Anda di halaman 1dari 19

NOVEL

Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya)

Farhani telah memasuki gerbang dimensi yang dihuni oleh warga kumbang dalam usaha
mencari kumbang untuk projek zoo mini yang dipesan oleh Cikgu Salimah. Warga sekolah gempar
dengan kehilangan Farhani. Kes Kim Yong yang hilang sebulan lalu juga belum selesai, kes baharu pula
muncul. Cikgu Salimah berasa serba salah kerana lalai menjaga keselamatan anak muridnya.
Farhani ditawan oleh Komander Caucasus dan para tentera kumbangnya. Dia dibawa menghadap
Maharaja Tanduk oleh Bara. Farhani pengsan selepas minum air yang diberikan oleh Dara Bintik. Cikgu
Salimah dan beberapa orang pelajar merancang untuk mencari Farhani. Mereka memulakan tugas
mencari Farhani di rumah usang yang ditemui Haikal di tengah dusun itu. Haikal menjumpai sapu
tangan Farhani berwarna merah jambu yang bersulam huruf F pada satu bucu di ruang bawah tanah
rumah usang tersebut. Dia juga berasa akan perbezaan pada udara yang terdapat di ruang bawah
tanah di rumah usang itu. Namun, dia tidak menceritakan hal tersebut kepada Cikgu Salimah.
Farhani dikurung di dalam balang kaca yang besar di makmal rahsia yang dikuasai Komander
Caucasus. Tubuhnya terasa lemah. Berhampiran dengannya terdapat sebuah lagi balang kaca yang
sama saiz. Kedengaran bunyi ketukan dari balang kaca di sebelahnya. Mereka berbalas-balas ketukan.
Tiba-tiba, keadaan menjadi kacau-bilau. Dia dibebaskan oleh Bara. Farhani segera menuju ke balang
yang menempatkan seseorang yang tidak dikenalinya. Rupa-rupanya, orang yang diselamatkannya
ialah Kim Yong yang hilang sejak sebulan lalu. Mereka bergerak pantas meninggalkan makmal tersebut
melalui terowong yang sempit dan lembap. Akhirnya, mereka selamat tiba di kawasan hutan yang
terdapat beberapa buah khemah tegak mengelilingi sebuah khemah yang kelihatan lebih besar.
Sinopsis Mereka dibawa menghadap Puteri Coleoptera yang merupakan pewaris sah kerajaan kumbang. Kim
Yong dan Farhani bersetuju membantu Puteri Coleoptera mengalahkan Komander Caucasus kerana
mereka sudah banyak kali berhutang nyawa dengan Bara.
Haikal, Wei, dan Devnath kembali ke rumah usang itu pada waktu malam. Mereka telah
memasuki pintu dimensi yang menghubungi dunia kumbang. Sampai di satu sudut bangunan,
leher mereka dicengkam erat lalu pengsan. Mereka bertemu dengan Farhani dan Kim Yong selepas
terjaga daripada pengsan. Kim Yong dan Farhani menjelaskan situasi mereka. Haikal yang memang
belum memahami situasi sebenar diarahkan beredar kerana Komander Caucasus dan tenteranya
semakin hampir. Puteri Coleoptera, Bara, Haikal, Wei, dan Devnath ditawan oleh tentera Komander
Caucasus. Kim Yong dan Farhani sempat menyembunyikan diri semasa tentera Caucasus menyerbu
tempat persembunyian Puteri Coleoptera. Rupa-rupanya, Dara Bintik telah membelot dan memihak
kepada Komander Caucasus. Farhani mencari akal untuk menyelamatkan rakan-rakannya supaya misi
menabalkan Puteri Coleoptera dapat dijayakan.
Misi mereka berjaya dengan bantuan Dara Merah yang enggan membelot bersama sepupunya,
Dara Bintik. Maharaja Caucasus dan tenteranya telah ditewaskan dengan semburan cecair likat,
Endosulfan yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga rakannya yang ditawan oleh tentera Caucasus. Farhani,
Kim Yong, Denvath, Haikal, dan Wei berjaya kembali ke dunia mereka. Namun, mereka menghadapi
kesulitan kerana telah menjadi halimunan akibat serum warga kumbang yang dicipta oleh saintis
kumbang untuk mengaburi penglihatan manusia terhadap kumbang. Mereka kembali ke dunia
kumbang dan diberikan penawar oleh Bara. Akhirnya, mereka telah kembali ke pangkuan keluarga.

Tema Kerjasama dalam mengembalikan keadilan.

• Keberanian mengambil risiko demi menjejaki kawan.


• Kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.
• Keikhlasan dalam menghulurkan bantuan.
Persoalan
• Sikap taat setia kepada pemerintah.
• Ketabahan menghadapi dugaan.
• Semangat setia kawan.

1
BM Tingkatan 3 Novel

Farhani
• Berumur 13 tahun. Murid Tingkatan Satu Alif.
• Anak bongsu dalam keluarga.
• Berpengalaman masuk ke hutan kerana bapanya merupakan bekas renjer hutan.
• Hilang semasa mencari kumbang di dusun milik datuknya.
• Menyelamatkan Kim Yong yang dilaporkan hilang selama sebulan di kerajaan kumbang.
• Membantu Puteri Coleoptera, Bara, dan Dara Merah menyelamatkan kerajaan kumbang yang
dirampas oleh Maharaja Caucasus.
• Cekal dan tabah – Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya
semasa menjadi tawanan Komander Caucasus.
• Penyayang – Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya.
• Bertanggungjawab – Farhani berusaha mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu
Salimah untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya.
• Baik hati – Farhani segera menuju ke balang yang menempatkan seorang yang tidak dikenalinya
apabila diselamatkan oleh Bara.
• Tidak berdendam – Farhani tidak memusuhi Kim Yong walaupun Kim Yong selalu berlagak sombong.
• Bijaksana dan pantas bertindak – menyembunyikan diri dalam semak untuk mengelakkan daripada
ditawan semula oleh tentera Caucasus.
Kim Yong
• Merupakan pewaris tunggal harta mendiang bapanya yang kaya-raya.
• Bersikap angkuh dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.
• Hilang semasa keluar mencari kumbang.
• Insaf akan kesilapannya.
• Menjadi tawanan Komander Caucasus.
Haikal, Wei, Devnath
• Suka mengusik orang.
Watak dan • Turut hilang semasa mencari Farhani yang hilang.
Perwatakan • Ditawan oleh Komander Caucasus.
• Setia kawan – terlibat dalam misi mencari Farhani yang dirancang berdasarkan sapu tangan yang
ditemui di rumah usang.
• Menjadi halimunan setelah kembali ke dunia manusia.
Komander/ Maharaja Caucasus
• Pandai mengambil hati Maharaja Tanduk.
• Menawan Kim Yong dan Farhani untuk dijadikan bahan uji kaji makmal rahsianya.
• Mendendami manusia yang banyak membunuh kumbang.
• Menjadi Maharaja Caucasus selepas menggulingkan Maharaja Tanduk.
• Tamak akan kuasa.
Puteri Coleoptera
• Pewaris takhta selepas Maharaja Tanduk.
• Satu-satunya anak saudara Maharaja Tanduk.
• Waris pemerintah sebenar kerajaan kumbang.
• Terpaksa melarikan diri kerana Komander Caucasus ingin membunuhnya.
• Mempunyai pengikut-pengikut setia seperti Bara dan Dara Merah.
• Berjaya menaiki takhta kerajaan kumbang melalui bantuan Farhani dan rakan-rakannya.
Bara
• Pendukung setia yang membantu Puteri Coleoptera membina semula kerajaan kumbang.
• Menyelamatkan Farhani dan Kim Yong daripada menjadi bahan uji kaji makmal kumbang.
• Dilantik sebagai penasihat Puteri Coleoptera.
Dara Merah
• Kumbang betina yang tegas ketika menjalankan tugasnya.
• Sepupu kepada Dara Bintik yang belot dan bersatu dengan Maharaja Caucasus untuk merampas
takhta Maharaja Tanduk.
• Rela mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan kerajaan kumbang.
• Dilantik sebagai komander tentera kumbang oleh Puteri Coleoptera.

