Anda di halaman 1dari 6

Fara seorang guru yang agak garang tetapi mempunyai hati yang baik dan mudah

bersimpati terhadap sesiapa sahaja. Namun dia mempunyai keburukan yang paling ketara
iaitu panas baran. Ketika berada di sekolah menengah, ibunya sering kali mendengar aduan
serta perkhabaran buruk mengenai Fara. Walau demikian, Fara boleh dikategorikan sebagai
murid yang bijak. Dia termasuk dalam top 10 murid yang berjaya memperoleh keputusan
yang baik setiap kali peperiksaan. Sifat buruk Fara ini ditambah lagi dengan pergaulannya
bersama rakan yang berada di kelas hujung. Walaupun kerap dinasihati, tiada perubahan
yang dapat dilihat daripada sikap Fara. Malahan setiap kali mendapat teguran dari ibu bapa,
abang, kakak, saudara mara dan juga rakan Fara akan mula melenting dan keluar rumah
untuk lepak dengan rakan-rakan sehingga larut malam.
Keputusan SPM Fara menunjukkan kegagalan yang ketara akibat dari tindakan Fara
sebelum ini. Jika dibanding dengan rakan-rakannya yang berasal dari kelas hujung, Fara
boleh dikatakan mendapat keputusan yang hebat. Namun di antara rakan sekelas,
keputusan Fara menunjukkan penurunan serta merosot dengan teruk. Namanya tidak lagi
dalam senarai top 10 di sekolah. Walaupun demikian, keputusan yang Fara perolehi
membolehkannya

menyambung

pengajian

ke

tingkatan

6.

Ibu

bapanya

sengaja

mendaftarkan Fara ke tingkatan 6 bagi mengelakkan dia terus leka dan terpengaruh dengan
rakan-rakannya sebelum ini. Tindakan ibu bapanya itu benar-benar berkesan. Fara tidak lagi
bergaul dengan rakan-rakannya yang nakal sebelum ini. Dia lebih banyak menghabiskan
masa di rumah untuk membuta kerja dan belajar. Adakalanya juga, dia sering bermalam di
rumah rakan kelasnya bagi membincangkan kerja projek yang diberikan kepadanya.
Kesibukkan yang di laluinya menjadikan dia jarang bergaul dengan rakan-rakan lain. Namun
demikian, sikap panas barannya masih lagi kekal. Setiap kali terdapat permasalahan yang
sukar di selesaikan atau perkara yang tidak memenuhi cita rasanya, pasti dia akan mula
mengamok. Kata-katanya masih pedas seperti dahulu. Api kemarahan dalam dirinya sukar di
padam jika ada yang membantah atau berdebat dengannya. Namun ada satu perkara yang
sangat digemari oleh rakan-rakan dan juga gurunya mengenai Fara. Sikap suka menolong
dan simpati yang ada pada dirinya menjadikan ramai yang suka berdamping dengannya.
Bagi rakan-rakan yang dah biasa bersama Fara, meraka akan tahu sejauh mana Fara akan
marah dan perkara apakah yang bisa membuatkannya marah.
Keputusan tingkatan enam Fara sangat membanggakan. Dia cuba untuk memohon
kursus perguruan yang sering di war-warkan oleh gurunya. Namun disebabkan keputusan
tingkatan lima nya yang hanya sekadar 3A sahaja menjadikan permohonannya gagal.
Baginya keputusan tingkatan enamnya itu hanya sia-sia sahaja. Pada awalnya jelas
terpancar kekecewaan di wajahnya. Semangatnya mula roboh. Perasaan menyesal atas
tindakan bodohnya suatu masa dahulu masih lagi segar diingatannya. Dia cuba memohon
untuk mengambil kursus perguruan di Universiti Pendidikann Sultan Idris. Namun tidak

