Anda di halaman 1dari 14

TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN


Novel ini mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga
masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah
Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar
mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah
dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih
atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas
kehilangan anak tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di
Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari
serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan.
Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara
itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya.
Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang
tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.
Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju
dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun
datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu
sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan
sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang
bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di
dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat
Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke
dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah
anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan
Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi
perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan
Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun
datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah
mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang
bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh
tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di
sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah
makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian
Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu
secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.

Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba
merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri
Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga
menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri
dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah
membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera
memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut
itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah
lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang
Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang
yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani
dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga
bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara
meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan
Komander Caucasus dan tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera
Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya
terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di
tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat
persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat
daripada si pembelot, Dara Bintik.

Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera
Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu,
Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki
takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim
Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan
Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan
manusia.

Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun
strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfansekali
gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah
dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam
dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang
rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus,
Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.
Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera
terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima
kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada
logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk
kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat
dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.

Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk
bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya
kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita
kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik.
Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang
pimpinan Komander Caucasus.

TEMA

 Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. Situasi
yang menyokong tema tersebut ialah;
 Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander
Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander
Caucasus.
 Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan
kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera,Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal,
Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani
dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-
masing.

Persoalan sesebuah karya tidak terhad; antara persoalan novel Tawanan Komander Caucasus ialah;

Bil Persoalan Contoh

1. Perpaduan dalam kalangan Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong
generasi muda tanpa mengira merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang
perbezaan kaum dan agama berkawan baik bersatu padu.

2. Hubungan persahabatan tanpa Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan


mengenal latar belakang Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka
keturunan atau darjat seseorang sebelum mereka kembali ke dunia manusia

3. Keberanian mengadapi cabaran Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan


dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander
Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat

4. Perasaan dendam membawa Komander Caucasus endendami manusia kerana banyak


kerosakan kepada diri sendiri. kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji
oleh manusia. Dendamnya ini menyebabkan dia
bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri,
sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

5. Bekerjasama dalam menentang Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara


kejahatan/kezaliman dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander
Causasus yang zalim.
6. Semangat setia kawan yang Atas semangat setia kawan Haikal, Devnath dan Wei
tinggi membawa kebaikan sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk
bersama mencari Farhani yang telah hilang semasa mencari
kumbang.

7. Keberanian menentang Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain
kekejaman/ kezaliman berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia
memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin
merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.

8. Rasa bersalah akibat Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan
kesombongan diri dirinya selama ini. Mujurlah rakan-raka sekelasnya
bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan
mereka menolongnya membebaskan diri daripada
tawanan Komander Caucasu-

9. Perbezaan kehidupan dalam Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas
dimensi kumbang dengan dengan perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi
dunia manusia manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa
tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.

10. Ketamakan seseorang untuk Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan
berkuasa hingga mengancam berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh
nyawa orang lain. oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan
berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang

11. Keinginan untuk menakluki dunia Komander Caucasus telah menawan damengurung Kim
dan menguasai orang lain Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal
rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan
bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander
Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki
dunia

12. Kasih sayang ibu bapa kepada – Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat
anak-anak. menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih atas
kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha
dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.
13. Sesetengah kejadian alam bersifat Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan
misteri hingga tidak terjangkau manusia bahawa adanya alam lain. Dalam keadaan
oleh akal manusia tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan
mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan pelik.

14. Kepatuhan/kesetiaan pengikut Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka,
kepada ketua atau pemimpin Komander Caucasus mereka patuh pada arahan
pemimpin. Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies
kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada
pemompin mereka Puteri Coleoptra.

15. Kesungguhan mempertahankan Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya
budaya dan warisan bangsa. berbangga dengan warisan mereka. Dia yang mahir
pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian
tradisional mereka baju kebaya.

16. Toleransi / saling memahami Devnath dan Wei bertoleransi/memahami punca


antara kaum kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul
kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih
dahulu.

