Anda di halaman 1dari 19

TAWANAN KOMANDETAWANAN KOMANDER CAUCASUS

SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN


Novel ini mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk
kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi
tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri
Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong
yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi
tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea
Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas
kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang
begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.
Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku
guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah
memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi
memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi
suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira
ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana
Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh
sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk
mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang
tersebut.
Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani,
Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di
dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia
mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang
lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun
datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam
rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah
hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea
Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang
telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.
Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah
memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur.
Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak
bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan
bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan
kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat
setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas
kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif
menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun
datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah
mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki
kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka
menemukan sapu tangan milik Farhani.
Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang
menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah
dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana.
Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz
besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya
sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia
dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak
sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.
Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa
apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan
menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan
para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-
hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut
Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama
Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah
membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik
dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk
menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.
Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan
Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi
kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara.
Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka
menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka
juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ
yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka
bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat
mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka
berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan
Komander Caucasus dan tenteranya.
Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian
mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri
Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa
meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan,
akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah
berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah
diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat
daripada si pembelot, Dara Bintik.
Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali
lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri
Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong
berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah
menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk
itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja
Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang
amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya
menakluki dunia dan manusia.
Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan
pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander
Caucasus dan tenteranya  melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus
membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus.
Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam.
Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para
tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja
Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu
dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya
telah dikurung.
Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang
yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan
danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri
Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang
diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani
dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga
masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat
dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.
Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali
ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah
meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali
menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan
selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada
syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk
merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang
pimpinan Komander Caucasus.
Persoalan

Bil Persoalan Contoh

1.       Perpaduan dalam kalangan Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei
generasi muda tanpa mengira dan Kim Yong merupakan generasi muda
perbezaan kaum dan agama yang berbeza kaum yang berkawan baik
bersatu padu.
 

2.         Hubungan persahabatan Farhani dan rakan-rakannya bersahabat


tanpa mengenal latar baik dengan Puteri Coleoptra yang
belakang keturunan atau memberikan hadiah kepada mereka
darjat seseorang sebelum mereka kembali ke dunia manusia

3.         Keberanian mengadapi Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar


cabaran berhadapan dengan cabaran ketika
berhadapan dengan Komander Caucasus
dan tenteranya yang sangat kuat

4.         Perasaan dendam membawa Komander Caucasus endendami


kerosakan kepada diri manusia kerana banyak kumbang yang mati
sendiri. diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh
manusia.  Dendamnya ini menyebabkan dia
bertindak kejam terhadap manusia dan
kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia
juga musnah pada akhirnya.

5.         Bekerjasama dalam Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama


menentang dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama
kejahatan/kezaliman menentang Komander Causasus yang zalim.

6.         Semangat setia kawan yang Atas semangat setia kawan Haikal,
tinggi membawa kebaikan Devnath dan Wei sanggup berhadapan
bersama dengan pelbagai ancaman untuk mencari
  Farhani yang telah hilang semasa mencari
kumbang.

7.         Keberanian menentang Farhani, Dara Merah dan Bara bersama


kekejaman/ kezaliman mereka yang lain berani menentang
  Komander Caucasus yang kejam. Dia
memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara
kerana ingin merampas kuasa dan menjadi
Maharaja Caucasus.

8.         Rasa bersalah akibat Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas
kesombongan diri kesombongan dirinya selama ini.  Mujurlah
  rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak
ambil hati dan memulaukannya bahkan
mereka menolongnya membebaskan diri
daripada tawanan Komander Caucasu-

9.         Perbezaan kehidupan dalam Farhani dan Kim Yong dapat merasai
dimensi kumbang dengan dengan jelas perbezaan antara dimensi
dengan dunia manusia kumbang dengan dimensi manusia dari segi
ketumpatan udara dan tempoh masa
tempoh masa berlaku sesuatu kejadian
atau peristiwa.

10.     Ketamakan seseorang untuk Puteri Coleoptera terpaksa


berkuasa hingga mengancam menyembunyikan diri dan berpindah-
nyawa orang lain. randah akibat diburu sekaligus diancam
  bunuh oleh Komander Caucasus dan
tenteranya yang tamak dan berhasrat
untuk menjadi pemerintah kerajaan
kumbang

11.     Keinginan untuk menakluki Komander Caucasus telah menawan


dunia dan menguasai orang damengurung Kim Yong di dalam tabung uji
lain balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim
Yong dikurung kerana dia akan dijadikan
bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-
cita Komander Caucasus yang mahu
menguasai manusia dan menakluki dunia

12.     Kasih sayang ibu bapa kepada –  Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa
anak-anak. Farhani amat menyayangi anak, mereka
amat bimbang dan sedih atas kehilangan
Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha
dilakukan oleh mereka untuk mencari
Farhani.
13.     Sesetengah kejadian alam Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini
bersifat misteri hingga tidak menyedarkan manusia bahawa adanya alam
terjangkau oleh akal manusia lain. Dalam keadaan tertentu manusia
dapat menemukan alam lain dan mengalami
pelbagai peristiwa ganjil dan pelik.

14.     Kepatuhan/kesetiaan Tentera kumbang amat patuh kepada ketua


pengikut kepada ketua atau mereka, Komander Caucasus mereka patuh
pemimpin pada arahan pemimpin.  Begitu juga
kumbang kaum Bara dan spesies kumbang
Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada
pemompin mereka Puteri Coleoptra.

15.     Kesungguhan Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba


mempertahankan budaya dan dan Nonya berbangga dengan warisan
warisan bangsa. mereka.  Dia yang mahir pandai menyulam
dan sentiasa memakai pakaian tradisional
mereka baju kebaya.

16.     Toleransi / saling memahami Devnath dan Wei  bertoleransi/memahami


antara kaum punca kelewatan Haikal datang di tempat
mereka berkumpul kerana Haikal perlu
menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Watak dan perwatakan


-watak ialah termasuk latar belakang watak dan perwatakan merupakan
sikap/sifat watak.

Farhani -Watak utama-13 Tahun

 Anak bongsu dari enam orang adik-beradik


 Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak.
 Murid tingkatan 1 Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
 Bapanya kerja sebagai renjer hutan manakala ibunya sebagai suri rumah
Perwatakan Farhani Contohnya

1.    Cekal dan tabah Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan
dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi
tawanan Komander Caucasus

2.    Penyayang Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli


keluarganya

3.    Bertanggungjawab Farhani bertanggungjawab mencari kumbang.  Dia


berusaha mencari kumbang seperti yang
ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan
projek zoo mini di sekolahnya

4.    Bijaksana / bijak – Dapat menerangkan habitat / lokasi kumbang


ketika Chea Mei Cikgu Salimah.

– Farhani bijak menyusun strategi untuk


menumpaskan tentera kumbang Komander
Caucasus, dia menggunakan
cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan 
tentera Komander Caucasus

5.    Prihatin/bersimpati Farhani rela membantu Dara Merah membebaskan


terhadap orang lain Puteri Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang
yang lain daripada tawanan Komander Caucasus.

6.    Taat kepada ibu bapa Farhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan
Asmah sebelum pergi mencari Kumbang di dusun
datuknya.

7.    Berani Farhani berani masuk ke dalam rumah usang


seorang diri walaupun menyedari bahawa
tindakannya itu mungkin berbahaya serta
engancam keselamatan nyawanya.

8.    Mengenang  budi Farhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri


Coleoptra yang elah menyelamatkan dia dan empat
orang rakannya daripada tawanan Komander
Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra
sepanjang mereka berada di dalam dimensi
kumbang.

9.    Rajin Farhani Rajin melayari Internet untuk mengakses


laman sesawang yang berkaitan dengan kumbang
untuk mencari maklumat tambahan tentang
pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya
untuk keperluan projek Sainsnya.

10. Bijak menyimpan rahsia Farhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui
oleh mereka  semasa menjadi tawanan kumbang
kerana ingin mengelakkan perkara yang lebih
buruk mungkin akan berlaku.

Haikal – Watak sampingan

 Seorang yang berani- bertindak untuk mendapatkan sesuatu kebenaran-


Berani pergi ke rumah using pada waktu malam- Haikal mengajak Devnath
dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam semata-mata
untuk menjejaki kehilangan Farhani
 Seorang yang rasional- Rasional dalam melakukan sesuatu tindakan-Haikal
meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar rumah
using demi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei meninjau
keadaan di dalam rumah itu
 Seorang yang prihatin dan mengambil berat – Prihatin dan mengambil
berat terhadap masalah orang lain.Kita mestilah prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh orang lain
 Prihatin -Haikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya
kerana Haikal turut bersimpati dan berkongsi kesedihan tentang
kehilangannya Kim Yong.

