Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS BAB TAWANAN KOMANDER CAUCASUSS

Bab 1:Hilang
Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dikejutkan dengan berita kehilangan
seorang anakhartawan dan pewaris tunggal kekayaan milik mendiang bapanya iaitu Kim
Yong.WalaupunKim Yong seorang yang bersikap angkuh,Farhani tetap bersimpati
dan bersedih ataskehilangan rakan sekelasnya.Farhani juga menziarahi ibu
Kim Yong yang menangis kesedihanatas kehilangan anaknya itu.Kelihatanbeberapa
anggota polis telah tiba di rumahnya untukmenyiasat tentang kehilangan Kim
Yong.Farhani dan rakan-rakannya terlihat sebuah zoo miniyang diisi dengan berbagai-
bagai spesies kumbang yang pelbagai rupa dan warna.Berita sensasi mengenai
kehilangan Kim Yong jarang diperkatakan setelah
sebulanberlalu.Walaupunbegitu,Farhani masih tertanya-tanya dan mencari
jawapan tentang misteritersebut.
Bab 2:Misi Memburu Kumbang
Cikgu Salimah memahami karenah anak-anak muridnya yang pelbagai.Farhani
tidak sukaakan suasana yang bingit dan bising.Dia teringat akan suasana
di rumahnya yang sunyi keranahanya dia dan ibu bapanya yang masih ada di
rumah.Cikgu Salimah memberikan arahan kepada setiap murid untuk mencari
beberapa jenisserangga secara berkumpulan.Beliau memuji Farhani yang rajin
mengakses maklumatberkaitan kumbang daripada
laman sesawang.Haikal mengusik dengan menyangkalkeupayaan Farhani dan ahli
kumpulannya yang ditugaskan untuk mencari kumbang.Farhanibertekad untuk
membuktikan keupayaannya mencari kumbang yang dikehendaki oleh
CikguSalimah kepada Haikal.Mira bersemangat untuk mencari kumbang tanpa
rasa takut.
Bab 3:Meneroka Rumah Usang
Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun datuknya
hampirsetengah jam.Dia bertindak mencari kumbang terlebih dahulu sementara
menunggukedatangan rakan-rakannya dan akhirnya membawa langkahya semakin jauh ke
dalam dusuntersebut.Tanpadisangka,Farhani menjumpai sebuah rumah kayu usang
yang sebahagiandindingnyahampir roboh.Dia memberanikan diri dengan
menyelinap masuk ke dalam rumahitu.Farhanimendapati rumah tersebut
mempunyai tangga curam menuju ke ruangan bawahtanah menyebabkan dia
berasa teruja tentang apa yang ada di bawah sana.

Anda mungkin juga menyukai