Watak dan perwatakan


-watak ialah termasuk latar belakang watak dan perwatakan merupakan sikap/sifat watak.

Farhani -Watak utama-13 Tahun

 Anak bongsu dari enam orang adik-beradik


 Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak.
 Murid tingkatan 1 Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
 Bapanya kerja sebagai renjer hutan manakala ibunya sebagai suri rumah
Perwatakan Farhani Contohnya

1. Cekal dan tabah Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan
yang dilaluinya semasa menjadi tawanan Komander Caucasus

2. Penyayang Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya

3. Bertanggungjawab Farhani bertanggungjawab mencari kumbang. Dia berusaha


mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah
untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya
4. Bijaksana / bijak – Dapat menerangkan habitat / lokasi kumbang ketika Chea Mei
Cikgu Salimah.

– Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera


kumbang Komander Caucasus, dia menggunakan
cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan tentera Komander
Caucasus

5. Prihatin/bersimpati terhadap Farhani rela membantu Dara Merah membebaskan Puteri


orang lain Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang yang lain daripada
tawanan Komander Caucasus.

6. Taat kepada ibu bapa Farhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan Asmah
sebelum pergi mencari Kumbang di dusun datuknya.

7. Berani Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri


walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya
serta engancam keselamatan nyawanya.

8. Mengenang budi Farhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri Coleoptra yang
elah menyelamatkan dia dan empat orang rakannya daripada
tawanan Komander Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra
sepanjang mereka berada di dalam dimensi kumbang.

9. Rajin Farhani Rajin melayari Internet untuk mengakses laman sesawang


yang berkaitan dengan kumbang untuk mencari maklumat
tambahan tentang pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya
untuk keperluan projek Sainsnya.

10. Bijak menyimpan rahsia Farhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui oleh mereka
semasa menjadi tawanan kumbang kerana ingin mengelakkan
perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku.

Haikal – Watak sampingan

 Seorang yang berani- bertindak untuk mendapatkan sesuatu kebenaran- Berani pergi ke rumah using pada
waktu malam- Haikal mengajak Devnath dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam
semata-mata untuk menjejaki kehilangan Farhani
 Seorang yang rasional- Rasional dalam melakukan sesuatu tindakan-Haikal meminta Cikgu Salimah,
Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar rumah usangdemi keselamatan mereka sementara dia,
Devnath dan Wei meninjau keadaan di dalam rumah itu
 Seorang yang prihatin dan mengambil berat – Prihatin dan mengambil berat terhadap masalah
orang lain.Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain
 Prihatin -Haikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya kerana Haikal turut bersimpati
dan berkongsi kesedihan tentang kehilangannya Kim Yong.

Devnanth dan Wei

 Rakan sekelas Farhani


 Devnath merupakan anak lelaki tunggal dan anak bongsu dari empat adik
 Bapanya bernama Ramakrishnan yang merupakan pesara pegawai tentera tetapi telah meninggal
 Mereka berdua mempunyai sifat setia kawan yang tinggi, seorang yang insaf dan sedar, menepati janji,
menghormati adat resam dan agama orang lain

Mira dan Chea Mei

 Rakan sekelas Farhani


 Chea Mei berbangsa baba nyonya dan nama penuhnya ialah Ren Chea Mei
 Bapa Chea Mei bernama James Ren dan beliau bersikap tegas
 Bapa Mira bernama Encik Zainal dan ibunya bernama Puan Mariah
 Mereka mengamalkan semangat kerjasama
 Mira mempercayai kepercayaan tahyul
 Chea Mei pula jujur dalam kata-kata

Cikgu Salimah

 Guru Sains dan Guru Tingkata 1 Arif


 Berumur 25 tahun
 Mempunya sikap tanggungjawab, berpendirian tegas, penyabar, inovatif, baik hati
Bara dan Dara Merah

 Merupakan kumbang yang sangat patuh dan sangat setia terhadap puteri Coleoptera
 Berani mempertahankan puteri Coleoptera
LATAR