Devnanth dan Wei


 Rakan sekelas Farhani
 Devnath merupakan anak lelaki tunggal dan anak bongsu dari empat adik
 Bapanya bernama Ramakrishnan yang merupakan pesara pegawai tentera
tetapi telah meninggal
 Mereka berdua mempunyai sifat setia kawan yang tinggi, seorang yang
insaf dan sedar, menepati janji, menghormati adat resam dan agama orang
lain
Mira dan Chea Mei

 Rakan sekelas Farhani


 Chea Mei berbangsa baba nyonya dan nama penuhnya ialah Ren Chea Mei
 Bapa  Chea Mei bernama James Ren dan beliau bersikap tegas
 Bapa Mira bernama Encik Zainal dan ibunya bernama Puan Mariah
 Mereka mengamalkan semangat  kerjasama
 Mira mempercayai kepercayaan tahyul
 Chea Mei pula jujur dalam kata-kata
 Cikgu Salimah

 Guru Sains dan Guru Tingkata 1 Arif


 Berumur 25 tahun
 Mempunya sikap tanggungjawab, berpendirian tegas, penyabar, inovatif,
baik hati
Bara dan Dara Merah

 Merupakan kumbang yang sangat patuh dan sangat setia terhadap puteri
Coleoptera
 Berani mempertahankan puteri Coleoptera

LATAR
Latar Masa Contohnya,

1.       Pukul 2:30 petang sewaktu Mira keluar dari rumahnya dan terus
menuju  ke dusun untuk mencari kumbang bersama
Farhani

2.       Pukul 3:00 petang Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan
Chea Mei di pinggir dusun milik datuknya

3.       Pukul 5:30 petang Sewaktu Mira bersungut sendirian apabila dia
mendapati kelibat sahabatnya,Farhani dan Chea Mei
belum kelihatan di pinggir dusun milik datuknya

4.       2 jam Mira dan Chea Mei menunggu kehadiran Farhani 


selama enagi 2 jam

5.       Waktu malam Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi
‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani

6.       Pukul 8:00 malam Sewaktu ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik
Adam

7.       Waktu petang Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka


mencari kumbang tetapi mereka lambat datang,
Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah
petang

 LATAR TEMPAT

Latar tempat Contohnya


1.       Rumah Kim Yong Tempat Farhani dan rakan-rakannya
menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat
berita kehilangan Kim yong

2.       Halaman rumah Kim Yong Tempat terbinanya zoo mini  kepunyaan Kim
Yong yang menempatkan pelbagai spesies
kumbang

3.       Rumah Farhani Tempat Mira dan Chea Mei menelefon


keluarga masing-masing untuk memaklumkan
mereka berada di sana

4.       Rumah Chea Mei, Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam
manik-manik pada baju cheongsam berwarna
merah yang akan di pakai anak lelakinya,
James Ren

5.       Rumah Usang Tempat Haikal,Wei, dan Devnath memasuki


rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk
melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana

LATAR MASYARAKAT

Latar Masyarakat Contohnya

1.Masyarakat penyayang Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis
tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa
anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun
bapanya

2.Masyarakat yang Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat


rajin menimba ilmu pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata pelajaran
sains Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.
3.Masyarakat yang Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai
gigih menghadapi cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander
cabaran dan dugaan Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih
dalam kehidupan berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan
ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

4.Masyarakat yang Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan


prihatin terhadap Farhani dan Kim Yong.  Berita kehilangan mereka
keselamatan murid- mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan
murid sekolah pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian
pelajaran serta pegawai penyiasat polis.

5.Masyarakat yang Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata


menjalankan tugas pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di Sekolah
dengan penuh dedikasi Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan
tugasnya dengan penuh dedekasi.

6.Masyarakat berbilang Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik.  Mereka


kaum dan agama yang sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang sama. 
bersahabat baik dan Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal  yang
saling menghormati terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana
Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Gaya Bahasa & Unsur Bahasa

Diksi (Pemilihan kata/Istilah)

1. a) Nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang:


 Lampyridae, Chalcosoma Caucasus, Coccinellidae. Weevil,
Chrysomelidae
 Cicindelidae
1. b) Terdapat juga penggunaan diksi daripada pengaruh enagi arab
 Insya-Allah, Alhamdulillah, Assalamualaikum
1. c) Penggunaan enagi istana
 Tuanku, Majlis pertabalan, Beta
Ayat