2
BM Tingkatan 3 Novel

Latar Masa
• Sebulan – Kim Yong telah hilang sebulan yang lalu.
• Pukul 3 petang – Farhani, Chea Mei dan Mira berjanji untuk bertemu di pinggir dusun milik datuk
Farhani bagi mencari kumbang yang dipesan oleh Cikgu Salimah.
• Pukul 8:00 malam – ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik Adnan selepas menerima panggilan
daripada Chea Mei bahawa dia berada di rumah Farhani.
• Dua minggu – Farhani tergamam mendengar perbualan keluarganya yang mengatakan dia sudah
hilang dua minggu.
• Pada waktu malam – Haikal, Wei dan Devnath kembali ke rumah usang itu pada waktu malam.
Latar Tempat
• Rumah Kim Yong – Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong, Puan Lee setelah tiga hari
Kim Yong tidak pulang ke rumah.
• Pinggir dusun milik datuk Farhani – Farhani menunggu Mira dan Chea Mei hampir setengah jam di
pinggir dusun milik datuknya.
• Rumah usang – Farhani terjumpa sebuah rumah usang di dalam dusun.
• Mahligai – Farhani dibawa masuk ke mahligai untuk menghadap Maharaja Tanduk.
• Makmal kumbang – Kim Yong dan Farhani dikurung di dalam makmal untuk dijadikan bahan uji kaji
kumbang.
Latar
• Dunia kumbang – Farhani dan rakan-rakannya memasuki dunia kumbang melalui pintu gerbang
dimensi yang menghubungi dunia mereka dengan dunia kumbang.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang kaya-raya – Kim Yong merupakan anak hartawan dan merupakan pewaris tunggal
kekayaan milik bapanya yang memiliki beberapa buah kilang dan syarikat di dalam dan di luar
negara.
• Masyarakat yang terkongkong kebebasan – pergerakan Chea Mei sentiasa dikawal rapi sejak
kematian ibunya. Ayahnya, James Ren tidak membenarkannya keluar bersama-sama rakannya. Dia
sukar bergaul dengan rakan-rakannya selepas pulang dari sekolah.
• Masyarakat remaja yang masih bersekolah – Farhani, Kim Yong, Haikal, Chea Mei, Mira dan Devnath
merupakan pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Seri Kencana.
• Masyarakat kumbang yang taat setia – Bara dan Dara Merah merupakan pengikut setia Puteri
Coleoptera yang merupakan pewaris sebenar kerajaan kumbang.
• Masyarakat kumbang yang menunaikan janji – Dara Merah tetap bersemangat untuk menghantar
mereka berlima pulang ke dunia manusia walaupun mengalami kecederaan.
• Masyarakat yang mengenang budi – Farhani dan Kim Yong bersetuju menolong Bara
menyelamatkan kerajaan kumbang kerana ingin membalas budi baik Bara yang telah
menyelamatkan mereka.
Permulaan
Farhani memulakan usahanya untuk mencari kumbang untuk projek zoo mini yang dipesan oleh Cikgu
Salimah selepas hampir setengah jam menunggu Chea Mei dan Mira yang telah berjanji bertemu di
pinggir dusun milik datuknya.
Perkembangan
Farhani memasuki gerbang dimensi yang dihuni oleh warga kumbang. Farhani menjadi tawanan
Komander Caucasus dan dikurung di dalam balang kaca yang terdapat dalam makmal kumbang.
Farhani dibebaskan oleh Bara. Farhani menemui Kim Yong yang sudah sebulan hilang. Mereka bertemu
dengan Haikal, Wei, dan Devnath.
Perumitan
Khemah Puteri Coleoptera diserang oleh tentera Komander Caucasus. Puteri Celeoptera, Bara, Haikal,
Plot
Wei, dan Devnath ditawan. Farhani dan Kim Yong sempat menyembunyikan diri. Mereka merancang
untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka. Dengan bantuan Dara Merah, misi mereka berjaya.
Komander Caucasus dan tenteranya berjaya ditewaskan. Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi
pemerintah kerajaan kumbang.
Puncak
Farhani dan rakan-rakannya menjadi halimunan akibat serum yang dicipta oleh warga serangga
selepas kembali ke alam manusia. Mereka kembali ke dunia kumbang untuk mendapatkan bantuan.
Peleraian
Mereka diberikan penawar oleh Bara. Akhirnya, mereka telah kembali ke pangkuan keluarga mereka.
Mereka sepakat merahsiakan dimensi kumbang dan menceritakan bahawa mereka hanya tersesat di
dalam hutan.

3
BM Tingkatan 3 Novel

• Monolog – Farhani berbisik sendiri untuk memujuk dirinya apabila dia masuk ke dalam dusun
seorang diri. “Hmm … anak renjer hutan bukan penakut.” Dia berbisik sendiri, memujuk diri.
(m.s. 17)
• Pemerian – pengarang memerihalkan kecantikan mahligai. Dinding mahligai itu pula berwarna
putih mutiara dihiasi lampu-lampu indah daripada sesuatu yang pernah dilihatnya. (m.s. 44)
• Imbas kembali – Cikgu Salimah teringat akan guru sekolah rendahnya ketika dia berada di darjah
lima. Guru Matematik itu tiba-tiba berang dan mendenda anak-anak muridnya yang tidak mampu
menghafal sifir. (m.s. 53)
Teknik Plot • Dialog – perbualan antara Puan Asmah yang memujuk Cikgu Salimah supaya jangan berkecil hati
dengan kata-kata Akmal, abang Farhani yang menuduhnya sebagai punca yang menyebabkan
kehilangan Farhani. “Jangan ambil hati cikgu dengan kata-kata Akmal. Dia sebenarnya terlalu
sayang akan adik bongsunya itu.” Merendah suara Puan Asmah memujuk Cikgu Salimah sebaik-
baik sahaja dia selesai menuangkan minuman. (m.s. 55)
• Saspens – pembaca tertanya-tanya siapakah yang turut terkurung di sebelah balang kaca Farhani.
(m.s. 69)
• Kejutan – Farhani dan rakan-rakannya tidak dapat dilihat oleh keluarga dan menjadi halimunan
selepas kembali ke dunia manusia. (m.s. 159)

• Simile – terasa rerambut halus yang tajam bagai jarum mencucuk-cucuk; pencarian bagaikan
menemukan jalan buntu; ruang itu umpama sayap yang tersorok daripada bahagian-bahagian
utama rumah; umpama duduk di dalam keranda
• Peribahasa – umpama nila setitik rosak susu sebelanga; seekor kerbau membawa lumpur
semuanya terpalit; ibarat burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung; pucuk dicita ulam
Gaya mendatang
Bahasa • Hiperbola – jantungnya seakan-akan berhenti berdegup apabila satu letupan kuat tiba-tiba sahaja
mengambil alih bunyi bising tadi; dalam masa sesingkat sepuluh minit, tempat itu kembali menjadi
sebuah kawasan hutan yang seolah-olah tidak pernah dikunjungi sesiapa
• Metafora – butiran jernih
• Bahasa asing – assalamualaikum (bahasa Arab); Lampyridae (bahasa Latin)
• Sinkope – tak; saja; tu; dah

• Taat setia
Bara dan Dara Merah patuh dan taat setia kepada Puteri Coleoptera yang merupakan pewaris
kerajaan kumbang yang sah.
• Penghargaan
Farhani dan rakan-rakannya menghargai pertolongan yang diberikan oleh Bara dan Dara Merah
yang menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan uji makmal kumbang.
• Keberanian
Farhani memberanikan dirinya untuk menyelamatkan rakan-rakannya supaya misi untuk
menabalkan Puteri Coleoptera berjaya.
Nilai • Kesyukuran
Farhani dan rakan-rakannya bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya pulang ke pangkuan keluarga.
• Cinta akan makhluk ciptaan Tuhan
Kim Yong melepaskan kumbang-kumbang peliharaannya.
• Kasih sayang
Keluarga Farhani sangat risau akan kehilangan Farhani.
• Ketabahan
Farhani tabah menghadapi pelbagai dugaan ketika ditawan oleh Komander Caucasus.
• Bekerjasama
Farhani, Kim Yong dan Dara Merah bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

• Kita hendaklah menghargai mereka yang berjasa kepada kita


Puteri Coleoptera memberikan anugerah kepada pengikut setianya. Baginda melantik Bara sebagai
penasihatnya, manakala Dara Merah dilantik sebagai komander tentera kumbangnya.
• Kita perlu mempunyai sikap baik hati terhadap orang lain
Pengajaran
Farhani menghulurkan air kepada Kim Yong yang kehausan walaupun Kim Yong bersikap sombong
terhadapnya.
• Kita hendaklah saling menyayangi dan saling menghormati sesama ahli keluarga
Keluarga Farhani berasa risau kerana Farhani telah hilang selama dua minggu.

4
BM Tingkatan 3 Novel

• Kita hendaklah kuat semangat dan tidak mudah mengalah apabila ditimpa sesuatu musibah
sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk menanganinya
Farhani dan rakan-rakannya bersepakat untuk kembali ke dunia kumbang bagi mencari penawar
apabila mereka menjadi halimunan.
• Kita hendaklah selalu mematuhi nasihat dan arahan ibu bapa demi suatu kebaikan
Devnath yang ditawan oleh tentera Komander Caucasus berasa kesal kerana tidak mendengar
Pengajaran
nasihat ibunya yang melarang dia keluar pada waktu malam kerana khuatir akan keselamatannya.
Demi sahabat-sahabatnya, dia sanggup bertengkar dengan ibunya dan berkeras untuk terlibat
dalam misi mencari Farhani.
• Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang dipelajari semasa menghadapi musibah
Kim Yong memberikan isyarat pengakap yang dipelajarinya untuk meminta tolong semasa dikurung
di dalam balang kaca.

Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar (Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang)

Cerita berkisarkan seorang pemain badminton harapan negara bernama, Syahir. Syahir
merupakan seorang lelaki yang tahu akan hala tuju hidupnya dan apa yang ingin dilakukannya walaupun
keinginannya mendapat tentangan daripada saudara terdekatnya. Selain prestasinya sebagai seorang
pemain badminton cemerlang, dia juga terkenal dengan imej seorang pemain badminton yang
mengikut syariah, berseluar panjang. Situasi ini merupakan satu situasi yang berbeza di arena sukan,
yang rata-rata pemain lelaki mengenakan seluar pendek di atas paras lutut. Walaupun begitu, imej
Syahir tidak menghalangnya meraih kejayaan demi kejayaan, malah dia mampu membuktikan bahawa
dia mampu melakukannya.
Keputusan mengejut Kelab Badminton Malaysia (KBM) yang menghendaki para atlet bertanding
di Terbuka Johor berdasarkan prestasi semasa dan bukan ranking dunia telah mengganggu fikiran
Syahir. Syahir berasa dukacita kerana persiapannya berbulan-bulan selama ini untuk merebut ke
kejohanan berprestij nampaknya sia-sia sahaja. Tinggal beberapa hari lagi, Syahir akan bertanding
dengan Syed Amiri yang dikenalinya sejak awal remaja lagi. Hati Syahir semakin resah kerana
permainannya adakalanya cemerlang, adakalanya mudah hilang tumpuan. Haji Marzuki memberikan
kata-kata semangat untuk mengukuhkan keyakinan Syahir. Sebelum bertolak ke Johor Bahru, emaknya
jatuh sakit. Dia berasa berat hati untuk meninggalkan emaknya walaupun dia sedar kejohanan itu
sangat penting untuknya melayakkan diri ke Pertandingan Antarabangsa di Jakarta. Emaknya merestui
pemergiannya.
Konflik timbul ketika Syahir menyertai Terbuka Johor apabila prestasi rakan sepasukan, Syed
Sinopsis
Amiri mengatasi prestasi mutu permainannya. Dia gagal melayakkan diri ke Pertandingan Antarabangsa
di Jakarta. Syahir seolah-olah hilang keyakinan dirinya. Bertambah parah apabila Syahir tertekan
dengan kuasa pihak atasan yang seolah-olah menganaktirikannya di dalam persatuan mereka. Syahid
mengambil cuti beberapa hari untuk menenangkan fikirannya. Dia menemani Kak Uda dan emaknya
yang semakin pulih kesihatannya ke Seremban.
Haji Marzuki menghulurkan harapan baharu. Dia akan menggantikan Gopinath yang mengalami
kemalangan ke Jakarta. Syahir memulakan latihan seperti biasa dengan penuh bersemangat kerana
latihan cuma tinggal tiga empat hari lagi. Dalam masa yang sama, Syahir menerima berita daripada Kak
Udanya yang mengatakan emak mereka pitam di rumah Abang Long. Emaknya terlantar tidak bermaya
di Hospital Universiti. Demi agama dan negara, Syahir mengenepikan segala tohmahan, rintangan, dan
kegagalan dahulu demi mengejar kejayaan.
Syahir berjaya ke pusingan akhir Pertandingan Antarabangsa di Jakarta. Syahir berjanji akan
bertaruh dengan bersungguh-sungguh demi membalas jasa Haji Marzuki yang mempertaruhkan
jawatannya untuk melayakkannya ke Jakarta. Akhirnya, Syahir mencapai kemenangan dan bergelar
juara dunia. Syahir rebah kerana menghidap radang apendiks dan segera dibedah. Dia terlantar
di hospital beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia. Setibanya di hospital, Syahir memeluk
dan menghadiahkan medal emas kepada emaknya. Syahir bersyukur kerana kesihatan emaknya
semakin pulih. Abang Long dan Kak Ngahnya berasa bangga akan kejayaannya dan telah merestui
penglibatannya dalam sukan badminton.

5
BM Tingkatan 3 Novel

Ketabahan dan kecekalan seorang atlet dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam
Tema
kehidupan yang akhirnya menjulang kemenangan selepas berusaha dengan penuh gigih.
• Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
• Kecekalan dan ketabahan menghadapi pelbagai dugaan.
Persoalan • Memelihara syariat Islam dalam bersukan.
• Kewajipan melaksanakan tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara.
• Mengenang budi.
Syahir
• Anak bongsu dalam keluarga, mempunyai dua orang abang dan dua orang kakak.
• Menolak tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Sains Malaysia kerana ingin
meneruskan latihannya dalam badminton.
• Bergiat dalam arena badminton, menduduki tangga kelima belas mengikut ranking dunia yang
dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa.
• Memelihara syariat Islam dalam bersukan – pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di
gelanggang pada peringkat antarabangsa.
• Seorang yang taat kepada agama – menjaga waktu solat walaupun ketika latihan atau pertandingan.
• Menangguhkan pengajian di Jabatan Pengajian Sukan di Serdang apabila terpilih menyertai skuad
negara.
• Seorang yang gigih berusaha untuk mencapai apa-apa yang dicita-citakannya.
• Mendapat tentangan daripada keluarganya, iaitu abahnya, Kak Ngah, dan Abang Longnya tentang
penglibatannya dalam sukan badminton.
• Penyabar – Tindakan Syed Amiri yang mengejeknya sebagai ‘Ustaz selebriti’ dan mempertikaikan
kemampuannya untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan
hati yang sabar. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa Syahir merupakan seorang yang penyabar.
• Penyayang – Syahir pulang ke Bandar Baru Bangi semata-mata untuk menjenguk emaknya
walaupun tempat kediamannya terletak agak jauh. Syahir juga melawat emaknya yang menghidap
penyakit strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta.
• Taat akan pesanan – Syahir sentiasa ingat akan pesanan arwah ayahnya yang mengharapkan agar
Syahir mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara, serta
memelihara syariat Islam dalam sukan.
• Patuh kepada suruhan agama Islam.
• Tabah – dia tabah menghadapi dugaan, iaitu kekalahan untuk melayakkan diri ke pertandingan
Watak dan
antarabangsa di Jakarta, kesihatan ibunya, dan kontroversi pihak atasan.
Perwatakan
• Bercita-cita tinggi – mahu bergelar juara dunia dan memenangi pingat emas di Sukan Antara Benua.
Haji Marzuki
• Jurulatih yang berpengalaman dan berwibawa. Jurulatih kepada Syahir.
• Bekas jaguh kebangsaan. Bekas naib juara dunia dua kali.
• Sabar – tidak pernah menghasut agar membenci mana-mana birokrat sukan meskipun disingkirkan
dengan cara penuh kontroversi daripada jawatan ketua jurulatih kebangsaan awal tahun lepas.
• Bermati-matian mempertahankan Syahir sebagai pengganti Gopinath yang mengalami kemalangan
ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
• Sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai jurulatih dengan pihak atasan sebagai syarat
untuk Syahir menggantikan Gopinath dan sanggup meletakkan jawatan jika Syahir tidak menjuarai
Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
• Bertanggungjawab – melatih Syahir dan memberikan strategi yang disusunnya untuk melawan
pihak lawan.
• Prihatin – Haji Marzuki prihatin terhadap kebimbangan Syahir apabila dia dimaklumkan bahawa dia
akan bertanding dengan Syed Amiri.
• Bijak membuat strategi perlawanan.
Syed Amiri
• Usianya lebih setahun tua daripada Syahir.
• Lawan Syahir di suku akhir Terbuka Johor.
• Pemain nombor 33 dunia.
• Asalnya Johor Bahru.
• Pernah ditewaskan oleh Syahir dalam acara perseorangan kategori bawah 12 tahun peringkat
negeri Johor sewaktu Syahir membesar bawah jagaan arwah datuk di Segamat.
• Syahir menang lapan kali daripada empat belas kali pertemuan mereka dalam pertandingan.
• Masak dengan corak permainan masing-masing.

6
BM Tingkatan 3 Novel

• Merupakan senior Syahir ketika Syahir dihantar bersekolah di sebuah sekolah menengah berasrama
di Selangor oleh abahnya.
• Sama-sama dilatih oleh Cikgu Kamaludin dan kerap menguasai pertandingan anjuran Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia hinggalah diserapkan dalam skuad kebangsaan.
• Pernah digandingkan menjadi pasangan beregu dengan Syahir.
• Tidak menyenangi Syahir sejak lama dahulu. Selalu sahaja mencari-cari peluang untuk menyakitkan
hati Syahir dan memburuk-burukkan Syahir di depan teman-teman.
Emak Syahir
• Penyayang – memasak makanan kegemaran Syahir, iaitu ikan patin masak lemak cili api sewaktu
anaknya yang tinggal menyewa bersama-sama rakannya berhampiran kompleks sukan pulang ke
rumah.
• Taat menjalankan perintah agama.
• Sentiasa memberikan dorongan kepada anaknya, Syahir.
Kak Uda
• Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Paling banyak mengambil berat terhadap Syahir.
• Memberikan sokongan padu kepada Syahir.
• Bertanggungjawab menjaga ibunya semasa ibunya sakit.
Engku Aiman
• Ketua jurulatih.
• Berat sebelah – sering memuji Syed Amiri yang disifatkannya paling meningkat belakangan ini
berbanding dengan pemain-pemain lain.
• Selalu mengungkit-ungkit kekalahan Syahir.
Latar Masa
• 11:10 malam – Syahir menghidupkan televisyen yang hanya sempat ditontonnya pada waktu-
waktu begini.
• Selesai solat maghrib – Syahir mendapati ada tiga panggilan tidak berjawab daripada Wan Najlah
dalam telefon bimbitnya.
• Hampir jam enam – kuliah yang dihadiri oleh Syahir dan emaknya di Madrasah Darul Itqan yang
letaknya di Sungai Merab selesai.
• Selesai solat isyak – Syahir keluar dari kamarnya dan mendapati ibunya terbaring dalam keadaan
bertelekung di atas katil kerana jatuh sakit.
• 8:30 malam – pertandingan akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa bermula.
Latar Tempat
• Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama – kejohanan Terbuka Johor diadakan untuk memilih atlet
yang layak bertanding di Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
• Dewan Latihan Kompleks Sukan Negara – para atlet badminton berlatih di sini.
• Ruang tamu – Syahir duduk berehat sambil menonton rancangan Majalah Siasat di televisyen.
• Restoran 48 Jam – Syahir dan Wan Najhan singgah makan tengah hari sebelum pulang ke rumah.
• Lobi pejabat Azmie di Cheras – Syahir bergambar dengan empat orang gadis yang merupakan
pelajar jurusan media dari UiTM dan seorang artis wanita bernama Ratna.
Latar
• Bilik persalinan – Dr. Asyraf dan Engku Aiman memanggil Syahir untuk mempersoalkan hubungannya
dengan artis terkenal.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran – Syahir tabah menghadapi dugaan, iaitu
kekalahan untuk melayakkan diri ke Pertandingan Antarabangsa di Jakarta, kesihatan ibunya dan
kontroversi pihak atasan.
• Masyarakat yang merupakan atlet sukan – Syahir, Gopinath, Kam Heng, Wan Najhan dan Wan
Najlah merupakan atlet badminton.
• Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga – Kak Uda bertanggungjawab
menjaga ibu yang sakit sewaktu Syahir menyertai pertandingan di Johor.
• Masyarakat yang mementingkan agama – Syahir menjaga waktu solat ketika latihan atau
pertandingan.
• Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan – Syahir berlatih dengan bersungguh-
sungguh untuk melayakkan dirinya ke pertandingan antarabangsa.
• Masyarakat yang pilih kasih – Engku Aiman selalu memihak kepada Syed Amiri.
• Masyarakat yang bertanggungjawab – Haji Marzuki merupakan seorang jurulatih yang
bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya. Dia melatih barisan perseorangan negara seperti
Syahir, Bernard, Boon Lee, dan Wan Najhan.

