain daripada itu
dia juga akan diberhentikan sekolah pada suatu hari nanti kerana pak longnya tidak mempu
untuk menanggung kos persekolahannya.
Seawal Kehadiran
Tangku Mazzran, Syafinaz dan Azfa Hanani menginap di Hotel Universe terlebih dahulu.
Mereka mengajar Afza Hanani tentang perwatakan dan kebiasaan Tengku Murni. Sesampai di
rumah Datin Maziah, Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku
Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Azfa Hanani disuruh
berehat. Dia teringatkan Nordin yang menemuinya semasa dia hendak berangkat ke Kuala
Lumpur. Nordin menjelaskan bahawa pencuri yang ditangkap ialah beberapa orang pelajar
lelaki. Apabila Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah, dia dapat melakukan apa yang
diajar kepadanya dengan baik.
Sebagai Pelajar Baru
Azfa
Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia berkenalan
dengan Tengku Ellina, sepupu kepada Tengku Murni dan juga Ekran, Andiani serta pelajar
yang memusuhi Tengku Murni iaitu Laini, Syafikah dan Fuziana. Tengku Ellina memberitahu
Azfa Hanani bahawa beg duit, kad ATM dan kad pengenalan Tangku Murni belum dijumpai.
Imbalan Budi
Sekembali dari sekolah, Datin Maziah menunggu untuk makan bersama. Datin Maziah
memasak untuk Azfa Hanani. Datin Maziah menegur Azfa Hanani yang makan sedikit
daripada biasa. Di dalam bilik, Azfa Hanani melihat dan membaca diari Tengku Murni untuk
lebih mengenali hal peribadi Tengku Murni.
Kerenah Laili
Azfa hanani menulis surat kepada pak long sekeluarga. Kemudian dia ke sekolah untuk
menghadiri perjumpaan pelajar tingkatan lima. Mereka mengadakan mesyuarat tentang

pelaksanaan projek hari Sumbangsih. Taklimat disampaikan oleh Ekran. Laili tidak puas hati
kerana tidak diberikan peranan mengendalikan slot Malam Bakat Sumbangsih. Selepas
mesyuarat, Azfa Hanani pergi ke Plaza Cahaya untuk mendaftar kelas Bahasa Inggeris dan
kelas Bahasa Jepun. Semasa mencari hentian teksi dia terserempak dengan Ekran sedang
menjual burger.
Tertanya-tanya
Ketika di perpustakaan sekolah, Fuziana dan Syafikah menawarkan peranan pengacara
Malam Bakat Sumbangsih kepada Azfa Hanani. Azfa Hanani menolak tawaran itu kerana
menyedari bahawa slot itu sepetutnya dikendali kanoleh pelajar tingkatan lima Sastera II.
Selain daripada itu Azfa Hanani dapat membaca bahawa mereka tidak ikhlas. Di rumah
malam itu, Tengku Muzaffar menegurnya dengan baik. Tengku Muzaffar berjanji akan
mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer.
Ekran
Azfa Hanani nekad untuk menemui Ekran. Selepas kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun,
dia diganggu oleh Iskandar. Iskandar menggodanya dan mahu menghantar Azfa Hanani
pulang. Azfa Hanani pergi ke tempat Ekran menjual burger. Ekran menjelaskan bahawa dia
ingin menjadi akauntan. Menjual burger adalah satu peluang untuk dia belajar secara
praktikal.
Meluah Rasa
Azfa Hanani menghubungi Syafinaz untuk mendapat kebenaran ke Pesta Buku. Setelah
medapat kebenaran, Azfa Hanani bersama Ekran ke sana. Dalam perjalanan, Ekran
menjelaskan bahawa ayah Laili pernah menderma sebanyak RM 10 ribu kepada Persatuan
Pelajar Tingkatan Lima. Itulah sebab diaberlagak sombong dan Ekran tidak begitu
membangkangnya. Mereka kemudiannya terserampak dengan Tengku Muzaffar sedang
menunggang motosikal.
Bukan Dirancang
Tengku Ellina meminta Azfa Hanani ke rumahnya. Azfa Hanani meminta kebenaran daripada
Datin Maziah. Datin Maziah keberatan kerana peperiksaan SPM sudah dapat. Namun setelah
dipujuk, Datin memberikan kebenaran. Azfa Hanani dihantar oleh Tengku Muzaffar. Azfa
Hanani diminta memainkan peranan Tengku Ellina sebagai pengerusi forum remaja untuk
sesi latihan hari itu kerana Tengku ellina terpaksa mengendalikan mesyuarat projek Hari
Sumbangsih. Suara dan kebolehan Azfa Hanani membuatkan rakan meminta dia
menggantikan Tengku Ellina sebagai pengerusi.
Melulu
Pertandingan forum remaja akan berlangsung tidak lama lagi. Azfa Hanani dan rakannya
membuat persiapan terakhir. Dia mendapat tahu gerai burger Ekran telah dibakar malam
tadi. Dia terus mencari Ekran di bilik persatuan pelajar tingkatanlima. Ekran tidak ada. Laili
muncul marah kerana Azfa Hanani tidak menerima tawarannya. Kata-kata berupa ugutan
dan penghinaan menyebabkan perasaan Azfa Hanani gementar.
Hadiah Bererti
Pasukan forum remaja telah menang pertandingan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai
pengerusi terbaik. Dia mendapat pujian daripada rakan termasuk Tengku Ellina. Datin
Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17. Azfa Hanani terharu kerana tidak
pernah menyambut hari jadi seumpama itu. Dia terlebih dahulu dibimbing oleh Syafinaz
untuk mengendalikan parti itu. Ekran datang lewat dan tidak mahu masuk. Dia memberikan
hadiah dan terus berlalu.
Selesai majlis, Tengku Mazran memberitahu Azfa Hanani
bahawa sepupunya Zuraini yang ditemani oleh pak long, Abang Norman dan Kak Rozan
telah menemui kiai di Jakarta dan mempunyai harapan sembuh. Azfa Hanani menyatakan
perasaan rindu kepada keluarga di kampung dan rakan-rakan lama.

Misteri yang Tersimpan


Tengku Mazran memberikan telefonnya untuk digukana oleh Azfa Hanani. Dia telah
menghubungi rakan-rakan lamanya. Syafinaz menjemput Azfa Hanani makan.namun dia
enggan dengan alasan masih kenyang. Tengku Muzaffar menunaikan janjinya mengajar Azfa
Hanani menggunakan komputer. Bekalan elektrik terputus menyebabkan pembelajaran
terhenti. Azfa Hanani membukan hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia
terkejut kerana mendapati kad pengenalan dan wang kepunyaan Tengku Murni.
Kunjungan Mengejut
Melalui perbualan telefon dengan pak long, Azfa Hanani dapat tahu bahawa Zuraini sudah
boleh berjalan. Mereka akan pulang pada hari itu. Azfa Hanani mahu ke lapangan terbang
untuk menemui mereka namun ditegah oleh Syafinaz. Azfa Hanani ke kelas Bahasa Inggeris.
Sepulang ke rumah dia terkejut melihat pak long dan Zuraini ada di rumah tersebut. Dia
berbual panjang dengan Zuraini. Di sudut lain pak longnya dan Datuk Tengku Makmur
berbual panjang dengan pak longnya. Datin Maziah tidak ada di rumah.
Hari Sumbangsih
Hari sumbangsih berjalan dengan lancar. Azfa Hanani diberitahu rakannya bahawa Laili
membawa Iskandar ke sekolah. Azfa Hanani cuba mencari Ekran untuk mendapatkan
penjelasan tentang beg duit dan kad pengenalan Tengku Murni. Dia berjaya menemui Ekran
di dalam bilik persatuan tingkatan lima. Ekran menjelaskan hubungannya dengan Tengku
Murni dan menunjukkan beberapa keping gambar. Atas alasan tertentu mereka berpisah dan
beg duit Tengku Murni tertinggal di dalam bilik itu. Hari itu juga Tengku Murni menemui ajal.
Terusir
AZfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dengan mengunakan lilin dia dapat
mengesan beberapa perkataan yang dipadamkan. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk
mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang hubungan Tengku
Murni dengan Ekran kerana Ekran miskin dan tidak ada masa depan. Azfa Hanani terhina
dan belaku pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah
kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar dan
dihalau pada malam itu juga.
Hakikat
Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Ellina. Kemudian baru pulang ke
kampung. Dia rasa bahagia walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan kerana tidak
perlu bersikap hipokrit. Dia telah nekad untuk tidak kembali ke rumah Datin Maziah lagi.
Tengku Mazran, Syafinaz, Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur datang menemui Azfa
Hanani. Mereka memohon maaf atas apa yang berlaku. Datuk Tengku Makmur memberitahu
Azfa Hanani bahawa dialah yang memyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam
kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Kemudian daripada
itu. Anak itu tidak dapat dikesan untuk dibantu. Hal itu diketahui oleh Datuk Tengku Makmur
semasa pak long Azfa Hanani berkunjung ke rumah mereka semasa pulang dari Jakarta.
Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan
identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Kutipan Hari sumbangsih
mencecah RM 16,655.00. Fuziana dan Syafikah meminta maaf daripada Azfa Hanani atas
sikapnya sebelum itu. Laili terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa membonceng
motosikal Iskandar. Iskandar maninggal di tempat kejadian manakala Laili dirawat di wad
ICU. Pasukan forum remaja telah menjadi johan peringkat negeri. Azfa Hanani telah
diumumkan sebagai pengerusi terbaik peringkat negeri. Azfa Hanani pergi ke rumah Ekran.
Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger. Tengku
Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu bapanya

melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia tinggal di
rumah datuknya.
******** 1
TEMA
Novel Azfa Hanani bertemakan kemasyarakatan iaitu peranan dan tanggungjawab
seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu dan keluarga sendiri yang di
belenggu kemiskinan. Gadis yang dimaksudkan itu ialah Azfa Hanani yang merupakan
watak utama dalam cerita. Dia adalah anak yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal
akibat kemalangan jalan raya. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang
dipanggil pak long yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dia mempunyai empat
sepupu termasuk Zuraini yang lumpuh. Kehidupan yang miskin membuatkan persekolahan
Azfa Hanani juga menjadi sukar. Dia juga menanti hari-hari dia diberhentikan kerana
ketiadaan belanja daripada pak longnya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mencuri
pinjam buku-buku dari perpustakaan sekolahnya. Kehilangan buku-buku itu disedari oleh
pihak perpustakaan. Azfa Hanani kemungkinan digantung persekolahan atau dibuang
sekolah.
Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah menyelamatkan keadaan. Azfa
Hanani telah menerima tanggungjawab yang baru sebagaimana diminta oleh Tengku
Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa masalah dapat diselesaikan. Dia dapat
meringankan beban pak longnya menanggung persekolahannya. Selain daripada itu dia juga
dapat menolong pak longnya mengubati Zuraini yang lumpuh sebagaimana yang dijanjikan
oleh Tengku Mazran sekiranya Azfa Hanani menerima tawaran itu. Perkara paling penting
yang perlu dilakukan oleh Azfa Hanani ialah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan
perasaan setelah anak kesayangannya meninggal dunia. Azfa Hanani menerima tawaran
untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.
Setelah berada di rumah Datin Maziah, sedikit wang telah dihantar oleh Azfa Hanani kepada
pak longnya untuk meringankan beban. Dia juga dapat bersekolah denganbaik tanpa
memikirkan akan diberhentikan persekolahan kerana kesuntukan wang. Sebagaimana yang
dijanjikan
oleh
Tengku
Mazran,
Zuraini
telah
dihantar
menjalani
rawatan
di Jakartasehinggalah dia dapat berjalan. Dia juga dapat mengatasi perasaan rindu dan
sayang Datin Maziah terhadap anaknya Tengku Murni walaupun seketika. Datin Maziah
dapat mengesan perbezaan antara Azfa Hanani dengan anaknya Tengku Murni. Namun dia
diterima semula setelah keluarga Datin Maziah mengetahui bahawa Azfa Hanani pernah
disusuinya setelah ibu dan bapanya meninggal akibat daripada kecuaian Tengku Makmur
semasa memandu.

PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis ialah persoalankasih sayang dalam
kalangan hali keluarga. Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga
anaknya tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa Tengku
Murni telah meninggal akibat kemalangan yang berlaku. Tengku Mazran amat takut
perasaan Datin Maziah terganggu. Keadaan itulah yang menyebabkan dia meminta Azfa
Hanani yang seiras dengan Tengku Murni menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani
juga sayang kepada keluarga pak longnya. Dia meneyedari keadaan pak longnya dan dapat
menerima keadaan itu. Dia reda andainya dia diberhentikan daripada persekolahan oleh pak