1. a) Ayat-ayat pendek:
 Masing-masing terdiam,
 Farhani kaget
 Kim Yong tersenyum
1. b) Ayat-ayat sederhana:
 Mereka kagum dengan landskap yang menghiasi halaman
 Dia seakan-akan berjalan atas lautan luas
 Air itu diidi di dalam tempurung kelapa
1. c) Ayat-ayat panjang:
 Ada yang berwarna merah dengan enagi hitam di belakangnya, ada yang
bersaiz panjang berwarna seakan-akan warna kayu yang reput, ada yang
mempunyai sesungut yang panjang dan tajam serta berwarna kebiru-
biruan, dan paling menarik ada yang kelihatan bercahaya-cahaya di
kepaknya
 Tidak ada bunga-bungaan yang memenuhi dewan sebaliknya ruang itu
dihiasi dengan daun-daunan dan meja enagi yang dipenuhi buah-buahan
yang lazat
Peribahasa
1. a) Simpulan bahasa:
 Cikgu Salimah memang  pilih kasih
 Buah tanganyang dibawa segera dihulurkan kepada tuan rumah
 “Jangan  ambil hati  dengan kata-kata Akmal
 …berasa malu dengan sikap anak terutamanya yang  panas baranitu.
 ….nila setitik rosak susu sebelanga
 …..Ringan tangan
 …Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
  b) Perumpamaan, pepatah, bidalan:
 Sudah gaharu cendana pula.
 Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
 Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
 Berpantang maut sebelum ajal.
 Bapa borek anak rintik.
Simile (Perumpamaan)
 Rumah besar  sepertimahligai itu memang sunyi.
 Tiba-tiba sahaja Puan Lee meracau-racau  sepertiorang hilang akal.
 Dia merasakan dirinya  umpamaduduk dalam keranda.
Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)
 Rasa bangga menjengah seketika.
 Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati.
 Itu pun kalau maut masih belum menjengahnya.
Metafora (Perbandingan secara terus)
 Tiada istilah takut dalam  kamus hidupnya.
 Wajah kotasemakin jauh ditinggalkan.
Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)
 Kata-kata Encik Adnan mematikan idea Puan Asmah.
 Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit
lengannya yang terdedah.
 Tipu daya yang merasuk jiwanya.
Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)
 Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.
 Devnath megangguk-angguk manakala Haikal diam saja.
Sinkope
 “Takmustahil…” Devnath pula bersuara,
.            “Cikgu, boleh  tak  kalau kita balik saja…”
Inversi (ayat songsang)
 Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
 Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.
…garau suara
Repetisi (Perulangan)
 Hilang?  Hilang  ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?
 Kianjauh ke bawah,  kian  gelap suasana.
Perlambangan (Imejan)
 Ada  butiran jernihyang  gugur dari matanya.
 Mereka mahu dijadikan seperti  tikus makmal.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contohnya

1.    Baik hati Kita mestilah – Farhani dan rakan-rakan


  bersikap baik sekelasnya baik hati kerana
terhadap orang lain mereka tetap menziarahi
ibu Kim Yong yang bersedih
atas kehilangan anaknya
Kim Yong walaupun Kim
Yong bersikap sombong

– Farhani baik hati, dia


menghulurkan air minuman
yang diisi di dalam
tempurung kelapa yang
enagi kepada Kim Yong yang
begitu dahaga dan
keletihan sewaktu mereka
tiba di sebuah hutan
selepas melarikan diri
bersama-sama dengan Bara
dan Dara Bintik dari
makmal rahsia yang dikuasai
Komander Caucasus dan
tenteranya.

2.    Kerjasama Kita mestilah Farhani dan rakan-rakannya


bekerjasama dalam bekerjasama dengan Bara
menyelesaikan dan Dara Merah untuk
sebarang masalah menewaskan Komander
Caucasus dan tenteranya.

3.    Bertanggung-jawab Kita mestilah Farhani bertanggungjawab


bertanggungjawab menjalankan kerja projek
untuk menjalankan yang diberikan oleh guru
tugasan yang mata pelajaran Sainsnya,
diberikan iaitu mencari kumbang.

4.    Kesabaran/Ketabahan Kita patut bersabar Ibu bapa Farhani


ketika berhadapan bersabar /tabah
dengan sesuatu berhadapan dengan
cabaran kehilangan Farhani

5.    Berdikari Kita mestilah Walaupun Farhani


  berdikari dalam merupakan seorang gadis,
menjalankan dia berdikari dalam
sebarang tugasan/ usahanya mencari kumbang
kerja (tanpa di dusun milik datuknya
mengharapkan bersama-sama dengan Mira
bantuan / tanpa dan Chea Mei tanpa
bergantung pada meminta khidmat bantuan
orang lain) sama ada dari rakan lelaki
sekelasnya, abangnya atau
ayahnya.

6.Kebangaan terhadap Kita harus Nenek Chea Mei sangat


warisan bangsa berbangga dengan berbangga akan dirinya
budaya dan warisan keturunan baba dan nyonya.
bangsa Dia memakai pakaian
  tradisional yang diadaptasi
daripada pakaian Melayu,
iaitu kebaya nyonya.