Latar Masa Contohnya,

1. Pukul 2:30 sewaktu Mira keluar dari rumahnya dan terus menuju ke dusun untuk mencari
petang kumbang bersama Farhani
2. Pukul 3:00 Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun
petang milik datuknya

3. Pukul 5:30 Sewaktu Mira bersungut sendirian apabila dia mendapati kelibat
petang sahabatnya,Farhani dan Chea Mei belum kelihatan di pinggir dusun milik
datuknya

4. 2 jam Mira dan Chea Mei menunggu kehadiran Farhani selama enagi 2 jam

5. Waktu malam Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan
Farhani

6. Pukul 8:00 Sewaktu ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik Adam
malam

7. Waktu petang Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi
mereka lambat datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah
petang

LATAR TEMPAT
Latar tempat Contohnya

1. Rumah Kim Yong Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah
mendapat berita kehilangan Kim yong

2. Halaman rumah Tempat terbinanya zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan
Kim Yong pelbagai spesies kumbang

3. Rumah Farhani Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk
memaklumkan mereka berada di sana

4. Rumah Chea Mei, Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju
cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren

5. Rumah Usang Tempat Haikal,Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki
rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana
LATAR MASYARAKAT

Latar Masyarakat Contohnya

1.Masyarakat penyayang Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak
setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari
kumbang di dusun bapanya

2.Masyarakat yang rajin Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin
menimba ilmu sains belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu
Salimah.

3.Masyarakat yang gigih Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan
menghadapi cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga
dugaan dalam kehidupan dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada
dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

4.Masyarakat yang prihatin Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim
terhadap keselamatan murid- Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam
murid sekolah media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian
pelajaran serta pegawai penyiasat polis.

5.Masyarakat yang Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains
menjalankan tugas dengan dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
penuh dedikasi Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.

6.Masyarakat berbilang kaum Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik. Mereka sahabat sekelas dan
dan agama yang bersahabat tinggal di kampung yang sama. Devnath dan Wei memahami keadaan
baik dan saling menghormati Haikal yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana Haikal
perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Gaya Bahasa & Unsur Bahasa

Diksi (Pemilihan kata/Istilah)

1. a) Nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang:


 Lampyridae, Chalcosoma Caucasus, Coccinellidae. Weevil, Chrysomelidae
 Cicindelidae
1. b) Terdapat juga penggunaan diksi daripada pengaruh enagi arab
 Insya-Allah, Alhamdulillah, Assalamualaikum
1. c) Penggunaan enagi istana
 Tuanku, Majlis pertabalan, Beta
Ayat

1. a) Ayat-ayat pendek:
 Masing-masing terdiam,
 Farhani kaget
 Kim Yong tersenyum
1. b) Ayat-ayat sederhana:
 Mereka kagum dengan landskap yang menghiasi halaman
 Dia seakan-akan berjalan atas lautan luas
 Air itu diidi di dalam tempurung kelapa
1. c) Ayat-ayat panjang:
 Ada yang berwarna merah dengan enagi hitam di belakangnya, ada yang bersaiz panjang berwarna
seakan-akan warna kayu yang reput, ada yang mempunyai sesungut yang panjang dan tajam serta
berwarna kebiru-biruan, dan paling menarik ada yang kelihatan bercahaya-cahaya di kepaknya
 Tidak ada bunga-bungaan yang memenuhi dewan sebaliknya ruang itu dihiasi dengan daun-daunan dan
meja enagi yang dipenuhi buah-buahan yang lazat
Peribahasa
1. a) Simpulan bahasa:
 Cikgu Salimah memang pilih kasih
 Buah tanganyang dibawa segera dihulurkan kepada tuan rumah
 “Jangan ambil hati dengan kata-kata Akmal
 …berasa malu dengan sikap anak terutamanya yang panas baranitu.
 ….nila setitik rosak susu sebelanga
 …..Ringan tangan
 …Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
b) Perumpamaan, pepatah, bidalan:
 Sudah gaharu cendana pula.
 Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
 Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
 Berpantang maut sebelum ajal.
 Bapa borek anak rintik.
Simile (Perumpamaan)
 Rumah besar sepertimahligai itu memang sunyi.
 Tiba-tiba sahaja Puan Lee meracau-racau sepertiorang hilang akal.
 Dia merasakan dirinya umpamaduduk dalam keranda.
Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)
 Rasa bangga menjengah seketika.
 Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati.
 Itu pun kalau maut masih belum menjengahnya.
Metafora (Perbandingan secara terus)
 Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.
 Wajah kotasemakin jauh ditinggalkan.
Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)
 Kata-kata Encik Adnan mematikan idea Puan Asmah.
 Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit lengannya yang terdedah.
 Tipu daya yang merasuk jiwanya.
Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)
 Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.
 Devnath megangguk-angguk manakala Haikal diam saja.
Sinkope
 “Takmustahil…” Devnath pula bersuara,
. “Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja…”
Inversi (ayat songsang)
 Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
 Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.
…garau suara
Repetisi (Perulangan)
 Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?
 Kianjauh ke bawah, kian gelap suasana.
Perlambangan (Imejan)
 Ada butiran jernihyang gugur dari matanya.
 Mereka mahu dijadikan seperti tikus makmal.