longnya. Dia juga mengirimkan wang kepada pak longnya semasa berada di rumah Datin
Maziah.
Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalankemiskinan dan masalah
hidup masyarakat luar bandar. Pak long hanyalah bekerja sebagai penoreh getah yang
mempunyai tanggungan seramai empat orang anak sendiri dan seorang anak saudara iaitu
Azfa Hanani. Selain daripada itu dia juga mempunyai seorang anak yang lumpuh.
Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak yang lumpuh
menyebabkan belanja persekolahan Azfa Hanani tidak dapat dibiayai dengan baik. Namun
begitu pak long tidak mampu untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk anaknya.
Mereka tinggal di rumah yang berdinding buluh dan beratap nipah. Kerana kekangan itu pak
long merancang untuk memberhentikan Azfa Hanani daripada persekolahan walaupun Azfa
Hanani merupakan salah seorang murid cemerlang dalam kelasnya. Kemiskinan itu juga
menyebabkan Azfa Hanani mencuri pinjam buku rujukan di perpustakaan kerana ketiadaan
wang untuk membelinya.
Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Azfa Hanani persoalan perbezaan
darjat antara dua golongan masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi
renggang. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk
Tengku Makmur sendiri. Tengku Musaffar telah menghalang hubungan Tengku Murni dengan
Ekran menyebabkan hubungan mereka terputus. Ekran telah mengambil tindakan tersebut
atas desakan Tengku Muzaffar. Mereka bertengkar dan hari itu juga Tengku Murni memandu
dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semasa Azfa Hanani tinggal di rumah mereka,
sekali lagi Tengku Muzaffar mengambil tindakan yang sama menyebabkan Ekran
menjauhkan diri dairpada Azfa Hanani. Tengku Muzaffar sendiri mengakui bahawa dia tidak
mahu Tengku Murni dan Azfa Hanani berkawan dengan Ekran yang miskin dan tidak
mempunyai masa depan. Manakala Datuk Tengku Makmur pula memberi upah kepada Azfa
Hanani. Ia merupakan satu menghinaan kepada golongan miskin sepertinya.
Pengarang juga mengungkapkan persoalan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar luar bandar. Azfa Hanani seorang pelajar yang cemerlang semasa
belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia mendapat keputusan yan cemerlang dalam
peperiksaan SRP.Namun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dia hanya pendapat keputusan
P7. Semasa belajar di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari, dia menjadi
bahan ejekan kawannya kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Semasa pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris Azfa Hanani tidak dapat
membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan
yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa
Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa
belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa beada di rumah Datin Maziah.
Pembaca juga dapat mengesan persoalan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan
pelajar sekolah. Pertentangan ini wujud kesan daripada sikap segelintir pelajar yang
mempunyai perasan bangga diri. Sikap ini ditunjukkan oleh Laili dan kawannya Fuziana dan
Syafikah. Laini bersikap bongkak kerana ayahnya pernah menderma sebanyak RM 10 ribu
kepada persatuan pelajar tingkatan lima untuk dijadikan modal Hari Sumbangsih. Dia
bersiang dengan Tengku Murni dalam segala hal. Walaupun Tengku Murni sudah tiada, dia
tetap mahu bersaing dengan Azfa Hanani yang berada di tempat Tengku Murni di sekolah
berkenaan. Laini cuba untuk mengganggu dan mengambil peranan pelajar tingkatan Lima
Sastera II yang diamanahkan untuk menjayakan Malam Bakat Sumbangsih. Dia pernah
meminta Fuziana dan Syafikah mengajak Azfa Hanani untuk turut sama menyertai mereka.
Walaupun pelajar lain membantah, Laini tetap dengan kemahuannya mengendalikan malam
bakat tersebut.

Watak Tengku Murni dan Azfa Hanani sendiri menggambarkan persoalan cara hidup
golongan kaya atau berada. Azfa Hanani telah menjalani kehidupan sebagai anak orang
kaya selepas dia menerima tawaran untuk berlakon dan mengambil tempat Tengku Murni
yang telah meninggal dunia. Walaupun hatinya tidak menyenangi keadaan itu, namun dia
terpaksa menuruti kehendak Tengku Mazran dan Syafinaz. Bukan sahaja tinggal di rumah
yang mewah tetapi juga mempunyai peralatan yang canggih seperti komputer. Azfa Hanani
sendiri tidak tahu menggunakannya. Dia dihantar oleh Tengku Mazran atau Syafinaz jika
hendak ke sekolah atau ke mana-mana. Dia tidak dibenarkan naik bas sebaliknya dia
dikehendaki naik teksi sekiranya tidak ada sesiapa yang dapat menghantarnya. Dia juga
tidak dibenarkan berkawan dengan orang miskin sebagaimana yang ditegah oleh Tengku
Muzaffar. Selain daripad aitu dia tidak menghadapai masalah kewangan keranan dia selalu
dibekalkan dengan wang yang mencukupi.
Melalui watak Ekran pula pembaca mendapat gambaran tentang persoalan cita-cita dan
masa depan seseorang pelajar. Ekran seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi
seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita tersebut.
Selepas peperiksaan SRP dia tidak mengikut rakannya belajar dalam aliran sains di
tingkatan empat. Dia sebalinya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata
pelajaran akaun. Jika di dalam kelas dia mempelajarinya secara teori, selepas waktu
persekolahan pula dia mempraktikkan pelajaran yang dipelajari. Dia membuka gerai burger.
Dia memberitahu Azfa Hanani bahawa dengan berniaga dia dapat mempraktikkan
pengetahuan tentang akaun keluar dan akaun masuk serta tabungan.
******** 2

WATAK DAN PERWATAKAN

A)

AZFA HANANI
Azfa Hanani berumur 19 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya ketika dia masih kecil. Sejak dari kecil dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya
yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri
Dian bermula dari tingkatan empat. Semasa di tingkatan lima dia telah bertukar ke Sekolah
Menengah Taman Sari setelah dia bersetuju dengan tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Dai mempunyai empat orang adik sepupu termasuk
seorang yang lumpuh iaitu Zuraini. Di Sekolah Menengah Taman Sari dia telah bekawan
dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Elliana. Dia diminta menyemar sebagai tengku
Murni, anak kepada Datin Maziah yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya. Setelah
identitinya diketahui oleh Datin Maziah, dia dihalau dari rumah. Namun demikian dia
diterima semula setelah dia mengetahui bahawa ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam
kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri. Manakala
Azfa Hanani pernah disusui seketika selepas kematian ibu bapanya.
Antara perwatakan Amira ialah seorang yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya pendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat

membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan
yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa
Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa
belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.
Azfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang
lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia
memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak
longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya. Oleh
yang demikian dia bersedia untuk diberhentikan daripada persekolahannya. Azfa Hanani
juga prihatin terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan
oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia telah menerima permintaan Tengku Mazran
untuk menolong ibunya dengan menyamar sebagai anak kesayangan Datin Maziah iaitu
Tengku Murni.
Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang tabah dalam
menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang
memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari
dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialah lima belas kilometer. Dia
tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan
untuk membayar yuran dan langganan bulanan bas sekolah. Semasa tiba di rumah Datin
Maziah, dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar.
Pengarang novel ini juga menggambarkan Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap
keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah
Datin Maziah, dia sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan
hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia terasa rindu
kepada pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis suratkepada mereka untuk bertanya
khabar. Azfa Hanani juga menyatakan perasaan rindu tersebut kepada Tengku Mazran dan
Syafinaz. Dia diberikan telefon untuk menghubungi pak longnya di kampung. Semasa pak
longnya bersama Zuraini pulang dari Jakarta, Azfa Hanani terlelu ingin ke lapangan terbang
untuk menemui mereka.
Selain daripada itu Azfa Hanani merupakan seorang remaja yang pasrah dan reda dalam
menerima ketentuan atau takdir terhadap dirinya. Semasa hidup di kampung
bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan
daripada persekolahan akibat daripada kesempitan hidup. Dia dapat menerima kenyataan
itu kerana sifat prihatin dan faham akan keadaan pak longnya yang hanya bekerja sebagai
penoreh getah. Semasa di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima
apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah tahu bahawa dia
menyamar sebagai Tengku Murni.
Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha
untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku.
Dia juga tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long mengenangkan
kehidupan mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana keinginannya untuk
menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di
Sekolah Menengah Sri Dian. Dia berjanji akakn memulangkan buku-buku berkenaan setelah
dia habis menelaah. Ekoran daripada tindakannya, dia sanggup menanggung risiko tindakan
disiplin ke atasnya setelah kehilangan buku di perpustakaan disedari oleh guru.
Perwatakan lain yang ada pada diri Azfa Hanani ialah sentiasa merendah diri. Dia selalu
ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah
Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai
seorang yang miskin. Kikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada

itu, ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya yang lunak dan
menggalakkan dia menjadi seorang juruhebah. Namun dia tidak berasa megah dengan
pujian tersebut. Dia telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum
remaja peringkat negeri. Namun dia menganggap kejayaanitu adalah kejayaan
kumpulannya.
B)

