Anda di halaman 1dari 3

NILAI Kasih sayang Kasih sayang seorang ibu terhadap anak Datin Maziah sangat sayang akan anak

perempuan tunggalnya, iaitu Tengku Murni. Beliau tidak boleh menerima hakikat bahawa anaknya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. (Hal. 20-21) Kasih sayang seorang anak kepada keluarga angkatnya Azfa Hanani sangat sayang akan ibu dan bapa saudaranya, iaitu pak long danmak long yang telah memeliharanya setelah kematian ibu bapanya. Dia begitu sayang hendak meninggalkan keluarga yang telah banyak berjasa kepadanya. (Hal. 21) Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya Anak Datin Maziah, iaitu Tengku Mazran sangat sayang akan ibunya. Dia tidak sanggup melihat kemelut ibunya yang tidak boleh menerima hakikat kematian adiknya, iaitu Tengku Murni. Dia terpaksa berbohong kepada ibunya bahawa Tengku Murni pergi ke Jepun untuk program pertukaran pelajar. Dalam masa itu, dia dan isterinya, Syafinaz membawa pulang Azfa Hanani ke Kuala Lumpur untuk menggantikan tempat adiknya kerana Azfa Hanani mempunyai wajah yang seiras dengan Azfa Hanani. (Hal. 31-32)

Ketabahan Azfa Hanani seorang yang tabah menghadapi dugaan hidupnya semasa belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia sentiasa tabah menghadapi kritikan dan sindiran tajam daripada rakan-rakan yang masih tidak memahami jiwanya terutama Laili, Syafikah dan Fuziana. (Hal. 57)

Kesyukuran Azfa Hanani bersyukur kerana Abang Muzaffar telah berubah perangainya. Jika dahulu Abang Muzaffar sering menyindirnya tetapi kini hubungan mereka semakin baik dan mesra. Abang Muzaffar juga sudi mengajarkan cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani. (Hal. 156) Kegigihan Azfa Hanani berusaha dengan gigih untuk memantapkan dirinya supaya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Dia berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua. (Hal. 93)

Berdikari Ekran belajar erti berdikari dengan menjual burger dekat dengan Plaza Cahaya. Dia menjual burger sebagai satu langkah untuk memantapkan/mempraktikkan diri dalam dunia perniagaan. (Hal. 101)

Kerajinan Azfa Hanani seorang pelajar yang rajin belajar dan bertanya kepada kawan-kawannya. Beberapa buah buku rujukan dibeli olehnya untuk dibuat ulang kaji. Dia juga menampakkan kerajinan apabila belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. (Hal. 80) Bekerjasama Para pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Taman Sari sentiasa memberikan kerjasama kepada pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS, iaitu Ekran bagi menjayakan Program Hari Sumbangsih untuk memungut derma sebanyak RM 16 000 untuk dana sekolah. (Hal.75-76)

Keberanian Azfa Hanani sudah bersiap sedia dan berani menghadapi apa-apa jua kemungkinan yang akan berlaku terhadap dirinya. Dia sudah beranggapan bahawa Datin Maziah tidak akan kekal berkeadaan sedemikian selama-lamanya. Baginya, Datin Maziah akan mengetahui penyamarannya sebagai Tengku Murni. Jika perkara itu terbongkar, dia sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. (Hal. 23) Prihatin Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah prihatin akan nasib yang dialami oleh Azfa Hanani. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan pada masa itu Azfa Hanani yang masih bayi lagi menangis kelaparan. Datin Maziah menyusuinya. Keluarga ini, iaitu Tengku Mazran juga memberikan bantuan kepada pak long dan mak long untuk mengubati anak mereka, Zuraini di Indonesia. (Hal. 203)

PENGAJARAN Kita hendaklah tabah menghadapi ujian hidup Azfa Hanani begitu tabah menghadapi ujian hidupnya sebagai anak yatim piatu. Dia terpaksa tinggal bersama-sama dengan pak long dan mak long yang hidup dalam kemiskinan. Walaupun hidup dalam kesempitan sebegitu, hatinya tetap tabah. Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika mahu berjaya dalam pelajaran Azfa Hanani sangat gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, terutama ketika belajar di Sekolah Menengah Taman Sari untuk menhadapi SPM pada tahun itu. Dia belajar dengan gigih di kelas tuisyen untuk menguasai bahasa Inggeris. Dia juga amat gigih mungulang kaji pelajaran dengan membaca buku rujukan dan sering bertanya kepada kawan jika tidak memahami mata pelajaran yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Kita hendaklah sentiasa mendengar nasihat orang tua-tua Azfa Hanani sentiasa mendengar nasihat orang tua-tua, terutama pak long dan mak long supaya menjaga maruah diri apabila berada di tempat orang. Mak long berpesan kepada Azfa Hanani

bahawa pemergiannya ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur hanyalah sebagai orang yang menumpang dan dia tidak boleh sekali-kali bersikap melampau. Kata-kata mak long itu sentiasa diamatinya dan diikutinya. Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri Azfa Hanani seorang gadis yang sentiasa menjaga maruah diri agar tidak tercemar. Selepas mengikuti kelas di Institut Lingua Franca, dia terserempak dengan seorang pemuda yang tidak dikenali, iaitu Iskandar. Iskandar telah mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Azfa Hanani menolak dengan tegas kerana dia tidak mengenali Iskandar. Kita hendaklah sentiasa bersikap rasional Azfa Hanani selalu berfikir dan bertindak secara rasional apabila berhadapan dengan Laili, Syafikah dan Fuziana. Dia tidak membantah atau menyakitkan hati mereka walaupun dirinya disindir dengan kata-kata yang pedas dan menyakitkan hati. Dia pernah menolak pelawaan Laili dan rakan-rakannya untuk menjadi juruacara Malam Bakat Sumbangsih dengan cara yang baik walaupun tidak disukai oleh mereka. Kita hendaklah sentiasa bekerja dalam satu pasukan Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan frum remaja. Mereka berbincang bersama dan membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, pasukan frum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi frum terbaik. Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran Azfa Hanani berani bertengkar dengan Abang Muzaffar demi menegakkan kebenaran. Dia tidak suka akan sikap Abang Muzaffar yang bongkak dan melarangnya menjalinkan hubungan dengan Ekran. Dia tidak mahu Abang Muzaffar mencampuri urusan hidupnya kerana dia bukannya Tengku Murni. Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran Azfa Hanani memaafkan kesalahan dan kesilapan Datin Maziah yang telah menghalaunya keluar dari rumahnya tempoh hari. Datin Maziah telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina Azfa Hanani sebelum menamparnya. Oleh sebab Datin Maziah memohon maaf atas kesilapannya itu, maka Azfa Hanani sudi menerima kemaafan itu.

Anda mungkin juga menyukai