NILAI DAN PENGAJARAN


Nota- Nilai dan pengajaran boleh menggunakan contoh yang sama, kecuali ayatnya yang berbeza.
Nilai Pengajaran Contohnya

1. Baik hati Kita mestilah bersikap – Farhani dan rakan-rakan sekelasnya


baik terhadap orang lain baik hati kerana mereka tetap
menziarahi ibu Kim Yong yang
bersedih atas kehilangan anaknya Kim
Yong walaupun Kim Yong bersikap
sombong

– Farhani baik hati, dia menghulurkan


air minuman yang diisi di dalam
tempurung kelapa yang enagi kepada
Kim Yong yang begitu dahaga dan
keletihan sewaktu mereka tiba di
sebuah hutan selepas melarikan diri
bersama-sama dengan Bara dan Dara
Bintik dari makmal rahsia yang
dikuasai Komander Caucasus dan
tenteranya.

2. Kerjasama Kita mestilah Farhani dan rakan-rakannya


bekerjasama dalam bekerjasama dengan Bara dan Dara
menyelesaikan sebarang Merah untuk menewaskan Komander
masalah Caucasus dan tenteranya.
3. Bertanggung-jawab Kita mestilah Farhani bertanggungjawab
bertanggungjawab untuk menjalankan kerja projek yang
menjalankan tugasan diberikan oleh guru mata pelajaran
yang diberikan Sainsnya, iaitu mencari kumbang.

4. Kesabaran/Ketabahan Kita patut bersabar ketika Ibu bapa Farhani bersabar /tabah
berhadapan dengan berhadapan dengan kehilangan
sesuatu cabaran Farhani

5. Berdikari Kita mestilah berdikari Walaupun Farhani merupakan seorang


dalam menjalankan gadis, dia berdikari dalam usahanya
sebarang tugasan/ kerja mencari kumbang di dusun milik
(tanpa mengharapkan datuknya bersama-sama dengan Mira
bantuan / tanpa dan Chea Mei tanpa meminta khidmat
bergantung pada orang bantuan sama ada dari rakan lelaki
lain) sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

6.Kebangaan terhadap warisan Kita harus berbangga Nenek Chea Mei sangat berbangga
bangsa dengan budaya dan akan dirinya keturunan baba dan
warisan bangsa nyonya. Dia memakai pakaian
tradisional yang diadaptasi daripada
pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.

7.Hemah tinggi (sopan santung) Kita mesti berhemah Puan Asmah berhemah tinggi. Dia
tinggi melayani Mira dan Chea Mei yang
berkunjung ke rumahnya dengan
begitu mesra dan ramah.