7
BM Tingkatan 3 Novel

Permulaan
Syahir berasa dukacita dengan keputusan mengejut Kelab Badminton Malaysia (KBM) yang
menghendaki para atlet bertanding di Terbuka Johor berdasarkan prestasi semasa dan bukan ranking
dunia untuk melayakkan diri bertanding di Pertandingan Antarabangsa di Jakarta.
Perkembangan
Emak Syahir jatuh sakit sebelum Syahir bertolak ke Johor Bahru untuk menyertai Terbuka Johor. Selain
kesihatan emak, Syahir berasa runsing kerana Haji Marzuki tidak dapat bersama-sama kerana belum
lagi pulih daripada demam selesema. Fikirannya turut terganggu dengan gosip liar yang tiba-tiba
tersiar dalam akhbar yang mengatakan dirinya ada hubungan dengan artis terkenal.
Perumitan
Semua pemain utama skuad kebangsaan waima perseorangan mahupun beregu layak ke Jakarta
Plot
kecuali Syahir. Syahir akur dengan kesilapan sendiri. Dia sedar bahawa ketidaksabaran dan kehilangan
konsentrasi menyebabkan dia kalah dalam Kejohanan Terbuka Johor. Syahir mengambil cuti untuk
menenangkan fikiran dan menemani emaknya dan Kak Uda ke Seremban.
Puncak
Haji Marzuki menelefon Syahir menjelang tengah malam untuk menyuruhnya menangguhkan cutinya
dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan segera pada pagi esok. Syahir menggantikan Gopinath
yang mengalami kemalangan ke Jakarta.
Peleraian
Syahir layak ke pusingan akhir. Dia mencapai kemenangan setelah mengalahkan Andri Mirnawan dari
Indonesia. Kesihatan emaknya semakin pulih. Manakala, Abang Long dan Kak Ngahnya berasa bangga
akan kejayaannya dan telah merestui penglibatannya dalam sukan badminton.
• Imbas muka – Syahir membayangkan wajah Kak Ngahnya. Wajah bujur sirih akauntan sebuah firma
terkemuka di selatan tanah air itu menjelma dalam ingatan saya. (m.s. 13)
• Imbas kembali – Syahir terkenang akan keberangan abahnya apabila mengetahuinya menjuarai
johan negeri kategori perseorangan bawah lima belas tahun ketika dalam tingkatan tiga. (m.s. 18)
• Pemerian – pengarang memerihalkan kamar Syahir yang serba ringkas. Selain katil bujang, almari
dan rak tuala, kamar ini diisi dengan rak kayu setinggi empat kaki. (m.s. 30)
• Dialog – perbualan antara Wan Najhan dengan Syahir berkaitan dengan penampilan baharu
adiknya, Wan Najlah yang membuat kejutan dengan bertudung dan berseluar panjang trek semasa
Teknik Plot
menjalani latihan di kem latihan badminton skuad wanita kebangsaan di kompleks sukan pagi tadi.
“Khabarnya, dia pakai tudung dan seluar trek panjang hari ini.” (m.s. 65)
• Monolog – Syahir menyeru dalam hati apabila pengadil menunjukkan tangannya ke arah penjaga
garisan untuk mendapatkan kepastian tentang kedudukan bulu tangkis. Tolonglah aku! Saya
menyeru di dalam hati. (m.s. 90)
• Kejutan – Gopinath mengalami kemalangan dan terlantar di Hospital Kuala Lumpur. (m.s. 102)
• Saspen – pembaca tertanya-tanya tujuan Haji Marzuki menelefon Syahir menjelang tengah malam
dan menyuruh Syahir berangkat balik ke Kuala Lumpur pada pagi esok. (m.s. 105)
• Personifikasi – derap tapak kasut menggigit lantai dewan, angin semilir berpuput lembut memukul
wajah, ada keresahan mengintai dalam nubari
• Peribahasa – pisang berbuah dua kali
• Hiperbola – kening saya hampir bercantum, kesakitan lenyap serta-merta
Gaya • Diksi – istilah sukan (servis, smash, pukulan pancung, rally, pukulan lob), istilah perubatan (barah
Bahasa prostat, kemoterapi, strok, apendisitis)
• Metafora – layar minda, empangan air mata, sentuhan emas, rona ketenangan
• Simile – terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari, bergerak seperti labi-labi, separuh
lagi bagai tertinggal di Bandar Baru Bangi, sejenak dunia ini bagai gelap meskipun lampu dewan
masih terang-benderang
• Kecekalan dan kegigihan
Syahir tabah menghadapi dugaan hidup. Dia gigih berlatih dan bertanding dengan bersungguh-
sungguh hingga menjulang kejayaan meskipun emaknya sakit dan terpaksa menahan kesakitan di
bahagian kanan abdomen kerana diserang radang apendiks.
Nilai • Kasih sayang
Syahir amat menyayangi emaknya. Dia serba salah untuk ke Jakarta kerana emaknya terlatar
di hospital akibat diserang penyakit angin ahmar. Sepanjang di Jakarta, dia tidak pernah lupa
menelefon atau merisik khabar menerusi pesanan ringkas kepada Kak Uda di Kuala Lumpur
sekurang-kurangnya empat kali sehari.

8
BM Tingkatan 3 Novel

• Bertanggungjawab
Haji Marzuki bertanggungjawab terhadap kejayaan Syahir. Dia sanggup meletakkan jawatan untuk
memastikan laluan Syahir ke Jakarta.
• Kepatuhan
Syahir patuh kepada ajaran agama. Dia sangat menjaga waktu solat ketika latihan atau pertandingan.
• Kesyukuran
Syahir bersyukur kerana dia masih diberi peluang untuk hidup.

• Kita hendaklah tabah dan sabar apabila menghadapi ujian atau dugaan dalam hidup dan sentiasa
berserah diri kepada Tuhan
Syahir tabah dan sabar menghadapi dugaan. Bermula kesihatan ibunya, tuntutan agama,
tanggungjawab kepada negara, kerenah birokrasi, persaingan di luar dan juga di dalam gelanggang.
• Kita hendaklah berusaha keras untuk mencapai sesuatu impian
Syahir berlatih dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk bertanding dalam kejohanan
peringkat antarabangsa.
• Kita hendaklah saling menyayangi ahli keluarga
Pengajaran Syahir menelefon atau merisik khabar menerusi pesanan ringkas kepada Kak Uda di Kuala Lumpur
sekurang-kurangnya empat kali sehari untuk menanyakan kesihatan emaknya.
• Kita harus bersyukur terhadap nikmat yang diberikan Tuhan
Syahir bersyukur kerana dia masih diberi peluang untuk hidup setelah selamat menjalani
pembedahan akibat menghidap radang apendiks.
• Kita hendaklah mementingkan nilai-nilai keagamaan
Syahir mementingkan nilai-nilai keagamaan dan memelihara syariat Islam dalam kehidupan. Dia
memakai seluar ketat panjang yang menutup aurat semasa bersukan dan menjaga waktu solat
walaupun ketika latihan atau pertandingan.