berjaya. Akhirnya dia ditawarkan kursus Perindustrian dan Perburuhan di Fakulti Sains
Sosial Universiti Malaysia Sarawak. Dia hanya mampu menghabiskan satu sem sahaja di
sana kerana minatnya terhadap bidang perguruan lebih tinggi berbanding sektor lain.
Nasibnya sangat baik apabila guru di sekolah lama menawarkan jawatan guru
sandaran tidak terlatih kepadanya. Walaupun pekerjaan tersebut hanyalah sementara.
Namun disebabkan minat yang mendalam, dia mengambil cabaran untuk menyahut tawaran
tersebut. Banyak yang dilakukan Fara bagi membolehkan dia mempelajari selok belok
mengenai bidang perguruan. Dia mula merangka untuk mengambil pengalaman sebanyak
yang mungkin sebelum meneruskan hasrat untuk menyambung belajar semula. Pada usia
yang mencecah 25 tahun ini menjadikan Fara semakin matang. Dia sedaya upaya
menyedarkan anak muridnya supaya bekerja keras untuk mencapai kejayaan di masa
depan. Selain itu juga, tindakannya yang agak tegas adakalanya sangat dibenci oleh anak
muridnya. Tanpa mengetahui latar belakang serta kemampuan muridnya, Fara akan
mendesak mereka melakukan kerja rumah yang diberikan setiap hari. Walaupun tujuan Fara
itu baik, namun adakalanya ia sangat membebankan bagi anak muridnya. Namun tiada
seorangpun yang berani merungut. Sikap Fara ini berlangsung selama 6 bulan. Terdapat
satu peristiwa yang telah meroboh sikap ego serta panas baran Fara. Peristiwa yang
dianggap sebagai pencetus kepada sikap sabar serta kesedaran dalam diri Fara.
Frankey atau dikenali sebagai Frank, seorang murid dari tingkatan 1E yang
mempunyai perwatakan yang sangat menarik. Walaupun kerap dimarahi oleh Cikgu Fara,
tetapi dia masih tersenyum dan sangat menyukai Cikgu Fara. Frank merupakan antara murid
yang paling lemah dalam pelajaran. Dia menghadapi kesukaran untuk memahami perkara
yang di pelajari. Selain itu juga, dia lemah dalam membaca dan mengira. Pakaiannya juga
tidak pernah kemas setiap kali dia hadir ke sekolah. Walaupun demikian, dia tidak pernah
ponteng ke sekolah.
Suatu hari, Cikgu Fara masuk ke kelas 1E dengan muka yang agak masam.
Kemarahan Cikgu Fara boleh dirasai seluruh kelas. Semua pelajar senyap tanpa kata. Tiba2
Cikgu Fara menuju ke tempat duduk Frank dan menghentak buku latihan sejarah di
hadapannya. Frank yang pada awalnya tunduk terus mengangkat muka dan memandang
wajah cikgu Farra dengan harapan Cikgu Farra tidak akan menjerit kepadanya. Sambil
tersenyum Frankey terus mengeluarkan kata Apa salah saya cikgu?.
Perasaan jengkel yang wujud dalam diri cikgu Fara sejak dalam bilik guru lagi
semakin sukar di kawal. Tanpa belas kasihan, terus Cikgu Fara menghamburkan kata-kata
marah serta penghinaan kepada Frankey.
Apa salah awak?.. itu yang awak tanya? Kerja yang saya berikan kepada awak tak
pernah siap. Setiap kali ditanya soalan, tiada satupun jawapan yang betul muncul dari mulut
awak, yang kelihatan hanyalah senyuman murahan awak tu. Sebanyak mana pun perhatian

dan tumpuan saya untuk membantu awak dalam pelajaran, semuanya sia-sia. Apa yang
awak pelajari sepanjang 6 tahun di sekolah rendah? Kalau dahulu, budak macam awak ni
langsung tak layak untuk naik ke sekolah menengah. Dengan rupa awak yang hodoh,
selekeh dan bodoh!
Kelihatan wajah Frankey mula berubah. Walaupun dia cuba untuk senyum, tetapi air
mata yang bertakung di kelopak matanya lebih menguasai suasana wajahnya. Hatinya
hancur dan sedih apabila Cikgu yang disukainya memarahi dan menghinanya. Seisi kelas
senyap, tiada seorangpun berani mengangkat wajah.
Hampir separuh masa digunakan oleh Cikgu Fara untuk memarahi Frankey.
Walaupun terbit sedikit kekesalan di hatinya, namun dia tetap membiarkan suasana seperti
itu. Baginya, Frankey layak dimarahi. Bunyi loceng rehat dengaran. Cikgu Fara memberikan
kerja rumah kepada murid kelas 1E. Kemudian Cikgu Farra berlalu pergi. Frankey masih lagi
berasa sedih. Dia langsung tidak berganjak dari tempat duduknya. Air matanya masih lagi
mengalir. Pada awalnya dia tidak merasakan bahawa dirinya malang. Namun akhirnya,
hatinya mula terkesan dengan amarah yang dihamburkan oleh Cikgu Farra.
Tiga hari berlalu, Cikgu Farra mula menyedari bahawa Frankey sudah tiga hari tidak
ke sekolah. Pada awalnya dia beranggapan bahawa Frankey sengaja tidak mahu datang
sekolah kerana malas hendak melakukan kerja yang diberikan. Apabila perkara mengenai
Frankey dibangkitkan dalam mesyuarat hal ehwal murid, Cikgu Fara merasa bersalah
dengan tindakannya sebelum ini. Baginya, kemarahan tempoh hari menjadikan dirinya
berada di luar kawalan. Sebagai seorang cikgu, dia tidak sepatutnya berkelakuan
sedemikian.
Sepanjang hari, Cikgu fara masih lagi berfikir mengenai Frankey. Semua yang
dilakukannya serba tidak kena. Cikgu Fara mula merisik rakan-rakan sekelas Frankey
mengenai ketidak hadirannya ke sekolah. Namun, tiada siapa yang dapat memberikan
jawapan yang diingini oleh Cikgu Farra. Cikgu Fara berjumpa dengan guru kelas 1E bagi
mendapatkan maklumat mengenai Frankey serta tempat pelajar itu tinggal.
Cikgu Nadia, ayah atau ibu Frankey ada maklumkan tak mengenai ketidakhadiran Frankey
beberapa hari ini? Tanya Cikgu Fara.
Tak adalah Fara, saya pun pelik mengapa tiada sebarang panggilan dari ahli keluarga
Frankey. Sayapun baharu sahaja menjadi guru kelas 1E mengantikan Cikgu Hanim yang
baru berpindah 2 bulan lepas. Jadi saya agak kurang mengenali pelajar bernama Frankey
balas Cikgu Nadia.
oh, kalau begitu boleh tak Cikgu Nadia berikan saya alamat Frankey. Mungkin lepas balik
sekolah nanti saya boleh singgah sebentar ke rumahnya untuk melihat keadaannya minta
Cikgu Fara.

