Anda di halaman 1dari 2

WATAK DAN PERWATAKAN

Sabtu, 30 Januari 2010

Fuad (Joshua atau Abdul Halim)

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya
tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan
emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama
di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap
tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat
untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah
meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat
qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika
dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan
liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya
tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu
saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang
daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah
menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya
dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung
persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.

Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia
membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-
adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang
bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan
yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah
motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang
ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia
menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika
berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan
untuk makan malam di rumahnya.

Watak Sampingan
Farhana

Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya.
Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar
negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun.

Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu
dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan
Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa
Inggeris.

Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia
juga seorang yang nakal dan lincah.

Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia
tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha
untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu,
Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak
dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad.
Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya
sendiri.

Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga
ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata
untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian,
contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang
suka ponteng kelas di sekolah.

Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani
berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang
sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya
tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima
kenyataan itu pada peringkat awalnya.

Anda mungkin juga menyukai