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim (Johor, Sabah, Sarawak, Labuan)

Farid merupakan anak keempat kepada arwah Haji Badrul dan Hajah Zaoyah. Dia terpaksa
menjadi peneraju syarikat perusahaan batik milik arwah ayahnya, iaitu Syarikat Batik Nusantara. Farid
sahaja harapan keluarga untuk mewarisi syarikat arwah ayahnya itu. Kakaknya, Latifah tidak pernah
diasuh untuk mewarisi perniagaan. Abangnya, Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana
terlibat dalam kemalangan. Manakala Farhan, maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun akhir
pengajiannya di UKM. Adik-adiknya pula masih terlalu mentah untuk melaksanakan amanat arwah
ayahnya.
Sejak kematian ayahnya akibat barah perut, Syarikat Batik Nusantara menjadi semakin malap dan
dibebani hutang. Situasi Syarikat Batik Nusantara ibarat hidup segan mati tak mahu. Hal ini demikian
kerana kelonggaran kredit yang diberikan oleh arwah ayahnya menjadikan ejen-ejen syarikat mula
tunjuk belang dengan liat membuat pembayaran dan ada juga sesetengah ejen yang tidak membayar
stok batik yang telah didalalkan. Hal ini menyebabkan syarikat arwah ayahnya pula berhutang dengan
ejen pembekal bahan-bahan mentah. Walaupun mengalami masalah kewangan, Syarikat Batik
Sinopsis Nusantara masih lagi mampu untuk mengeluarkan batik secara kecil-kecilan dan menggaji pekerja-
pekerjanya.
Sebuah mesyuarat telah diadakan dan dipengerusikan sendiri oleh Farid sebagai peneraju baharu
Syarikat Batik Nusantara. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan cara untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Farid mencadangkan supaya perniagaan diperbesar dengan
membina bangunan baharu dan membeli perkakas tambahan batik. Modal diperoleh daripada hasil
gadaian aset-aset mahal seperti barang kemas ibunya dan tanah serta jualan sebahagian kenderaan
milik syarikat. Cadangan tersebut telah diterima oleh semua ahli mesyuarat.
Encik Mokhsein, bekas pembantu arwah ayahnya dan kini merupakan peneraju Firma Nadi
Zaman telah diberi penghormatan untuk merasmikan bangunan bangsal batik moden dan bangsal
tambahan batik asli Syarikat Batik Nusantara di Losong. Encik Mokhsein telah menghantar Hartini
sebagai pengajar batik moden di Syarikat Batik Nusantara seperti yang telah dijanjikan kepada Farid.
Hartini ialah adik sepupu Encik Mokhsein. Dia merupakan graduan seni reka fabrik lepasan UiTM dan
kini sedang melanjutkan bidangnya di sebuah akademi seni tampak di Australia.

9
BM Tingkatan 3 Novel

Zuraida, rakan Farid sejak di tingkatan satu banyak membantunya dalam merangka strategi
pemasaran. Farid dan Zuraida sama-sama mengelilingi Semenanjung Malaysia mencari ejen-ejen
baharu untuk pemasaran batik moden. Zuraida juga turut menjual batik-batik moden ciptaan Syarikat
Batik Nusantara di gerainya tanpa sebarang komisen.
Mukhtar, peneraju Syarikat Batik Rajawali merupakan musuh perniagaan arwah ayah Farid. Dia
telah menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar melobi ejen-ejen
dengan menawarkan sebanyak 35 peratus komisen. Angka tersebut sangat tinggi jika dibandingkan
dengan komisen yang diberikan oleh Syarikat Batik Nusantara iaitu sebanyak 20 peratus. Hal ini telah
menyebabkan ejen-ejen menolak tawaran daripada Syarikat Batik Nusantara dan lebih berminat
dengan tawaran daripada Syarikat Batik Rajawali.
Mukhtar naik berang apabila mendapat tahu bahawa anak saudaranya, Zuraida membantu
Farid menjual batik moden keluaran Syarikat Batik Nusantara di gerainya. Hal ini telah menimbulkan
api kemarahan dalam diri Mukhtar. Dia telah memarahi Zuraida dan mengugut untuk merobohkan
gerainya jika Zuraida masih menjual batik moden tersebut. Mukhtar juga mengugut Farid dengan
memberikan surat layang yang menyuruhnya memutuskan hubungan dengan Zuraida dan
menghentikan pemasaran batik-batik moden. Jika tidak, padah yang lebih besar akan menantinya.
Disebabkan marahnya yang tidak tertanggung lagi, Mukhtar telah mengupah tiga orang
samseng membakar bangsal batik moden yang menjadi punca kemerosotan perniagaan batik aslinya.
Akibatnya, hampir 75 peratus peralatan dan bahan mentah serta batik-batik moden yang baru siap di
dalam stor bangsal tersebut musnah. Farid telah menyerahkan kes tersebut di bawah siasatan polis.
Mukhtar akhirnya ditangkap polis atas tuduhan membakar bangunan bangsal batik moden milik
syarikat Farid. Kisah ini telah terpampang dalam akhbar-akhbar utama negara.
Atas perlindungan insurans, segala kemusnahan dapat dipulihkan semula. Farid turut menerima
berita gembira daripada Encik Mokhsein yang menyatakan bahawa terdapat dua buah butik di
Singapura dan Ampang Park, Kuala Lumpur optimis melanggan batik moden keluaran syarikatnya.
Berkat usaha gigih Farid dan dorongan daripada keluarga, ditambah pula dengan pertolongan daripada
Encik Mokhsein dan Zuraida, syarikat warisan arwah ayahnya kini berdiri teguh dan berjaya menjadi
sebuah Industri Kecil dan Sederhana yang berjaya di Kuala Terengganu.

Kegigihan dan kecekalan seorang remaja menghadapi liku-liku dunia perniagaan yang penuh cabaran
Tema
demi mempertahankan warisan keluarga.

• Kasih sayang dan dorongan daripada seluruh ahli keluarga.


• Tanggungjawab untuk mengekalkan warisan keluarga.
Persoalan • Perniagaan sebagai punca rezeki.
• Peranan pihak kerajaan dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
• Perasaan hasad dengki mendorong seseorang itu melakukan kejahatan.

Farid
• Anak kepada arwah Haji Badrul dan Hajah Zaoyah dan berusia 19 tahun.
• Seorang bos muda yang berbakat, dinamik, dan progresif.
• Merendah diri – Farid meminta supaya Tomsiah tidak “berencik-encik” dengannya.
• Bertanggungjawab – Farid memikul tanggungjawab dengan menjadi peneraju Syarikat Batik
Nusantara warisan ayahnya.
• Peramah – Farid ramah bertanyakan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanya di bengkel
batik.
• Bersikap kesederhanaan – Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan
Watak dan
walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Dia
Perwatakan
menunggang motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa
menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari
bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukannya di hotel.
• Rasional – Ketika bengkel dijilat api, Farid menghentikan usaha memadamkan kemaraan api
dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu.
Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta
kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya
tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu prestasi kerja
mereka terjejas.

10
BM Tingkatan 3 Novel

• Seorang yang rajin – Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik
walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang yang lebih
berpengalaman seperti Encik Mokhsein dan Zuraida.
• Gigih – Farid berusaha gigih memulihkan Syarikat Batik Nusantara warisan ayahnya agar menjadi
lebih gagah dan bertenaga untuk mencapai matlamat perniagaannya.
• Berpandangan jauh – Farid berfikir-fikir untuk memperbesar kemudahan industri batik di
syarikatnya.
• Bijak mengatur strategi – Farid mengatur strategi yang bijak untuk memulihkan Syarikat Batik
Nusantara.
• Berdikari – Farid tidak hanya bergantung pada bantuan yang diberikan oleh kerajaan semata-mata.
Hajah Zaoyah
• Ibu kepada Farid. Berumur 56 tahun.
• Seorang yang amat menyayangi anak-anaknya.
• Mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan syarikat.
• Sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya sebagai modal untuk memajukan Syarikat
Batik Nusantara.
• Memberi sokongan yang padu kepada Farid dalam usaha memajukan syarikat warisan ayahnya.
Tomsiah
• Kerani di Syarikat Batik Nusantara milik arwah ayah Farid.
• Sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai kerani di Syarikat Batik Nusantara.
• Masih setia berkhidmat di Syarikat Batik Nusantara walaupun syarikat tersebut hampir gulung tikar.
• Seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
• Seorang yang berterus terang.
• Mahir dalam urusan pentadbiran syarikat.
Encik Mokhsein
• Memiliki tubuh badan yang tegap, berwajah bulat dan tampan.
• Peneraju Firma Nadi Zaman.
• Seorang yang mengenang budi.
• Lebih 10 tahun bekerja sebagai pembantu Haji Badrul di Syarikat Batik Nusantara.
• Mempelajari ilmu perniagaan dengan Haji Badrul di Syarikat Batik Nusantara.
• Membantu Farid dalam urusan perniagaan.
• Tidak lokek berkongsi idea perniagaan dengan Farid.
Zuraida
• Rakan Farid sejak tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman.
• Manis berlesung pipit.
• Memiliki sebuah gerai di bazar MARA di Jalan Bonggol.
• Seorang yang gigih mencari wang untuk menampung keperluan adik-adiknya.
• Seorang yang sabar, cekal, dan pandai berjimat.
• Kuat cemburu – cemburu dengan kehadiran Hartini sebagai pengajar batik moden di Syarikat Batik
Nusantara.
• Ikhlas membantu Farid tanpa meminta balasan – menjual batik-batik keluaran Syarikat Batik
Nusantara tanpa sebarang komisen.
• Membantu Farid merangka strategi pemasaran – menemani Farid mengelilingi Semenanjung
Malaysia mencari ejen-ejen baharu untuk pemasaran batik moden keluaran syarikatnya.
• Amat meminati bidang perniagaan – mengikuti kursus luar kampus di UiTM dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan.
Hartini
• Adik sepupu kepada Encik Mokhsein.
• Orangnya manis dan bertubuh sederhana.
• Graduan seni reka fabrik lepasan UiTM.
• Melanjutkan pelajaran di sebuah akademi seni tampak di Australia.
• Berusaha dengan cara bereksperimen mencari teknik dan bahan baharu sebagai media batik untuk
mengangkat martabat batik.
• Seorang yang peramah – berbual dengan Farid di bangsal tentang hasil kerja batiknya.
• Ikhlas membantu Farid menjadi pengajar batik moden kepada pekerja-pekerjanya selama sebulan
tanpa meminta sebarang upah.