Baiklah Cikgu Fara, ini alamatnya. Maaflah Cikgu Fara kerana tak dapat nak mengikuti
Cikgu Fara ke rumah Frankey. Petang nanti saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Minta
jasa baik Cikgu Fara, untuk maklumkan semula kepada saya berkenaan dengan keadaan
Frankey. Diharap agar perjalanan cikgu ke sana akan dipermudahkan oleh Allah
Terima kasih Cikgu Nadia, nanti selepas saya ke rumah Frankey saya akan maklumkan
kepada cikgu mengenai keadaannya balas Cikgu Fara.
Petang itu, sebaik jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Cikgu Fara terus bergerak
menaiki kereta untuk melawat ke rumah Frankey. Walaupun dia tidak mengetahui selok
belok kawasan kampung tersebut, namun dengan ringan mulut bertanyakan alamat tersebut.
Akhirnya dia berjaya sampai ke rumah Frankey.
Pada awalnya Cikgu Fara sangat terkejut melihat keadaan rumah Frankey. Kedaifan
yang dialaminya benar-benar menyedarkan Cikgu Fara mengenai betapa tabahnya Frankey
menghadapi kehidupannya seharian. Cikgu Fara mula memanggil nama Frankey, namun
tiada langsung kedengaran suara yang menyahut. Hendak naik kerumah, namun Cikgu Fara
khuatir akan kondisi tangga rumah Frankey yang seakan-akan hampir reput. Cikgu Fara
cuba memanggil Frankey sekali lagi. Namun masih tiada jawapan yang di perolehnya.
Akhirnya Cikgu Fara terpaksa mengetuk pintu rumah jiran yang berdekatan. Itu pun,
agak jauh dari rumah Frankey. Ini kerana rumah Frankey terletak di kawasan yang agak
hujung dan terpencil.
Assalamualaikum, Cik boleh tak saya bertanya. Rumah dihujung sana ada penghuni
tak? tanya Fara.
Waalaikumsalam, ada seorang budak tinggal di sana. Namanya Frank. Awak ni
siapa? balas jiran frankey.
Saya Cikgu Fara, cikgu kepada Frankey. Niat saya datang ke mari untuk berjumpa
dia. Tapi nampak gayanya seolah-olah dia tidak ada di rumah balas cikgu Fara.
Cikgu ada masa sebentar tak, biarlah saya ceritakan perkara sebenarnya tentang
Frank kepada cikgu semoga cikgu lebih jelas dengan permasalahannya, balas jiran Frank
lagi.
Mendengar perkhabaran tentang kedaifan Frankey menjadi satu tamparan hebat bagi
Cikgu Fara. Rupa-rupanya kehidupan Frank sebelum ini jauh lebih baik jika di banding
dengan sekarang. Menurut jiran Frank bernama Mak Temah. Frank merupakan seorang
anak yang baik. Walaupun dia tidak bijak macam abangnya, namun dia merupakan seorang
anak yang boleh diharap untuk membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah. Jarak umur
Frank dan abangnya ialah 6 tahun. Ibu Frank merupakan seorang guru, manakala ayahnya
seorang polis. Sejak kematian ibunya, Frank telah di pulaukan oleh ayah dan abangnya. Ini
berpunca daripada peristiwa yang berlaku di hadapan sekolah ketika Frank berumur 9 tahun.
Ibunya di langgar lori apabila cuba menyelamatkan Frank dari dilanggar lori. Akhirnya ibunya