EKRAN
Ekran merupakan kawan sekelas Azfa Hanani di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia juga
seorang pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Ibu dan bapanya
merupakan pensyarah universiti yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran
di Amerika Syarikat. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya, dia tinggal dengan datuknya. Ekran
juga merupakan kawan istimewa kepada Tengku Murni. Hubungan mereka putus setelah
Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga berkawan rapat dengan Azfa
Hanani namun sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar.
Dari segi perwatakan, Ekran digambarkan sebagai seorang yangbercita-cita tinggi. Dia
ingin menjadi seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita
tersebut. Selepas peperiksaan SRP dia tidak mengikut rakannya belajar dalam aliran sains di
tingkatan empat. Dia sebaliknya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata
pelajaran akaun. Jika di dalam kelas dia mempelajarinya secara teori, selepas waktu
persekolahan pula dia mempraktikkan pelajaran yang dipelajari. Dia membuka gerai burger.
Dia memberitahu Azfa Hanani bahawa dengan berniaga dia dapat mempraktikkan
pengetahuan tentang akaun keluar dan akaun masuk serta tabungan.
Ekran juga merupakan seorang pemimpin persatuan yang berkebolehan dan disegani.
Sikap ini terbukti apabila tidak ada sesiapa yang mencabar Ekran semasa pemilihannya
sebagaipengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan. Dia juga berjaya
melaksanakan projek Hari Sumbangsih dengan jayanya sehingga kutipan yang diterima
lebih daripada yang dijangkakan. Dalam melaksanakan program itu, Ekran berjaya
merancang dan membahagi tugas dengan baik. Dia juga telah mengadakan mesyuarat
untuk memaklumkan tugasan tersebut pada hari Sabtu. Azfa Hanani juga hadir dalam
mesyuarat berkenaan.
Pengarang novel menggambarkan watak Ekran sebagai seorang yang tabah. Sikap ini
terserlah apabila dia tabah menerima perpisahannya dengan Tengku Murni setelah Tengku
Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Perpisahan itu adalah perpisahan selamalamanya apabila Tengku Murni meninggal akibat daripada kemalangan jalan raya. Dia juga
tabah menerima dugaan hidup apabile sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk
menjalin hubungan dengan Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkandiri daripada Azfa Hanani.
Selain daripada itu dia tidak bertindak balas apabila gerai burgernya dibakar. Dia hanya
mendiamkan diri.
Perwatakan lain yang terdapat pada diri Ekran ialah dia bijak membahagikan masa dan
mengisi masanya dengan aktiviti yang berfaedah. Setelah tamat waktu persekolahan dia
terus membuka gerai perniagaan burgernya. Dia sedar bahawa ibu bapanya tidak suka dia
menghabiskam masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu dia meminta kebenran
daripada bapanya untuk berniaga. Dia akan menutup gerai burgernya menjelang petang.
Manakala pada waktu malam dia akan belajar dan mengulangkaji pelajaran.

C)

TENGKU MURNI

Tengku Murni adalah anak kepada Catin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Adik kepada
Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar. Berusia 16 tahun semasa dia meninggal dunia akibat
daripada kemalangan jalan raya. Kawan dan sepupu kepada Tengku Ellina. Wajahnya seiras
dengan Azfa Hanani. Watak Tengku Murni tidak wujud secara langsung dalam cerita kerana
dia telah meninggal dunia. Walau bagiamanapun pembaca mendapat gambaran tentang
perwatakannya melalui pemerian pengarang dan dialog tengku Mazran dan Syafinaz.
Tengku Murni digambarkan sebagai seorang yang taat kepada ibu. Dia akan mengikut apa
sahaja kata ibunya Datin Maziah tanpa membantah. Sifat inilah yang membezakan watak
Tengku Murni dengan Azfa Hanani yang menyebabkan Datin Maziah dapat meneka bahawa
Azfa Hanani bukanlah anaknya Tengku Murni. Tengku Murni tidak membantah apabila diajak
oleh Datin Maziah untuk makan bersama sedangkan Azfa Hanani adakalanya menolak. Azfa
Hanani juga membantah kata-kata Datin Maziah untuk tidak pergi ke rumah Tengku Ellina
sedangkan Tengku Murni akan taat dengan kehendak ibunya itu.
Pembaca juga mendapati Tengku Murni seorang yang manja dengan ibunya Datin Maziah.
Dia akan duduk di samping ibunya semasa menonton televisyen. Datin Maziah juga akan
mengucup dahinya setelah dia pulang dari sekolah atau dari tempat lain. Malah Tengku
Murni akan merengek kepada Datin Maziah untuk mendapatkan seuatu yang diinginkan.
Sifat ini telah dipraktikkan oleh Azfa Hanani pada waktu makan apabila dia tersedak nasi.
Azfa Hanani merengek agar Datin Maziah sendiri mengambil air untuknya.
Melalui kawannya di sekolah iaitu Teng Ellina, Tengku Murni digambarkan sebagai seorang
yang peramah dan mudah mesra. Dia disenangi oleh semua pelajar di sekolah
berkenaan. Dia mesra dengan semua pelajar terutama pelajar sekelasnya. Sifat inilah yang
menonjolkan dirinya berbanding dengan kawan-kawan yang lain sehingga menimbulkan
rasa kurang senang kepada Laili, Fuziana dan Syafikah.
********* 3

PLOT
Plot pada peringkat permulaan dalam novel ini pengarang telah memperkenalkan watak
utama iaitu Azfa Hanani yang berada di sekolah. Dia berasa takut apabila kawan-kawannya
memberitahu bahawa pelajar yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah
dikenal pasti oleh guru. Pelajar berkenaan akan ditangkap tidak lama lagi. Dalam ketakutan
itu Azfa Hanani pasrah dengan apa yang bakal berlaku serta tindakan yang bekal dikenakan
terhadapnya. Melalui percakapan kawan-kawanya, pelajar yang mencuri itu boleh dikenakan
tindakan gantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani memikirkan bahawa
nama baiknya akan tercemar dan akan memalukan pak longnya. Kedatangan Tengku Mazran
dan Syafinaz menjadi penyelamat bagi Azfa Hanani. Wajahnya seiras dengan Tengku Murni
yang meninggal dunia menyebabkan Tengku Mazran meminta pertolongannya. Dia diminta
menyamar sebagai tengku Murni untuk mengawal perasaan Datin Maziah yang terlalu
sayangkan anaknya. Datin Maziah tidak dapat menerima kehilangan Tengku Murni. Azfa
Hanani menerima permintaan itu untuk menyelesaikan masalahnya di sekolah dan juga
untuk meringankan beban pak longnya yang hidup dalam kesempitan.
Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Azfa Hanani telah dibawa ke
rumah Datin Maziah. Tengku Mazran membawa Azfa Hanani bermalam di hotel di Kuala