11
BM Tingkatan 3 Novel

Mukhtar
• Bertubuh tegap dan berkumis tebal.
• Bapa saudara kepada Zuraida.
• Peneraju Syarikat Batik Rajawali.
• Musuh perniagaan arwah ayah Farid.
• Menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan Syarikat Batik Nusantara – melobi ejen-ejen dengan
komisen yang tinggi, iaitu sebanyak 35 peratus.
• Menghantar surat layang berunsurkan ugutan kepada Farid.
• Mengupah samseng membakar bangsal batik moden Syarikat Batik Nusantara kerana menjadi
punca kemerosotan pemasaran batik asli di syarikatnya.
• Telah ditangkap polis dan ditahan di lokap Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.

Latar Masa
• Pukul 9:00 pagi – mesyuarat kali pertama di bawah teraju baharu Syarikat Batik Nusantara, iaitu
Farid diadakan.
• Pagi Sabtu – ramai pengunjung membeli-belah pada pagi Sabtu.
• Lepas isyak – keluarga Hajah Zaoyah menghadapi hidangan makan malam bersama-sama.
• 12:30 tengah hari – Farid meninggalkan Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.
• 2:00 petang – Farid menemui Encik Mokhsein di pejabat firma Nadi Zaman untuk meminta
pandangan Encik Mokhsein berkaitan projeknya.
• Dalam masa sebulan – Hartini menyumbang khidmat dan mencurahkan ilmu seni batiknya di
bangsal batik moden Farid selama sebulan.
• Lebih kurang 2:00 pagi – kebakaran telah berlaku di bangsal batik moden Farid.
Latar Tempat
• Pejabat Syarikat Batik Nusantara – segala operasi perniagaan Syarikat Batik Nusantara
direncanakan dan dikawal di bilik ini.
• Firma Nadi Zaman – firma Encik Mokhsein di Lot F-135 Jalan Tok Lam.
• Kampung Losong – Hajah Zaoyah sekeluarga tinggal di Kampung Losong. Di sinilah juga Syarikat
Batik Nusantara didirikan oleh Haji Badrul, ayah Farid.
• Restoran Mali – Farid mengajak Zuraida makan tengah hari di Restoran Mali yang terletak kira-kira
100 meter dari gerai Zuraida.
• Bangsal batik moden – Encik Mokhsein menghadiri majlis kenduri doa selamat sempena
perasmian bangunan bangsal batik moden dan bangsal tambahan untuk batik asli Syarikat Batik
Nusantara.
Latar • Bengkel batik asli – bengkel yang didirikan oleh Haji Badrul di belakang rumahnya sejak 1970-an.
Di sinilah pelbagai corak batik cap yang direka oleh pekerja-pekerja bangsalnya mendapat sambutan
menggalakkan sampai ke Kuala Lumpur.
• Bengkel batik moden – Hartini memerah keringat dan idea menghasilkan lebih 500 helai kain batik
moden untuk pelbagai guna.
• Jalan Tok Lam – Farid menemui Encik Mokhsein di pejabatnya yang terletak di Jalan Tok Lam.
• Balai Polis Daerah Terengganu – Farid ke Balai Polis Daerah Terengganu untuk membantu siasatan
polis berkaitan kes kebakaran bengkel batik modennya.
• Kuantan – Encik Mokhsein dan isterinya, Farid serta Zuraida ke Kuantan untuk menghadiri majlis
perkahwinan Hartini.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang mengenang budi – Encik Mokhsein membantu Farid dalam urusan perniagaan
kerana ingin membalas budi baik Haji Badrul, iaitu ayah Farid yang mendidiknya dalam dunia
perniagaan.
• Masyarakat yang ikhlas membantu – Zuraida menjual hasil batik moden Farid di gerainya tanpa
menerima sebarang komisen dan sanggup mengikutnya keliling Semenanjung Malaysia untuk
mencari ejen-ejen batik yang baharu.
• Masyarakat yang mencintai warisan – Hartini mempunyai minat yang mendalam terhadap seni
batik sejak di UiTM.
• Masyarakat yang sedar akan tanggungjawab diri – Farid memikul tanggungjawab dengan menjadi
peneraju Syarikat Batik Nusantara warisan ayahnya.
• Masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain – jiran-jiran Farid berpusu-pusu datang
membantu apa-apa yang patut ketika kebakaran berlaku di bangsal batik moden.

12
BM Tingkatan 3 Novel

• Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan – Farid berusaha dengan gigih untuk
membangunkan Syarikat Batik Nusantara semula selepas kematian ayahnya.
• Masyarakat yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu yang dihajati – Mukhtar
melobi ejen-ejen dengan komisen yang tinggi, iaitu sebanyak 35 peratus untuk memonopoli
pasaran batik. Dia juga mengupah samseng untuk membakar bangsal batik moden Syarikat Batik
Nusantara kerana menjadi punca kemerosotan pemasaran batik asli di syarikatnya.

Permulaan
Syarikat Batik Nusantara ibarat hidup segan mati tak mahu. Kelonggaran kredit yang diberikan oleh
arwah ayah Farid, Haji Badrul menjadikan ejen-ejen syarikat mula tunjuk belang. Hal ini menyebabkan
syarikat arwah ayah Farid menanggung hutang dengan ejen pembekal bahan-bahan mentah.
Perkembangan
Bangunan bangsal batik moden dan bangsal tambahan batik asli dibina di atas tanah milik keluarga
Farid. Encik Mokhsein telah menghantar Hartini, adik sepupunya yang merupakan graduan seni reka
fabrik lepasan UiTM sebagai pengajar batik moden di Syarikat Batik Nusantara seperti yang telah
dijanjikan kepada Farid. Zuraida, rakan Farid sejak di tingkatan satu banyak membantunya dalam
merangka strategi pemasaran. Zuraida juga turut menjual batik-batik moden keluaran Syarikat Batik
Nusantara di gerainya tanpa sebarang komisen.
Perumitan
Mukhtar, peneraju Syarikat Batik Rajawali merupakan musuh perniagaan arwah ayah Farid. Dia
telah menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar melarang
Zuraida menjual batik-batik moden keluaran Syarikat Batik Nusantara di gerainya dan mengugut Farid
Plot
dengan memberikan surat layang yang menyuruhnya memutuskan hubungan dengan Zuraida dan
menghentikan pemasaran batik-batik moden. Jika tidak, padah yang lebih besar akan menantinya.
Puncak
Disebabkan marahnya yang tidak tertanggung lagi, Mukhtar telah mengupah tiga orang samseng
membakar bangsal batik moden yang menjadi punca kemerosotan perniagaan batik aslinya.
Akibatnya, hampir 75 peratus peralatan dan bahan mentah serta batik-batik moden yang baru siap
di dalam stor bangsal tersebut musnah. Farid telah menyerahkan kes tersebut di bawah siasatan
polis.
Peleraian
Mukhtar akhirnya ditangkap polis atas tuduhan membakar bangunan bengkel batik moden milik
syarikat Farid. Atas perlindungan insurans, segala kemusnahan dapat dipulihkan semula. Farid turut
menerima berita gembira daripada Encik Mokhsein yang menyatakan bahawa terdapat dua buah butik
di Singapura dan Ampang Park, Kuala Lumpur optimis melanggan batik moden keluaran syarikatnya.
Farid akhirnya berjaya membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara yang telah diwariskan
kepadanya.

• Teknik pemerian – pengarang memerihalkan keadaan di atas meja kerja arwah ayah Farid. Di
bawah cermin kaca yang tebal itu tersisip segala catatan, kalendar tindakan tahunan, nombor
telefon dan kad nama. Di sudut kiri meja terletak bekas abu rokok daripada tembikar. Ada paip
terbaring di sisinya. (m.s. 1)
• Teknik imbas kembali – Farid mengimbas kembali kata-kata ayahnya tentang dunia perniagaan
yang tidak ubah seperti gelanggang persilatan yang penuh sepak terajang. (m.s. 4)
• Teknik saspens – pembaca tertanya-tanya sebab Tomsiah memberikan nombor telefon seseorang
Teknik Plot kepada Farid dan siapa pemilik nombor telefon tersebut. (m.s. 9)
• Teknik monolog dalaman – Farid mengomel di dalam hati, ingin tahu siapakah yang menjadi mata-
mata yang mengintip pergerakannya. ‘Kacau, mata-mata gelap mana pula buat kerja mengintip
ini?’ gerutu hatinya. (m.s. 107)
• Teknik dialog – Farid berbual dengan Encik Mokhsein di pejabat Firma Nadi Zaman tentang
kertas kerjanya untuk memperbesar keupayaan pengeluaran batik cap dan batik lukis Syarikat
Batik Nusantara. “Macam mana bang, ada peluang ke saya mengembangkan perniagaan?”
(m.s. 112)

