Anda di halaman 1dari 8

Novel Tawanan Komander

Caucasus
Bab17 , 18
Bab17-Serum
Farhani tiba di rumahnya pada waktu malam dan dari kejauhan dia
dapat melihat bapanya duduk di sisi ibunya yang kesedihan. Farhani
juga dapat melihat abangnya dan kereta milik kedua-dua kakaknya
terparkir di depan rumah.

Farhani memberikan salam banyak kali namun dia kecewa kerana


tiada seorangpun ahli keluarganya yang dapat mendengar suaranya
dan melihat kepulangannya itu.
Farhani tergamam apabila mendengar bapa, ibu, abang dan kakaknya
berbincang tentang kehilangannya sejak dua minggu sedangkan dia
merasakan baru beberapa hari dia berada di dimensi kumbang.

Farhani mendapati Kim Yong turut mengalami masalah yang sama.


Farhani dan Kim Yong pergi menemui Haikal, Devnath dan Wei. Akhirnya
mereka berjumpa dan ternyata mereka menghadapi masalah yang sama.
Bara menjelaskan tujuan serum itu dicipta adalah untuk mengaburi
penglihatan manusia terhadap kumbang ketika kumbang tersebut
memasuki kebun-kebun atau hutan-hutan di dunia manusia.

Farhani sanggup menanggung risiko untuk meminum formula vaksin itu


walaupun formula itu belum pernah diuji kepada sesiapapun.

Bara menghulurkan botol kecil berisi formula vaksin kepada setiap


remaja itu dan berdoa agar formula itu bertindak positif ke atas mereka.
Bab18-Kepulangan
Farhani kembali ke rumahnya pada waktu subuh dan berharap
formula yang diminumnya akan mengembalikan dirinya sebagai
manusia dan bukanlah sebagai halimunan.

Farhani mengetuk pintu beberapa kali sehingga akhirnya pintu rumah


itu dibuka oleh ibunya, Puan Asmah. Mereka berdua bertangisan dan
sesudah itu seluruh rumahnya menjadi terang-benderang apabila
seorang demi seorang ahli keluarganya memeluk Farhani.
Berita kepulangan Farhani dan empat orang sahabatnya tersebar ke
merata ceruk bandar. Sekolah Menengah Seri Kencana kembali menjadi
tumpuan anggota polis, guru, rakan-rakan dan pihak media yang mahu
mendapatkan cerita eksklusif mengenai peristiwa kehilangan mereka.

Farhani dan kawan-kawannya menjelaskan kepada pihak wartawan


bahawa mereka sebenarnya tersesat di dalam hutan tetapi mereka tidak
menceritakan kejadian sebenar yang menimpa mereka.

Wei menjawab pertanyaan seorang wartawan bahawa


mereka dapat mencari jalan keluar disebabkan kecekapan
Devnath sebagai ahli pengakap yang mencari jalan keluar.
Wei menjawab pertanyaan seorang wartawan bahawa mereka dapat
mencari jalan keluar disebabkan kecekapan Devnath sebagai ahli
pengakap yang mencari jalan keluar.

Farhani menjelaskan bahawa mereka terpaksa makan buah-buahan dan


pucuk-pucuk kayu sepanjang tempoh mereka tersesat di hutan dan atas
ajaran bapanya yang banyak mengajar tentang ikhtiar hidup di dalam
hutan.

Farhani dan rakan-rakannya telah bersepakat dan berjanji untuk


merahsiakan cerita sebenar tentang dimensi kumbang untuk
mengelakkan kerajaan dimensi kumbang menjadi mangsa serakah nafsu
manusia.
Kim Yong meminta diri untuk pulang ke rumahnya untuk membebaskan
kumbang-kumbang peliharaannya.
Haikal dan rakan yang lain turut berminat ke rumah Kim Yong untuk
membebaskan kumbang-kumbang peliharaannya.

Kim Yong tekad untuk membebaskan semua kumbang peliharaannya


agar semua kumbang itu dapat menikmati erti kebebasan sepenuhnya

Anda mungkin juga menyukai