meninggal di tempat kejadian manakala Frank hanya di tempatkan di wad biasa di hospital.
Sejak itu dia sering dipersalahkan oleh abang dan ayahnya. Keadaan menjadi semakin teruk
apabila ayahnya kahwin dengan seorang pekerja di kedai makan. Ayahnya langsung tidak
menghiraukannya. Abangnya pula telah berpindah mengikut ayahnya ke rumah isteri baru.
Namun demikian, dia langsung tidak di ajak dan dibiarkan tinggal seorang diri di rumah
usang tersebut.
Ayahnya hanya akan datang melawatnya seminggu sekali ataupun dua minggu
sekali. Itupun sekadar ingin melihat sama ada dia masih hidup atau tidak. Frankey
bergantung dengan jiran-jiran sejak kecil lagi. Apabila sudah berumur 12 tahun, dia mula
malu untuk meminta-minta. Oleh itu dia sanggup melakukan kerja-kerja berat untuk
tujuan ,mendapatkan upah. Adakalanya juga, dia akan pergi ke bawah rumah jiran-jiran
untuk mengutip sisa makanan yang dibuang.
Cikgu Fara teresak-esak mendengar cerita mengenai Frankey. Perasaan bersalah
dalam dirinya semakin menebal. Hatinya semakin kuat untuk berjumpa Frankey. Dia
sanggup membantu Fran sedaya yang mungkin. Baginya, kehidupan Frank benar-benar
mengajarnya erti menghargai orang sekeliling dan bersabar menghadapi dugaan. Dia juga
merasakan bahawa, tidak semua murid beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang
lengkap dan bahagia. Frankey mempunyai seribu satu alasan untuk tidak ke sekolah.
Namun dia masih lagi meneruskan persekolahan kerana hanya di situ dia dapat menumpang
kasih.
Fara menceritakan semua perkara dengan guru kelas dan juga guru besar. Mereka
mengambil langkah untuk membuat bantuan derma kilat bagi perbelanjaan makan minum
serta pakaian Frank. Bagi mereka, ini sahajalah yang mempu mereka lakukan untuk
membantu Frank. Ini kerana ayah Frank sendiri tidak lagi berminat mahu menjaganya.
Namun tidak juga mahu menyerahkan Frank kepada jabatan kebajikan masyarakat.
Frank, habis sekolah cikgu nak kamu jumpa cikgu di bilik guru. Setiap hari bermula isnin
hingga jumaat kata cikgu fara
Baik cikgu, balas frank.
Frank tersenyum seolah-olah tiada masalah dan tidak pernah ditengking oleh Cikgu
Fara. Sedikit sebanyak, Cikgu Fara berasa bangga kerana Frank seorang yang tabah dan
tidak memendam perasaan. Cikgu Fara tekad untuk membantu Frank terdaya yang mungkin
dalam pembelajaran.
Akhirnya Frank berjaya meningkatkan pencapaian diri dalam semua mata pelajaran
terutama mata pelajaran yang di ajarkan oleh Cikgu Fara. Usaha Cikgu Fara berbaloi.
Bermula dari seorang pelajar tercorot, akhirnya Frank menjadi murid terbaik dalam kelas.
Ketika Frank menjejak kaki ke tingkatan 5, Cikgu Fara di pindahkan ke sekolah lain. Pada

masa itu, Frank berjanji suatu hari nanti dia akan membuatkan Cikgu Fara bangga dengan
kejayaannya.
Setelah 6 tahun berlalu, Cikgu Fara pergi ke hari permuafakatan anak saudaranya
yang berumur 10 tahun. Ini bagi mengantikan kakaknya yang pergi berkursus di Johor Bahru
selama 2 minggu. Disitulah pertemuan kali pertama Cikgu Fara dan Frank. Setelah hampir 6
tahun tidak berjumpa. Cikgu Fara tidak mengenali rupa Frank. Namun Frank sangat
mengenali Cikgu Fara. Baginya cikgu Fara adalah seorang ibu kepadanya.
Cikgu, sudah enam tahun kita tidak berjumpa. Saya telah mengotakan janji saya kepada
cikgu. Saya ingin membuat cikgu bangga kerana pernah membantu, mendidik serta
mengajar saya erti kehidupan. Saya memilih kerjaya guru kerana saya ingin menjadi guru
yang mampu membantu anak muridnya sama seperti cikgu Fara, Kata Frank.
Maka tahulah Fara bahawa guru kelas dihadapannya itu adalah Frank yang dahulunya
pernah ditengking dan di hina akibat tidak menyiapkan kerja rumah. Apabila melihat frankey
telah berjaya, cikgu Fara benar-benar merasa bangga dan bersyukur dengan segala yang
berlaku. Benarlah kata ibunya dahulu. Apabila kita ikhlas melaksanakan sesuatu perkara,
maka hasilnya juga sangat memberangsangkan. Sejak dari hari itu, Frank telah menjadi
anak angkat kepada Cikgu Fara.

Anda mungkin juga menyukai