Lumpur. Azfa Hanani diajar tentang watak dan perwatakan Tengku Murni untuk ditiru dan
dihayati oleh Azfa Hanani. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani dia telah menghadapi
beberapa konflik. Pertama ialah konflik identity kerana Azfa Hanani tidak suka menggunakan
pengenalan orang lain. Namun dia terpaksa menggunakan indentiti Tengku Murni di
hadapan Datin Maziah. Dia dipanggil Nini. Selain di hadapan Datin Maziah dia mahu
dipanggil Nani. Dia juga rasa terhina dengan kata-kata Tengku Muzaffar semasa dia mulamula sampai ke rumah itu menyebabkan tekanan perasaan Azfa Hanani bertambah.
Azfa Hanani juga menghadapi konflik di sekolah. Dia berhadapan dengan Laili, Faizura dan
Syafikah yang bersaing dengan cara tidak sihat dengannya. Mereka masih menerima Azfa
Hanani sebagaimana mereka menerima Tengku Murni kerana wajah Azfa Hanani yang sama
dengan Tengku Murni. Atas nasihat daripada Tengku Ellina, dia dapat menguasai perasaan
dan keadaan walaupun dia pernah diperli dan diugut oleh Laili. Azfa Hanani seterusnya
berkonflik dalam dirinya apabila kawannya Ekran tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya
setelah terserempah dengan Tengku Muzaffar. Sikap Ekran yang demikian membuatkan Azfa
Hanani berusaha untuk mencungkil rahsia Tengku Murni dan Ekran. Persoalan dalam fikiran
Azfa Hanani memuncak apabila dia menerima hadiah hari jadi daripada Ekran. Dalam
bungkusan itu terdapat beg duit, duit dan kad pengenalan Tengku Murni. Apabila
berkesempatan untuk bertemu dengan Ekran, Azfa Hanani dijelaskan tentang hubungan
Ekran dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar. Tengku Murni dan Ekran
bergaduh. Tengku Murni menemui ajal pada hari itu juga.
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Azfa Hanani
mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam dalam diari tulisan Tengku Murni. Azfa
Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku
Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran
juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan
Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya
dengan Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Pertengkaran itu diketahui
oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah
amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah.
Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah.
Dia dihantar oleh Tengku Muzaffar ke rumah kawannya Tengku Ellina. Azfa hanani
kemudiannya pulang ke kampung. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan
Syafinaz datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta mamaf daripada Azfa
Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan
ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh
Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali
dengan identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Azfa Hanani pergi ke
rumah Ekran. Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger.
Tengku Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu
bapanya melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia
tinggal di rumah datuknya.

********* 4

LATAR
A) LATAR TEMPAT

Peristiwa dalam novel Azfa Hanani berlaku di beberapa latar tempat. Antara latar tempat
yang penting ialah di Sekolah Menengah Seri Dian. Latar tempat ini digambarkan oleh
pengarang pada awal cerita. Di sini tempat Azfa Hanani bersekolah di tingkatan empat
dan lima. Jaraknya lima belas kilometer dari rumah Azfa Hanani. Azfa Hanani terpaksa
berulang-alik dari rumahnya ke sekolah ini dengan menggunakan bas sekolah. Antara
peristiwa penting yang berlaki di tempat ini ialah peristiwa ketakutan Azfa Hanani kerana dia
telah mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Dia takut ditangkap dan
digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Hal itu akan memalukan pak longnya. Tengku
Mazran dan Syafinaz datang ke sekolah ini untuk berjumpa dan membawa Azfa Hanani
pulang. Azfa Hanani diminta oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai tengku Murni,
anak kepada Datin Maziah yang telah meninggal dunia.
Latar tempat yang peling penting dalam novel ini ialah rumah Datin Maziah di Kuala
Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku di tempat ini. Sesampai di rumah Datin Maziah,
Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah
mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Selepas itu Azfa Hanani bertemu
dengan Datin Maziah untuk pertama kali semasa makan. Datin Maziah melayannya dengan
baik sebagaimana anaknya Tengku Murni. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi
Murni yang ke-17. Azfa Hanani terharu kerana tidak pernah menyambut hari jadi seumpama
itu. Ekran datang lewat dan tidak mahu masuk. Dia memberikan hadiah dan terus berlalu.
Azfa Hanani membukan hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia terkejut
kerana mendapati kad pengenalan dan wang kepunyaan Tengku Murni.
Di sini juga Datin Maziah mengetahui tentang penyamarannya sebagai Tengku Murni setelah
Datin Maziah mendengar pertengkaran Azfa Hanani dengan tengku Muzaffar. Azfa Hanani
tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar.
Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak
mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan Ekran kerana mereka sama-sama
anak orang miskin. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga.
Latar tempat berikutnya ialah Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani bersekolahdi
sini setelah berpindah ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Antara peristiwa yang
berlaku di tempat ini ialah perkenalan Azfa Hanani dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku
Ellina selain daripada Ekran, kawan lelaki yang istimewa kepada Tengku Murni. Azfa Hanani
juga mengenali pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Azfa Hanani juga
terlibat dalam menjayakan Hari Sumbangsih sekolah berkenaan yang kemudiannya berjaya
mengumpulkan wang sebanyak RM 16,655.00. Azfa Hanani menerima ugutan daripada Laili
kerana enggan menyertai Laili sebagai pengacara pada malam Bakat Sumbangsih. Peristiwa
yang paling penting ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran. Azfa Hanani mahu
mengetahui kisah sebenar di sebalik beg duit dank ad pengenalan yang diberikan oleh
Ekran. Ekran menjelaskan buhungannya dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku
Muzaffar.
Pengarang juga menggambarkan serba sedikit latar tempatrumah pak long Azfa Hanani
di Kampung Merpati. Di tempat ini Azfa Hanani tinggal sebelum dia dibawa oeh Tengku
Mazranke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Di rumah itu tinggal pak long dan mak long
Azfa Hanani bersama empat orang anak. Salah seorang anaknya iaitu Zuraini lumpuh.
Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke rumah ini untuk menjemput Azfa Hanani ke rumah
Datin Maziah di Kuala Lumpur. Pada bahagian akahir cerita sekali lagi Tengku Mazran dan
Syafinaz bersama Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke sini. Mereka meminta
maaf kerana Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga
menjelaskan tentang kematian ayah dan ibu Azfa Hanani berpunca daripada olehnya yang
memandu dalam keadaan mengantuk. Mereka juga meminta Azfa Hanani kembali ke rumah
mereka di Kuala Lumpur.

