Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Novel Tawanan Komander Caucasus

Bab 1 : Hilang

Sekolah dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang merupakan anak hartawan di bandar ini dan
merupakan pewaris tunggal kekayaan milik mendiang bapanya yang telah meninggal dunia. Farhani bersimpati
dan bersedih atas kehilangan rakan sekelasnya itu walaupun Kim Yong seorang yang bersikap angkuh dan
sombong.Farhani dan rakan-rakannya menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang sangat bersedih dan tidak henti-
henti menangis atas kehilangan anak tunggalnya itu pada suatu petang untuk menyatakan rasa simpati
mereka.
Ketika Farhani dan rakan-rakannya tiba di rumah Kim Yong, terdapat juga beberapa orang anggota polis yang
masih menyiasat dan mencari bahan maklumat untuk menyelesaikan kes kehilangan Kim Yong itu. Farhani dan
rakan-rakannya melihat terdapat sebuah zoo mini kepunyaan Kim Yong yang dibina di pekarangan rumahnya
yang menempatkan berbagai-bagai spesies kumbang yang pelbagai rupa dan wama. Seminggu selepas
kehilangan Kim Yong, Farhani, rakan-rakannya dan masyarakat membuat pelbagai andaian dan sebab atas
kehilangannya itu. Setelah sebulan kes kehilangan Kim Yong, berita sensasi mengenainya semakin jarang
diperkatakan kecuali Farhani yang masih tertanya-tanya dan mencari jawapan tentang misteri kehilangan rakan
sekelasnya itu.

Bab 2 : Misi Memburu Kumbang

Cikgu Salimah memahami karenah anak-anak muridnya yang pelbagai.Farhani tidak suka akan suasana yang
bingit dan bising. Dia teringat akan suasana di rumahnya yang sunyi kerana hanya dia dan ibu bapanya yang
masih ada di rumah.
Cikgu Salimah memberikan arahan kepada setiap murid untuk mencari beberapa jenis serangga secara
berkumpulan. Beliau memuji Farhani yang rajin mengakses maklumat berkaitan kumbang daripada laman
sesawang.Haikal mengusik dengan menyangkal keupayaan Farhani dan ahli kumpulannya yang ditugaskan
untuk mencari kumbang. Farhani bertekad untuk membuktikan keupayaannya mencari kumbang yang
dikehendaki oleh Cikgu
Salimah kepada Haikal,Mira bersemangat untuk mencari kumbang tanpa rasa takut.

Bab 3 : Meneroka Rumah Usang

Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun datuknya hampir setengah jam.Dia
bertindak mencari kumbang terlebih dahulu sementara menunggu kedatangan rakan-rakannya dan akhirnya
membawa langkahya semakin jauh ke dalam dusun tersebut.Tanpa disangka,Farhani menjumpai sebuah rumah
kayu usang yang sebahagian dindingnya hampir roboh.Dia memberanikan diri dengan menyelinap masuk ke
dalam rumah itu.Farhani mendapati rumah tersebut mempunyai tangga curam menuju ke ruangan bawah
tanah menyebabkan dia berasa teruja tentang apa yang ada di bawah sana.

Anda mungkin juga menyukai