Anda di halaman 1dari 5

SCRIPTWRITTING

NAMA :AHMAD FADHLAN AMIN BIN AHMAD ZAIHURI


NO PENDAFTARAN : 18DDV21F2050
KELAS : DDV1C
LECTURER: EN KHAIRUL ANUAR BIN AZIZ
SINOPSIS : AKU ANAK PENDOSA

Aku Anak Pendosa mengisahkan seorang remaja iaitu Hanafi yang merupakan anak yang
tidak mendengar kata ibunya iaitu Zaleha.Hanafi merupakan pelajar cemerlang di
sekolahnya setelah mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Zaleha
berasa bangga kerana mengkurniakan anak yang pandai dan bijaksana.Hanafi mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di universiti terkemuka di Malaysia.Zaleha
mengeluarkan duit yang banyak dari banknya untuk membayar kos pengajian
anaknya.Setelah 1 tahun Hafiz melanjutkan pelajarannya di universiti,Hanafi tidak pernah
sesekali menelefon ibunya yang berada di kampung.Zaleha yang berada di kampung risau
akan keadaan Hanafi di universiti,lalu mengambil peluang untuk menziarahi Hanafi di
universiti tersebut.Ketika Zaleha terjumpa Hanafi di universiti,Zaleha berasa kecil hati
apabila Hanafi menghalau Zaleha pulang ke kampung halamannya.Hanafi menghalau ibunya
kerana dia berasa malu terhadap ibunya yang miskin dan hidup di kampung.Zaleha terkilan
dan menangis terhadap perbuatan anaknya.Setelah apa yang berlaku Zaleha pulang ke
kampung dengan menaiki teksi.Ketika dalam perjalan pulang ke kampung Zaleha terlibat
dalam kemalangan jalan raya.Hanafi mendapat panggilan dari pihak polis bahawa ibunya
sudah meninggal dunia.Hanafi bergegas berjumpa jenazah ibunya di hospital.Hanafi berasa
sedih dan menyesal atas perbuatan dirinya sendiri
WATAK DAN PERWATAKAN

HANAFI (Anak)

Seorang yang pandai dalam bidang akedemik,anak kepada Zaleha,berumur dalam


lingkungan 18 -19 tahun.Wajah yang kurus dan segak.

ZALEHA (Ibu)

Seorang ibu kepada Hanafi,seorang yang penyang dan bertanggungjawab,berumur dalam


lingkungan 45-50 tahun.Seorang tukang kebun.

NADIA (adik)

Merupakan kakak kepada Hanafi,seorang pelajar tingkatan 3,berumur 15 tahun.Mempunyai


wajah yang jelita,seorang yang lemah lembut dan sopan santun.

PELAKON TAMBAHAN

PAK MAN

Merupakan jiran keluarga Zaleha,seorang yang suka tolong menolong.Berumur dalam


lingkungan 50-55 tahun.
TREATMENT

FADE IN:
SCENE 1/EXT/TENGAH HARI/LUAR RUMAH/
HANAFI DI LUAR RUMAH.MEMBUKA PETI SURAT DAN MENGAMBIL SURAT.MEMBUKA
SEPUCUK SURAT.HANAFI GEMBIRA MENDAPAT TAWARAN KE UNIVERSITI.ZALEHA BERASA
GEMBIRA TERHADAP ANAKNYA.
INTERCUT/.
SCENE 2/INT/MALAM/BILIK ASRAMA HANAFI
HANAFI MENGULANGKAJI PELAJARAN.TELEFON HANAFI BERDERING.HANAFI TIDAK
MENJAWAB PANGGILAN DARIPADA IBUNYA.IBUNYA MULA BERASA RISAU AKAN HANAFI
INTERCUT/.
SCENE 3/EXT/PETANG/LUAR UNIVERSITI.
ZALEHA BERJUMPA DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK MEMANGGIL
ANAKNYA.ZALEHA BERJUMPA DENGAN HANAFI.HANAFI MENGHALAU ZALEHA.ZALEHA
MENANGIS DAN BERASA KECIL HATI.
INTERCUT/.
SCENE 4/INT/PETANG/DALAM KERETA TEKSI
ZALEHA MASUK KE DALAM TEKSI UNTUK PULANG KE KAMPUNG.ZALEHA TERMENUNG
SAMBIL MEMANDANG KE LUAR TINGKAP DENGAN WAJAH YANG SAYU.

TRANSITION

ZALEHA DAN PEMANDU TEKSI KEMALANGAN JALAN RAYA.

SCENE 5/INT/MALAM/HOSPITAL
HANAFI DAN NADIA TIBA DI HOSPITAL.HAFIZ MENANGIS SAMBIL TERDUDUK MELIHAT
JENAZAH IBUNYA.NADIA BERASA KECEWA DENGAN SIKAP HANAFI.HANAFI MENANGIS
SAMBIL MEMOHON AMPUN.

Anda mungkin juga menyukai