B) LATAR MASA
Secara keseluruhannya cerita dalam novel Azfa Hanani berlaku dalam tempoh masa
beberapa bulan sahaja menjelang peperiksaan SPM yang akan diduduki oleh Azfa Hanani
sendiri. Dari segi latar masa, beberapa peristiwa penting pada waktu pagi. Antaranya ialah
kehadiran Azfa Hanani ke Sekolah Menengah Taman Sari sebagai pelajar baru. Pada hari
pertama dia disekolah itu, dia tidak sempat berkenalan dengan rakan sekelas kerana
terlewat masuk ke kelas akibat urusan pelajar yang mengambil masa yang lama. Azfa
Hanani masuk ke kelas pada pagi berikutnya dan berkenalan dengan rakan sekelas iaitu
Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa rendah diri menghadapi rakan-rakan yang fasih berbahasa
Inggeris. Pada waktu pagi juga Azfa Hanani datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk
menghadiri mesyuarat sambutan Hari Sumbangsih sekolah. Dia dihantar oleh Syafinaz.
Dalam mesyuarat berkenaan Azfa Hanani dapat memerhatikan perwatakan Ekran dan juga
Laili yang suka membangkang keputusan mesyuarat.
Beberapa peristiwa juga berlaku pada waktu petang. Antara peristiwa penting pada waktu
petang ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran semasa Azfa Hanani pergi mendaftar
kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Azfa Hanani bertemu Ekran secara tidak sengaja
apabila dia ingin bertanyakan lokasi perhantian teksi. Azfa Hanani berjumpa Ekran pada
suatu petang yang lain. Selepas Ekran menutup gerainya, mereka berjalan ke pesta buku
sambil berbual. Semasa melintas jalan mereka terserampak dengan Tengku Muzaffar. Sejak
itulah Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Peristiwa penting yang lain ialah
kedatangan pak longnya ke rumah Datin Maziah setelah tiba dari Jakarta untuk merawat
Zuraini yang lumpuh. Pak long Azfa Hanani dapat berjumpa dan berbual dengan Datuk
Tengku Makmur. Daripada pertemuan itulah Datuk Tengku Makmur pendapat tahu bahawa
Azfa Hanani adalah anak kepada mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal akibat
daripada kelalaiannya.
Terdapat juga gambaran peristiwa yang berlaku pada waktu malam. Azfa Hanani membuka
hadiah hari jadi pada waktu malam. Tengku Muzaffar masuk ke biliknya dan mengajar Azfa
Hanani menggunakan komputer. Pengajaran terganggu apabila bekalan elektrik terputus.
Selepas itu Azfa Hanani kembali membuka hadiah yang diterima daripada Ekran. Dia
terkejut apabila mendapati beg duit dank ad pengenalan Tengku Murni. Peristiwa yang
menjadi klimaks cerita dalam novel ini pula terjadi pada waktu malam. Azfa Hanani
mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan
penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang hubungan Tengku Murni dengan
Ekran kerana Ekran miskin dan tidak ada masa depan. Azfa Hanani terhina dan belaku
pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah kepada Azfa
Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada
malam itu juga.

C) LATAR MASYARAKAT
Pembaca novel ini dapat mengesan beberapa golongan masyarakat dalam novel Azfa
Hanani. Secara umumnya masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat
Melayu. Watak utama iaitu Azfa Hanani merupakan salah seorang daripada masyarakat
Melayu selain daripada pak long sekeluarga, keluarga Datuk Tengku Makmur dan juga
dengan Ekran. Dalam novel ini juga pembaca mendapat gambaran tentang perbezaan kelas
masyarakat. Pak long sekeluarga termasuk Azfa Hanani merupakan masyarakat Melayu
yang hidup di kampung dalam keadaan miskin. Pak long hanya bekerja sebegai penoreh
getah tidak mampu menanggung menanggung perbelanjaan keluarga termasuk

perbelanjaan persekelahan Azfa Hanani. Mereka tinggal di rumah yang dibina daripada
buluh sebagai dinding dan beratapkan rumbia. Mereka jarang bersarapan dengan makanan
yang berkhasiat. Mak long memasak nasi lemak pada hari kedatangan Tengku Mazran dan
Syafinaz ke rumah mereka. Berbeza dengan keluarga Datuk Tengku Makmur yang
hidup mewah di rumah banglo. Azfa Hanani berasa seperti rusa masuk kampung apabila
sampai di rumah Datuk Tengku Makmur. Rumah mereka dihiasi dengan perabot yang mahal.
Bilik Tengku Murni luas dan terdapat katil cantik ditengah ruang.
Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentangmasyarakat
pelajar sekolah menengah. Watak Azfa Hanani sendiri merupakan seorang pelajar sekolah
menengah. Dia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sri Dian. Antara
rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin yang tinggal sekampung dengannya.
Tengku Murni pula merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang telah
meninggal dunia. Azfa Hanani berpindah ke sekolah tersebut apabila dia dibawa oleh tengku
Mazran ke rumah Datuk Tengku Makmur. Antara rakan pelajar yang menjadi rakan Azfa
Hanani di sekolah ini ialah Tengku Ellina yang merupakan sepupu kepada Tengku Murni dan
Ekran selain daripada pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Mereka
merupakan pelajar tingkatan lima.
Dari sudut kemasyarakatan, pengarang menggambarkan masyarakat yang sanggup
berkorban untuk kepentingan orang lain. Azfa Hanani dengan reda menanti saat dia
diberhentikan daripada persekolahannya kerana masalah kewangan. Pak longnya yang
hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu menanggung perbelanjaan
persekolahannya apatah lagi seorang adik sepupunya lumpuh. Azfa Hanani juga menerima
permintaan daripada Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang sudah
meninggal dunia untuk mengawal tekanan perasaan Datin Maziah. Selain daripada itu
Ekran juga berkorban dengan memutuskan hubungan dengan Tengku Murni apabila Tengku
Muzaffar tidak membenarkan hubungan tersebut kerana beranggapan dia seorang miskin.
Dalam novel ini juga terdapat gambaran masyarakat yangsombong dan bongkak dengan
kekayaan yang mereka miliki. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak keluarga
Datuk Tengku Makmur. Dia sendiri telah telah beranggapan bahasa Azfa Hanani menyamar
sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah apabila Azfa Hanani
menanggilnya papa. Dia memberikan wang upah kepada Azfa Hanani sebanyak RM 500.
Begitu juga dengan Tengku Muzaffar. Dia mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa
Hanani semasa Azfa Hanani mula-mula tiba ke rumahnya. Dia menganggap Azfa Hanani
ingin hidup mewah dengan manyamar sebagai Tengku Murni. Dia juga menghalang
perhubungan Eekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran miskin danb tidak
setaraf dengan keluraga mereka.
Pengarang novel ini juga menggambarkan masyarakat yangpenyayang terhadap
keluarga. Azfa Hanani sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana
desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia telah
menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Datin Maziah pula sayang kepada
anaknya Tengku Murni. Oleh sebab perasaan sayang yang mendalam, anak-anaknya tidak
sanggup untuk memberitahunya bahasa Tengku Murni telah meninggal akibat daripada
kemalangan jalan raya. Mereka takut fikiran dan perasaan Datin Maziah tergenggu. Tindakan
itu juga menunjunkan anak-anak Datin Maziah sayang kepadanya terutamanya Tengku
Mazran yang berusaha mencari Azfa Hanani dan membawanya pulang.
Pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat pelajar yang gigih berusaha
untuk menuntut ilmu. Azfa Hanani gigih menuntut belajar dan menuntut ilu walaupun dia
sedar bahawa dia mempunyai masalah kewangan. Dia tidak cukup wang untuk membelu
buku rujukan. Dia juga tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long
mengenangkan kehidupan mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana

keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di
perpustakaan semasa di Sekolah Menengah Sri Dian. Demikian juga dengan Ekran. Dia
berusaha gigih untuk belajar demi mencapai cita-citanya. Dia belajar perakaunan di sekolah
dan kemudiannya mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu dengan berniaga burger. Dia akan
mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.
Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan masyarakat yangsentiasa merendah diri di
dalam novel ini. Azfa Hanani selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin.
Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap
meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Sikap merendah dirinya pernah ditegur
oleh Syafinaz. Selain daripada itu, ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya
yang lunak dan telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum
remaja. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Ekran pula tidak
menjelaskan kepada Tengku Muzaffar bahawa dia anak kepada pensyarah semasa dia
dihalang daripada menjalinkan hubungan dengan Tengku Murni. Sebaliknya dia memutuskan
hubungan tersebut.
Pengarang novel juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam meneghadapi
dugaan hidup. Contohnya Ekran menerima takdir bahawa dia dan Tengku Murni akan
berpisah setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga tabah dengan
perpisahan selama-lamanya apabila Tengku Murni meninggal akibat daripada kemalangan
jalan raya. Dia tidak menunjukkan perubahan sikap walaupun dia kawan istimewa kepada
Tengku Murni. Pelajar lain tidak menyedari hubungan itu. Dia juga tabah menerima dugaan
hidup apabila sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalin hubungan dengan
Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Azfa Hanani juga tabah
menghadapi dugaan hidup dengan tekanan kemiskinan sehingga dia tidak dapat membeli
buku rujukan. Dia tidak pernah merungut dengan nasibnya.
*********** 5

TEKNIK
A) TEKNIK PLOT
Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Azfa
Hanani mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa dan peristiwa secara
teratur. Dari segi teknik plot, terdapat beberapa teknik imbas kembali yang digunakan
oleh pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog
watak sendiri. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya
kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin Maziah
koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas kembali setelah
Datuk Tengku Makmur bertemu dengan pak long Azfa Hanani. Mereka terlibat dalam
kemalangan jalan raya akibat daripada lelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri yang
memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan teksi yang ditumpangi oleh
ibu bapa Azfa Hanani terbabas.
Selain daripada teknik imbas kembali,pengarangjuga menggunakan sedikit teknik imbas
muka melalui watak Azfa Hanani. Semasa di Sekolah Menengah Sri Dian, Azfa Hanani
beberapa kali telah membayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa
hadapan. Akibat daripada perbuatannya mencuri guna buku-buku rujukan dari

perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan atau dibuang


sekolah. Semasa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik pengetua Azfa Hanani
membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Dia reda menerima hukuman
berkenaan. Semasa di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia
penyamarannya akan terbongkar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan berlaku.
Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan teknik kejutan. Kewujudan kejutan
menyebabkan pergerakan plot semakin memuncak. Kejutan pertama ialah kedatangan
tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani berada di Sekolah Menengah Sri
Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani
seterusnya terkejut apabila dia diminta menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah
meninggal dunia dengan segala kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan
sepupunya yang lumpuh. Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani
bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara
diam-diam. Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta
menghalaunya dari rumah pada malam itu juga. Kejutan berikutnya ialah kedatangan Datuk
Tengku Makmur, Datin Maziah sendiri serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke rumah pak long
Azfa Hanani selepas Azfa Hanani dihalau dari rumah.
Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam
novel ini. Pembaca dan watak Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri
daripada Azfa Hanani selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semasa Ekran dan Azfa
Hanani berjalan ke penta buku. Selain daripada itu, pembaca dan Azfa Hanani sendiri berasa
suspens apabila Ekran memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan
Tengku Murni kepada Azfa Hanani semasa sambutan hari jadi. Azfa Hanani tertanya-tanya
tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani
ingin bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan
Ekran dengan Tengku Murni.

B) TEKNIK PENCERITAAN
Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan
yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan
perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Dengan menggunakan sudut
pandangan orang pertama bercerita iaitu ganti nama aku, pengarang menceritakan segala
tindakan dan perasaan watak utama iaitu Azfa Hanani. Pada bab pertama pengarang
menceritakan tentang perasaan Azfa Hanai apabila kawan-kawannya menceritakan bahawa
pelajar yang mencuri buku rujukan di perpustakaan akan ditangkap. Pencuri itu akan
digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani berasa takut. Contoh pemerian
yang lain ialah pemerian pengarang tentang suasana hari pertama Azfa Hanani masuk ke
kelas di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia berasa rendah diri
terutamanya semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas
dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini dengan
meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui
dialog antara Azfa Hanani dengan Syafinaz telah banyak menggambarkan tentang
perwatakan Tengku Murni yang sebenar. Syafinaz banyak menjelaskan tentang pertawakan
Tengku Murni kepada Azfa Hanani supaya Azfa Hanani lebih mudah untuk meniru
perwatakan tersebut di hadapan Datin Maziah. Dialog antara Azfa Hanani dengan Tengku
Ellina juga banyak menggambarkan perwatakan Tengku Murni di sekolah. Murni dikatakan

baik dengan semua orang dan peramah. Selain daripada itu, Azfa Hanani juga mengetahui
tentang Ekran melalui Tengku Ellina.
Pengarang juga menggunakan sedikit teknik monolog. Monolog dalaman watak Azfa Hanai
dapat diperhatikan pada halaman 3. Setelah mendengar kata-kata kawannya tentang
pencuri buku rujukan perpustakaan, Azfa Hanani telah mengaku dalam dirinya bahawa
dialah yang mencuri buku-buku berkenaan kerana dia tidak hidup dalam keadaan daif dan
tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Monolog dalaman Azfa Hanani dapat
diperhatikan sekali lagi pada halaman 6. Setelah mendengar kata-kata Kamilah, Azfa Hanani
bertanyakan dirinya tentang orang yang dimaksudkan oleh Kamilah sebagai pencuri buku di
perpustakaan. Manakala monolog luaran dapat diperhatikan pada halaman 134 apabila
Azfa Hanani menilik wajahnya di hadapan cermin di bilik persatuan pelajar tingkatanlima.
Dia terpegun dengan gayanya sendiri apabila dia memakai pakaian seragam pengawas
yang dipinjamkan oleh Tengku Ellina kepadanya.
******** 6

PENGAJARAN
Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam
novel ialah kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan
yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani mengaku bahawa dialah yang mencuri
beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Sewaktu dalam perjalanan ke bilik
pengetua sekolah, dia telah bersedia untuk menerima apa-apa hikuman yang akan
ditetapkan kepadanya. Begitu juga dengan Fuziana dan Syafikah. Mereka mengaku bersalah
dan meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laini untuk memusuhi dan
bersikap kasar terhadap Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah
yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa
bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
Kita hendaklah menerima hakikat dan takdir Tuhan tentang keadaan hidup
kita. Pengajaran ini digambarkan melalui watak Azfa Hanani yang memahami dan
menerima keadaan hidup pak longnya yang miskin sehingga dia tidak dapat membeli bukubuku rujukan. Malah Azfa Hanani tidak pernah merungut dan meminta-minta wang daripada
pak longnya untuk membeli buku berkenaan. Kesalahan mencuri buku di perpustakaan
adalah kerana terdesak. Oleh itu dia sedia menerima apa sahaja hukuman yang akan
dikenakan kepadanya. Dia juga digambarkan memakai uniform sekolah yang semakin ketat
kerana memakai uniform lama.
Seseorang pelajar hendaklah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada
masa hadapan. Contoh kepada pengajaran ini ialah watak Azfa Hanani yang tekun serta
gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada
wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri
pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Dia berjanji akan memulangkan
buku-buku berkenaan setelah selesai membacanya. Demikian juga dengan Ekran yang gigih
belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan. Malah dia melakukan latihan praktikal
dengan membuka gerai dan menjual burger. Dengan cara itu dia percaya akan lebih
memahami tentang ilmu perakaunan.

