Anda di halaman 1dari 2

Huraikan 3 peristiwa paling menarik dan mengapakah anda berpendapat demikian.

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Peristiwa yang paling menarik dalam novel ini ialah apabila Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan untuk melawat ibu Farhana yang dirawat di tingkat empat di hospital itu. Fuad terkejut apabila melihat nama ibunya dan nama ibu Farhanayang tertera pada kad rawatan ibu Farhana adalah sama iaitu Mariana Binti Osman. Sebagai pembaca, saya amat berharap bahawa ibu Farhana adalah ibu Fuad yang dicari-carinya selama ini. Hal ini demikian kerana Fuad sudah terlalu lama mencari ibu kandungnya yang tidak pernah dilihat olehnya sejak kecil lagi. Akhirnya ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail mengesahkan bahawa mereka berdua merupakan adik-beradik seibu. Saya sebagai pembaca sangat gembira apabila mengetahui bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad juga walaupun saya mengetahui bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Selain itu, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah kenyataan bahawa Fuad dan Farhana adalah adik-beradik. Sebelum itu, Fuad telah menyimpan perasaan cinta terhadap Farhana sehingga dia berhasrat untuk menjadikan Farhana sebagai pasangan hidupnya, tetapi akhirnya Fuad mengetahui bahawa Farhana dan dirinya adalah adik-beradik walaupun hal ini agak menyedihkan. Fuad harus menerima kenyataannya dengan reda. Sebagai pembaca , saya amat berharap Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda dan dapat hidup bahagia dengan adiknya, Farhana. Pada akhir novel, Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda. Akhir sekali, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah tentang kisah Mariana. Mariana merupakan ibu Fuad yang ditinggalkan oleh Roslan. Mariana gila meroyan selepas bersalin dan anaknya, Fuad dilarikan Roslan. Sebagai pembaca, saya amat berharap Mariana dapat berjumpa balik dengan anaknya, Fuad yang dilarikan oleh Roslan. Selain itu, saya juga berharap Mariana dapat pulih daripada penyakit gila meroyan tersebut. Namun, pada akhir novel tersebut, Mariana telah pulih daripada penyakit dan berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pagawai polis dengan bahagia. Selain itu, Fuadjuga telah kembali ke pangkuan Mariana. Oleh itu, saya berasa peristiwa ini sangat menarik dalam novel tersebut.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dalam Novel Melunas Rindu.
Novel yang telah saya kaji di tingkatan empat adalah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Melalui novel tersebut, terdapat beberapa situasi saspen yang ditimbulkan oleh pengarang dan cara-cara pengarang menyelesaikan situasi tersebut. Antara situasi saspens yang terdapat dalam novel tersebut adalah ketikaFuad menerima nota ringkas yang mengatakan ada orang yang menunggunya di pintu pagar.Orang tersebut, Chin berharap untuk bertemu dengan Fuad kerana ada hal penting.Pembaca akan tertanya-tanya siapa yang ingin menemui Fuad dan mengetahui tujuan kedatangannya. Cara penyelesaian bagi persoalan tersebut terjawab apabila pengarang menceritakan kehadiran Chin ke sekolah untuk menanyakan khabar Fuad.Selain itu, Chin juga turut menyatakan bahawa Peter Lim yang merupakan bapa saudara Fuad yang kini sakit kerana merinduinya setelah sekian lama berjauhan dengan Fuad. Di samping itu, unsur saspens juga dapat digambarkan melalui watakFuad yang menziarahi ibu Farhana yang sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan.Fuad terpandang akan kad rawatan ibu Farhana. Pembaca tertanya-tanya sama ada ibu Farhana adalah ibu Fuad juga. Penyelesaian persoalan ini terjawab apabila Robert Lim iaitu bapa Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad. Selain itu,nama pada kad rawatan ibu Farhana sama dengan nama ibu kandung Fuad iaitu Mariana. Unsur suspen yang lain yang terdapat pada novel ini adalah apabila Fuad menjejaki pusara arwah ibunya di Sungai Ruan.Pembaca tertanya-tanya bahawa Fuad berjaya atau tidak dalam pencarian pusara arwah ibunya. Cara pengarang menyelesaikan persoalan ini adalah apabila Fuad ke Lembah Klau dan ke Kampung Sedili. Pak Shamsudin yang merupakan penduduk kampung tersebut yang mengenali ibu kandung Fuad iaitu Mariana telah menyatakan bahawa ibu Fuad sebenarnya masih hidup.

Anda mungkin juga menyukai