8. Keberanian Kita mesti berani Dara Merah berani menyamar sebagai


mengambil sebarang Dara Bintik untuk menundukkan
tindakan supaya beroleh Maharaja Caucasus yang gagah dan
kejayaan kuat walaupun Dara Merah hanyalah
seekor kumbang betina

@ Farhani berani mencari kumbang


seorang diri di dalam hutan dan
memasuki sebuah rumah yang sudah
usang
9. Kegigihan Kita hendaklah gigih Farhani gigih berdepan dengan
menempuh sebarang berbagai-bagai cabaran dan rintangan
cabaran dan rintangan seperti peristiwa dia terpaksa
menyelamatkan diri daripada menjadi
orang tawanan tentera Caucasus

10. Kasih sayang Kita mestilah menyayangi Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong sangat
keluarga kita. menyayangi anaknya. Dia amat
bersedih dengan kehilangan anak
tunggalnya yang dilaporkan hilang
sewaktu mencari kumbang di kawasan
pinggir hutan di kampungnya

11. Kerajinan Kita hendaklah rajin Farhani rajin mencari maklumat


membuat rujukan sebagai berkaitan spesies kumbang melalui
persediaan laman sesawang sebagai persediaan
awal manghadapi satu- awal untuk memudahkan tugasannya
satu tugasan. mengenal pasti kepelbagaian spesies
kumbang

12. Kesopanan/ Kita perlulah melayan Encik Adnan dan Puan Asmah
Kesantunan tetamu yang datang ke melayani kunjungan Cikgu Salimah ke
rumah dengan sopan rumah mereka dengan begitu sopan
antung. enagih, mesra dan ramah

13. Kebijaksanaan Kita hendaklah bijak Farhani melakukan tindakan yang


menyusun strategi untuk bijak apabila menggunakan
menyelesaikan satu-satu ‘Endosulfan’ untuk menewaskan Dara
masalah yang berlaku Bintik dan pasukan tentera Caucasus

14. Bersifat pemaaf/ tidak Kita tidak seharusnya Farhani tidak berdendam dengan Kim
berdendam berdendam dengan Yong, walaupun Kim Yong pernah
seseorang yang pernah bersikap sombong terhadapnya. Dia
sombong/ menyakiti kita. tetap memafkan Kim Yong

15. Kebebasan Kita tidak seharusnya Kim Yong bertekad untuk


prihatin terhadap membebaskan kumbang-kumbang
kebebasan orang lain yang terdapat di dalam zoo mininya
setelah peristiwa dia ditawan oleh
Komander Caucasus

16. Saling membantu/ tolong- Kita mestilah saling Bara telah menolong Farhani
menolong membantu/ tolong – membebaskan diri daripada tawanan
menolong untuk Komander Caucasus , kemudian
menyelesaikan masalah Farhani pula membantu Bara
menewaskan Komander Caucasus dan
tenteranya

17. Berterima kasih/ Menghargai Kita seharusnya berterima Puteri Coleoptera menghargai
pertolongan orang lain kasih kepada orang yang pertolongan Farhani dan rakan-
telah memberikan rakannya dalam mendapatkan
pertolongan / menghargai kuasanya semula. Sebagai
pertolongan orang lain penghargaan/ tanda berterima kasih
dia menghadiahi Farhani dengan
lambing kebesaran kerajaan kumbang.

18. Keinsafan Kita mestilah menginsafi Kim Yong insaf akan perbuatannya
kesalahan yang pernah yang sombong dan angkuh selama ini.
dilakukan pada masa lalu Dia memohon maaf daripada Farhani.
Dia juga insaf atas tindakannya
mengurung kumbang dan mahu
membebaskan haiwan itu.

19. Setia kawan Kita mestilah mempunyai Haikal, Devnath dan Wei pergi ker
semangat setia kawan rumah usang pada waktu malam
yang tinggi tanpa memikirkan risiko yang
mungkin dihadapi oleh mereka.
Mereka mahu menjejakki Farhani
yang hilang atas semangat setia kawan
yang tinggi antara mereka

Anda mungkin juga menyukai