Selain daripada itu, kita juga perlu berkorban untuk menyelamatkan keadaan orang
lain. Contohnya Azfa Hanani sedia korbankan persekolahannya akibat daripada kemiskinan
pak longnya. Dia sanggup diberhentikan persekolahan kerana wang yang diperolehi oleh pak
longnya hasil daripada menorah getah tidak mampu untuk menanggung persekolahannya.
Tambahan pula wang itu perlu digunakan untuk tujuan yang lebih penting iaitu merawat
Zuraini yang lumpuh. Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni
untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada tekanan perasaan. Dia korbankan prinsipnya
untuk tidak hipokrit. Oleh sebab itulah dia hanya menyamar sebagai Tengku Murni di
hadapan Datin Maziah sahaja.
Seseorang yang kaya dan berada janganlah bersikap sombong sehingga boleh
menjatuh maruah orang lain. Contohnya Tengku Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang
menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan perasaan sebenar Azfa Hanani. Datuk
Tengku Makmur juga bersikap sombong kepada Azfa Hanani dengan memerikan upah
kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni sedangkan Azfa Hanani tidak
berniat untuk menerima upah atas apa yang dilakukannya. Tengku Muzaffar juga bersikap
sombong kepada Ekran dengan menghalang perhubungan Ekran dengan Tengku Murni
kerana menganggap Ekran anak orang miskin dan tidak ada masa depan.
Kita juga hendaklah sedia membantu golongan yang susah. Pengajaran ini
ditunjukkan oleh Tengku Mazran dan Syafinaz terhadap keluarga Azfa Hanani. Setelah Azfa
Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku
Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long AZfa Hanani. Selain daripada
menanggung segala perbelajaan persekolahan Azfa Hanani, mereka juga menanggung
segala kos perubatan adik sepupu Azfa Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh. Mereka
menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya Zuraini dapat
berjalan. Mereka juga menyambung talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa
Hanani dapat selalu berhubung dengan keluarganya.
Seeorang anak hendaklah patuh kepada ibu bapa mereka.Contoh pengajaranini
dapat diperhatikan melalui watak Ekran. Dia patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh
yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai
dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman. Tengku Murni
juga seorang yang taat kepada perintah ibunya Datin Maziah. Dia tidak pernah membantah.
Datin Maziah dapat membezakan antara Tengku Murni dengan Azfa Hanani apabila Azfa
Hanani enggan makan bersama dan membantah larangannya supaya tidak pergi ke rumah
Tengku Ellina.
Pengajaran lain yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah bersedia untuk
memaafkan kesalahan orang lain. Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan
Syafikah atas kekasaran mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak
berpuas hati setelah Azfa Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani
menyertai mereka dalam program Malam Bakat Sumbangsih. Azfa Hanani juga dengan
senang hati memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu
dan bapanya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani juga dengan senang memaafkan
Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai
Tengku Murni.
****** 7

NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah
nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Contohnya kasih sayang
antara Datin Maziah dengan anaknya Tengku Murni sehingga menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan adik-beradik Tengku Murni yang lain. Tengku Mazran terpaksa meminta
Azfa Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya untuk mengelakkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan perasaan jika dia
tahu Tengku Murni telah meninggal.,
Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini melalui watak Azfa Hanani
bersama kawannya di sekolah. Mereka bekerjasama dalam satu kumpulan pelajar
tingkatanlima di bawah kepimpinan Ekran menjayakan Hari Sumbangsih sekolah. Mereka
menjalankan tugas dan tanggungjawabyang telah diagihkan oleh Ekran dengan baik.
Sambutan Hari Sumbangsih berjalan dengan lancar. Tengku Ellina dan Azfa Hanani juga
bekerjasama dalam mencapai kejayaan sebagai johan pertandingan forum remaja. Tengku
Ellina banyak memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada Azfa Hanani sebagai pengerusi
forum.
Watak Azfa Hanani dan Datuk Tengku Makmur dalam novel ini menggambarkan
nilai bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa
Hanani secara jujur mengaku dalam dirinya bahawa dialah yang mencuri beberapa buah
buku rujukan di perpustakkan sekolah. Dia sanggup menerima apa sahaja hukuman yang
akan dikenakan terhadapnya. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang
menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani . Atas kesedaran itulah
Datuk Tengku Makmur berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
Selain daripada itu, cerita dalam novel ini juga menyelitkan nilaipemaaf terhadap kesalahan
orang lain. Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran
mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak berpuas hati setelah Azfa
Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani menyertai mereka dalam program
Malam Bakat Sumbangsih. Azfa Hanani memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang
menyebabkan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya. Selain daripada itu
Azfa Hanani memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani
menyamar sebagai Tengku Murni.
Watak Ekran dan tengku Murni pula menggambarkan nilaikepatuhan anak kepada ibu bapa
mereka. Contohnya Ekran patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti
yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh yang demikian dia
telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger
selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman. Tengku Murni juga seorang yang
taat kepada perintah ibunya Datin Maziah. Dia tidak pernah membantah apa-apa
permintaan atau arahan daripada Datin Maziah. Nilai inilah yang disedari oleh Datin Maziah
untuk meyakini bahawa Azfa Hanani telah m enyamar sebagai Tengku Murni.
Nilai baik hati juga digambarkan dalam novel ini melalui watak Tengku Mazran dan
Syafinaz. Setelah Azfa Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk
menyamar sebagai Tengku Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long AZfa
Hanani. Selain daripada menanggung segala perbelajaan persekolahan Azfa Hanani, mereka
juga menanggung segala kos perubatan adik sepupu Azfa Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh.
Mereka menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya Zuraini dapat
berjalan. Mereka juga menyambung talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa
Hanani dapat selalu berhubung dengan keluarganya.
Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Azfa Hanani. Dia tekun serta gigih
belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada
wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri

pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Demikian juga dengan Ekran
yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan. Malah dia melakukan latihan
praktikal dengan membuka gerai dan menjual burger. Dengan cara itu dia percaya akan
lebih memahami tentang ilmu perakaunan. Dia akan mengulangkaji pelajaran pada waktu
malam.
Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan nilai merendah diri di dalam novel ini.
Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa
Hanani tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Sikap merendah dirinya
pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu, dia tidak berasa megah dengan pujian
kawan-kawannya yang mengatakan bahawa suaranya lunak dan sesuai untuk menjadi
soerang pengacara. Ekran pula merendah diri dan tidak menjelaskan kepada Tengku
Muzaffar bahawa dia anak kepada pensyarah semasa dia dihalang daripada menjalinkan
hubungan dengan Tengku Murni.

Anda mungkin juga menyukai