Anda di halaman 1dari 8

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera saya ucapkan
kepada semua.

Yang Berbahagia, En Mohd Haizal Bin


Ayop, Yang Dipertua PIBG SMK Kelana
Jaya
Yang Berusaha, En Mohd Rashdi Bin Abd
Hamid, Naib Yang Dipertua PIBG,
En Mohd Shahrol Ibrahim, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang Dihormati, En Mohd Nasir Bin Ayob,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Hana Marlin Bt Esa, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Pn Jamilah Bt Khalid, Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Guru-guru SMK Kelana Jaya,
Ahli jawatankuasa PIBG,
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas
limpah kurnia-Nya segala perancangan dan
usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke 31 dapat dijalankan
pada hari ini. Terima kasih kepada semua
ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini.
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen
yang tinggi bagi merealisasikan visi dan
misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga
sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru yang berhempas pulas
dan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


sekalian,

SMK Kelana Jaya menggalas visi


menjadi sekolah cemerlang menjelang 2020
dengan misinya membangunkan sahsiah
pelajar ke arah kecemerlangan melalui
pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan. Ditambah lagi
dengan pelantikan sekolah ini bermula tahun
2019 dalam Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25). Buat pengetahuan semua,
program ini merupakan salah satu usaha
KPM ke arah meningkatkan ketrampilan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Begitu juga dengan pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang bakal memasuki gelombang ketiga
pada tahun hadapan di mana kuasa autonomi
menguruskan pentadbiran sekolah akan
diberikan. Jadi, pihak sekolah akan berusaha
sedaya yang mungkin untuk meningkatkan
kecemerlangan murid dalam semua aspek.

Hal ini selaras dengan 6 Aspirasi


Murid yang digagaskan bertujuan untuk
meningkatkan kemenjadian murid itu
sendiri. Pertama, pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, dan
identiti nasional. Maka, guru-guru dan pihak
sekolah telah berganding bahu untuk
mengadakan pelbagai program demi
mencapai aspirasi ini.
1. Pengetahuan – proses pengajaran
dan pembelajaran
2. Kemahiran berfikir-PdPc dan
aktiviti kokorikulum
3. Kemahiran memimpin- Aktiviti
kokorikulum, mewujudkan
jawatan pengawas dan Persatuan
Rakan Sebaya
4. Kemahiran dwibahasa – sudut
pidato(speaker’s corner). English
Day setiap hari Selasa
5. Etika dan kerohanian- bacaaan
yasiin setiap hari Jumaat dan solat
berjemaah
6. Identiti nasional – program
perhimpunan rasmi yang diselitkan
ikrar rukun negara dan nyanyian
lagu Negaraku

Hadirin sekalian,
Ingin saya sentuh tentang kejayaan
yang telah dicapai oleh SMK Kelana Jaya
pada tahun lepas iaitu peningkatan yang
sangat memberangsangkan dalam
pencapaian peperiksaan Pentaksiran
Tingkatan 3(PT3). Secara keseluruhannya,
GPS sekolah kita berjaya meningkat
daripada 3.89 pada tahun 2018, kepada 3.76
pada tahun 2019. Kejayaan ini merupakan
bukti hasil sokongan dan kerjasama ibu bapa
dan guru-guru yang tidak berbelah bahagi
kepada pihak sekolah. Ribuan terima kasih
saya ucapkan.

Untuk pengetahuan semua, sokongan


dan penglibatan ibu bapa (sarana ibu bapa)
sangat memainkan peranan penting kepada
murid-murid dan sekolah. Secara umumnya
terdapat 6 aktiviti yang dapat meningkatkan
penglibatan ibu bapa iaitu
1. Hari Pendaftaran Tingkatan 1
2. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
3. Hari Penetapan Target
4. Hari Pelaporan
5. Hari Sukan
6. Hari Penyampaian Anugerah
Melalui aktiviti-aktiviti ini, kehadiran ibu
bapa akan diambil kira dan akan diberikan
mata merit kepada murid-murid. Diharapkan
penglibatan ibu bapa pada tahun ini akan
lebih meningkat dalam usaha kita untuk
memupuk kerjasama ibu bapa dan pihak
sekolah.

Tuan puan sekalian,

Kemenjadian anak-anak adalah


bermula dengan ibu bapa dan menjadi
tanggungjawab guru untuk turut sama
mengembangkannya. Saya mewakili pihak
sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi
kerjasama yang erat kepada pihak sekolah
supaya kita sama-sama dapat berganding
bahu dan sekaligus dapat menyuntik
semangat belajar dalam sanubari anak-anak.
Hal ini termasuklah mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa dan kondusif
untuk anak-anak bukan sahaja di rumah
tetapi juga di sekolah. Pihak sekolah telah
mencuba sedaya mungkin untuk
menyediakan prasarana pembelajaran yang
lengkap seperti penambahan wakaf dan
kemudahan-kemudahan lain. Maka, semua
usaha ini memerlukan sumbangan dan dana
daripada semua pihak. Impian kita untuk
membina satu dewan terbuka bagi
kemudahan anak-anak, masih belum
tercapai. Hal ini kerana terdapat kekangan
dari segi kewangan yang memerlukan dana
yang cukup besar. Jadi, diharapkan pihak
ibu bapa dapat sama-sama menyumbang
serba sedikit dalam usaha kita untuk
merealisasikan dewan terbuka di sekolah ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,       

Saya bagi pihak sekolah ingin


merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi kerjasama
yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Hanya dengan kerjasama
semua pihak secara berterusan maka anak-
anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai
insan yang cemerlang dari segi sahsiah,
akademik dan kokurikulum.

Setinggi-tinggi penghargaan juga


dirakamkan kepada barisan PIBG yang
diterajui oleh En Mohd Haizal Bin Ayop
yang banyak memberi sokongan, baik dalam
bentuk kewangan mahupun idea serta moral.
Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan
PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited
dalam membantu sekolah mencapai hala
tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati


kerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi
membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjaya
kepada agama, bangsa, dan negara.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan


wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai