Anda di halaman 1dari 6

Berdasarkan novel yang anda baca, nyatakan perasaan anda terhadap peleraian novel tersebut.

Nyatakan dua alasan yang munasabah. Berdasarkan novel Melunas Rindu yang saya baca, saya suka akan peleraian novel tersebut. Pada peringkat peleraian, saya suka akan sikap Fuad dan Farhana yang tabah menghadapi dugaan mereka. Fuad menaruh perasaan terhadap Farhana tetapi niat terhalang kerana mereka bersaudara. Namun demikian, Fuad tidak menghilangkan diri malahan menyayangi Farhana sebagai adiknya. Oleh itu, saya suka peleraian novel ini yang menggambarkan watak yang berhati terbuka menghadapi dugaan. Saya juga berasa gembira apabila mendapati hubungan kekeluargaan antara Keluarga Fuad dan Keluarga Farhana terjalin. Akhirnya, Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Isamil untuk menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Peringkat peleraian telah menggambarkan kasih sayang merupakan ubat penawar perasaan dendam. Akhirnya, Mak Salmah tidak menaruh perasaan dendam terhadap keluarga Fuad.

Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. (7 markah) Berdasarkan novel Melunas Rindu yang saya baca, terdapat peristiwa yang dikaitkan dengan nilai baik hati. Fuad telah menumpangkan ____________ pulang ke kampungnya. Fuad bertemu________ di __________ ketika membeli buah tangan untuk keluarganya. __________ tidak dapat pulang ke kampung dengan bas kerana ___________________. Fuad menghulurkan bantuan untuk menumpangkan_______________ dan menghantar_____________ ke rumahnya. Pak Said sedia menemani Fuad ke Lempah Klau untuk mencari__________. Fuad telah bertemu dengan Pak Said di surau. Pak Said yang mendengar cerita Fuah dan bersedia untuk membantunya. Bantuan Pak Said memudahkan usaha Fuad mencari __________. Ketika di Felda Lemah Klau, Pak Saidlah yang menjelaskan tujuan kedatangan mereka kepada Pak Ngah Lias.

Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan perwatakan watak utama dalam novel anda baca. (7m)

Berdasarkan novel yang anda baca, watak utama ialah Fuad. Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula

berketurunan Melayu. Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contoh, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu. contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa. Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang.contohnya, dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas. Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contoh, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya. Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain. Contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan nilai yang terdapat dalam novel tersebut. (7M)

Berdasarkan novel yang saya baca, terdapat pelbagai nilai dalam novel tersebut. Contoh cara menjawab: Nilai kasih sayang terdapat dalam novel melunas rindu. Novel ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana. Fuad amat mengambil berat terhadap Farhana. Apabila Farhana tidak hadir ke sekolah, Fuad berusaha untuk mengambil tahu akan keadaan Farhana. Akhirnya, Fuad pergi ke hospital untuk berjumpa dengan Farhana dan ibu Farhana. RANGKA JAWAPAN YANG PERLU DIKEMBANGKAN. Ketabahan Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya. (Rujuk halaman 192) Tolong-menolong Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman 89) Kerajinan Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman 23) Hormat-menghormati Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk halaman 84) Taat akan agama Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan solat qasar. (Rujuk halaman 81) Murah hati Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru lain di sekolahnya. (Rujuk halaman 55) Meminta maaf Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang ingin memohon maaf kepada Mariana iaitu

emak kandung Fuad. (Rujuk halaman 169) Menepati janji Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang menepati janjinya iaitu dia pergi ke rumah emak Farhana selepas sembahyang Maghrib di surau hospital untuk memastikan adik-adik Farhana dalam keadaan baik dan terurus. (Rujuk halaman 188) Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan pengajaran yang terdapat dalam PENGAJARAN NOVEL MELUNAS RINDU Cara menjawab satu pengajaran Berdasarkan novel yang saya baca, terdapat pelbagai pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri. Hal ini dibuktikan melalui Fuad yang mengingati dan menyayangi ayahnya Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama.

Rangka jawapan: 2. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Sebagai contohnya, Fuad begitu tabah menghadapi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat. 3. Kita perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan. Hal ini dibuktikan oleh Fuad yang membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim setiap bulan. 4. Setiap orang yang rajin bekerja pasti akan mendapat hasilnya. Sebagai contohnya, Fuad yang rajin mengusahakan tanah yang dibelinya itu dengan menanam jagung dan memberikan hasil yang banyak. 5. Sebagai manusia kita perlu menghormati orang lain. Sebagai contohnya, Fuad sentiasa menghormati ayah dan ibu angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. 6. Setiap orang hendaklah taat akan agama masing-masing.

Hal ini dubuktikan melalui tindakan Fuad dan Pak Ismail yang tidak pernah mengabaikan solat lima waktu mereka. Elain itu mereka berdua juga kerap menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau. 7. Kita perlulah mengamalkan nilai murah hati dalam kehidupan seharian. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad yang murah hati dengan memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada guru-guru sekolah di tempatnya bertugas. 8. Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Sebagai contohnya, Mak Salmah memaafkan kesalahan Fuad yang melarikan Sofia daripadanya untuk diserahkan kepada Robert Lim. 9. Setiap orang haruslah menepati janji yang telah dibuatnya. Sebagai contohnya, Fuad menunaikan janjinya untuk menjenguk adik-adik Farhana di rumah ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga menunaikan janjinya dengan pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.novel tersebut.

Latihan: 1. Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut. (7M) Berdasarkan novel yang saya baca, tema yang terdapat dalam novel tersebut ialah kekeluargaan. Huraian: Tunjuk contoh yang mementingkan kekeluargaan 1. 2. 3. 4. Bagaimanakan Fuad mementingkan kekeluargaan? ( terutama keluarga angkatnya) Bagaimanakah Fuad melayani Pak Ismail dan Mak Salmah? Bagaimanakah Fuad melayani Robert Lim dan Susan? Bagaimanakah Fuad melayani Mariana?

2. Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. (7m) Berdasarkan novel yang saya baca, terdapa persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Persoalan tentang kasih sayang terdapat dalam novel tersebut. Walaupun Fuad berpisah dengan ibu sejak kecil, Fuad berusaha untuk mencari pusara ibunya yang disangka telah meninggal dunia. Setelah Fuad telah mengetahui ibu kandungnya masih hidup, dia terus berusaha untuk menjejaki ibunya sehingga dia berjaya menemuinya.

Persoalan tentang (Huraian)

Persoalan tentang(Huraian) Persoalan tentang..(Huraian) Persoalan tentang.(Huraian)

Anda mungkin juga menyukai