13
BM Tingkatan 3 Novel

• Kata ganda – menunda-nunda; mudah-mudahan; kecil-kecilan; terkial-kial


• Simile: bagai lubang maut yang ternganga; pendayung laksana modal pusingan; perniagaan itu
seperti ombak; ada masa besar; kadangkala kecil
• Sinkope – tak; nak; ku; mu; tu; ni; kak
• Metafora – pintu sedar; landasan usahamu; telaga pengurusan; rantai ekonomi; pintu
musyawarah; lorong sabar; pintu idea
• Hiperbola – lautan niaga yang sering ganas hempasan ombaknya; lidah api menjilat ganas
Gaya
• Personifikasi – lidah api menjelir mencari sasaran
Bahasa
• Peribahasa – gulung tikar; jual mahal; darah daging; putih mata; mandi peluh; genggam bara
api biar sampai jadi arang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya; diluah mati
emak, ditelan mati bapa
• Bahasa Inggeris – emporium; big money; demand; holding; groovy; front line; window shopping;
classmate; cottage industry; resiliense; high fashion
• Perlambangan – pengalaman yang masih hijau; menjadi ulam dan ditipu; menggerhanakan
perniagaan Syarikat Batik Nusantara

• Kegigihan
Kegigihan Farid mengelilingi Semenanjung Malaysia mencari ejen-ejen baharu untuk pemasaran
batik moden keluaran syarikatnya.
• Kecekalan
Farid cekal menghadapi kerenah ejen-ejen syarikat yang liat untuk membuat pembayaran terhadap
batik yang telah didalalkan.
• Pengorbanan
Pengorbanan yang dilakukan oleh Hajah Zaoyah untuk membangunkan semula Syarikat Batik
Nilai Nusantara dengan menggadaikan tanah dan barang-barang kemas pemberian arwah suaminya,
Haji Badrul.
• Kesetiaan
Tomsiah dan Pak Nik masih setia bekerja di Syarikat Batik Nusantara walaupun syarikat tersebut
hampir gulung tikar.
• Kebijaksanaan
Kebijaksanaan Farid merangka strategi untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara.
• Keikhlasan
Zuraida ikhlas menolong Farid menjual batik-batik moden di gerainya tanpa sebarang komisen.

• Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan


Farid merancang pelbagai strategi seperti menghasilkan kertas kerja ‘Projek Pembesaran Keupayaan
Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara’ untuk membangunkan
syarikat arwah ayahnya.
• Kita hendaklah cekal dan tabah menghadapi segala cabaran
Farid cekal dan tabah apabila bengkel batik modennya musnah dalam kebakaran.
• Kita haruslah memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh berdedikasi
Farid memikul tanggungjawab untuk menjadi peneraju syarikat peninggalan arwah ayahnya
meskipun dia hanya berumur 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga.
• Kita haruslah menghargai dan mengenang jasa orang lain
Pengajaran
Encik Mokhsein membantu Farid dalam urusan perniagaan kerana ingin membalas budi baik Haji
Badrul, iaitu ayah Farid yang mendidiknya dalam dunia perniagaan.
• Kita hendaklah menjauhkan sifat hasad dengki
Mukhtar sanggup mengupah samseng membakar bengkel batik moden Farid kerana dengki akan
kejayaan Farid yang menghasilkan batik moden dan menyebabkan penjualan batik aslinya merosot.
Sebagai akibat hasad dengkinya, dia dipenjarakan selama tiga tahun.
• Kita haruslah mempertahankan warisan keluarga supaya tidak lenyap
Farid tidak akan membubarkan syarikat peninggalan ayahnya meskipun syarikat menghadapi
pelbagai masalah. Dia merancang pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah kewangan
syarikat.

14
BM Tingkatan 3 Novel

Chot karya Azizi bin Haji Abdullah (Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu)

Alias, murid tahun lima yang meniti arus kehidupan bersama ibunya yang lumpuh. Alias
bergantung hidup dengan mengambil upah memetik buah kelapa bersama-sama Chot, beruk
peninggalan arwah bapanya. Bapanya meninggal dunia kerana terjatuh dari pokok kelapa lima tahun
yang lepas. Chot hilang pada suatu pagi. Alias berdegil untuk mencari Chot walaupun berkali-kali
ibunya, Leha dan sahabat baiknya, Som memujuknya agar mencari Chot selepas waktu persekolahan.
Apabila usahanya mencari Chot gagal, Alias mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah walaupun
dia sudah terlewat dan bakal dimarahi oleh Cikgu Sunan.
Seperti yang dijangkakan, Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan. Cikgu Sunan bertanyakan sebab Alias
lewat ke sekolah. Alias memberitahu sebab kelewatannya, iaitu mencari beruk yang hilang. Namun,
Cikgu Sunan terasa disindir. Cikgu Sunan bertempik sehingga Alias terdorong ke belakang dan jatuh
terlentang. Telinga kanan Alias terkena bucu meja murid.
Chot ditemuinya ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Chot bersembunyi di pokok
cenerai. Alias berasa gembira dengan penemuan tersebut kerana itulah satu-satunya aset yang dimiliki
untuk mencari duit bagi menampung yuran persekolahan dan perbelanjaan harian dia dengan ibunya
yang lumpuh. Ekoran peristiwa itu, telinga Alias bernanah. Alias hanya mendiamkan diri dan tidak
memberitahu ibunya.
Nanah di telinga Alias mengeluarkan bau busuk. Alias tidak ke sekolah lebih daripada seminggu.
Sepanjang tempoh tersebut, Alias memetik kelapa dengan Chot. Alias memberikan alasan kepada
Sinopsis ibunya bahawa dia perlu memetik kelapa kerana beras sudah habis. Mak Leha tidak berkata apa-apa
walaupun pada mulanya dia berasa curiga. Alias tidak mahu ke sekolah kerana malu sekiranya kawan-
kawan mengejek telinganya berbau busuk. Namun, Alias akur apabila ibunya mengetahui telinganya
bernanah. Setelah seminggu lebih tidak ke sekolah, Cikgu Sunan bertanya kepada Som sebab anak
muridnya itu tidak hadir ke sekolah. Barulah dia tahu Alias tidak datang ke sekolah kerana sakit telinga.
Akhirnya, Cikgu Sunan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Alias dengan bantuan Som.
Tambahan lagi, Guru Besar juga menyarankan kepadanya perkara yang sama supaya menyiasat perihal
Alias.
Kedatangan Cikgu Sunan disambut baik oleh ibu Alias. Alias juga tidak berdendam dengannya
malahan ramah walaupun pada mulanya kelihatan takut-takut. Namun, kedatangannya ke rumah itu
tidak disenangi oleh Chot. Beruk itu sangat marah kepadanya. Seolah-olah mengetahui perlakuannya
kepada tuannya, Alias. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot melompat
dan melonjak kuat sehingga rantai di lehernya terputus. Chot menerkam Cikgu Sunan dan menokak
lengan guru itu. Chot tidak mahu melepaskan gigitannya walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya.
Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak tahu tindakan yang perlu diambil kerana Chot beruk
kesayangannya. Ibunya pula menyuruhnya menolong Cikgu Sunan. Akhirnya, Alias mengambil lembing
berkarat yang berada di bawah rumah lalu merodok mata lembing itu ke perut Chot. Chot mati di
tangan Alias. Cikgu Sunan serba salah dengan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pendidikan
Alias sehingga universiti.

Tema Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.

• Semangat kejiranan antara penduduk kampung.


• Hubungan manusia dengan makhluk Tuhan.
• Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.
Persoalan
• Kesempitan hidup masyarakat luar bandar.
• Kepentingan pendidikan dalam hidup.
• Sikap anggota masyarakat yang bertindak melulu.

15
BM Tingkatan 3 Novel

Alias
• Murid tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok kelapa.
• Murid yang bijak dalam mata pelajaran Matematik – Alias menjadi rujukan Som untuk membuat
latihan Matematik.
• Anak yang taat kepada ibunya – patuh kepada suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan
solat dan membaca al-Quran.
• Anak yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia mengambil upah
memetik kelapa di kebun kelapa Pak Din bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras,
gula, kopi dan ikan gelama.
• Seorang yang jujur – Alias dengan jujur memberitahu Cikgu Sunan bahawa dia lambat datang ke
sekolah kerana mencari beruk kesayangannya yang hilang.
• Mementingkan pelajaran – Alias tidak pergi ke sekolah selama beberapa hari. Namun begitu, Alias
tetap menyalin kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan.
• Berjiwa lembut – berkecil hati dengan sikap Som yang menegur telinganya berbau busuk.
• Tidak berdendam – Alias melayan Cikgu Sunan dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke
rumahnya meskipun Cikgu Sunan menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas dan
telinganya terkena bucu meja murid.
Chot
• Beruk peninggalan arwah bapa Alias.
• Sangat sayang akan tuannya, Alias.
• Patuh pada arahan tuannya.
Cikgu Sunan
• Tinggi dan berbadan sederhana besar.
• Guru kelas tahun lima.
• Guru mata pelajaran Matematik.
Watak dan
• Garang – Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat menjawab
Perwatakan
soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.
• Benci akan Alias.
• Menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias.
Leha
• Ibu Alias. Badannya lumpuh.
• Ibu yang menitikberatkan pendidikan agama – menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca
doa qunut dan kesalahan dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang
kewajipan menunaikan solat.
• Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekular – mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu
pengetahuan apabila Alias ponteng sekolah terlalu lama.
Som
• Murid tahun lima.
• Sahabat baik Alias.
• Takut akan Cikgu Sunan.
• Lemah dalam mata pelajaran Matematik.
• Suka bergurau.
• Prihatin terhadap nasib Alias.
• Baik hati.
Mak Su Kiah
• Berbadan sedikit gempal dan berambut panjang.
• Baik hati – memberi makanan tengah hari untuk Alias dan ibunya.
Pak Din
• Bapa Som.
• Kematian isteri.
• Baik hati – banyak membantu ketika Alias dalam kesusahan.