7.Hemah tinggi (sopan Kita mesti berhemah Puan Asmah berhemah


santung) tinggi tinggi. Dia melayani Mira
dan Chea Mei yang
berkunjung ke rumahnya
dengan begitu mesra dan
ramah.

8.    Keberanian Kita mesti berani Dara Merah berani


  mengambil sebarang menyamar sebagai Dara
tindakan supaya Bintik untuk menundukkan
beroleh kejayaan Maharaja Caucasus yang
gagah dan kuat walaupun
Dara Merah hanyalah
seekor kumbang betina

@ Farhani berani mencari


kumbang seorang diri di
dalam hutan dan memasuki
sebuah rumah yang sudah
usang

9.    Kegigihan Kita hendaklah gigih Farhani gigih berdepan


menempuh sebarang dengan berbagai-bagai
cabaran dan cabaran dan rintangan
rintangan seperti peristiwa dia
terpaksa menyelamatkan
diri daripada menjadi orang
tawanan tentera Caucasus

10. Kasih sayang Kita Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong
mestilah menyayangi sangat menyayangi anaknya.
keluarga kita. Dia amat bersedih dengan
kehilangan anak tunggalnya
yang dilaporkan hilang
sewaktu mencari kumbang
di kawasan pinggir hutan di
kampungnya

11. Kerajinan Kita hendaklah rajin Farhani rajin mencari


membuat rujukan maklumat berkaitan spesies
sebagai persediaan kumbang melalui laman
awal manghadapi sesawang sebagai
satu-satu tugasan. persediaan awal untuk
memudahkan tugasannya
mengenal pasti
kepelbagaian spesies
kumbang
12. Kesopanan/ Kita Encik Adnan dan Puan
Kesantunan perlulah melayan Asmah melayani kunjungan
tetamu yang datang Cikgu Salimah ke rumah
ke rumah dengan mereka dengan begitu
sopan antung. sopan enagih, mesra dan
ramah

13. Kebijaksanaan Kita hendaklah bijak Farhani melakukan tindakan


menyusun strategi yang bijak apabila
untuk menyelesaikan menggunakan ‘Endosulfan’
satu-satu untuk menewaskan Dara
masalah yang Bintik dan pasukan tentera
berlaku Caucasus

14. Bersifat pemaaf/ tidak Kita tidak Farhani tidak berdendam


berdendam seharusnya dengan Kim Yong, walaupun
berdendam dengan Kim Yong pernah bersikap
seseorang yang sombong terhadapnya. Dia
pernah sombong/ tetap memafkan Kim Yong
menyakiti kita.

15. Kebebasan Kita tidak Kim Yong bertekad untuk


seharusnya prihatin membebaskan kumbang-
terhadap kebebasan kumbang yang terdapat di
orang lain dalam zoo mininya setelah
peristiwa dia ditawan oleh
Komander Caucasus

16. Saling membantu/ Kita mestilah saling Bara telah menolong


tolong-menolong membantu/ tolong – Farhani membebaskan diri
menolong untuk daripada tawanan Komander
menyelesaikan Caucasus , kemudian
masalah Farhani pula membantu
Bara menewaskan
Komander Caucasus dan
tenteranya

17. Berterima kasih/ Kita seharusnya Puteri Coleoptera


Menghargai pertolongan berterima kasih menghargai pertolongan
orang lain kepada orang yang Farhani dan rakan-rakannya
telah memberikan dalam mendapatkan
pertolongan  / kuasanya semula. Sebagai
menghargai penghargaan/ tanda
pertolongan orang berterima kasih dia
lain menghadiahi Farhani
dengan lambing kebesaran
kerajaan kumbang.

18. Keinsafan Kita mestilah Kim Yong insaf akan


menginsafi kesalahan perbuatannya yang sombong
yang pernah dan angkuh selama ini. Dia
dilakukan pada masa memohon maaf daripada
lalu Farhani.  Dia juga insaf
atas tindakannya
mengurung kumbang dan
mahu membebaskan haiwan
itu.

19. Setia kawan Kita mestilah Haikal, Devnath dan Wei


mempunyai semangat pergi ker rumah usang 
setia kawan yang pada waktu malam tanpa
tinggi memikirkan risiko yang
mungkin dihadapi oleh
mereka.  Mereka mahu
menjejakki Farhani yang
hilang atas semangat setia
kawan yang tinggi antara
mereka

Anda mungkin juga menyukai