16
BM Tingkatan 3 Novel

Latar Masa
• Pagi – Ada perhimpunan sekolah.
• Tengah hari – Mak Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya
khabar sebelum pulang ke rumah.
• Petang – Alias memandikan Chot di sungai di belakang rumah Som.
• Malam – Alias dan Som belajar membaca al-Quran daripada emak Alias.
Latar Tempat
• Kampung Dingin – sebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil, tempat Alias dilahirkan.
• Rumah Alias – Som belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat latihan Matematik yang
diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias.
• Halaman perhimpunan – ketika Som tiba lewat kerana menunggu Alias, perhimpunan sekolah
diadakan.
• Bilik darjah lima – Cikgu Sunan menengking Alias kerana Alias seperti menyindirnya ketika datang
lewat ke sekolah dengan alasan beruk.
• Rumah Pak Din – Alias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk untuk ibunya di samping
memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta bertanya kepada Som tentang
hal di sekolah.
• Sungai – Alias membawa Chot mandi di sungai.
Latar
• Kebun kelapa Pak Din – Alias dan Chot memetik kelapa.
• Pokok langsat tua – Chot, beruk Alias ditambat di sini.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Alias tidak pernah merungut hidup dalam
kemiskinan.
• Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan – hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan
mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din.
• Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama – Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca
al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat.
• Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular – Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah
terlalu lama.
• Masyarakat yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal
lima tahun lalu kerana jatuh dari pokok kelapa. Dia mengambil upah memetik kelapa bagi membiayai
belanja sara hidup dengan ibunya.
• Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan – Alias membawa buku latihannya bersama-sama
jika terdapat kerja memetik kelapa sampai petang.
• Masyarakat yang baik hati – Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha.

Permulaan
Beruk Alias, Chot hilang. Alias menangis. Dia tidak pergi ke sekolah kerana mencari beruknya. Ibunya
dan Som gagal memujuknya supaya mencari Chot selepas waktu persekolahan.
Perkembangan
Alias mengambil keputusan pergi ke sekolah selepas gagal mencari Chot. Di sekolah, Alias telah diherdik
dan ditengking oleh Cikgu Sunan. Cikgu Sunan bertempik sehingga Alias terdorong ke belakang dan
jatuh terlentang kerana terkejut.
Perumitan
Telinga Alias terkena bucu meja murid. Rentetan peristiwa itu, Alias tidak pergi ke sekolah lebih
daripada seminggu kerana telinganya bernanah. Alias malu dan takut diejek oleh kawan-kawannya.
Plot Alias tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku di sekolah kepada ibunya.
Puncak
Cikgu Sunan pergi ke rumah Alias. Kedatangannya ke situ tidak disenangi oleh Chot. Ketika Cikgu Sunan
memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot melompat dan melonjak kuat sehingga rantai di lehernya
terputus. Chot menerkam Cikgu Sunan dan menokak lengan guru itu. Chot tidak mahu melepaskan
gigitannya walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya. Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak tahu
tindakan yang perlu diambil kerana Chot ialah beruk kesayangannya.
Peleraian
Alias mengambil lembing berkarat yang berada di bawah rumah lalu merodok mata lembing itu ke
perut Chot. Chot mati di tangan Alias. Cikgu Sunan serba salah dengan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan
membiayai pendidikan Alias sampai ke universiti.

17
BM Tingkatan 3 Novel

• Imbas kembali – perihal Som teringat akan Cikgu Sunan bersungut-sungut apabila pintu depan
keretanya calar.
Tiba-tiba Som terasa dia ditolak oleh Hasnah dari belakang. Barulah Som tersedar yang dia sedang
mengelamun kisah kelmarin. Som tidak mendengar apa-apa yang diucapkan oleh Cikgu Sunan tadi.
(m.s. 19)
• Monolog dalaman – Alias berbisik sendiri apabila memikirkan nasibnya dan ibunya jika Chot hilang.
“Kalau Chot tidak ada, bagaimana mahu mengambil upah memetik buah kelapa?” fikirnya.
Teknik Plot Siapakah yang akan membiayainya ke sekolah? (m.s. 23)
• Dialog – dialog antara Alias dengan Cikgu Sunan.
“Kamu bela berukkah?”
“Dia hilang. Saya carinya, cikgu. Sebab tu saya lambat sampai.” (m.s. 35)
• Pemerian – perihal keadaan rumah Alias. Rumah itu sangat buruk dan usang. Atap pun dibuat
daripada daun rumbia yang sudah reput – bocor di sana sini kalau hujan lebat. (m.s. 110)
• Saspens – Peristiwa Budin tergesa-gesa ke rumah Alias untuk memberitahu bahawa beruk yang
merosakkan kebun pisang Miah mati ditembak. (m.s. 157)

• Simile – Seperti diasap kemenyan; macam batang pinang subur; macam singa lapar; bagaikan biji
saga yang kemerah-merahan; seperti dirasuk hantu
• Epifora – Budin hairan. Miah hairan. Mak Su Kiah hairan. Pak Din juga hairan
• Anafora – Ada sawah, ada rimbunan pokok buluh, ada rimbunan pokok pisang tetapi pokok
kelapalah yang paling banyak
• Personifikasi – Daun-daun yang kebasahan itu tunduk malu kerana sedikit berat oleh embun yang
Gaya Bahasa
menimpanya semalam
• Hiperbola – suara itu membelah sepi kampung
• Sinkope – dah; mak; tu; dah; ni
• Bahasa Inggeris – netball; jeans; t-shirt
• Bahasa Arab – bismillah; assalamualaikum; alhamdulillah
• Peribahasa – naik minyak; berat mulut

• Kasih sayang
Alias bersusah hati apabila Chot hilang. Chot juga seolah-olah mengerti kesakitan yang dialami oleh
Alias.
• Jujur
Alias bercakap benar apabila Cikgu Sunan menanyakan sebab dia datang lewat ke sekolah.
• Taat kepada perintah agama
Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat dan
membaca al-Quran.
• Bertanggungjawab
Alias mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang
diperoleh digunakan untuk membiayai belanja sekolah dan belanja sara hidup dengan ibunya.
Nilai • Kerajinan
Alias rajin menuntut ilmu meskipun keadaannya serba kekurangan. Dia akan membawa bersama-
sama buku jika ada kerja memetik kelapa sampai petang dan akan terus membaca buku jika ada
masa terluang.
• Baik hati
Mak Su Kiah menghantar makanan tengah hari, iaitu nasi dengan semangkuk gulai atau sayur
kepada Alias dan Leha.
• Keinsafan
Cikgu Sunan insaf akan kesilapannya yang tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada Alias.
• Keikhlasan
Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som juga bersusah hati
sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke sekolah.

18
BM Tingkatan 3 Novel

• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup


Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan. Dia gigih mencari upah memetik kelapa
meskipun terpaksa ponteng sekolah.
• Kita hendaklah menghulurkan bantuan dengan penuh ikhlas
Mak Su Kiah yang bersimpati dengan kesusahan hidup Alias dan ibunya ikhlas menolong mereka.
Dia sering menghantar nasi dan gulai atau sayur untuk makan tengah hari Alias dan ibunya yang
lumpuh.
• Kita hendaklah mengambil berat, menyayangi, dan menjaga ibu bapa terutamanya ketika
mereka sakit
Alias naik ke rumah dengan gopoh-gapah apabila terdengar dari dalam rumah ibunya terbatuk-
Pengajaran
batuk. Dia meminta Pak Din membeli ubat batuk untuk ibunya meskipun beras dalam guni sudah
tinggal segenggam, ikan gelama cuma tinggal seekor dan wang yang tertinggal hanya lima ringgit.
• Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukan
Cikgu Sunan yang mengajar selama lima tahun di sekolah berasa menyesal dan insaf akan
kesilapannya kerana dia tidak mengetahui latar belakang dan kesempitan hidup yang dialami
oleh Alias. Ketika Guru Besar meminta nama murid-murid yang perlu bantuan pakaian, dia tidak
memasukkan nama Alias.
• Kita hendaklah jujur dalam kehidupan
Alias menjawab dengan jujur apabila Cikgu Sunan menanyakan sebab dia datang lewat ke
sekolah.

it
tiv i
Jalan Galeri (Gallery Walk)
Ak

-21
PAK
1 Pelajar dikehendaki mengkaji novel yang telah dipelajari oleh mereka.
2 Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.
3 Guru menetapkan tugasan bagi setiap kumpulan.

Kumpulan Aspek sastera yang hendak dikaji


Kumpulan 1 Sinopsis
Kumpulan 2 Tema dan persoalan
Kumpulan 3 Latar
Kumpulan 4 Nilai
Kumpulan 5 Pengajaran
4 Setiap kumpulan diberikan masa untuk mengadakan perbincangan dan menyiapkan tugasan.
5 Setelah masa yang diberikan berakhir, setiap kumpulan diminta menampalkan hasil kerja mereka pada
dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
6 Dengan isyarat guru, pelajar bergerak secara berkumpulan untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja
rakan-rakan.
7 Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensel di atas meja supaya pasukan yang datang melawat
boleh menulis komen tentang hasil kerja mereka.
8 Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen yang lain
pula.

19

Anda mungkin juga menyukai